Tuesday, May 31, 2011

Pilihlah Jagung, Citarasa Teragung!

Haha tiba2 cam tertarik nak wat entry pasal election perisa terbaru Dutch Lady .
Bagi meraikan Hari Susu Sedunia ke-4, Dutch Lady buat julung kalinya telah melancarkan Pilihanraya Susu dan paling special, rakyat Malaysia dibenarkan mengundi untuk memilih perisa susu terbaru bermula 6 mei hingga 28 mei!

Ikon Dutch Lady- Ziana Zain, Faizal Tahir, Amber Chia, & Aidil Zafuan 


Mula-mula aku mengundi Caramel Tofee sbb perisa dia mcm sedap je, lepastu aku tukar undi Jagung pulak sbb ikon dia Faizal Tahir.hahaha ;P

Ni antara promote lagu untuk perisa terbaru Dutch Lady. Comel gila lagu.

Kacang Merah- Pilhan ramai sejak dahulu lagi

 


Moo Melon- Gerenti Berkhasiat, menjadikan dunia Sihat!



Jagunglah cita rasa Teragung! 



Karamel Toffee- Aroma Memikat Hati Tertambat!



Haha aku tertarik ngan lagu moo melon, comel kot macam lagu kanak2 cte katon ape eh? ouh, Chibi maruko chan kot.hahah ;P

Karamel toffee lebih kepada rap, jagung rock on bestttt, kacang merah dgn rasa sayang hei. weehee. :D

Keputusan telahpun diumumkan kat One Utama pada 29 hb mei baru2 ni.
So keputusan bagi memilih perisa baru telahpun dibuat...

And The Winner is.............





JAGUNG!!!

Aku rasa perisa ni menang bukan sebab Jagung, tapi sebab Faizal Tahir :P


Aku ada terbaca komen-komen di FB Dutch Lady n ada org yg komen cakap
Perisa karamel, jagung & tembikai susu dah ada kat pasaran tapi Kacang merah tak pernah ada lagi, so Kacang merah patut menang!
Pengaruh Ziana Zain mungkin tak berapa kuat untuk bagi Kacang Merah menang kot~ :)

Lawak 6

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, 

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Lawak 5

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata,

"mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja 'alhamdulillah...' Bila mau berhenti, ucaplah 'aaamiiiiinnn'.

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan

"alhamdulillahhhh..."

Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan

"alhamdulillah"

berkali-kali dengan nadayang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan. Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan

"Amin! Amin!Amin! "

berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan

"alhamdulillahhhhhhh......."

Lawak 4

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata 
" its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..

tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".

si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"....

Lawak 3

Suatu hari Mutu disuruh oleh bosnya untuk mengecat garisan putih di tengah jalan raya. Hari pertama, Mutu mengecat sejauh lima kilometer. Tapi hari esoknya dan hari-hari berikutnya, bos mutu menjadi pelik sebab jaraknya semakin pendek. Hari kedua, mutu cat sejauh tiga kilometer. Hari ketiga-satu kilometer. hari keempat-setengah kilometer sahaja! Mutu dipanggil ke pejabat dan bos bertanya," Dei, Tambi! apa pasal makin hari makin sikit lu cat itu jalan?" "Susahlah bos...sebab makin lama saya makin jauhlah dari itu tong cat."...

Sunday, May 29, 2011

Lawak 2

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan...

Lawak 1

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?"Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,"Ok gak ler".Kemudian suara tu bertanya lagi,"Kau nak gi mana ni??"Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas,"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi,"Bila kau nak gerak ni??".Aku selamba jer kata,"Lepas aku sudah ni,habis beli aku chow la".Suara itu bertanya lagi,"Ko nak ikut aku ronda-ronda KL tak?"Aku terus membalas,"Aduhai aku nak terus balik rumah ko pergilah ronda sorang-sorang"Suara itu seperti merungut,"Takpelah aku belanja ko makan nak tak?"Aku serba salah, tapi aku jawab juga,"Tak payahla susah-susah, simpan je duit aku nak balik..."Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanyasoalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap. 

by nicklan89.blogspot.com (cerita lawak & isu semasa)

Product Launching (food technology) : Khasiat Jantung Pisang yg Tak Ramai org tahu..

Product Launching yg diadakan pda akhir mac thn ni adlh utk mempromosikan dan melancarkan produk baru utk pelajar2 Diploma Teknologi Makanan, semester 4. Terdapat 38 booth (iaitu 38 jenis produk baru) yang dilancarkan iaitu menjadi perkara wajib bagi pelajar semester 4 mencipta produk baru berasaskan tema yang diberi. Seperti tahun lepas, tema buah-buahan telah dipilih. Manakala semester ini; Sayuran dan bijirin menjadi tema utk produk yg dihasilkan. Drp sayur, apa je lah yg boleh dibuat? erk. Perah otak dari awal semester, drp 70-100 produk yg dicadangkan,akhirnya menjadi 15-20. Seterusnya 5 produk, dan akhirnya 1 produk yg terbaik dipilih.

Ni antara gmbar semasa launching produk kitorang;

Booth ala-ala kampung.haha. Bersesuaian dgn produk ktorang. (muka penat gile~lyan tetamu2)

Baju limited edition ow. Mahal gile tempah 4 baju je.huhu.kayap.

Pelbagai masalah dan dugaan yang terpaksa kitorang lalui sepanjang membuat produk ni!huhhuh. Namun,kesabaran dan ketabahan yg mnjadikan kekuatan hgga berjaya sampai ke sini.hehe

Banana Blossom Cracker... Byk org baca, selamba je ckp, kerepek pisang?!
Ceyh. Sesuka je kerepek pisang~
Produk kitorang yg sbenarnya ialah Keropok Jantung Pisang..


