Monday, March 28, 2016

Intern dah habis, jom cari kerja!

Salam. Selamat petang isnin. Hari ni tak monday blues macam selalu..hehe. Alhamdulillah tamat sudah latihan industri aku selama 2 bulan. Jumaat minggu lepas last intern. Bermakna tamat sudah menjadi pelajar UPM dan menunggu untuk konvo bulan november tahun ni insyaAllah.

Walaupun dah habis praktikal, tapi disebabkan projek yang SV aku suruh jalankan tak settle lagi, so Dr offer untuk aku sambung projek tu dan akan dibayar gaji. Bermakna aku still kena pergi kerja macam biasa sbb dah terima jadi Research Assistant (RA) kat sini. Alhamdulillah dapat la aku kumpul duit sikit untuk majlis :)
Sekejap je 2 bulan praktikal berlalu~
Majlis aku pn lebih kurang 4 bulan lagi. Tup2 kejap je tu 4 bulan. Tengok2 kot esok dah majlis.hehe.

Sekarang dalam usaha aku untuk pergi interview kerja seberapa banyak yang boleh sbb aku memang memerlukan kerja dan duit especially..hehe. Kelmarin, sempat pergi job fair kat Maeps, Serdang. Tapi kecewa sikit sebab tak banyak pun company yang related dgn kos aku. Cuma 4-5 je, just drop resume. 1 tempat tu dia terus interview, and dia ada tanya bila available. Mula2 aku terus cakap as soon as possible. Pastu terpikir balik aku baru je dpat keje RA tu tak kan nak cepat sgt nk tukar kerja..haha. Since RA ni sebenarnya tak lama pn projek ni, maybe 2-3 bulan kata Dr. So pas abes projek means aku pun dah tak ada kerja. Sebab tu la kena jugak cari kerja tetap yang lain. InsyaAllah aku harap ada rezeki kat mana-mana. Allah dah tetapkan :)

Ok lah setakat tu je buat masa ni. Nak sambung koje. Bubye!

Tuesday, March 15, 2016

Hello March 2016!! (~Latihan Industri kali ke-2)


Hello & Assalamualaikum March 2016. Tiba2 rasa macam nak luahkan sesuatu kat blog ni. Tiba-tiba rasa dah lama sangat tak berblogging. Rasa mcam nak taip panjang2 kat wechat, instagram, macam tak sesuai, kalau dkat facebook pulak nnt ramai pulak yang baca luahan perasaan. Tak sesuai gitchew. So ni lah masa kita cari blog balik.hehe.

Hari ni minggu ke 7 aku menjalani latihan industri (LI). Ini bermakna tinggal 1 minggu lagi menghabiskan LI. Ya Allah kejap je rasa. Tup2 dah dekat 2 bulan. Tak terasa sangat 2 bulan ni berbanding 5 bulan time diploma dulu..hehe.

Latihan Industri aku jalankan di Loji Pandu Makanan (Pilot Plant), Bangi. Kat tempat kerja ni tak ada la susah sangat kerja2 yang dia bagi, and tak ada lah buat kerja yang sama je setiap hari. Every week tukar2 kerja jugak bergantung kepada Dr nk bagi kerja apa. And now sampai sekarang aku tak pasti apa job scop and position aku kat sini..haha.

Antara kerja-kerja yang aku jalankan contohnya:

- Buat GMP Documentation
- Industry Database
- Urusetia program Klinik Pemprosesan Makanan (Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak)
- Produce Mixed juice, Kordial
- Belajar buat coklat
- Simple analysis (moisture, Aw, and some small project)

Mudahkan? kalau tak ada kerja aku cari staf yang paling aku rapat and bergosip...kihkih. Ofis aku kt sebelah lab, so dalam lab ni aku duduk dgn sorg student master and 2 org student phd. Dengan diorang tak rapat sangat pun, banyak krik..krik..krik je..huhu. So aku pergi kat ofis pilot plant and berkawan dgn akak sorg ni, umur dia 30 lebih, dah kawin anak dua. Nama dia Puan Syuhada (aku panggil kak je, wlpun org lain panggil puan hehe). Aku suka sembang dgn dia pasal pengalaman dia kerja, pasal skop2 kerja food tech, sembang pasal macam2..seronok sebab dia pun melayan je aku. Tapi sekejap je dpat kawan dengan dia, dalam sebulan pastu dia cuti bersalin. Dah tak ada kawan bergosip...;/

Kalau kat dalam lab, 2 student phd umur sekitar 32-36 ni aku tak rapat pun walaupun selalu keluar lunch sama dgn diorang, sorang lg student master. Student master ni kira okay sket dengan dia, kalau pape nk sembang pasal kerja, jwatan kosong and berkaitan, aku suka cerita kat dia je sbb dia ni sempoi je, boleh masuk, tak sombong walaupun dia macam kasar2 sket luarannya. Lagipun dia ni dari awal lagi jenis concern kat aku, awal2 dulu dia la yang bagi aku pinjam kunci ofis sbb kesian kt aku selalu datang awal tp kena tunggu kat luar. Staff lain mcm xkesah je pon haha. Ok la, nama dia pun Syuhada, panggil dia Kak Pai. Dia baru je kawen masa aku start LI sini..hehe.

Ok lah, sampai sini saja buat masa ni. Lepas ni MISI MENCARI KERJA untuk kumpul duit kawen~ Hehe. Bubye, Assalamualaikum :).