Wednesday, December 28, 2016

Rezeki Selepas Kahwin

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberi rezeki setiap makhluk dan tiada satu pun yang terlepas dariNya.


Sudah 4 bulan 2 minggu kami mendirikan rumahtangga, dengan pelbagai suka duka yang dilalui dalam tempoh yang singkat tapi penuh makna dalam melakar titik demi titik sebuah kehidupan berumahtangga dan disemadikan dalam memori ingatan selamanya.

Betullah orang kata, rezeki selepas kahwin tu makin luas dan melimpah tanpa kita sangka. Dulu, sebelum kahwin, ramai juga yang kurang bersetuju sebab kami baru sahaja menamatkan pelajaran, konvo pun belum lagi. Suami pulak baru sahaja 2 minggu menamatkan latihan industri (waktu tu) dan belum mempunyai apa-apa pekerjaan mahupun bisnes. Aku pun baru sebulan lebih bekerja. Mengharapkan sedikit simpanan gaji, simpanan bisnes kuih raya sewaktu bulan puasa dan simpanan biasiswa yang aku simpan untuk belanja keperluan majlis kahwin. Tidaklah banyak. Tapi Allah permudahkan niat baik itu. Family banyak tolong mana yang kurang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Di awal perkahwinan, aku sibuk mencari rumah untuk disewa dan membuat kira-kira untuk membeli kereta. Tapi mak abah suruh duduk dulu di rumah family. Abah macam tak nak susahkan kami untuk sewa rumah lain. Bukan kami tak nak pindah, tetapi sewa rumah yang menggila mahal membuatkan kami berfikir-fikir dahulu pada masa yang lebih sesuai dgn bajet yang sepadan. Beberapa bulan sebelum kahwinpun abah buat 1 bilik tambahan kat rumah untuk kami duduk lepas kahwin. Dalam usaha untuk membeli kereta, kami hanya menggunakan motor 2nd hand suami untuk berulang alik ke tempat kerja. Abah seakan faham, kehidupan selepas kahwin itu bukan mudah. Untuk memulakan sesuatu yang baru, kewangan juga harus stabil. Abah bagi pinjam kereta manual miliknya yang agak baru sahaja dibeli lebih kurang 2 tahun utk kegunaan kami jika hendak berjalan jauh. Kereta yang dipinjamkan itulah banyak berbakti kepada kami. Terima kasih Abah!

Lagi beberapa hari lagi untuk masuk ke tahun 2017, hujung minggu ni nak pergi tengok rumah sewa. Alhamdulillah loan keretapun dah lulus, setelah berbagai dugaan yang dilalui untuk membeli kereta sendiri. Insyaallah, ini hadiah untuk baby dalam perut ibu yang menginjak usia kandungan 14 minggu ( 3bulan setengah) 👶. Semoga baby dalam kandungan ibu sihat-sihat selalu. Ayah paling tak sabar tunggu baby besar 😃.

Sampai sini sahaja coretan yang terbuku. Ada masa Insyaallah update lagi. Assalamualaikum 😘.

Image may contain: 11 people, people smiling, wedding and child

Monday, March 28, 2016

Intern dah habis, jom cari kerja!

Salam. Selamat petang isnin. Hari ni tak monday blues macam selalu..hehe. Alhamdulillah tamat sudah latihan industri aku selama 2 bulan. Jumaat minggu lepas last intern. Bermakna tamat sudah menjadi pelajar UPM dan menunggu untuk konvo bulan november tahun ni insyaAllah.

Walaupun dah habis praktikal, tapi disebabkan projek yang SV aku suruh jalankan tak settle lagi, so Dr offer untuk aku sambung projek tu dan akan dibayar gaji. Bermakna aku still kena pergi kerja macam biasa sbb dah terima jadi Research Assistant (RA) kat sini. Alhamdulillah dapat la aku kumpul duit sikit untuk majlis :)
Sekejap je 2 bulan praktikal berlalu~
Majlis aku pn lebih kurang 4 bulan lagi. Tup2 kejap je tu 4 bulan. Tengok2 kot esok dah majlis.hehe.

Sekarang dalam usaha aku untuk pergi interview kerja seberapa banyak yang boleh sbb aku memang memerlukan kerja dan duit especially..hehe. Kelmarin, sempat pergi job fair kat Maeps, Serdang. Tapi kecewa sikit sebab tak banyak pun company yang related dgn kos aku. Cuma 4-5 je, just drop resume. 1 tempat tu dia terus interview, and dia ada tanya bila available. Mula2 aku terus cakap as soon as possible. Pastu terpikir balik aku baru je dpat keje RA tu tak kan nak cepat sgt nk tukar kerja..haha. Since RA ni sebenarnya tak lama pn projek ni, maybe 2-3 bulan kata Dr. So pas abes projek means aku pun dah tak ada kerja. Sebab tu la kena jugak cari kerja tetap yang lain. InsyaAllah aku harap ada rezeki kat mana-mana. Allah dah tetapkan :)

Ok lah setakat tu je buat masa ni. Nak sambung koje. Bubye!