Mungkin ada yg gelak dr awal lagi bila ktorang nk buat produk ni.
Termasuk la tak dapat support dr penyelaras sendiri.
Kena hina ngan lab assistant lg...dia ckp apa?
"Menyusahkan je korang buat ni...kalau akak,msuk tong sampah jek" 
Cisssssss. (at last, yg kau suruh msuk tong sampah ni jgklah kau makan n ckp sedap.)
Yela sbb buat dia memerlukan kesabaran yg tinggi! Bukan setakat potong2, pastu jemur bawah matahari.
Hari-hari kat lab muka kitorang je.
Forming, steam, freezing, drying, slicing, frying.
Semua tu memerlukan masa yg lama.
Paling masalah sekali ialah mesin slicing~
Dahla tumpul, pastu mata pisau yg beralih mnjadikan ktebalan xsekata.
Nak basuh mesin plg makan masa~
Sbb ktorang guna tepung yg tggi kanji, so melekat2 mmg ssh gle nak bsuh.
Msalah lain, nak dapatkan jantung pisang.
Kadang-kadang order, sampai 2minggu xdapat.
Kdang2 dpt, tapi rosak or muda sgt.
So effect kat produk.
Last2 buang je.
Ada jgk lab assistant lain yg gelak n ckp lucu je produk ni.
(ouh yeke? ade aku kesah?)
Tapi masih ada lecturer yg baik hati n support kitorang pnya produk dr awal pmbuatan, setiap kali ktorang kat lab dia dtg n tnya. And ada 2 je lab assistant yg baik hati n tlg ktrg spnjang buat produk ni. 



Minggu pertama, produk menjadi, xde mslah sgt.
Minggu kedua, kali ni buat byk-9 dulang.
Tp termasin...pergh,9dulang buang dlm tong sampah je~
Sedih je aku time ni!
Dah la nk buat susah~
Minggu ketiga,keempat,kelima menjadi.
Time ni diorang rasa, baru nak puji.
Kalau xsedap td,mesti dah kena kutuk n gelak lg!
Minggu keenam jntung pisang xelok spenuhnya
Minggu ketujuh jantung pisang tak dapat,
tp ada lecturer yg kesiankan ktorg n dptkan 2 jntung pisang.
Tp terlalu muda, akibatnya keropok jadi pahit n terpaksa buang!
Paling sedih, bberapa hari sebelum launching, ktorang buat 9 batang keropok
then disebabkan ada problem dgn bahan n lecturer suruh buang je sbb membahayakan pengguna.
Buang lagi!
Pakat berduka beramai-ramai time ni.
Launching nak dekat, tapi produk kitorang tak de.
Seminggu sebelum launching, kitorang berhempas pulas, dah tak kisah dah pasal penat
semua tu, hari-hari kat lab.

At last,segala penat lelah membuahkan hasil.
Time launching, hampir semua yg makan, sukakan produk ktorang.
Termasuk lah pengunjung2 luar seperti usahawan2,pelajar2 sekolah, lecturer2, student2, 
n plg best, wakil dr FAMA (Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) berminat dgn produk ktorang.
Tapi judges kata, jantung pisang ssh utk dapat di pasaran,
so tu antara penyebab produk ktorang xboleh menang......:(

P.A kitorang pelik dgn alasan yg diberikan judges tu.
Bg aku, mmg btul, jantung pisang susah nak dapat kat pasaran.
Tapi bila kita fikirkan soal susah@senang nk dptkan bhn mentah,
so semua produk yg berkhasiat xkan ada la kt pasaran?
Cthnya ada semester yg lepas2 buat teh drp akar lempuyang.
Mgkin ada yg tak pernah dgr,kn?
Lempuyang ni boleh didapati di beberapa negeri je.
Tak semua negeri ada.
So,mksudnya pokok ni susah nk dapat la kan?
Tapi akar lempuyang sgt berkhasiat walaupun rasa dia pahit gila.
At last, produk ni mndapat naib johan.

So bg aku, tak adil bila judges ckp, bhn mentah utk produk ktorang ssh nk dpt.
And disebabkan itu, produk ni tak diterima.

Apa yang orang tak tahu, KHASIAT disebalik jantung pisang ni ialah..
ianya merupakan sumber vitamin A & C dan menjadi agen penghasilan susu. Juga boleh mengurangkan kesakitan semasa dtg bulan. So jantung pisang memang baik utk perempuan terutamanya. Bkn tu je, jantung pisang membantu meningkatkan hormon progesterone (hormon pd perempuan) berfungsi terutama untuk menetapkan keadaan lapisan dalam (endometrium) rahim.
Mengurangkan pendarahan, meningkatkan tenaga & membantu membersihkan organ2 dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang.
Byk kn?

So kiranya, produk yg kitorang hasilkan ni memang berkhasiat, dan paling penting, tak ada penambahan bahan2 pengawet dan MSG.

Nak try? ;)

Chelsea Olivia yg comel!


Ramai mengenali Chelsea Olivia ni melalui cerita Cinta Melody yg ditayangkan di astro ria jam 6.30ptg, dgn heronya Randi Pangalia. Tapi c Chelsea ni dah lama dah famous dgn sinetron2 kt indonesia..tapi karier asalnya adalah seorang model. Lebih daripada 10 iklan dan 18 sinetron yang telah dilakonkan. Pergh. Banyak, tapi tak pernah nampak lagi dalam sinetron2 yg ditayangkan kt Malaysia selain cinta melody ni.

Erk si cantik Chelsea Olivia ni rupanya baru je berusia 19thn -__-  Tapi perwatakan tak macam 19thn pun. Ingat dh 24-25 thn kot...aishh..Muda lagi~

Apa yang comel kat Chelsea ni sebenarnya sebab ada 2batang gigi arnab kt depan,haha. Bertambah comel bila berambut pendek ala-ala kanak2 tadika 5-6thn :I

Dari sinetron "Buku harian Nayla" menyebabkan c Chelsea ni terjebak ngan cinta lokasi bersama Glenn Alinske.


