Tuesday, June 26, 2012

Duhai Lelaki

Bismillah,,,,
Duhai akhi, diamku bukan karena aku tak perduli, diamku bukan berarti aku tak punya hati, dan diamku bukan berarti aku tak punya keinginan tuk memiliki kekasih hati.
Kekasih yang akan menjadi palung hati, kekasih yang kan bertahta di hati, kekasih yg kan menjadi teman sejati, dalam meraih cinta Ilahi.

Tapi aku sadar, malu adalah pakaianku. Harga diri adalah penjaga hati, dalam menyikapi fitrah cinta dalam diriku. Karena wanita tanpa malu dan harga diri,, apalah nilainya di mata Insani, apalagi di hadapan Ilahi Rabbi....

Maka jika aku diam dan menjaga diriku, bukan berarti aku sok suci dan tak perduli. Tapi aku hanya ingin menjaga hatiku, dalam memaknai fitrah cinta insani.

Jika dirimu ingin menjadi bagian hati, menjadi peneguh iman dan penyempurna separuh agamaku... Maka jangan berikan aku janji, jangan dekati aku jika hanya utk menguji. Karena aku hati dan cintaku hanya aku beri kpd Insan yg punya keteguhan diri, dlm menjaga Iman dan hatinya.





-Sumber: Al-Fathimy

Monday, June 25, 2012

New Job as Assistant Invigilator (Part 1)

Baru 5 hari tamat latihan industri, petang tu aku dapat 1 panggilan dari Bahagian Pengambilan Akademik, UKM utk datang temuduga sebagai pembantu pengawas peperiksaan. Pergh, kena dtg interview pulak? Terkejut jugak, sebab sebelum ni pernah mendapat job yang sama tetapi di UIA, Nilai....takde interview. Kawan apply kan, datang briefing, dapat jadual, esok tu terus mula kerja...haha..simple gile! Ni ada interview bagai, seriouss betull nehh :P

Aku try call mmbe aku, yg sama2 apply utk jawatan ni. Tapi dia tak dipanggil pulak, alahh takde kawan...tak bestnyaa. Mungkin kelebihan sbgai anak staff, aku dipanggil. Aduh, strictnya.

Dua minggu selepas tamat latihan industri, dalam kesibukan menyiapkan report l.i dan hal-hal di tempat l.i, 31mei aku pergi utk ditemuduga....perasaan? Aku takde perasaan langsung weh. Pasal time pagi tu jgk aku kena pegi tmpat l.i semula utk settlekan hal-hal markah l.i...ade interview lain lg menanti, dengan fikir nak pergi Kuantan lagi 2-3hari ni untuk hantar report. Serabut. Sampaikan pergi interview pagi tu cincai gila, orang lain semua bawak fail sijil, tapi aku? ...sempat rembat sijil tamat sekolah, sijil tamat diploma, sijil muet, surat beranak, kad pengenalan...ok, SIAP! hahah.

Aku sampai je tingkat 4, tengok dah ramai manusia-manusia yang memenuhi kaunter bahagian akademik. Pergh, sorang pun tak kenal! Konfem adik-adik semua ni! haha. Pasal aku tahu, kebanyak budak2 lepasan SPM je kot yg apply, aku je menyesat kat sini. Ah, redah jelaaa~ Buat macam tak de pape. Lepas cek kedatangan, pandang2 sekeliling, nk beborak dgn org sebelah, masing2 ada kawan...alahai malu laa nak tegur, sbb tak tahu nak tegur apa. hahaha tah pape..

"eh mak ke ayah awak yg keje sini?" tanya aku
"eh rumah katne?" tanya aku lagi
"lame dah ke sampai?"

itulah antara soalan2 yg tersimpan dalam hati aku, tapi tak sempat nk keluarkan pasal maluuuu nak bukak mulut...kehkehkeh..:P

Tiba2 ada seorang budak perempuan yg baru dtg, sorang2 jgk mcm aku, duduk kat sebelah. Baru lah aku berani bukak mulut sbb dia mula pandang2 aku dulu.hahha. Ok, Syazwani namanyaa :) Budak matrikulasi Johor, 19 tahun. Dia tanya aku, "baru lepas SPM ke?" Aku selamba jawab, "Takdelah, baru lepas PMR..."
Dia terkejut..."ouh yekee.....(senyum2)"... Aku dah tergelak2...." Haha takla, baru habis diploma...hehe" "Laa panggila akak la ni......" "Ye...." (Aku tahu semua kat sini pun adik2 je kot) :P

