Sunday, October 16, 2011

Myvi Elegance Vs Modenas Passion 125

Entah kenapa sekarang ni aku asek terbayang ada scooter or kereta sendiri... Orang kata sesuatu hasil yang kita nak dapat, bermula dengan berangan, kan. So tak salah kalau aku berangan dulu sbb aku mmg tengah berusaha nak dapatkan n memasang impian dan cita-cita (ayat novel) utk miliki antara dua trnsport ni, Myvi elegance (purple) or Modenas passion 125 sports (silver) ni. Hentah la sampai bila dapat berangan je ni, haha. Terfikir sem depan, aku mungkin duduk kat rumah je selama 6 bulan, while duit ptptn still masuk rm2,500. Setakat ni memang tak ada planning nk buat apa2 lagi dengan duit tu selain simpan utk sambung belajar kot. Kalau dapat tempat praktikal yang aku tengah apply ni, mungkin dapat elaun utk 3 bulan (tak tao lg berapa). Then after praktikal, boleh terus kerja sekejap sementara tunggu result apply fr further study. So kalau dapat scooter sebijik pun jadilah, bajet dlm rm 4k++, kalau kereta tu tunggu kerja lah gamaknya sbb harga kereta pun dah 10x ganda sebijik scooter, dlm rm40k++.





Passion 125 sports: Rm 4,302
(red, silver, blue, green)






Myvi: Rm 43,900
Myvi Elegance: Rm 53,900 


Ish............nakk sesangat ni. Tapi mesti abah tak bagi punya~ Kena pujuk abah dulu la kalau nk beli, sbb bukan macam beli moto mainan tu, lepas byar boleh jadi hak milik sepenuhnya. Ni kena bayo bulan2 lak~ Bajet dalam rm 150 (24 bln) with 4.5% interest. Mandai2 je aku kira ni.


# semoga dimurahkan rezeki. Amin amin...

Wednesday, October 12, 2011

Dengar sini orang2 kampung.............................!!

Hari ni aku sangat gembira dan berpuas hati serta berlapang dada, sebab benda yg aku takut sangat dah pun lepas~hihi.




Eh, ape benda ek?






Sebenarnya.....speaking MUET aku dah lepas dah tepat pukul 1.25pm td. So segala beban yang aku simpan dan perasaan cuak tu dah pun takde lagi! yii~~ :D



Ada rezeki utk aku, mmg aku nak sangat2 further study weh, nak...nak sgt okay. Kalau lpas degree, aku ingat nak sambung master pulak. Semua tu bergantung pada rezeki n semangat aku jgk la. Tapi sbnarnya menuntut ilmu ni even bnyak dugaan, tapi tulah dugaan yang tak mungkin kita beli n tak semua org dapat. So let's grab it!! :D

Berwajah baru :)

Sumber inspirasi daripada membe aku yang seorang ni buat aku nk tukar theme n background baru. hehe. Macam dah bosan pulak yg lama tu. So, amacam? Nampak mcm tropica x? hakhak. Aku rasa macam ala ala tropika gitu, tapi nampak suram~ Like the mood that i am being felt now, deep in my heart~ :)

Sunday, October 9, 2011

Filem Melayu paling seram 2011 : Al-Hijab arahan Pierre Andre

Aku tak rasa rugi bila tengok cerita2 seram kat wayang. Sebab mostly aku pergi wayang,mesti aku akan pilih cerita seram2 dulu, baru feeling kalau tengok kat wayang cite camni. Kalau setakat drama biasa ke baik download tengok depan laptop je kan.hehe

So hari ni aku berpeluang pergi tengok cerita Al-hijab ni kat wayang. Aku tak tahu pun ni cerita apa, tp membe aku cakap best cerita hantu ni. Arahan Pierre Andre yg suka sangat wat cerita2 seram. So aku mmg excited laaa kalau dapat tengok cerita2 hantu ni. Ok,poyoo sangat.  Haha. Rugi wehhh kalau tak tengok! Sumpah! ahahhh. Meh aku story sket cerita dia camne....~~

Starting dia pasal sepasang suami isteri ni nak balik kampung, si suami ni drive ikot jalan shortcut tapi dah dekat 2jam tak jumpa jalan keluar. Jam dah menunjukkan jam hampir 4 pagi. Si isteri dia ni mula marah2 sbb suami dia taknak ikut cakap dia suruh ikot jalan biasa. Masa dalam perjalanan tu, ada beberapa orang lelaki yang menahan kereta diorang ni nk mintak pertolongan. Dia pun berhentikan kereta, nk tahu apa yg berlaku wlpun isteri dia marah tak bagi keluar dari kereta. Beberapa org lelaki td dtg kt diorang, n bgtao yg diorang dah 4jam pusing kawasan ni tapi still lalu kat jalan yg sama n tak jumpa jalan keluar. Semua dah takut gila. Tiba2 salah sorang dr mamat tu cerita benda sbnar yg berlaku. Diorang lalu kt kwasan tu sbb tgh bawak tunang slh sorg kwn dia tu utk pergi berubat, sbb dh kena rasuk. Tunang dia tu ada dlm kereta kt depan tu. Berselubung dgn kain kuning. Tiba2 diorang terdengar suara perempuan menjerit di hujung jalan, semua lelaki2 td tmasuk suami td pun berlari ke tempat tu. Tinggallah isteri dia sorang2 kt dalam kereta. Paling ngeri, kat kereta depan tu ada perempuan yg kena rasuk tu dlm kereta, duduk kat seat blkang smbil berselubung. Fuh! Cuba bayangkan. Time dah senyap sunyi, tinggal si isteri tu sorang2,tiba2 kereta kat depan tu boleh bergerak2 dan lampu2 kereta tu semua tbuka n ttutup. Pintu kereta perempuan yg kena rasuk tu tiba2 terbukak! Perempuan tu terus menari, tiba2 hilang! Si isteri ni takut n pejamkan mata, tiba2 perempuan yg berselubung ni ketuk2 pintu dia nk bukak n masuk dlm kereta tu! Serammm dow yg ni! Tiba2 semua senyap. Tgk2 prempuan bselubung tu dh ada kt dlm kereta dia dh! fuh~~time suami dia nk pergi ke kereta dia balik, tgk isteri dia dah hilang dh dibawa lari. Ok,CUT! (ni skrip jalan mati arahan pngarah khir & aziz m.othman dlm cerita tu)