 Melepaslah sume jejaka-jejaka kt luar sana,hehe. :P


Ouh dengar cerita, ending cerita Cinta Melody tu xbest seperti yg disangka...opsss...terlepas plak. Tapi depends korang lah nak tengok cerita tu sampai ending ke tak. Tapi aku masih layan seperti biasa~hehe.

Thursday, May 26, 2011

4 SuperPower 'Wonderful Dreams'

1. Kuasa Invisible
Pergh best giler kalau boleh invisible ni kan. Boleh pergi rumah sape2,mengendap org yg kita suke ke,konfem tak kena halau sbb dh invisible!hehe.. Plg best, bila kena tangkap buat jahat, time ni la nk gunakan kuasa invisible utk hilangkan diri..haha..konon takde suspek ditempat kejadian. Pastu naik ktm ke lrt takyah bayar, nk usha mamat hensem pun line clear je..yela, xde yg perasan pun kn~~jhiahaha

2. Kuasa yg boleh baca fikiran org lain
Ahah...bila ada kuasa camni kita boleh la tahu sapa2 yg nk buat jahat kt kita...pastu boleh baca fikiran org yg dengki n tak ikhlas langsung berkawan ngan kita..or lelaki yg nak main2 kan kita, tak jujur n asek nak menipu jee,blakon baik.haha.kesitu plak~~

3. Kuasa Terbang
Kalau ada kuasa ni sah2 kereta,lrt,kapal terbang n segala jenis kenderaan langsung tak pandang dah.haha. Nak pergi mana2 boleh fly je. Waa...jimat duuuit. So nak balik rumah-kolej pun tak yah susah2 pikir duit nk beli tiket or kes lambat balik tiket habis. Anytime nak balik, get ready utk fly je~gahaha~ Tapi kalau ada pintu doraemon lagi best!! Cakap je nak pergi mana, bukak pintu terus sampai. So kalau bukak2 pintu terus sampai rumah Kim Bum or Nazim othman, boleh x?HAHA

4.  Kuasa 'Time Traveler'
Dengan kuasa ni aku dapat pergi ke masa lampau. Lepas tu boleh la betulkan kesilapan2 yg tak sepatutnya aku buat...cam ponteng skolah ke, mlawan ckp ke, blajar maen2 masa spm ke, xpun kesilapan aku mngenali seseorang tu~haa~ mmg best berangan ni kn~hahahahahaha.

err..kalau korang pulak, Kuasa apa yg korang nak...?rasa cam best jekkk kalau ada en~hehe

Tuesday, May 24, 2011

5 Ciri-ciri Lelaki 'Wonderful dream'........

1. Tak merokok
Yeahh..aku sangat tak suka pada lelaki yg merokok dan dan dan tak boleh dibuat calon pilihan….sebab aku dah reject awal2! Orang cakap lelaki merokok tu macho?erk. Celah mana? Bagi aku, taklangsung! Haih..duduk bersama org yg merokok ni buat nyawa aku semakin pndek je. Sesak nafas!!
2. Ada pengetahuan agama & tak tinggal solat
Ini paling penting. Sejuk rasa dan terjaga sikit duniawi dan ukhrawi bila ada orang yg menjaga agama dan mementingkan hal2 macam ni. Muka pn mesti nampak bersih suci ngan air wuduk je…sejuk mata memandang! Bila ada lelaki camni, mesti akan adanya nasihat-menasihati kearah kbaikan. Saling bantu-membantu diri dan melengkapi keduanya. Dan paling penting dia tak berpura2, alim2 kucing!
3. Tak mungkir janji
Memang dari azali aku cukup tak berkenan bila sesorang tu berjanji macam2 tp takda 1 pun yg dia tunaikan…dan aku pantang mdengar janji. Terutama dr lelaki. Sebab berdasarkan pengalaman, beribu2 janji manis yang aku dengar, tapi kesudahannya semua mungkiri janji tu. So aku rasa kalau tak confident boleh buat, adalah lebih baik tak payah diungkapkan…sbb ianya menyakitkan hati. Ada paham?
4. Sedap mata memandang
Tak payah nak hensem sangat. Cukup sedap mata memandang, dia senyum ‘sweet’ n suka kita tengok, badan sedang2, dah ok dah!
5. Tak panas baran
Terang-terang kalau ada perangai camni susah nak kukuhkan perhubungan. Bila sorang tu panas baran, sorang lagi mesti tak tahan kalau asyik kena marah. Lama-lama fed up beb! So cool-cool suam-suam kuku pun dah okay, santai je :)
                                                              

Monday, May 16, 2011

Result? Alhamdulillah.


Akhirnya segala keresahan dan kegelisahan yang aku alami dr malam tadi yang mbuatkan aku tidur xlena berakhir dengan kegembiraan. Result dah keluar. Tepat jam 10.15 pg tadi aku terus masuk ke laman web polisas. Lagi lama aku tunggu semakin tak menentu jadinya. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun sebab tak dapat tidur lena. Ntah kenapa kali ni aku rasa cuak semacam. Padahal sebelum-sebelum ni tak pernah lak aku rasa camni. Biasa n takda perasaan pun kalau keluar result even mmbe2 laen dah kecoh2 cakap  cuak gile nak tunggu result. Saat ni baru aku terasa betapa cuaknya nak tunggu result,ahh macam result SPM lak rasanya.! Selalunya aku akan cek result membe2 aku dulu,n bila aku rasa okay,baru aku cek aku punya.haha. Kali ni takde dah.~ Aku terus masuk kan no. ic n kad matrik aku. Excited semacam. 

