Monday, April 30, 2012

Make your own way!

Tingkatkan diri dan ubah diri kepada positif adalah lebih baik,
daripada selalu mengambil tahu hal orang lain,
dan sedangkan dia sedikitpun tidak pernah kisah dengan hal kita.

Lebih baik buat hal masing-masing.
Tiada lagi sakit hati.

Sunday, April 15, 2012

An Exciting Activities To Do With Ur Partner

Hye there,

penah tak terfikir aktiviti-aktiviti yang menarik dan best yang boleh dibuat bersama pasangan atau teringin sangat nak buat tapi belum ada peluang? hee :)
Menonton wayang, 
bermain bowling,
keluar makan...orfff tu semua benda paling biasa yg dibuat oleh setiap pasangan setiap kali meluangkan masa bersama! :I

Ok kat bawah ni antara 'Exciting Activities" yang macam best & aku teringin nak buat bersama pasangan...ehemm =)


For Outdoor Activities

1. Berbasikal bersama / Cycling
Kalau dapat berbasikal bersama pusing2 taman or kat tempat rekreasi, berlumba dan bercerita atas basikal... Mungkin aku akan lupakan setiap masalah yang ada dan go cycling without bored with U...wee~ :P

2. Camping / Hiking (Berkhemah / mendaki)
Ni mungkin aktiviti ekstrem yang boleh dibuat time cuti panjang. Aku dah lama impikan dapat mendaki bukit atau gunung bersama si dia....ouh ni mungkin pengaruh sejak aku mula join kelab kembara di kolej dan tengok ramai pasangan2 yg sama2 hiking, travelling n camping bersama while im lonely~~~Ouchhh. *tersedak* Ahh itu semua pengaruh, lagi best dapat camping dgn suami~HALAL. :P

3. Kayaking (berkayak)
Kayak antara aktiviti yang paling paling paling aku suka sejak join klinik kayak kat kolej..hii. Walaupun pada mulanya, mmg ke laut. Haru tak tahu langsung berkayak, tapi bila dh diberi pelepasan kayak sorang2 berjam2, akhirnyaa terus jatuh cintaa :') Kan best dpt berkayak dengan si dia petang2, dkt Taman Tasik Titiwangsa pon jadilah klau tak dpt jauh2, Hee. *Aawak tak tahu kayak? Meh kita naik sama2, sy ajarr*

4. Go Kart
Berlumba go kart di Melaka, Shah Alam atau Sepang its one activity yang paling menarikk dan best walaupun agak costly. Tak dapat nak berlumba kereta, atau merempit dgn motor, main go kart lah aktiviti berlumba paling best.... one word, "who once they try, sure they want more". Hehe. Besttt wooo dpt tekan minyak kuat2, bawak laju2, ganas2 tanpa eksiden berlaku! Sambil saling melanggar gokart masing2, kehkeh :))

Perasan tak semua aktiviti diatas agak ekstrem dan bagi perempuan yang tak minat dgn aktiviti2 macam ni, mngkin tak terasa syoknya buat aktiviti ni bersama...err tak tahulah. Tapi ni antara outdoor activities yang aku sukaa sekali :) Jom tgk indoor activities pulak...


For Indoor Activities

1. Board Games / Video Game
Bermain kad, scrabble, dam, chess atau apa2 game yang mengimbau zaman kanak2, how sweet~

P: I prefer 'one happy family' or 'donky' How about U my dear? *smile*
L: Its too childish darl. Lets play chess! *big smile*
P: Urgh...i dont know how to play it. U teach me! Heeee.
L: lor~~ :o Ok, anything for u my sweetheart :)

Atau mungkin berjam-jam melayan video game. Dan bergaduh setiap kali tak puas hati bila kalah...hii, ;)

2. Singing Together 
Lepaskan segala tekanan, emosi, dan bersantai bersama dengan menyanyi. Biar tak sedap, tapi bila dah sayang, semuanya jadi sedap dan best.Kan? Buat request lagu2 yang rasa kita suka dan mahu si dia nyanyi. Lagi best kalau dapat pilih lagu2 duet yang romantik. Bernyanyi bukan sekadar di tempat karaoke, minus one di rumah atau mana2 tempat saja boleh dijadikan pilihan. Asalkan sama2 sporting ;)

3. Cook together
Ouh, ini paling sweet kalau buat bersama! :) Masak bersama di dapur pastinya sgt seronok dilakukan dgn pasangan. Contoh si perempuan masak 1 jenis resepi , lelaki msak 1 jenis resepi lain dan sama2 merasa masakan masing2. Sama2 masak, sama2 komen, sama2 makan, sama2 basuh pinggan.. Keh..keh..keh... *sambil layan lagu tentang rasa by Astrid*



How About U? :))

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Enjoy reading, Sekian :)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tuesday, April 10, 2012

Kerana ..... nya

Bukan hartanya jadi permintaan


Bukan kekacakannya jadi dambaan


Bukan kemasyurannya jadi kebanggaan


Bukan bakatnya jadi pujaan


Bukan ilmunya menjadi darjat





Tapi cukup hati dan imannya :)

Tiada Jawapan

Dalam beberapa minggu ni mak tak habis-habis nak kenalkan aku dengan seseorang. Katanya lelaki ini baik orangnya, manis, ada kerja, tua 4 tahun dari aku…tapi aku tak kenalpun. Ni membuatkan aku tak berminat bila ada orang nk jodoh-jodohkan. Aduhhh. Adik beradik aku lagi suka nak kenen-kenenkan utk aku terima n ejek2. Kuangjak!

“Mak…orang belum nk kawin lg, lambat lg lor…..”

“Kenal je dlu….so lampu merah ke hijau?”

“aaaaa?”

Aku diam seribu bahasa. Dilemma. Keliru. Dan aku tak nak bagi jawapan. 

Aku tak tahu apa jawapannya, aku tak nak sebolehnya.

Ergh.  
Lebih baik diam dari memberi jawapan. Yekot.