Friday, January 18, 2013

Done 1 semester

2 september 2012 1 permulaan ke alam baru, dan berakhir pada 4 januari 2013.

Selesai 4 bulan 1 semester. 6 subjek, 4 masuk final exam.

6 Subjek asas semester ni
-Kenegaraan Malaysia
-Pertanian & Manusia
-Pengenalan Industri Makanan
-Perakaunan Pengenalan
-Kimia Organik 1
-Baksis (koko)



31 dis 2012:
Bermula dgn paper pertama, Kimia organik 1. Terus terang ini subjek yang paling aku lemah diantara subjek-subjek yang lain. Jadi, fokus banyak diberi pada paper ni. Hampir 60%. Minggu study week pun aku banyak fokus kt subjek ni je memandangkan test dan carrymark aku dlm kelas tak berapa cantik :(
Lecturer aku, Dr. Siti Mariam merupakan tenaga pengajar yg sgt aktif,cekap,murah dgn senyuman tetapi sgt stricttttt...huhu. Best sbnarnya bljar dgn dia, cuma mngajar terlalu laju hingga tak sempat mengejarnya dlm kelas... utk bdk yg lemah mcm aku ni, tambah2 pelajar baru, perlukan masa utk faham kan sesuatu.. Tetapi dlm kelas beliau, 2 jam kelas non stop kami mencatit apa yg perlu...menyalin...menyalin... Memandangkan 1 kelas hampir 80 orang, sukar utk bertanya bila tak faham.... Buat pertama kalinya aku kurang yakin utk pass paper ni :( Taktahulah result nnt mcm mana.hmm

2 jan 2013:
1 tarikh dgn 2 paper bg aku sesak terutamanya 2 subjek yg diletakkan bersama ni merupakan subjek yg perlu dihafal semuanya. Kenegaraan Malaysia (8.30-10.30am) & Pengenalan Industri Makanan (11.30am-1.30pm).

Kenegaraan Malaysia ni alhamdulillah aku dpt lecturer yg sempoi gila dan boleh bertolak ansur..dalam kelas. Suka bercerita di luar topik pelajaran, lebih kepada hal2 semasa, hal2 cinta, keluarga dan sbgainyaa membuatkan kitorang tertarik nak pergi kelas diaaaa..hehe. Tp ni kelas pertama aku dipisahkan dgn kwn2 rapat, diorang semua berdaftar di satu kelas yg sama, tapi aku sorang2 terpisah sebab depends on system masa daftar subjek. So kelas ni mmg aku takde kawan rapat pn, setiap kali pergi kelas, dpt kwn lain, mggu depan kwn lain pulak...at the end xde kwn pun..haha. Tapi bjaya jgk aku menempis msalah tersebut (bkn mnjadi mslah sgt pn sbnrnya) selama 1 sem sndiri, ke klas ni pn kdg2 sorg2 :)

Kelas Pengenalan Industri Makanan ni pulak, Dr. Yuhanis yg mengajar...dia ni sangat2 aktif jgk n influence pelajar utk aktif dalam kelas, semuaa kena ada daya pemikiran yang tinggi, berdaya saing serta kratif dan inovatiff. Critical Thinking sangat2 diperlukan dlm kelas ni, setiap tajuk yg diajar, mesti minta pelajar utk ulas dan bg pendapat.. end of the class, bberapa org student akan dipanggil utk ulas balik secara keseluruhan apa yg dia dpt drp learning class ni. OMG, kelas ni klau blh xsuka dduk depan2 atau blkang2 sbb takut kena soal..HAHA. Cuak btul bila masuk kelas ni, so mmg kena bg full perhatian dari start sampai habis. Subjek ni subjek pertama major kos yg aku amek, related with food n actually one of my favourite subject :)

Minggu study week aku tak sempat buat short note utk 6 topics yg masuk dlm food industry ni, walhal subjek kenegaraan xde mood langsung...just selak2 dan baca tp 1 apa tak masuk :(
so minggu exam, 1hb jan tu jelah 1 hari yg aku ada utk study 4 bab kenegaraan n 6 bab food industry iaitu total 10 bab seharian tanpa tidur semalaman hinggalah masuk ke dewan peperiksaan....:( aku kesuntukan masa. Pagi tu kt dewan exam, seusai dapat kertas soalan kenegaraan, hanya 1 baris pertanyaan yg disoal dan bernilai 10markah setiap satunya. Punya byk aku hafal, tp soalan keluar pendek camtu je dan mntak explaination..so terus aku blurrrrr gilaa nk mula explain dari mana....:( Hampir 30minit aku merenung kertas soalan baru aku cuba jawab sikit2...kepala hotak aku da berserabut gila dah masa tu. Keliru dgn fakta yg dihafal. Tetapi aku berselawat dan berdoa byk2, disertakan dgn bacaan surah alam-nasyrah akhirnya keluar jgk la sikit demi sikit ilmu yg aku hafal mlm tadi. 20 minit sebelum masa tamat, aku dah selesai menjawab (ni kes dah taktahu nak tulis apa lagi). So drp aku buang masa, lebih baik aku keluar dewan exam awal n get prepared for the next paper, food industry. Alhamdulillah paper ni ok sbb subjek ni aku suka kot, so hafal n baca cepat je masuk :))

4 jan 2013:
Subjek akaun ni awal2 dulu je aku faham n rasa best...bila dah lama2 semakin tak paham, formula pn dah semakin byk...dah semakin susah n it become complicated...sempat study xsampai 2 hari... subjek ni pun aku cuak jugak...dulu mcm target gred B...tp lepas dah jawab rasanyaa nk dpt B pn cam xpasti dah...:( budak2 ekonomi riang gembira lepas jawab sbb soalan tak susah mana, sbb subjek ni makanan mereka...so tak hairanlah boleh bersorak gembira lepas kuar dari dewan pereksa dan bganti-ganti keluar dewan awal  :) hmm.
Redha sajalah...tp saat2 nk masuk dewan exam baru aku sempat baca betul2 n ada jugaklah ilmu yg masuk last2 minit...alhamdulillah.....

Semoga result sem 1 ni tak mengecewakan...huhu....
Result keluar  tak silap 15hb februari 2013. Kelas start 18hb feb.....