Thursday, September 29, 2011

Tentatif Lawatan industri Dtm5B

Jam 11 malam ni kami sekelas akan bertolak ke Selangor. Utk balik rumah aku. Untuk lawatan industri, ni tentatif program kami bermula besok..;)

JUMAAT (30/09/2011)

9.15am : Bertolak ke MARDI serdang.
11.00am : Check in di Rumahtamu UKM Bangi/ Rehat/ Makan/ Solat
1.30pm : Bertolak ke Beryl's Chocolate, Serdang.
3.30pm : Balik ke UKM/ rehat/ solat
7.45pm : Bertolak ke i-city Shah Alam.
11.30pm : Balik ke kediaman masing-masing.

SABTU ( 1/10/2011)

8.30am : Check out dr UKM/ makan.
9.45am : Sampai ke kilang roti High 5, Shah Alam.
11.30am : Bertolak ke Taman pertanian Shah Alam/ makan/ solat.
3.00pm : Bertolak ke KL (Time Square)
6.00pm : Bertolak pulang ke Polisas.
11.00pm : Dijangka tiba ke Polisas.


~~Ok sekian..hehe. Berdasarkan tentatif program yang terpapar kat atas ni, sebenarnya bukan setakat buat lawatan industri je, padahal nak enjoy je lebihhhhhhh. Bagus, aku suka. Boleh merayau ke i-city, bukit cerakah n time square pulak...haha. Ni la orang cakap, sambil menyelam minum air banyak2! :)

Semoga selamat sampai dan balik, doa kan ye....ingat nak singgah rumah kejap nanti kalau ada gap. Sekejap pun jadilah, nk amek makanan yg mak masak banyak2~~ hehe :D

Tuesday, September 27, 2011

Matured and maturity


Seawal usia 20an aku sebenarnya sudah tua dahulu drp usia.
Banyak tak banyak, mungkin sebab aku dah pun melalui hari-hari yang sukar kat sini,
atau mungkin sebelum ini lagi.
Aku berjumpa dengan macam2 drama manusia sekeliling.
Ada kalanya mengajar aku untuk jadi lebih kuat,
supaya aku lebih bersedia menghadap benda2 yang lebih dasyat kat depan sana nanti.
So aku tak boleh menyesal atau mengeluh
dengan mana-mana jalan takdir aku sebelum ini.
Mungkin ada atau pernah aku terfikir, kenapa jalan hidup aku macam ni...
Kenapalah aku kena berjumpa dengan dia..
dan kenapalah nasib aku macam ni, tak sebaik orang lain.....

Rupanya salah kalau aku berfikiran macam ni, dah semacam aku melawan takdir yang dh pun ditetapakan utk aku berjumpa dgn orang sekian sekian....

Sekarang aku sentiasa ingatkan diri aku..
Dalam apa pun keputusan, or jalan hidup yang aku pilih, mahupun dgn siapapun aku berjumpa...jangan menyesal! Sebabnya semuanya telah disusun atur olehNya, kita cuma mampu berusaha ke arah yang kita nak dan berdoa semoga pilihan yang kita pilih tu ada kebaikannya. Walaupun tak nampak sekarang, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. So, keep believe!

Dalam berkawan, sebenarnya banyak benda kita kena bersabar, bertolak ansur dan paling penting jgn ego.
Aku pantang bila orang memberi, dia mengungkit-ungkit balik terutama bila kita ada buat salah.
Dan sebab tu aku dah malas dah nak layan bila ada seorang kawan ni yang suka perli2, ungkit apa yang dia dah bagi dekat semua orang dekat status facebook dia. Mungkin kalau mula-mula dulu aku akan tanya, kenapa. Tapi rasanya bila dah selalu sangat dia memperli2 orang, dan rasa diri dia lebih bagus,tak pernah buat salah. Im just ignored. Tak perlu rasanya aku nak melayan kerenah2 orang yang macam ni. Dan even lemparan dan kutukan tu kena pada aku, why not u just asking directly to me. Aku boleh terima dengan terbuka...insyaallah, kalau benda tu mmg salah aku.