Time interview, kami dipanggil lima-lima. Aku, Alyaa, Liyana, adiknya, & Azrul. Soalan simple yang ditanya, "Apa kerja yang dilakukan oleh pembantu pengawas peperiksaan yang awak tahu?"
Haha.Ok, kita skip kat sini. Masing2 punya jawapan hampir sama je.
Seusai interview, aku tiba2 ternampak seorang kenalan. Budak sekolah aku, Qamelia Medina.... Akhirnya, ada jgk kawan.....takdelah aku lonely forever.haha.

Daripada 38 orang yg hadiri interview, ditapis, hanya 23 orang yang terpilih termasukk rezeki itu milikku :)

4-6june: selesai menghantar report l.i di Kuantan,
7-8: june Briefing di UKM, kemas dewan.
8-10: june balik kampung Perak (kenduri kawen abg sedara)
11 june: Start kerja!

Penat giler~~~ jadual pack sgt kalah retiss u! haha.

OK, selepas selesai briefing haritu, aku tgk jadual, aku kena bertugas kat Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS)~~~ n Qamelia pulak kat Dewan Gemilang (DG)~
Alaahai tak sama, takde kawan lagi...kena carik kawan baru!

Selesai briefing, dibahagikan tempat, aku dapat kenal dengan member2 perempuan yg btugas kt DTAMS, mula2 Nadheera, then Liyana n Amira! Paling best, umur kitorang semua lebih kurang! Wey, ade geng~hehe. Diorang pon best, cakap banyak n tak sombong~hehe.

OK, next entry aku akan cerita 7 orang member lain, dan sorang-sorang punya perangai camne! gamat tak gamat, jom continue next entry! :))))

Saturday, June 16, 2012

Minggu pertama : Jaga Exam.

Alhamdulillah harini dah cukup 5 hari aku jaga exam.
Apa yg best, dapat ramai kawan baru walaupun kbnyakannya pangkat adik2 tp gila2 n best, dapat pengalaman baru itu semestinya...:)
Ape yg xbest, dapat sakit kaki, kulit yg kering sebab dduk dalam air cond lebih 10 jam sehari, dan penat yg terlampau...hehe...


Meh nk cerita pengalaman2 yg aku dpt dan dengar sepanjang minggu pertama menjaga dewan peperiksaan...


1. Seorang student chinese yg nak pergi ke toilet time baru masuk dewan tapi ditahan sbb tak dibenarkan masuk selagi tak habis exam...

me: Sorry, tak boleh ke toilet selagi exam tak start.
boy: Haa?
me: tak boleh ke toilet lg, tggu exam start...
boy: why? ~ ??
me: tggu exam start....
boy: can u speak english?
me: erk.. (xpaham rupanya mmat ni) puih....
Cant go to the toilet until exam start~
boy: Ouh..ok2...


2. Waktu yg lain, bwk student chinese perempuan yg nak pergi toilet.

me: jacket/sweater letak kt luar ye..
girl: ha? (angguk) sambil tunggu kt luar toilet..
me: toilet kosong, boleh masuk.. (sambil tnjuk ke arah toilet)
girl: (masih tak bukak jacket) terus masuk toilet..
me: (lorh, dgr ke x ni suh bkak jacket tu-dlm hati)

ketua pengawas lalu...
K.pengawas: Eh dia tu bdak international, dtg dr China. Awak cakap bhsa melayu mmg la dia tak paham.
me: Erkk..la yeke. (gamaknya ingat org cina malaysia, ptot lah sepatah haram la ni tak paham aku ckp ape!) @#$%^&*(

Rupanya dua2 org budak kt atas ni td mmg bdk international dr China.zzzz

3. Arahan memasuki dewan mestilah hp diletakkan diluar, atau terbawak masuk, bateri hp perlu dikeluarkan dan diletakkan di lantai.