Alhamdulillah Ya Allah. Tak pernah sesangka ini aku akan dapat keputusan macam ni. Terkejut bila tengok semua subjek aku A Cuma ada 2 subjek je dapat A- menjadikan pointer aku sem ni 3.93. n CGPA 3.78. Alhamdulillah aku bersyukur. Hasil dan usaha aku disaat aku ditimpa banyak sangat masalah sem ni. Ditambah msalah paling besar pernah aku rasakan sem ni, disaat tengah final exam. Satu persatu ujian datang sampaikan aku  terpikir untuk give up. Aku dah malas nak belajar. Keseluruhan mood aku dah hilang. Hilang! Sedih teramat yang tak pernah aku rasa sesedih itu! Memang sem ni paling menduga aku. Tapi dalam saat aku hampir jatuh, masih ada hamba Allah yang datang membantu, pinjamkan semangat dan kekuatan serta pertolongan daripadaNya sehinggakan aku mendapat kekuatan semula dan berjaya habiskan final exam tu dengan baik. Walaupun ade 1 2 subjek yang aku rasakan sangat stress dan bermasalah time exam sebab tengah ada masalah n buatkan aku tak dapat focus langsung! 

Aku terkilan,bila aku bahagia, tp ada kawan2 aku yang kecewa. Orang yang selalu nasihatkan aku, tersangkut 1 paper n terpaksa carry paper,walaupun dah sem last. Paling terkilan bila ada yang terpaksa repeat sampai 4-5 paper! Plg sedihnye dia dah sem 5-6. Sepatutnya dah habis belajar, terpaksa tambah sem. Aku tak tahu mana silapnya. Sampaikan diorang terpikir tak nak sambung belajar, dah give up dan sampaikan yang bgtahu tak nak hidup lagi.haih.
Aku tahu macam mana rasa sedihnya…dan aku percaya. Segala hasil yang kita dapat adlah atas usaha yang berterusan,serta rezeki yang tuhan bagi. Bukan senang nak terima kenyataan. Tapi kita pun tak boleh sangkalkan kenyataan dan apa yang dah tertulis dan telah ditentukan. Saat kita jatuh, cuba pikir balik mana salah dan silap kita. Mana buruk dan celanya kita. Betulkan salah tu, bukan biarkan je. Orang yang dapat bangun dari kegagalan ialah orang yang berjaya. Sebelum Berjaya, kita memang akan gagal terlebih dahulu…dan sebaik-baik orang yang berjaya ialah dia belajar dari kegagalan tu. 

Kita tak kan berjaya dengan mudah tanpa rsa sakit. jatuh, gagal dan tersungkur, itu ujian biasa sebelum kita berjaya.  Dan daripada rasa sakit dan terjatuh itu, kita akan belajar sesuatu. Setiap ujian yang menimpa, pasti akan datang satu Kekuatan baru dalam diri kita Percayalah! Sebab aku dah alami saat aku bangun dan terjatuh…saat aku dihina…dibuang..dicela dan dimaki hamun…tapi atas kesabaran aku terima semuanya, dan aku baiki kelemahan aku dan akhirnya, aku berjaya sampai ke tahap ini! Alhamdulillah. Semuanya dengan takdir dan keredhaannya. Allah dah tunjukkan kebesarannya.

Jika Dia memberi kesenangan, maknanya itu ujian untik kita bersyukur. Dan jika kita ditimpa dengan dugaan, itu juga kerana Dia sayangkan hambanya dan member ujian spya kita lebih bersyukur dan belajar nikmat hidup. Belajar untuk lihat orang dibawah kita,iaitu orang yang lebih susah daripada kita. Percayalah, semua yang berlaku ada hikmahnya yang telah tertulis untuk hamba-hambanya. Belajarlah untuk bersyukur atas nikmatnya, Alhamdulillah.

Monday, May 9, 2011

Cutii Sakan!

Dah dekat 2 minggu aku kat rumah. Tidur,makan,online, tengok tv,keluar...tu je lah kerjanya. Nak tenang-tenangkan fikiranlah kononnya. Kelmarin ada tetamu yang tak disangka datang. Semalam lak keluar dengan abang,akak n kak mira (gf abang) ke Alamanda. Nak tengok cerita fast furioust 5 dah habis, so pergi lah karok 2 jam! Balik rumah habis rock dah suara jadinya...adik aku siap tanya lagi, "kenapa dengan suara kau?" haha. Lantaklah. Sambil gi makan, sambil berkenal-kenalan dengan kakak ipor den chantek dan suke gelak kuat-kuat! heheh. 

Malam ni membe ajak keluar g mcd lak dah. Macam aku byk duet.. Katanya ada benda nak cerita...so follow je lah, bestfriend pnya pasal... Esok apa plan? tak tahulah. Dok depan tv sambil layan sinetron pun ok gak. Nak ajak dak-dak kelas time sekolah dulu wat reunion tak jadi-jadi gak. Dok bincang-bincang setiap kali cuti, sampai sudah bincang tak habis-habis, tak jadi-jadi jugak.aisehh.

Nak kerja..tak kerja-kerja lagi. Tak tahu bila nak start. Ni duduk rumah sebuk asah bakat memasak je.haha.Macam lah ada! Tengok lah ada rezeki, next entry adalah tu post resepi2 baru dari chef ZJ,okay? haha. poyo abess.

OK lah,sampai sini je...tak tahu nak coret carut apa lagi, dah lama tak update blog. k daa.

*wingwang ;)*

Wednesday, May 4, 2011

Sahabat yang baik ialah sahabat yang dapat menegur kesalahan sahabatnya.

Bismillahirahmanirrahim.

Hari ni segala yang terbuku dah terluah.
Segala yang terpendam telah terbongkar.
Segala perasaan yang ada dah ditunjukkan.
Aku dah tahu kebenaran.
Aku dah nampak siapa betul siapa salah.
Terima kasih Ya Allah.