Ok, lagi satu aku bukan jenis yang cepat nak marah2, nak merajuk2, dan aku jenis cepat sejuk. So aku rasa dari melayan benda2 yang tak mendatangkan faedah utk aku pun, adalah lebih baik aku buat hal sendiri. Biar orang lain nak cakap aku takda life, or aku hidup sendiri ke...yang penting aku tak kacau orang dan aku tak menyusahkan korang, okay? :)

Dan soal hati, aku serahkan takdir dan jodoh aku kat Dia.
Aku tak suka bila orang cakap, kau ni kenapa tak ada bf?
'ada masalah ke kalau tak ada'
tak ada masalah pun, saja ja tanya. Itulah jual mahal sangat, lepas tu memilih.
'Kalau jual murah, mesti aku dah menggatal dengan semua lelaki. Takpun setiap bulan tukar kapel lain. Memilih? kalau aku tak memilih, main sambar je la sapa2...mungkin aku punya bf tu mat rempit ke, mat ganja ke, mat bangla, or mungkin aku kutip je mana-mana yg nk jadi bf aku'

Heh..
Aku ada pendirian, dan aku tahu siapa yang akan aku pilih.
Im not desperate to having a bf..:)
Bila masanya dah sampai, akan ada jugak yang menjadi peganti.
Bagi aku skrg, masa perkenalan dan kenal hati budi masing2 tu lbih penting taw!
Sebab aku dah ada pengalaman yg sebelum ni mengajar aku utk lebih berhati2 dlm memilih.
Bukan yg sempurna, atau terbaik.
Cukup ada apa yang sepatutnya.
Bak lirik lagu kurik kendi yang dinyanyikan oleh siti ni,

'Luar napok come, Jange dale habih kuca lembe'

Heheh...
Ok lah, sampai sini saja..maaf kalau ada yg terasa dgn statement aku kali ni...
assalamualaikum..;)



Sunday, September 25, 2011

Hobby

Puas rasanya harini bila dapat main futsal, berlari satu padang n wat sit up tengah padang! haha.
Besok futsal lagi yee....rindu lama dah rasanya tak sepak bola. Almost 4 months!

Ast, we got to prepare for futsal game inter-department on october....gudluck then for my team :D

Tuesday, September 13, 2011

Serabut gila bila pkir pasal duit ouh.....
Abah dah msg, bgtahu suruh berjimat sbb duit dah banyak jgk habis sbb akak aku da sambung stdy balik for degree baru2 ni...

So request aku nak balik minggu ni salah satu sbbnya  nak pergi jumpa doc gigi, sebab gigi sensitif. Kadang2 kena air pun sakit wo. Sbnarnya dah lama dah, tapi pasal minggu lepas tiba2 dah rasa sakit gila sampai tak boleh nak makan so terus msg abah cakap nak pergi klinik kerajaan kt ukm tu je. Tapi abah cakap time minggu ni student tengah ramai, susah nak pergi. So abah cakap pergi klinik swasta je, nanti dapat claim Rm200 setahun. Tapi rasanya abah suruh guna duit aku dlu, n claim nanti~ Tapi maybe tak sampai lah rm200, sbb nak pergi cek gigi n maybe doc akan suggest apa2. Masalahnya,duit aku pun tak banyak~

Aiyooo,pastu broadnband 2 bulan dah xbayar, maybe abah yang bayarkan dlu, so aku dah berhutang lagi kt situ~

Minggu depan pergi lawatan kelas, kena pakai duit sket...duit lagi~~

Daftar muet rm 100,minggu depan dah start kelas tapi tak bayar lagi~~

Hutang tiket bas kat membe rm 44, lepas tu nak beli tiket balik ke kuatan semula

Sketsa (softskill class)

Lakonan utk softskill, 
Tajuk : Layanan di kaunter khidmat pelanggan
Situasi 1 : layanan terhadap warga emas
Situasi 2 : layanan terhadap OKU
Situasi 3 : layanan terhadap wanita cantik
Situasi 4 : layanan melalui panggilan telefon

Lakonan mesti dilakukan di dalam 2 versi, iaitu cara layanan yang baik dan cara layanan yang salah (x beretika),dgn melibatkan keempat2 situasi.


