Sunday, February 26, 2012

One night created : cerpen terbaru hampir siap..

Entah kenapa tiba-tiba mood berkarya membuak datang seusai solat maghrib tadi. Terus datang banyak idea dan teringin nak menulis semula.

Dan dalam satu malam, Alhamdulillah dapat mengarang 7 pages untuk cerpen yang bertajuk "Siapa Jodohku". Sikit lagi untuk mendapatkan ending cerita ni.

*Pergh, teringin nak minum indocafe tadi, terus tak dapat lelap malam. Dasat oo penangan coffee ni~*

Baucer Buku 1 Malaysia

Mungkin aku orang yang paling lambat menggunakan voucher setelah dekat 2 bulan dah dapat voucher ni. Padahal budak2 lain dah lama menghabiskan voucher2 diorang dengan novel2, alat tulis dan tak kurang yang membeli peralatan komputer. Mungkin akulah orang yang paling excited bila dapat BB1M rm 200 tu, bermacam buku aku teringin nak beli mungkin sebab membaca adalah salah satu minat aku. Tapi, tak ada peluang untuk keluar dan membeli menjadi punca voucher tu terus disimpan di dalam laci. Hehh. Minggu lepas baru dapat peluang untuk pergi Alamanda dengan kawan-kawan terapat dan singgah ke MPH, alang-alang voucher pun dah ada dalam wallet.

Rm135 diawal penggunaan voucher tersebut, tetapi disebabkan tidak dapat menggenapkannya menjadi rm150, maka aku menolak sebuah buku dan akhirnya menjadikannya rm118. Rm100 dah pun aku gunakan untuk membeli buku semata dengan penambahan duit cash rm18 sendiri.

Musim penukaran voucher di kedai-kedai buku yang terlibat menyebabkan harga-harga alat tulis dan banyak barang-barang yang dijual telah dinaikkan harga. Contohnya, pen warna yang sebelumnya mungkin dalam lingkungan rm20-30, tetapi telah menjadi rm48 (utk 8 batang pen). Pen sebatang yang berharga rm2++ telah punmenjadi rm5++. Betapa tingginya harga tersebut membuatkan aku memilih untuk membeli buku je lah. Harga tetap dan tidak bertukar.

Nak beli map tak boleh, nak beli buku resepi memasak tak jumpa yang best, nak beli buku food tech tak kelihatan....so ini jelah buku yang sempat dirembat menggunakan rm100 voucher tersebut.

beserta terjemahan Al-Quran Karim (tiada dlm gambar).

Best dapat shopping buku :D 
Member-member siap tanya, rajinnya kau nak baca buku-buku ni...sempat ke?
Er..er...mungkin aku akan adakan masa untuk membaca buku-buku ni semua sebab aku berminat, its interesting...sure, aku akan habiskan Insyaallah. Mungkin more to islamic, ye..aku sentiasa inginkan perubahan seperti orang lain dan motivasi sampingan... Im trying to be a perfect muslimah, Insyaallah...little by little.. AMin, Amin....:) Aku nak mendalami lebih lagi ilmu ukhrawi yang terkadang aku terleka dan lalai. 

Thankyou, BB1M :D

Sunday, February 5, 2012

New Environment, New job (Shah Alam)

Assalamualaikum....
Rasanya dah sebulan lebih aku tak update blog ni gara-gara sibuk dengan praktikal....
malas atau mungkin tak ada benda baru yang nak diceritakan kot...hurmm..:)

Hari ni aku tengah bercuti di rumah, untuk sambutan Maulidur rasul dan thaipusam....alhamdulillah, dapat jugak rehat2 dekat rumah selepas penat bekerja...~

Mungkin dah lama menyepi, tapi siapa sangka tup-tup dah sebulan lebeh aku praktikal...so bermakna ada lagi 3 bulan setengah lagi untuk aku menghabiskan latihan industri ni, harap-harap semuanya berjalan dengan baik... Minggu lepas aku baru dipindahkan ke Shah Alam seperti yang aku inform pada entry yang lepas. So dah 3 hari aku di tempat baru...duduk di bilik sewa yang ditanggung oleh bos aku sepenuhnya...:P



Di sini mungkin aku diberi 'keluarga angkat baru', keluarga Pak Mojo dan Pak Masduki yang merupakan adik beradik...bersama isteri nya Tuttik dan anaknya, Wenny...dan 4 orang lagi ahli yang belum sempat aku berkenalan...hoho...semua ni pekerja kat kilang tempat aku bekerja ni....diorang semua baik2 je, respect ktorang n  peramah... Kemana saja yang kitorang nak pergi, dia akan bawakan katanya...tapi buat masa ni aku belum suruh dia hantar kemana-mana selain ambil dan hantar pergi kerja....

Baru 3 hari kat sini, aku still belum dapat sesuaikan diri kat tempat kerja....maluuu mungkin dengan pekerja2 yang semuanya aku rasakan agak asing...aku cuba jadi berani n banyakkan komunikasi.... Disebabkan kawan  yang praktikal sama dengan aku ni seorang yang sangat sangat sangat senyapp...so apa-apapun selalu aku yang kena mulakan bercakap dulu dengan orang2 sekeliling akt tempat kerja tu....

Hurmm selain jus jenama '1 Malaysia' dijual di kilang ni, jus n kordial yang dihasilkan kat sini jugak menjadi brand utama yang hantar ke pasaraya Giant....Freshie..



Mungkin next entry aku akan ceritakan lebih lagi pasal tugas aku di tempat baru ni......insyaallah...
salam sayang utk kalian, selamat malam...:)