Buang segala ego, motivasi diri sendiri.
Jangan tuding jari ke sesiapa.
Jangan merungut.
Aku betul-betul redha dengan takdir dan ketentuanNya kali ini.
Tenangkan hati menerima segala yang dah ditakdirkan dalam jalan hidup aku.

Terima kasih sebab diberikan kekuatan untuk luahkan segalanya kat aku hari ni.
At last aku tahu apa kesalahan yang aku dah buat.
Kawan yang baik adalah kawan yang dapat menegur kesalah kawannya.
Ye..korang meng kawan yang baik sebab dah sedarkan aku.
Terima kasih banyak-banyak!
Ini adalah kesalahan terbesar yang pernah aku buat selama berkawan.
Perangai aku berubah sejak masuk sem 3.
Aku memang dah lama sedar.
Tapi bila takde yang tegur aku mula buat tak kesah
dan masih terus dengan sifat aku tu sampai lah sem ni.
Aku pemalas.
Aku mengaku.
Aku suka buat kerja last minit.
Aku mengaku.
Aku buat kerja siket, kerja aku korang yang habiskan.
Aku mengaku.
Aku asyik dengan facebook je.
Semua kerja aku jadi terbengkalai sebab perangai aku.
Dan sebab gila batak aku terhadap facebook.
Aku mengaku.

Mengigil aku membaca segala luahan hati seorang sahabat.
Sakitnya tak usah cakap.
Satu persatu perkataan yang dilemparkan takda lagi tapis-tapis.
Takda lagi untuk menjaga bahasa dan perasaan aku.
Mungkin dengan cara ni baru boleh menyedarkan aku yang sememangnya Degil dan tersangatlah Keras Kepala.
Batu yang keras boleh dilembutkan apakan lagi hati manusia.
Aku buang jauh-jauh semua perasaan ego dan keras kepala aku tu.
Aku memang nak dengar kesalahan aku.
Aku memang inginkan kesedaran.
Aku perlukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Aku taknak orang cakap-cakap belakang tentang aku.
Biarlah baik buruk aku, aku dengar depan mata aku sendiri.
Bukan jadi perbualan belakang dan bisikan syaitan.

Sekali lagi terima kasih.
Sekarang aku dah tahu salah aku,buruk aku.
Memang banyak sekali celanya dari elok.
Takpe, kata orang..
"orang yang menegur mestilah dengan adab, manakala orang yang menerima teguran mestilah berfikiran positif".
Aku terima.
Dengan teguran ini aku akan baiki kesalahan aku.
Aku banyak buat salah dalam berkawan.
Cermin diri kita sebelum cermin orang lain.
Kalau kita buat kesalahan kita memang takkan nampak melainkan ada yang menegur kesalahan tu.
Dan terima kasih sebab sudi menegur aku akhirnya.
Semua ini jalan cerita aku.
Walaupun sakit untuk aku terima.
Ianya lebih sakit dari yang sakit.
Tapi inilah kenyataan yang perlu aku terima.

Seperti sahabat pernah cakap.. 
"Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati."


*i miss the first moments we are laugh together*

Tuesday, May 3, 2011

Outing :)

Balik dari Kuantan utk cuti sem ni, ni first aku keluar. Aku ajak Shifaq g pesta buku kat PWTC, adik dia; Iman n kawan dia; Syarina pun follow sekali. Cam biasa, ktm jadi pilihan nak kemana-mana. Sampai ke Putra, kitorang berjalan ke pwtc. Punyalah sesak, berimpit2..pergh..nasib tak bawak mak td, kesian lak tengok berasak2 cam ni. Aihh boleh mati kelemasan. Kat ktm tu pun dah separuh nyawa utk survive~~hahah.giloo~

Dalam kul 12 lebeh kitorang sampai,then pergi ke Karangkraf's sides. Gilo ramai arhh. Then naik atas, jalan2 cari novel yang aku nak tak jumpa2~~tensionn~penat kakiii~

Berehat sebentar g lunch kt pizzahut. Pergh sama je ramainyaaa~ Laponyer pasal, arhh redah je lh! Borak2 bagai nak rak sampai tak perasan dah dekat sejam lebeh dah kat sini. Mesti waitress tu bengang giler en tgk kitorang borak2 cam lepak kat kedai mamak lak leh berejam2, padahal ramai lagi beratur nak makan.haha. Soriii tak perasan....~

Lepas makan, g the mall kejap. Pstu masuk pwtc semula...takpuas hati selagi tak beli pape! haha. Tiba2 masuk kat side 'Dewan Bahasa & Pustaka' kena tarik masuk teka silang kata la plak. adeh! So bagi taknak menghampakan pakcik yang beriya soh kitorang join game tu, maka kitorang pun join la. Tengok dalam tu ramai kanak-kanak je~~ Takpe2,cool..haha. Lepas da abes jawab sume, dapatla notebook 1. Sebab salah satu! haha. Kalau betul semua taktahu la plak dapat apa kannn.
 
Then masuk ke karangkraf balik. Usha2 novel. Last2 rembat lah dua novel. Duit pun tak banyak.haha. Aku dah lama baca novel ni tapi just pinjaman je. So aku beli la sendiri sebab ni la satu-satunya novel yang boleh buat aku menangis berulang-ulang kali! Pergh..! Sedihnya cerita ni jangan cakap! Mendayu2 sedihnyaaa! haha. Bagi kat lelaki pun boleh menangis, apa lagi lah perempuan.hihi. "Andai itu takdirnya" dan satu lagi novel yang baru aku nak baca dan orang kata best, "Lautan Kasih".