Tuesday, March 15, 2016

Hello March 2016!! (~Latihan Industri kali ke-2)


Hello & Assalamualaikum March 2016. Tiba2 rasa macam nak luahkan sesuatu kat blog ni. Tiba-tiba rasa dah lama sangat tak berblogging. Rasa mcam nak taip panjang2 kat wechat, instagram, macam tak sesuai, kalau dkat facebook pulak nnt ramai pulak yang baca luahan perasaan. Tak sesuai gitchew. So ni lah masa kita cari blog balik.hehe.

Hari ni minggu ke 7 aku menjalani latihan industri (LI). Ini bermakna tinggal 1 minggu lagi menghabiskan LI. Ya Allah kejap je rasa. Tup2 dah dekat 2 bulan. Tak terasa sangat 2 bulan ni berbanding 5 bulan time diploma dulu..hehe.

Latihan Industri aku jalankan di Loji Pandu Makanan (Pilot Plant), Bangi. Kat tempat kerja ni tak ada la susah sangat kerja2 yang dia bagi, and tak ada lah buat kerja yang sama je setiap hari. Every week tukar2 kerja jugak bergantung kepada Dr nk bagi kerja apa. And now sampai sekarang aku tak pasti apa job scop and position aku kat sini..haha.

Antara kerja-kerja yang aku jalankan contohnya:

- Buat GMP Documentation
- Industry Database
- Urusetia program Klinik Pemprosesan Makanan (Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak)
- Produce Mixed juice, Kordial
- Belajar buat coklat
- Simple analysis (moisture, Aw, and some small project)

Mudahkan? kalau tak ada kerja aku cari staf yang paling aku rapat and bergosip...kihkih. Ofis aku kt sebelah lab, so dalam lab ni aku duduk dgn sorg student master and 2 org student phd. Dengan diorang tak rapat sangat pun, banyak krik..krik..krik je..huhu. So aku pergi kat ofis pilot plant and berkawan dgn akak sorg ni, umur dia 30 lebih, dah kawin anak dua. Nama dia Puan Syuhada (aku panggil kak je, wlpun org lain panggil puan hehe). Aku suka sembang dgn dia pasal pengalaman dia kerja, pasal skop2 kerja food tech, sembang pasal macam2..seronok sebab dia pun melayan je aku. Tapi sekejap je dpat kawan dengan dia, dalam sebulan pastu dia cuti bersalin. Dah tak ada kawan bergosip...;/

Kalau kat dalam lab, 2 student phd umur sekitar 32-36 ni aku tak rapat pun walaupun selalu keluar lunch sama dgn diorang, sorang lg student master. Student master ni kira okay sket dengan dia, kalau pape nk sembang pasal kerja, jwatan kosong and berkaitan, aku suka cerita kat dia je sbb dia ni sempoi je, boleh masuk, tak sombong walaupun dia macam kasar2 sket luarannya. Lagipun dia ni dari awal lagi jenis concern kat aku, awal2 dulu dia la yang bagi aku pinjam kunci ofis sbb kesian kt aku selalu datang awal tp kena tunggu kat luar. Staff lain mcm xkesah je pon haha. Ok la, nama dia pun Syuhada, panggil dia Kak Pai. Dia baru je kawen masa aku start LI sini..hehe.

Ok lah, sampai sini saja buat masa ni. Lepas ni MISI MENCARI KERJA untuk kumpul duit kawen~ Hehe. Bubye, Assalamualaikum :).

Friday, November 8, 2013

One Touch

Assalamualaikum.
It's November!

Ini post aku yang terbaru setelah 8 bulan tidak m'update sebarang post di laman blog ini kerana kekangan masa dan idea.

Maafkan aku. Aku sekarang mempunyai hobi baru. Bukan masa utk berduka-cita. Tapi menjadi lebih terbuka. Terbuka minda dan diolah dengan kata-kata. Mungkin kerana sudah menginjak dewasa.

Eh. Inikah yang kau nantikan setelah sekian lama tidak mencoret? Haha.

Lupakan. Sebenarnya aku masih keliru dengan perasaan dan hati sendiri :/
Aku teringat bait-bait kata seseorang saat semuanya indah belaka. Saat semuanya masih dihargai dan boleh dilihat dgn baik. Lagunya masih sama. Rentaknya juga sama.. kenanganpun tetap masih disitu.
Tapi yang berubah itu mungkin. . . .



h a t i      k a m u . . .

Friday, January 18, 2013

Done 1 semester

2 september 2012 1 permulaan ke alam baru, dan berakhir pada 4 januari 2013.

