Monday, January 24, 2011

Home.

Aku nak balik weh. Aku sengsara kat sini. Aku tak bahagia. Aku nak rumah. Bukanlah aku ni jenis yang xreti berdikari n homesick sgt sebenarnya. Aku masih boleh buat semuanya sorang2. Tp keadaan kat sini buat aku tak tahan...aku penat. Aku tension. Aku tak bahagia dan merana kat sini. Aku tak tahu lah apa yg membahagiakan kat sini...tp bila pikirkan tujuan sebenar aku dtg kesini... tu jelah satu2nya alasan utk aku masih bertahan terus hidup kat sini. Tak ada yang membahagiakan selain duduk di rumah. Aku rindu semua. Aku rindu masakan mak. Aku rindu bilik aku, katil aku, aku nak tidur puas2, aku rindu nak jalan2 ngan mmbe2, keluar makan dgn family. Ahh semuanya! 6 minggu tak balik rumah rasanya macam 6 tahun! Minggu ni buat kali pertamanya aku balik ke rumah...aku dah planning nk pegi picnic ngn mmbe2, maen badminton, masuk dapur n try cpta benda baru lg...n dah tentu aku nk suruh mak masak sedap2! Sekarang yg aku perlu ada sgt ialah...Kesabaran! :(

When problems come...:(

Tension! Byk betul masalah yg dtg..kdg2 aku rasa aku dah penat nak layan semua ni. Satu2 perangai manusia sebenar aku nampak... Dgn final project yg xdpt support dr lecturer sdri...siap diperlekehkan lg. Kes budak sekelas yg nk curi formulasi final project kitorang la. Lab assistant yg xde moral. Perangai budak2 kt sini yang bermuka2. Hostel byk benda2 pelik jadi lh. Perangai budak2 pompan kt sini yg xreti jaga kebersihan n pengotor . Bilik depan yg memekak siang malam pagi petang. Kafe yg masak lauk yg sama menu hari2 n xbersih. Dah sebulan xpakai hp-sbb dua2 dh rosak. Sim card hilang. Jam xde. Rumah xbalik 6mggu dah. Eihh byk lg laa....tak tersenarai ! Tak tahu nk cerita kat sape lg. Sampai kan setiap mgggu migrain dtg, dgn demam2...dah penat nak hadap. Depan2 boleh la nampak aku relax2, happy, snyum2, mcm org yg xde masalah. Tp kat dalam ni...sape yg tahu betapa sengsaranye aku rasa. Tahan punya tahan..kadang2 tu dah xdapt jd tough dah, t'menangis jgk. Walaupun aku ni susah utk tunjukkan perasaan yg sbnar akhirnya tewas jgk.
Ermm...Bila lah bahagia kan datang agaknya? :'(

Wednesday, January 19, 2011

Ketahui pilihan pasangan anda :)

Ada 5 perkara berlaku serentak.


1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..:)





 


 Dah pilih?
ni jawapannya...:)




* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


p/s: Renung2 kan ;)

Tuesday, January 4, 2011

Makhluk berbulu

Tadi balik je dari kelas QA terus tidur. Goreng pisang yg aku beli td aku biarkan kejap kt atas meja..ngantok~ Jam dh pukul 4.40ptg. Tgh sedap2 tido tiba2 terbangun dlm pukul 6ptg...roomate aku dh merengek sambil tunjuk2 ke arah meja aku. Asal weh?blur gila baru bngun2 tido dh berperangai pelik lak roomate aku ni. Cis..! Rupa2 nya 2 ekor monyet tengah menjamu selera goreng pisang yg aku beli td kt atas meja belajar aku.. Sungguh kurang asam..,merembat dgn selambanya goreng pisangkuh!! >:[
Belum sempat aku menjamu mereka dgn teh O panas,lantas aku bangun ngan blur2 baru bngun tido n menghalau monyet2 tersebut sperti mghalau kucing. "syuhhhhh2...." Monyet2 tersebut keluar melalui tingkap tanpa ada sedikit pergaduhan pun diantara kitorang. Ditinggalnya sisa2 goreng pisang tu diatas meja. Habis berselerak tempat aku.. Dan aku pun menyambung tidur smula.~ :)

Dan pada masa yg sama,mmbe baik aku kt sebelah bilik ni tgh terperengkap kt dalam toilet gara2 monyet tersebut menunggu di depan pintu besar toilet. Bila monyet2 tu dah tunjuk taring, habis lintang pukang membe aku ni berlari mencampakkan peralatan mandinya utk selamatkan diri dlm kdaan bertuala. Malang memang takkan berbau, terlanggar pintu toilet lak & berlebam lah kakinya.HEH. kesian betul~



p/s: Selamatkan makanan anda dr dirembat makhluk berbulu ni!huh :P

Saturday, January 1, 2011

01.01.2011

Bismilla hirrahma nirrahimm...

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa ‘alaa fadlikal-’azimi wa juudila-mu’awwali,wa hazaa ‘aamun jadidun qad aqbala nas’alukal ‘ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa ashaabihii wa sallam.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.

**Alhamdulillah tepat jam 12:00 mlm, tahun 2010 meninggalkan kita & masuklah tahun 2011. Semua orang sibuk memasang hajat & azam baru. Termasuklah aku.. Tp apa azamnya? ;) Semoga aku dpt perbaiki sedikit demi sedikit segala kelemahan diri . Lebih kuat menghadapi segala macam dugaan & lebih bijak mengawal perasaan. :) Selebihnya,biar lah hati yg takrifkan.

Tahun baru, semangat baru! Semoga lebih success this year. Maka cecahlah umurku 20tahun! (wlpn baru je 19thn 4bln..hehe). Goodbye nineteen, hello twenty.huhu :(
Alhamdulillah syukur.....diberi nikmat dan kesempatan menghidu deruan lembaran baru. 2011!
Semoga menjadi tahun yang bermakna buatku. Tahun yang mengembirakan dan berlalu segala dukacita & kesunyian.

Semoga dapat ku ubah segala kesilapan & kekurangan lalu. Menjadi yang terbaik dan bermakna. Temuilah aku dengan seseorang yang menggembirakan hati ini. Ajarkanlah aku sesuatu yang bermakna didalam hidup ini. Lupuskan lah segala kesunyian. Semoga aku tidak leka & alpa menjalani ibadahmu Ya Allah....semoga aku tidak lupakan mu walau dalam pelbagai keadaan sekalipun. Lembutkan hati ku Ya Allah, tuluskan hati ku mencintaimu Ya robb'. Redhakan aku di jalan mu. Jadikan aku insan yang berguna di masa kini dan akan datang. Biarlah aku dapat membuat bakti sebelum hayatku berakhir. Amin~ :)