Dalam pukul 5 petang tu tiba2 ada cikgu Shida la plakk...alah yang femes gila tu. Juara miming dunia. haha. Kat youtube hampir 1.3juta orang yang menonton  Fuh! Sinar harian jemput Cikgu Shida ni utk jadi juri pertandingan miming. Power2 peserta yang masuk, habis gegar2 stage.!! HAHA. Besttt. Then Syila OIAM & adiknya, Shada pun ada datang buat show...comelllnyaaa!! :D

Dalam pukul 7.30 baru balik. Haa yang ni takleh lupa ni.. Benda paling aku taksuka.. ialah bila salah station! Yela naik dari Putra tu ada laluan pertukaran. Sekali salah naik. Dah 5 station berlalu, baru aku pasannnn! Ngek! dah la dah lambat camni. Kena patah balik turun KL central. Nasib berteman. Kalau sorang2 mahu aku menangis.haha.

Pukul 9 lebih baru sampai rumah -_____-

Btw, to Shifaq Ridzuan, thanks a lot friend :)
Utk mereka yang menyambut ulangtahun pada 30hb apr*
me*
SR-my bestie* 
Shifaq with Syila OIAM*

Sekian.                             

Thank you my Senior.!!

Entry kali ni adalah untuk aku meluahkan rasa terima kasih aku pada senior2 aku yang banyak bagi semangat,sokongan,dorongan,nasihat dan pertolongan kat aku selama di Kuantan ni. Aku hargai sangat2!! :'D

Untuk mereka2 yang selalu ada untuk aku, tak jemu memberi nasihat, tumpangkan kereta, belikan aku makanan, melawat aku kat hospital, pinjamkan duit, ajar aku macam2, yang paksa aku makan ubat sampai aku elok...thankssss,love them :)

Sem depan aku dah sem last kat kuantan,means dah takda lagi senior2 yang boleh buat benda yang sama cam yang aku dapat sebelum2 ni. Semua dah habis belajar dan pergi...hmm :(
Kalau aku sakit,kalau aku masuk hospital,kalau aku eksiden,kalau wallet aku hilang,kalau aku perlukan tunjuk ajar,kalau kafe tutup,yep dan kalau kawan-kawan rapat tinggalkan aku,...

'Jangan manja sangat boleh x?'

Ah, tapi tu lah hakikatnya.

Mereka lebih setia dari yang setia.

Dan aku perlukan mereka sebab mereka sumber kekuatan aku kat sana bila kawan rapat sendiri dah hilang..

Sem depan aku pulak jadi senior, ergh~

Dari sekolah dulu aku tak suka jadi senior~~hukhukhuk.

will miss them so much,tahu? :(

Hei pujaan hatiku,

Semua orang tengah bahagia dengan  kekasih hati mereka. Sedang bahagia. Status di facebook mula bertukar 'in relationship'. Bahagia ada yang disayangi, ada yang menjaga. Suka sama suka, sayang sama sayang, Hantar lagu-lagu cinta, ayat-ayat romantis...Hehh. Cuma aku, masih sama. Dah setahun berlalu. Belum ada yang memenuhi ruang hati.Patut ke aku ambil saja apa yang ada depan mata sedangkan hati aku tidak sepenuhnya menerima? Tak..aku tak boleh tipu hati aku untuk sayangkan seseorang. Aku belum terdesak untuk itu. Biarlah, aku menunggu pujaan hati aku...datang menjemputku. :)

hehehehehehehe~ xP

(sambil layan lagu pujaan hati by Kangen band) :)


"Pujaan hati, pujaan hati, setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan.
 hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati..
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku
hei pujaan hati, pujaan hati"


Dugaan itu kekuatan baru!

Disebabkan aku bertuah, aku terpilih untuk menerima segala dugaan ini.

Selama aku berada di Kuantan, dah banyak benda yang menyakitkan aku terpaksa hadapi.

Sakit! Pedih! Perit! Argh,,,aku dah penat..satu persatu datang...


Kadang2 setiap masalah yg datang ni membuatkan aku lemah dan hampir jatuh.

Hilang segala kekuatan yang aku bina selama ni...lemah...putus asa..dan tak berdaya untuk menghadapi masalah yang datang.

Sekali tangisan dan jeritan yang aku luahkan pun belum dapat menghilangkan segala beban dan peritnya rasa di dada.

Sakitnya Ya Allah..! Ingin aku menangis sekuat hati, membuang segala lelah di dada.

Berlari sekuat hati andai ianya dapat menghilangkan segala rasa yang tersimpan dan dengan berlari itu dapat aku jauh dari masalah.

Lemah lah aku jika lari dari masalah yang tak henti-henti datang tanpa selesaikannya! 

Tak pernah aku rasa sesakit ini. Kenapa aku begitu lemah? Mana pergi semangat aku? Mana pergi sumber kekuatan aku?


Jatuh jika aku sendiri. Di saat masalah2 itu datang, kawan2 terapat pula tinggalkan.

Aku sendiri mengubat hati. Tak boleh terus begini. Aku tak boleh lemah!

Cakap-cakap belakang itu semua aku dah dengar. Memang mereka mengutuk dan mengata aku. Kenapa tidak mereka jelaskan sendiri apa yang mereka rasa? Kenapa perlu menyampaikan keburukan aku pada yang lain?

Sedangkan aku tak pernah membuka cerita keburukan tentang mereka. Mana pergi persahabatan kita?

Mana pergi rasa sayang dan hormat kawanku...


Sedih...tapi semuanya dah terjadi...terjadi depan mata aku.
Perit...perit untuk aku lalui..
Masalah yang datang bertimpa-timpa hingga aku tak mampu untuk hadapi...dan aku memerlukan kekuatan dan sokongan rakan2 terdekatku...tetapi disaat aku memerlukannya, mereka pula yang tinggalkan aku.

Sampainya hati..

Tak ada apa yang hendak ditangis...semuanya sia-sia..