Selesai 4 bulan 1 semester. 6 subjek, 4 masuk final exam.

6 Subjek asas semester ni
-Kenegaraan Malaysia
-Pertanian & Manusia
-Pengenalan Industri Makanan
-Perakaunan Pengenalan
-Kimia Organik 1
-Baksis (koko)



31 dis 2012:
Bermula dgn paper pertama, Kimia organik 1. Terus terang ini subjek yang paling aku lemah diantara subjek-subjek yang lain. Jadi, fokus banyak diberi pada paper ni. Hampir 60%. Minggu study week pun aku banyak fokus kt subjek ni je memandangkan test dan carrymark aku dlm kelas tak berapa cantik :(
Lecturer aku, Dr. Siti Mariam merupakan tenaga pengajar yg sgt aktif,cekap,murah dgn senyuman tetapi sgt stricttttt...huhu. Best sbnarnya bljar dgn dia, cuma mngajar terlalu laju hingga tak sempat mengejarnya dlm kelas... utk bdk yg lemah mcm aku ni, tambah2 pelajar baru, perlukan masa utk faham kan sesuatu.. Tetapi dlm kelas beliau, 2 jam kelas non stop kami mencatit apa yg perlu...menyalin...menyalin... Memandangkan 1 kelas hampir 80 orang, sukar utk bertanya bila tak faham.... Buat pertama kalinya aku kurang yakin utk pass paper ni :( Taktahulah result nnt mcm mana.hmm

2 jan 2013:
1 tarikh dgn 2 paper bg aku sesak terutamanya 2 subjek yg diletakkan bersama ni merupakan subjek yg perlu dihafal semuanya. Kenegaraan Malaysia (8.30-10.30am) & Pengenalan Industri Makanan (11.30am-1.30pm).

Kenegaraan Malaysia ni alhamdulillah aku dpt lecturer yg sempoi gila dan boleh bertolak ansur..dalam kelas. Suka bercerita di luar topik pelajaran, lebih kepada hal2 semasa, hal2 cinta, keluarga dan sbgainyaa membuatkan kitorang tertarik nak pergi kelas diaaaa..hehe. Tp ni kelas pertama aku dipisahkan dgn kwn2 rapat, diorang semua berdaftar di satu kelas yg sama, tapi aku sorang2 terpisah sebab depends on system masa daftar subjek. So kelas ni mmg aku takde kawan rapat pn, setiap kali pergi kelas, dpt kwn lain, mggu depan kwn lain pulak...at the end xde kwn pun..haha. Tapi bjaya jgk aku menempis msalah tersebut (bkn mnjadi mslah sgt pn sbnrnya) selama 1 sem sndiri, ke klas ni pn kdg2 sorg2 :)

Kelas Pengenalan Industri Makanan ni pulak, Dr. Yuhanis yg mengajar...dia ni sangat2 aktif jgk n influence pelajar utk aktif dalam kelas, semuaa kena ada daya pemikiran yang tinggi, berdaya saing serta kratif dan inovatiff. Critical Thinking sangat2 diperlukan dlm kelas ni, setiap tajuk yg diajar, mesti minta pelajar utk ulas dan bg pendapat.. end of the class, bberapa org student akan dipanggil utk ulas balik secara keseluruhan apa yg dia dpt drp learning class ni. OMG, kelas ni klau blh xsuka dduk depan2 atau blkang2 sbb takut kena soal..HAHA. Cuak btul bila masuk kelas ni, so mmg kena bg full perhatian dari start sampai habis. Subjek ni subjek pertama major kos yg aku amek, related with food n actually one of my favourite subject :)

Minggu study week aku tak sempat buat short note utk 6 topics yg masuk dlm food industry ni, walhal subjek kenegaraan xde mood langsung...just selak2 dan baca tp 1 apa tak masuk :(
so minggu exam, 1hb jan tu jelah 1 hari yg aku ada utk study 4 bab kenegaraan n 6 bab food industry iaitu total 10 bab seharian tanpa tidur semalaman hinggalah masuk ke dewan peperiksaan....:( aku kesuntukan masa. Pagi tu kt dewan exam, seusai dapat kertas soalan kenegaraan, hanya 1 baris pertanyaan yg disoal dan bernilai 10markah setiap satunya. Punya byk aku hafal, tp soalan keluar pendek camtu je dan mntak explaination..so terus aku blurrrrr gilaa nk mula explain dari mana....:( Hampir 30minit aku merenung kertas soalan baru aku cuba jawab sikit2...kepala hotak aku da berserabut gila dah masa tu. Keliru dgn fakta yg dihafal. Tetapi aku berselawat dan berdoa byk2, disertakan dgn bacaan surah alam-nasyrah akhirnya keluar jgk la sikit demi sikit ilmu yg aku hafal mlm tadi. 20 minit sebelum masa tamat, aku dah selesai menjawab (ni kes dah taktahu nak tulis apa lagi). So drp aku buang masa, lebih baik aku keluar dewan exam awal n get prepared for the next paper, food industry. Alhamdulillah paper ni ok sbb subjek ni aku suka kot, so hafal n baca cepat je masuk :))

