Tuesday, August 28, 2012

A few words with same meaning

Penat. Serabut. Stress. Tension. Eh, apalagi yg boleh digambarkan saat ini eh? :(

Saturday, August 18, 2012

Petikan cerita pendek

"Buku. Butang baju. Ubat nyamuk. Bam serai. Makanan."

Hari tu dia ada mengadu nak halau nyamuk, jadi alang-alang ke kedai aku belikan ubat nyamuk utk dia. Sekali dgn bam serai utk disapu pada gigitan nyamuk tu. Ternampak pulak butang baju lelaki, aku amek satu. Buku pula aku nak pinjamkan pada dia, belek-belek semalam ada ilmu-ilmu agama yg aku nak dia baca dan tahu dari buku tu. Tambah pula aku mmg nak transfer ilmu agama yg aku ada kt dia sikit-sikit, selagi mampu tolong dia dan selagi boleh berkongsi. Dia sendiri kata dia suka aku nak ubah dia. Aku teruskan niat.

Sepatutnya hari ni dia nak datang jumpa aku seperti yg dijanjikan. Aku dah janji nak bagi makanan kat dia. Petang itu aku tak kemana, takut pula dia datang aku tiada di rumah. Penantian berlarutan hingga ke malam. Aku mesej tanyakan janjinya itu. Hampa... segala yang tersedia itu masih tak berusik. Alasannya dia terlalu sibuk membuat kerja dan tak sempat untuk datang. Dia janji untuk datang esok. Aku tak pegang sangat janji tu, sekadar mengiyakan. Tapi mengharap dia datang itu tetap ada.

Petang itu seperti yg dijanjikan, aku menuggu lagi. Masih tiada kelibat. Mesej masuk. Katanya mahu meneman emak keluar dan tak sempat untuk berjumpa dengan aku. Bertubi hampa dari semalam bercampur hari ni. Aku biarkan saja. Marah tidak. Merajuk tidak. Apalagi cakap yg bukan-bukan. Aku sekadar terima dan bersabar, fahamkan dia. Tak apalah, untuk mak dia lagipun.

Barang-barang yang hendak diberi masih tersimpan elok. Selang beberapa hari aku tanya lagi, mungkin ini yang terakhir. Bertanya sama ada dia mahu datang lagi atau tidak. Jawapannya masih sama....dan membuatkan aku sedikit kecewa.. "Mungkin tak datang kot...."

Baiklah. Dia terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya. Untuk aku pinjam 1 jam masanya pun aku tak dapat. Aku faham. Dia banyak kerja.


Hari makin hari aku dapat rasa kita dah tak rapat macam dulu. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Bukan aku tak nak ambil tahu, cuma engkau yg buat macam tu. Aku masih sama...yang berbeza ialah layanan kau pada aku, yg mbuatkan aku berubah.

Aku dapat tahu yg kau suka melayan perempuan. Semua perempuan. Kau nak tackle. Kau jadi miang semacam. Entah apa perasaan yang patut aku keluarkan, cuma aku nak tahu....terdesak sgt ke kau ni? Dengan semua perempuan kau nak test? Aku cuba jauhkan diri.

Maafkan aku. Kesalahan terbesar yg aku buat, aku stalk segala laman sosial kau. Aku minta maaf. Aku buat ni sebab nak tahu perangai sebenar kau dan nak tahu keikhlasan kau bkwan dgn aku.

Pagi tu aku terbaca, dia ada ceritakan sesuatu pasal aku kat seorang kwan perempuan yg baru dia kenal ni. Wlaupun baru kenal, kata-kata manja dan sebagainya dah berani dikeluarkan dan ada respon baik oleh perempuan tu. Dia cerita kat perempuan tu yg aku cemburu dgn dia. Dah lama tak contact aku dan x mesej dgn aku. Dia kata aku suka perli-perli dia.

Aku teringat lagi. Time tu 1 hari aku mesej dia, tapi tak berbalas. Esoknya dh nak malam dia dgn selamba mesej bagi salam macam tak ada apa2 berlaku. Siap mengadu lapar. Bila aku bad mood dgn dia, tak ditanya kenapa. Tiba-tiba cakap selamat tinggal macam tu je. Siapa tak angin. Bila dua2 mcm x ok dan hampir gaduh, aku rendahkan ego aku...aku minta maaf kat dia. Tapi dia? perli aku. Aku bersabar lagi. Niat dihati nak betulkan keadaan. Perli-perli, aku telan.

Tapi apa yang aku dapat?
~~Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuat ku rasa kosong, kosong, kosong..~

Takpelah, macam dia cakap....buat apa2 semua yg penting ikhlas~ :)

#petikan daripada cerita pendek CintaTukarGanti.

Assalamualaikum.

Tuesday, August 7, 2012

8 Cara utk meredhakan masalah yg sering dipraktikkan...



1. Mengaji, solat
-Sungguh ini menenangkan.

2. Tidur
- Bila ada masalah, kdg2 ssah nk tidur. Tapi kalau dpt tidur, sekurangnya bila bangun tekanan msalah tu dah berkurang sikit.

3. Cari padang/bukit
- Berlari sepuas hati 2-3 round padang bola yg besar2 utk hlgkan tekanan yg menggunung. jerit sepuas hati, seperti melepaskan segala batu yg terbeban di atas kepala.
-Buat aktiviti2 riadah, bersukan.

4.Cari kawan
-Lepak dgn kwan2 yg boleh buat kita rasa happy, mmg ini selalu penawarnya. Sekaligus keceriaan diorang tu terserap sdikit kat kita....tp nnt bila bersendirian balik, tersedih balik pulak :(

5. Cari kerja
-Buat lah apa2 kerja yg membolehkan kita rasa sibuk sampai tak ada masa untuk fikirkan kesedihan yg boleh buat kita down....ini membantu.

6. Layan lagu
-Jgn layan lagu jiwang atau lagu2 sedih yg boleh mnambahkan kesedihan. Sebaliknya layan lagu yg brentak hard rock, catchy, ataupun yg boleh naikkan smngat kita balik.

7. Bermain dgn budak2, atau binantang peliharaan
-Mungkin kt rumah aku ni takde budak2 utk main. Tp tips ni aku guna time putus cinta utk 1st couple dlu, org yg ssh aku nk lupakan....time tu aku bela kucing, aku byk meluahkan kat kucing dr org sbb bila kita ckp kt org, xsemua yg fham kita dan x semua boleh mberi respond yg kte hrap. so kucing ni la tmpat aku bmanja dan mngadu...akuu sygg gila kt kucing aku ni, sbb bila aku bcerita, dia just pndang dan semacam faham dan lg mnja dgn aku...:(

8. Benda terakhir yg mungkin tak sepatutnya digalakkan buat bila tgh ada masalah ialah OFF HP! Tapi inilah yg aku buat. bila aku sakit hati dan marah dgn ssorang, aku tahan dr marah, elak dari bgaduh pnjang dgn bebalas msg, lebih baik aku off hp, cabut bateri, masuk dlm laci!! Puas hati aku...huhu. Jgn slh faham, ni bkn cara utk melarikan diri dr msalah, tp dgn cara ni, sekurangnya aku xbuat kputusan time aku mrah, aku bia redakan dlu, bru aku on blik...hmm..