Hanya tuhan tempat aku mengadu dan bercerita betapa sakitnya apa yang aku rasa..

Sehingga membuatkan aku terpikir untuk mengaku kalah dan berhenti setakat ini saja..

Aku nak lari dari sini...aku nak lari dari masalah...

Tapi aku tahu itu tak kan dapat selesaikan apa-apa..

Dan disaat aku mula jatuh...tiba-tiba ada yang datang membangkitkan semangat baru...beri aku kekuatan...untuk aku gagah bangun semula..

Masih ada yang bertanya dan mengambil tahu.

Tetapi hakikatnya tidaklah diketahui keseluruhannya apa yang aku rasa.

Tetapi aku tetap bersyukur...cukuplah sekadar ada yang datang membantu...

Aku mula sedar. Kenapa aku perlu mengaku kalah dengan semua ini? Tak begitu mudah untuk aku biarkan masalah sebegini menjadi penghalang untuk aku mencapai impian dan masa depan aku.

Wahai gadis Leo...bukankah kau mempunyai sifat semangat juang yang luar biasa? sifat berani dan tidak tahu takut? dan cepat sembuh apabila ditimpa penyakit? (rahsia kelahiran oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah)

Mana pergi semua tu? Jangan jadi lemah disebabkan hal-hal dunia yang cuba menjatuhkan. Disebabkan manusia-manusia gangguan dan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Wahai gadis Leo....betullah katanya...belajar untuk bertenang.. Berfikirlah dengan berdikari. Fikirkan kebaikan masa akan datang. Jangan cepat mengalah...jangan cepat merungut dengan hal-hal kecil sebegini..

Ini ujian. Ujian dari Allah untuk hamba-hambanya. Allah tak kan turunkan ujian kepada hamba-hambanya yang tak mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Maka aku dapat ujian ini adalah kerana aku mampu untun menyelesaikannya. Be matured.

Aku bertuah. Setiap ujian yang datang, kadang-kadang membuatkan aku hampir jatuh...tetapi aku mampu bangun semula dan beri satu semangat baru! Kekuatan baru. Iaitu menjadikan aku lebih kuat...kuat menghadapi ujian-ujian yang akan datang. Ujian diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan menjadikan kita yang lebih baik! Jika ujian tidak diberi, aku tetap menjadi aku yang dulu dan tak bangun-bangun,tak sedar tentang kesilapan, sentiasa berada di landasan yang selesa dan lemah bila terkena sekali dugaan.

Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah.

Terima Kasih menyedarkan aku.

Aku mula berfikiran seperti orang-orang matang.

Apa yang tuhan telah berikan, pasti ada baik dari buruknya.

Aku mencabar diri aku, untuk membaiki kesilapan dan keburukan lalu yang mereka perkatakan...menjadi bahan kutukan.

Sampai waktunya, tengoklah apa yang mampu aku lakukan. Jangan hina dengan satu kesalahan yang pernah aku buat dan menutup segala kebaikan yang aku berikan. Itulah manusia. Buruk orang semuanya nampak, tetapi mereka tak sedar kebaikan yang banyak pernah diberikan...seolah tak nampak.

Tetapi percayalah, Allah dah janjikan yang terbaik untuk hambanya yang bersabar dengan segala dugannya. Amin.. 

Monday, May 2, 2011

Hantu di bilik hadapan kuh!

(seram x?)
(sila jangan baca jika anda tak kuat semangat)

hehe..

Meh aku nak cerita sikit pasal dua ekor hantu yang menginap di depan bilik aku selama satu semester ni.

Citanya camni...ada dua ekor hantu...berasal dari Terengganu. Hantu ni dari awal sem tersangatlah kerek dan sombong gila,tahu?Sombong cmna?meh aku story sket..

Dari awal sem, aku cuba nak bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran2 yg duduk berhampiran dengan aras aku. Apatah lagi duduk depan bilik aku. Yela dah macam berjiran,kena lah berbaik2,senang lah sket nanti apa2 hal. Tp pelik dengan dua ekor minah ni (memang layak aku panggil dua ekor hantu je). Aku pndang je stiap kali terserempak, yelah dengan niat nak senyum2,knal2 ke,tapi perghh....! siket pnya sombong! bukan sket dh, banyak sangat ni!

Aku bersabo je lah kan. Tapi bila dah hari2 camtu...ah malas lak aku nak senyum dah. Sebab salunya bila aku senyum, rasanya macam senyum kat dinding sorang2 je. So lebih baik aku simpan je snyuman aku ni bg kt orang lain...kan ke lagi bagus?

Hurm. Xpe lah, orang nak sombong,apa boleh buat? Tapi yang paling aku 'panas' sekali dari awal sem smpai lah dah nak abes sem, mulut minah dua ekor tu memang tak reti nak stop! Wah3, kau pikir kamsis ni nenek kau yang punya ke minah?? Argh kalau nenek kau punya sekalipun, bukan hak kau untuk bising setiap hari dan tak jaga langsung ketenteraman dan hak orang lain!! Ada paham? Argh memang kau tak pernah paham pun~~buang masa je aku cakap kat orang cam kau ni!

Bising bukan sekejap2, ni pagi,petang dah tengah2 malam pun,bising lagi dengan bukak lagu kuat2, bukak movie pun kuat2, ape lagi siap karaoke lak dalam bilik!! siutttt! Aku nak study, sok ada test n kuis pun aku terpaksa baca banyak2 kali, berulang2 kali sebab tak masuk...bising sangat! Tension aku!! Sabor jelah!! Suara dah lah sengau,pastu ada hati nyanyi lagu siti kuat2!! cam hampeh lah kau ni!! elak aku mencarut je!! haha.

Selama satu sem aku bersabar je. Nak pergi kelas diorang bising, balek pun bising lagi~~ pastu study pun kuat2, cakap kuat2, woi best student sangat ke kau ni? Kau rasa kau bagus sangat ke haperr? Tak paham aku! Argh.