Babak kedua, pengarah khir n aziz ni tengah nk cari plakon utk hero watak cerita seram td; 'jalan mati'. So lepas tgk audition tape yg lpas, so diorang pilih Rafael( Pierre Andre) sbgai watak utama cerita 'jalan mati' tu.

Rafael ni happy n excited gila bila dipanggil memegang watak utama cerita hantu tu. Tapi malang dia jenis yang tak ada perasaan, dan tak takut serta tak percaya dengan hantu. Padahal pngarah filem tu mgharap sgt dia dpt bg yg terbaik n menjiwai watak lkonan tu dengan baca n tengok cerita2 hantu. tapi Still takda feeling. So awek dia ada suggest satu tempat berhantu ni utk tengok sendiri hantu2 kat situ bagi menjiwai watak yg nak dibawa. Tapi tak jugak dia nampak apa2. At last~ awek dia ada tny mak dia pasal boleh bukak 'hijab' kalau nk betul2 nampak hantu. Mak awek dia ni cerita lah pasal kat kampung dia dlu ada org yg buka 'hijab' dan dia boleh nampak 'macam2' kt sekeliling dia.

Satu hari tu, si Rafael ni ada dapat satu msg arahan utk dia pergi ke satu tmpat ni. Petanda tu adalah utk dia berjumpa dgn seorang makcik ni (dukun) utk menunaikan hajatnya tu. Malam tu dia pergi ke rumah makcik ni, tp still rasa pelik sbb macam mana makcik ni boleh tahu apa hasrat dia. So malam tu, makcik tu bwak rafaek ni masuk ke dalam hutan dan pergi ke satu tmpat utk mbuka hijab..

Selepas menjampi, hijabnya dibuka........bermula malam tu....


Rafael boleh nampak macam2 benda dekat sekeliling dia. Excited, gembira bercampur takut dalam perasaannya. Sbb excited dapat tgk hantu2 kat situ so die mntak kt makcik tu utk bg peluang sampai esok pagi bila makcik tu ckp nak tutup semula hijab Rafael tu, sbb bahaya. Makcik tu bg peluang sampai esok pagi je, lepas tu kena datang jumpa dia balik untuk tutup hajab tu sbb just dia je yg boleh tutupkan hijab tu smula, org laen tak boleh.

Start dari malam tu, macam2 benda jadi dari otw balik ke rumah, sampai lah dia kat rumah. Sbb ada benda yg menumpang n ikut dia balik rumah sekali. Paling seram time awek dia datang rumah malam2, sampai awek dia masuk dalam mimpi dia ingatkan benda tu dah berakhir, tapi rupanya mimpi. Scene buat aku tutup mata kejap, time benda tu masuk ke bilik dengan lajuuu gila. Haha. Tiba2 je muncul depan screen. Fuh!

Banyak lg benda yg berlaku, tak best pulak kalau aku cerita sampai ending. So, tak rugi kalau tengok. Cerita ni maybe leh jadi box office n antara filem seram yang terlaris. Sape yang jenis lemah semangat tak digalakkan tengok wokey! Ada berani? Jom tengok! :O

Gua pun berani berani takut je tgk cite ni!haha

Wednesday, October 5, 2011

Cek status ke'original'an hp anda

jom try!


Taip kat hp *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
... ... semak nombor IMEI hp anda di kedudukan 7 dan 8

contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....
* contoh ni no IMEI adalah 01 utk semak ori ke x handfon tu...
let's check it out:

02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
check hp anda sekarang...ORI KE X??





fuh~~mmg xberapa nk ori sgt laaa aku pnya ni~ =.=

Tuesday, October 4, 2011

Pemalas gaban

Aduhyai aku tak tahulah ape nak jadi kat aku sejak dua tiga minggu ni. Kerja pun dah pandang sebelah mata je, kadang2 tak pandang langsung...
Memang macam ni lah bila dah nak abes2 sem ni, mulalah perangai pemalas gila tu ternampak. Fuh~ tambah2 kelas asek cancel je, lagi suka la aku tangguh2 kan kerja tu~ Apee nak jadilah~~~

Asal ada masa je, macam biasa...katil menjadi tempat pertama aku bersua dan beradu kasih~ahahah.
Syokkk gilaaa kalau dpt tido, ferghh xhengat dunia. Mimpi pun pelik2 sejak akhir2 ni.

Mgkin sbb problem byk sgt kena pkir sejak sebulan dua ni, so aku lg byk habiskan masa utk tido je nk release tension ni.hehe.bguihh naaa

Monday, October 3, 2011

10 surah dapat menghalang daripada ujian besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan

.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi

kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.