For my group, Pokok...utk sketsa ni aku  membawa watak sebagai wanita cantik yg jahat. Sebenarnya watak ni adalah watak yg paling kena tolak tepi,sbb aku lambat pilih watak, so aku terpaksa amek jela watak ni. Tapi xpe lah,aku mmg tak boleh bawak watak baik2...bawak watak jahat baru aku boleh berlakon...haha. Ouh mgkin aku mmg seswai bwk watak jahat, sbb aku mmg jahat kot~hoho


Ok, ni adalah dialog utk watak aku...(prepare malam sebelum sketsa)


Disebuah kaunter pertanyaan khidmat pelanggan......


me: (menghampiri meja kaunter pertanyaan) erm nak tanya ni...... macam mana eh nak daftar audition gadis melayu tu?
Kaunter: Tak reti bagi salam?
me: Ish kecoh betul la...jawab jela apa yang aku tanya!! Cam mana nak daftar audition tu??
Kaunter: Tunggu kejap saya ambil borang tu.
me: Pandai pun...cepat sikit!!
~~~(mencari borang)~~
me: Mana?? Lamanya! Kau cari ke kau makan kertas tu??
Kaunter: Nah! (hempas)
me: Kurang ajar... Hurm...pen ada?? Cepatlah, lembap!!
~~~(mengisi borang)~~ 
me: Hei, ni apa benda eh dia nak? tak paham lah!!
~~~(tak dilayan)~~
me: Hoi, aku cakap dengan kau ni! pekak ke??
Kaunter: Yang kau kurang hajar sangat ni apehal? Aku tak pekak lagi la. Tak boleh cakap elok-elok?? Dasar perempuan GILA.....!!
me: Eh, eh...amboi-amboi sedanya mulut....apa kau cakap tadi??
Kaunter: Pekak ke? (selamba)
me: Nah, ambil lah borang kau ni balik! Tak hingin aku nak isi! Menyampah pulak aku layan orang kampung macam kau ni!! Bye!




Ok, yang kat atas ni berdasarkan dialog yang aku karang sendiri. Tapi aku memang tak boleh berlakon dengan menghafal, selalunya time kita berlakon, akan ada ayat yang keluar secara spontan...tambah2 bila berlakon dengan orang yang tak hafal dialog dan main tibai je dialog yang dia suka. Ok, ni adalah dialog semasa sketsa....yang spontan keluar daripada mulut...bila dah lupa dialog.....hehe.




Di sebuah kaunter khidmat pelanggan, kelihatan penjaga kaunter tersebut sedang asyik mengandam diri dengan compact powder ditangan hingga tidak sedar akan kehadiran seorang perempuan cantik yang tampak sombong, dengan memakai rantai berlian, membawa handbag bewarna merah dan bermulalah adengan yang membibitkan pergaduhan...




me: (ketuk2 meja dgn kuat) erm nak tanya ni...... macam mana eh nak daftar audition gadis melayu tu? (sambil tunjuk kearah notis yg ditampal) 
Kaunter: Tak reti bagi salam?
me: Ish kecoh betul la...jawab jela apa yang aku tanya!! Cam mana nak daftar audition tu??
Kaunter:~~ (mencari2 borang)~~
me: Hish..lembap betul!!!
Kaunter: nah!! (hempas borang dan pen)
me:(mengisi borang)~~hurm...ni apa benda eh yang dia nak?? tak paham lah!!
Kaunter: Laaa...ni dia suruh isi nama la, tak kan tak paham kot?? pakai cantik dah....
me: hei...aku bukan tanya yang atas ni, yang tu aku tahulah! Aku tanya yang kat bawah ni, aku tak paham apa yang dia nak je!hish
Kaunter: Pakai cantik dah...tak kan bahasa inggeris pun tak paham? hish...ape lah....
me: La....aku tanya tu jawab je lah! Susah sangat ke???
Kaunter: Dah la, awak ni tak payah masuk la audition gadis melayu ni.....tak sesuai langsung~