4 jan 2013:
Subjek akaun ni awal2 dulu je aku faham n rasa best...bila dah lama2 semakin tak paham, formula pn dah semakin byk...dah semakin susah n it become complicated...sempat study xsampai 2 hari... subjek ni pun aku cuak jugak...dulu mcm target gred B...tp lepas dah jawab rasanyaa nk dpt B pn cam xpasti dah...:( budak2 ekonomi riang gembira lepas jawab sbb soalan tak susah mana, sbb subjek ni makanan mereka...so tak hairanlah boleh bersorak gembira lepas kuar dari dewan pereksa dan bganti-ganti keluar dewan awal  :) hmm.
Redha sajalah...tp saat2 nk masuk dewan exam baru aku sempat baca betul2 n ada jugaklah ilmu yg masuk last2 minit...alhamdulillah.....

Semoga result sem 1 ni tak mengecewakan...huhu....
Result keluar  tak silap 15hb februari 2013. Kelas start 18hb feb.....

Tuesday, December 18, 2012

Minggu Kuliah Terakhir

Minggu ni minggu terakhir kuliah, ini bermakna minggu depan dah bermula minggu study week & dan.....tup tup da final exam! hurmm.

Semalam kuiz kimia organik yang terakhir, rasa tersangat lemah dan b**** sgt bila tak faham n tak boleh buat pun soalan kuiz 10 markah tu.. bila Doktor tnjuk jawapan, bukan mainlah pnjangnya...1 soalan je dah hmpir 1 page jawapan...tp jawapan yg aku hantar? hurmm amek ruang berapa cm je... teruk gila kimia aku ni....aaa aku tak minattttt.......cmna nk jawab final exam ni, dah la paper yg pertama! tak nak dpt 0! taknak gagal!!

kelas akaun pulak ptg smlam...utk bab yg terakhir, aku tdo dlm kelas lg...sbb mlm td penat sgt dgn byk bnda nk buat, byk aktiviti...msuk kelas akaun kul 2 ptg, dgn bilik kuliah yg ber air cond, ah mmg tak tahan nk ttdo..huh. akaun ni awal2 bab dulu aku boleh masuk lg, boleh jgak jd cikgu ajar kawan2 yg lain....tp sejak bab yg tengah2 tu, aku dh tak paham , kurang buat latihan...n smpai skrg aku hanyut tak paham...sedihnya..

dr ceramah Dato' dr. hj fadzilah kamsah ada ckp, kalau nk ingat apa yg kita belajar, make sure lepas habis kuliah, dlm masa 24 jam tu kena buat revision n buka buku balik utk fhmkan, n dgn cara ni insyaAllah ilmu tu kita tak lupa...

tapi aku? habis kelas...tutup buku, mggu dpan ade kuliah baru bukak balik! zzzz. teruk...teruk....


Final exam ni mcm mana lah aku....pointer dah target, tp tu pun masih rendah....
semoga aku menajdi rajin dan diberikan kefahaman dalam mencari ilmu.....amin...amin.....

Saturday, December 8, 2012

Flashmob Save4Gaza #UPM

21/11/12, rabu lalu... UPM telah membuat video flashmob #SaveForGaza bertempat di Dewan Besar UPM, Serdang. Pelakon2 adalah dari kalangan pelajar yg volunteer utk join dan telah membuat rhersal di Kolej 17 (kolej perubatan) dua hari sebelum rakaman tersebut. Ajakan dari seorang roomate, maka aku pun telah terlibat sama...tetapi tak dapat pergi rhearsal disebabkan ada group discussion.





Air mata tak dapat diseka lagi tatkala menjayakan flashmob ni sambil di fokus oleh lensa camera..:'( Naluri dan perasaan yg sangat sangat haru dan hiba seperti menjadi salah seorang mangsa tawanan seperti di Gaza, Syria, Palestin...terasa betul2 menjadi salah seorang drp mereka ..bila-bila masa sahaja nyawa dikorbankan, dan mayat mayat bergelimpangan...dan dengan deruan suara teriakan dan tangisan yg meminta utk ditolong...tak berhenti air mata ini mengalir walaupun rakaman telahpun selesai...:'(
Selamatkan Gaza...selamatkan Palestin..selamatkan Syria....Allahurabbi....
Sungguhpun usaha kita disini adalah sekecil2 usaha....


Spread the message, Allahuakhbar...