me: Dh cabut bateri?
chinese girl: ni sudah..
me: letak kt bawah ye...
chinese girl: Hp ni letak kt bwah lantai?
me: haa yee...
chinese girl: lantai yg kotor ni???
me: !@#$%^&*(

4. Ni cerita dari seorang kawan aku...
ada seorang pakcik yg berusia dalam lingkungan 50++ thun kt luar dewan. Time di pintu dewan, ditanggannya dibawa alat tulis didalam pensel case/plastik transparent...pastu kene tahan dgn pmbantu pngawas pperiksaan ni (kwn aku jgk lh)

pngawas: pakcik, alat tulis sahaja dibenarkan bwak masuk. Pensel case ni tak boleh...
pakcik: pakcik nk bwk masuk jgk...ni semua alat tulis pakcik!!
pngawas: (terdiam)

Degil punya pakcik......zzz.
hahaha...tergelak2 je dgr cerita ni dr seorang mmbe.

5. Ni satu lg kes yg terjadi ptg td. Ada student panggil lecturer utk tnya soalan yg dia tak faham, jd dia mntak tlg aku pnggilkan.

Student: Tlg pnggilkan lecturer yg kt depan tu kjap..
me: (bjalan pergi ke lecturer llaki tua ni yg sedang melayan student lain)
Lect: (terus pndang aku)
me: Encik, student meja 616 panggil...
Lect: NANTI DULUU....!! Sepatutnya waktu2 macam ni tak boleh tanya apa2!! (dengan tangannya di depan menunjukkan tanda untuk tunggu, dan suaranya yg lantang dan bengis, tnda marah.
me: Erkk. OK~~
Semua student dlm lingkungan tu pandang.
Puihhhh tak beradap betul, nama je lecturer! Salah aku ke yg nk marah2? ZZz. Mental. Kalau tahu tak boleh tnya, sepatutnya kau xyah berjalan satu dewan tu, xpayah dtg kt student dr awal lg atau tak payah dtg langsung kt dewan tu~~ngek

6. Ni yg last, time ambil borang kehadiran kt setiap meja, kene cek slip exam dan kad matrik student.

me: (Eh, mcm kenal je mamat ni? mcm kwn kt sekolah dulu. Kecik2 je orgnya, comel, ber'sweater' hitam, rambut pendek, tgh kusyuk menulis)
~~Amek borang,
~~Cek slip,
~~Amek kad matrik,
"Nur Haini bt....
(Eh mamat ni tertukar kat matrik dgn sape lak ni?)
Gmbar kt kad matrik pakai tdung cantik lg.
Aku panggil dia~
me: Eh....?
dia: (pandang aku)
me: err ni U....?
dia: Haa ye, saya. (sambil senyum)
me: (lorh yelah, muka dia sebijik dalam gmbar tu.
PEREMPUAN rupanyaaaa~~!! CEYHHH.hampir aku terpedaya~~~ !@#$%^&

Apapun, sabar jelahhh...:)
pahit manis masin tawar pasti ada dalam setiap benda baru...
aku enjoy, walaupun kdg2 tu mmg agak bosan dan sgt penat...
2 weeks to go, here we go!! :D

Khas buat mmbe2 yg btugas di Dewan Tun Abd. Mohd Salleh, UKM:
-Nadheera, Ayin, Amira, Syahmi, Nas, Yana & Syafiq
 :)

Tuesday, June 12, 2012

Loss & Gain

Loss and gain like a weight?

Easy to loss, easy to gain..... It's called a "Friend".

Hari ini aku mula rasa kehilangan walaupun kehilangan itu hilang sedikit demi sedikit, jauh dan kian menjauh hingga hilang dibalik bayang, pudar bersama janji semalam.

Hari ni aku hilang seorang rakan karib, teman suka duka, kawan yg selalu mengerti, gelak tawa dan bahagia bersamanya, dan kini semuanya telah dibawa pergi....

Dirampas,
                Dicuri,
                           Diganti,
                                       atau dia yang menghilang sendiri?

Mudah untuk mencari 'kawan' dan mudah juga kehilangan seorang 'kawan' andai ianya tidak dijaga, disemai dan dibajai dengan keikhlasan. Aku masih mencari yang namanya 'Hakiki'.


Dan kenapa aku berulang kali tersalah pilih?
...