me: Hek eleh, aku yang nak masuk ke kau yang nak masuk ni? Suka hati aku lah yang kau sibuk2 apehal??
Kaunter: Dah la...balik jela...tak payah masuk la...perangai macam ni nak masuk...tak sesuai langsung...balik jela...balik jela....
me: Kau sibuk apasal? biarlah aku nak masuk!! Aku masuk ni sebab nak mencari suami yang baik...(tiba2 dialog ni keluar dr mulut aku)~
Kaunter: Dah, takde.takde...blik..balik...
me: kurang hajar....suka hati laaaa......bukan kau yang nak masuk!!!
nah,ambil la.....tak hingin aku!!




See? dialog tiba2 dah bertukar kan? Bila membe aku ni dah start keluar daripada dialog yang sepatutnya, aku pun start lah melalut keluar dialog sendiri untuk back up and nak bagi nampak lakonan tu menjadi sama mcm planning ...haha. Karang tak tibai je dialog, tak pasal2 aku kaku kat situ tak tahu nak cakap apa.hahah. Impressive, aku pun tak tahu sampai je kat meja kaunter tu aku boleh amek mood serious macam nak gaduh betul2...suara pulak tiba2 terkeut gila daripada semua orang.hahaha. Semangat je pompan jahat ni!! kah3. Mungkin sbb aku mmg minat berlakon kot dr sekolah lagi,ask Shifaq, my besftfriend.hehe. Kitorang selalu berlakon suka2 kalau ada masa. hahahaha.lawak je. yela,...nak masuk drama tak dapat,hihi :P




At last, diakhir sketsa kelas softskill ni, lecturer ada menyebut nama beberapa orang yang mempunyai bakat berlakon dan nampak hidup. And she has mentioned my name :P

Wednesday, September 7, 2011

Terima kasihhhhh bebanyakkkk.......

Terima kasih banyak2 sebab buat bilik aku lintang pukang camni woo~~
Hargai sgt2 dgn usaha padu kalian wahai meon2 yg sentiasa dekat dihati!!
(kalau korg(meon2 tu) bace, muahh2 I love u utk korg k!!)









~Balik dari kelas penat2, baru bukak pintu sket dah nampak botol air bersepah kt tepi pintu. Masuk2, mmg cam haram dah bilik ni bersepah gilaaa! Ergh. Sampai dah takde tempat yg bersih utk dipjak. Geli betul!! Sayang camera hp aku ni tak bebetul clear n fokus pun, kalau tak mesti dah boleh nampak setiap inci lantai,meja,tikar n katil aku penuh dengan serbuk2 biskut n air yg tumpah2. Habis roti sebungkus di bawa lari, biskut 3 bungkus, air jagung sekotak, mee segera 2 bungkus, tong sampah disepahkan, laci n siling di kokaknya, langsir dicabut, laptop, buku2 n katil penuh dgn habuk, meja bersepah2 dan kotor, hanger2 dan penyangkut baju dibaling2, sabun bsuh pinggan dibukak dan dicucuk2 dgn garfu(ko pikir ni dadih eh), kain pengelap dipijak2, dinding dgn tapak kaki, lukisann akuuu sume dh kotor, kerusi ditolak, beg mesti dh kena pijak2. EH, terima kasih sangat2 laaa dgn kasih sayang yg ditunjukkann.....................zj sayang sangat2 !!!

~ Dua jam jugak la aku amek masa kemas2 balik, lap semua yang kotor, sapu sampah, basuh tikar, mop lantai, buang sampah2, tukar cadar, bersihkan buku, basuh sudu garfu bekas2 yg diguna, pasang langsir smula, bsuh cadar2 n sarung semua....aku mmg suka sgt buat kerja macam ni ow! Tao?


!!

Friday, September 2, 2011

Days before Raya! :)