Sampai satu masa bila aku dah tak tahan sangat, masa minggu final exam, die masih lagi bising even dah jam 4 5 6 pagi! hurm. Esok malamnya aku terus ambil no telefon salah sorang minah yang bising tu kat pintu bilik dia. Tp aku guna la no yang aku tak letak kt pintu bilik aku. Aku pun hantar mesej kat budak tu...ayat aku berbunyi cmni...

"SALAM. NAK MINTAK TLG SENYAP SKET BLH X? ORG LAEN PN NK STUDY JGK. TQ SBB BG KRJASAMA."

Woi,agak2 ayat aku ni kurang hajor sgt ke? Kira habis sopan dah ni? Ke nak aku bersayang2 tegur kau...? "sayang2...i nak mintak u all tolong slow ur voice sket leh x?pliss3!! tlg lh k!! i need to study laa~! tlg eh?" cmni? Ehh.......cam haram jadah lahhh!!! HAHAHA. Kira baek laa aku tak maki2, just tegur elok2 je taw! Tapi laen yg aku mintak n harapkan, lain lak yang aku dapat! Lepas je hantar mesej tu terus budak bising ni keluar dari bilik dia n cakap kuat2... "Aku pun nak study jgk lh!!" Eh...sewel apa? Haih..xpaham2. Ada lagi tu, esok pagi2 nak g kelas, diorang berdua siap menganjing aku lagi..."jangan bisng lah...ada orang nak study..!!(dengan suara yg kuat). Time aku keluar je bilik...aku nampak ada note tertampal kat depan bilik dia. Pergh, ada no fon aku besar2! Semalam aku dengar membe aku cakap dak ni pergi cek satu2 bilik...nak cari nombor yang hantar msg kat die tu. Tp tak jumpa~ Sbb tu terus keluar memo cmtu kat pintu dia. Nombor aku die tulis besar2, then ada memo satu lagi... die tulis camni...

"CIKGU BALA... CANTIK NO. NI...MESTI TUANNYA PUN CANTIK DAN SOPAN KN..."

Hamboi kau minah, main BALA-BALA lak!! Xpe, tungu3!
Aku mula2 baca gelak2 je. Yela,malas nak amek kesah sangat. Pagi ni ada paper, kang dipikir xleh concentrate lak. Aku biar je. Esoknya dalam jam 3 pagi, aku keluar dari bilik nak g toilet, aku nampak memo tu dh beralih ditampal ke dinding sebelah. Time tu aku memang tengah ade problem lain ngan membe2 aku, bertambah 'panas' lh aku. Terus aku masuk bilik, ambil marker pen n kertas n balas balik. Tp esoknya baru aku tampal. Aku  balas cmni..

"CIKGU GOPAL... 014*******... MARAH NAMPAK!!! Rajinnya tulis besar2 ek..... Tak kan tak dapat terima teguran orang lain lngsung??? GUdluck exam!"

Halamak,kan dah kena Gopal! Main bala2, aku balas lah Gopal! Ada aku kesah?? hmm. Kira ayat aku belum nak cari gaduh lagi ni...masih boleh dikawal.

Diorang dah tentu tak puas hati, aku dengar bising2 kat bilik diorang petang tu. Dan petang tu jugak diorang tampal memo baru.

"Hahahaa.. Hahahaa.. Lucunya... Ada orang rupanya... Hahahaha.. Hahahaha..."

Eh,itu je kau boleh buat?hehh. Podahhh. Aku simpan je dulu semua perasaan yang ada. Aku nak balas, tp sok ada dua paper. Bia je lah dulu, nak study pun tak sempat, apa lagi nak tulis2 benda2 tak berfaedah tu. So esok lepas habis paper, aku terus membalas. Aku tak nak benda kecik macam ni berpanjangan berhari2..macam budak tak matang je lah nak gaduh2 utk hal2 kecik camni! Haihh.
Then aku pun copy paste je lh ayat die!! Amacam, bengang tak? HAHA. Aku rasa kalau kena kat aku mesti rasa bengang gila kan ayat kena copy paste! Time diorang sampai je depan bilik aku dah dapat dengan suara gergasi2 tu mengamuk! Diorang marah kat aku. Then sorang membe die ni cakap..."Jom Face to face lh!"

Haha...tengok...tengok..tengok? Hal2 kecik camni pun nak gaduh2, nak face to face tu nak ajak aku bertumbuk tumbuk bertarik rambut la tu. Hehh. Aku malas je, kang satgi ade lak kes bunuh lak kang.haha. bukan leh ni gaduh ngan gergasi2 yg panas baran ni! Bahaya! haha. So jalan selamat, adalah lebih baik aku biarkan je!! haha. Lepas memo tu, aku dah tak dapat dah memo baru. Tapi selama 4 hari diorang menganjing aku. "jangan bising2...ada orang nak study". Dari nak pergi kelas,balek kelas, malam2...hahh...menganjing je lh kerjanya hantu dua ekor ni! Sabor jelah!!

Aku hantar mesej mulanya nak berdamai, rasa aman sket, tapi semakin kecoh dan huru-hara jadinya! Tegur sket pun tak dapat nak terima. Camne ni jadi manusia? Adoii. Bukan aku marah2 pun time tegur tu, cakap elok2 je...tapi dah takpuas hati sampai cmni sekali. Macam2 lah perangai hai!!

Tapi Alhamdulillah.....sekarang dh 4 hari aku kat rumah. Cuti sem dah tamat. Ini bermakna takda lah aku dengar lagi suara2 gergasi@dua ekor hantu kat depan bilik aku tu. SYUKUR!! Kini hidup aku lebih aman dan sentosa! Terima Kasih! -___-