Rabu 24/07-sebelum balik cuti beraya masing2 da excited terlebih kat dalam kelas. Tak cukup countdown hari bermula sebulan lepas, hari ni countdown jam pulak utk naik bas. Dalam kelas tadi bersambung2 masing2 dengan ringtone raya time lecturer tgh mengjar. Paling tak tahan, lecturer sbjek fat n oil ktorang pun sibuk suruh transfer lagu2 raya, nak amek mood raya katanya. Habis ringtone n bunyi msg disapu lagu raya.haha.

Hari ni ada gak lecturer mengamuk sbb ponteng kelas dia, gara2 ada 2 org student ni nak balik awal. Fuhh...dasat gilerr time dia marah kali ni. Mmg marah gila2 ow. Nasib aku tak ponteng klas sem ni...hee. Dah taubat beb. Tak macam cuti raya tahun lepas, siap pergi ganti masuk kelas lain awal2, gara2 nak balik raya awal. Tak kesah da, siap jumpa lecturer lagi bgtao tak dapat dtg klas sbb tiket da beli.huhu. So ponteng jgk lerr 2 klas time ni. Aku n geng2 aku mmg suka buat kerja camni, tak kesah dah even budak2 kelas yg dah beli tket lambat sume tak puashati ngn ktorang sbb ganti kelas awal2 msuk kelas lain n dpt balik awal. Siapp bergaduh bermasam muka,haha sampai camtu sekali kan dorg tak puas hati? heh. Tapi sem ni ktorang dah taubat dah tak ponteng kelas dah (kot)...dah sem last dah, attendance biar kasi penuh la cantik sket...hihi.
Sampai lecturer2 dah kenal sangat ni muka2 nak balik rumah awal. Xpe,ktorang tak buat jahat pun...kan...heee :P

Khamis 25/07- Shopping2 raya di Jalan Tar n Sogo. Ferghhh berduyun orang. Penat gilaa berjalan..........sambil tunggu membe pilih kasut pun aku bole nak tertido. Ouh nasihat utk lelaki, jgn ikot pompan pergi shopping! hihi. Kesian aku tengok suami2, boifren2, abang2,adik2 laki yg menunggu kat tepi kerusi or tangga semata2 sebab pompan gila bila tgk SALE,so kenalah tunggu berejam gamaknyaaa~hehe.

Jumaat 26/07- Merasa jugak masakan mak sedap2 sejak dah sampai rumah ni.hee.. Bahagia tak terkiraa..:D

Sabtu 27/07- Hari ni sepatutnya planning nak keluar jenjalan ngn membe2 bangi, tapi sebab masing2 nak keluar ngan family, so cancel. Then sbb bosan duk kat umah, terpikir ada iftar ngan dak2 5d 08 hari ni. So dr tak wat pape kat rumah, baek berbuka kt luar hari ni...bole jgk jumpa membe2 lama. Hehe. Aku pergi ni pun sbb ada sorg classmate aku ni dok tanya2 pergi ke tak iftar, then at last dia yg siap dtg jemput depan rumah dgn Gen 2. Drebar pree aku ni!! hahah. So hari ni berbuka di D'Arab Cafe, Putrajaya. Kedai ni own by our classmate jgk, naeem ramlan..:)


So menu hari ni, opkos Nasi Arab........besarrr punyaaaa.....:D

Tiramisu Cake-rm 75~fuuu









9pm: Time to go home~ :)


 Malam tu lepas sampai rumah, ada membe2 taman 4/3 pulak nk buat makan2 kat jalan mati. Makan kek sempena burfday n wish aku yg kempunan sesangat nk cheesecake!hahah. Btw,alang2 ramai dak2 4/3 ni yg lahir bulan ogos, so kitorang sambut la sesama. so sweet~ hahaha. Mekaseh beb sebab belanja aku n tunaikan hajat aku ni!! hihihi. (gambar akan menyusul kemudian).

Btw, ni hari-hari sebelum raya. Lepas raya punya will be update soon. Setakat sini saja hari ni, daaa. Bebai! :D