Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.
Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan...
Sunday, May 29, 2011
Lawak 1
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?"Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,"Ok gak ler".Kemudian suara tu bertanya lagi,"Kau nak gi mana ni??"Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas,"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi,"Bila kau nak gerak ni??".Aku selamba jer kata,"Lepas aku sudah ni,habis beli aku chow la".Suara itu bertanya lagi,"Ko nak ikut aku ronda-ronda KL tak?"Aku terus membalas,"Aduhai aku nak terus balik rumah ko pergilah ronda sorang-sorang"Suara itu seperti merungut,"Takpelah aku belanja ko makan nak tak?"Aku serba salah, tapi aku jawab juga,"Tak payahla susah-susah, simpan je duit aku nak balik..."Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanyasoalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.
by nicklan89.blogspot.com (cerita lawak & isu semasa)
Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.
by nicklan89.blogspot.com (cerita lawak & isu semasa)
Product Launching (food technology) : Khasiat Jantung Pisang yg Tak Ramai org tahu..
Product Launching yg diadakan pda akhir mac thn ni adlh utk mempromosikan dan melancarkan produk baru utk pelajar2 Diploma Teknologi Makanan, semester 4. Terdapat 38 booth (iaitu 38 jenis produk baru) yang dilancarkan iaitu menjadi perkara wajib bagi pelajar semester 4 mencipta produk baru berasaskan tema yang diberi. Seperti tahun lepas, tema buah-buahan telah dipilih. Manakala semester ini; Sayuran dan bijirin menjadi tema utk produk yg dihasilkan. Drp sayur, apa je lah yg boleh dibuat? erk. Perah otak dari awal semester, drp 70-100 produk yg dicadangkan,akhirnya menjadi 15-20. Seterusnya 5 produk, dan akhirnya 1 produk yg terbaik dipilih.
Ni antara gmbar semasa launching produk kitorang;
Ni antara gmbar semasa launching produk kitorang;
| Booth ala-ala kampung.haha. Bersesuaian dgn produk ktorang. (muka penat gile~lyan tetamu2) |
| Baju limited edition ow. Mahal gile tempah 4 baju je.huhu.kayap. |
Pelbagai masalah dan dugaan yang terpaksa kitorang lalui sepanjang membuat produk ni!huhhuh. Namun,kesabaran dan ketabahan yg mnjadikan kekuatan hgga berjaya sampai ke sini.hehe
Banana Blossom Cracker... Byk org baca, selamba je ckp, kerepek pisang?!
Ceyh. Sesuka je kerepek pisang~
Produk kitorang yg sbenarnya ialah Keropok Jantung Pisang..
Mungkin ada yg gelak dr awal lagi bila ktorang nk buat produk ni.
Termasuk la tak dapat support dr penyelaras sendiri.
Kena hina ngan lab assistant lg...dia ckp apa?
"Menyusahkan je korang buat ni...kalau akak,msuk tong sampah jek"
Cisssssss. (at last, yg kau suruh msuk tong sampah ni jgklah kau makan n ckp sedap.)
Yela sbb buat dia memerlukan kesabaran yg tinggi! Bukan setakat potong2, pastu jemur bawah matahari.
Hari-hari kat lab muka kitorang je.
Forming, steam, freezing, drying, slicing, frying.
Semua tu memerlukan masa yg lama.
Paling masalah sekali ialah mesin slicing~
Dahla tumpul, pastu mata pisau yg beralih mnjadikan ktebalan xsekata.
Nak basuh mesin plg makan masa~
Sbb ktorang guna tepung yg tggi kanji, so melekat2 mmg ssh gle nak bsuh.
Msalah lain, nak dapatkan jantung pisang.
Kadang-kadang order, sampai 2minggu xdapat.
Kdang2 dpt, tapi rosak or muda sgt.
So effect kat produk.
Last2 buang je.
Ada jgk lab assistant lain yg gelak n ckp lucu je produk ni.
(ouh yeke? ade aku kesah?)
Tapi masih ada lecturer yg baik hati n support kitorang pnya produk dr awal pmbuatan, setiap kali ktorang kat lab dia dtg n tnya. And ada 2 je lab assistant yg baik hati n tlg ktrg spnjang buat produk ni.
Minggu pertama, produk menjadi, xde mslah sgt.
Minggu kedua, kali ni buat byk-9 dulang.
Tp termasin...pergh,9dulang buang dlm tong sampah je~
Sedih je aku time ni!
Dah la nk buat susah~
Minggu ketiga,keempat,kelima menjadi.
Time ni diorang rasa, baru nak puji.
Kalau xsedap td,mesti dah kena kutuk n gelak lg!
Minggu keenam jntung pisang xelok spenuhnya
Minggu ketujuh jantung pisang tak dapat,
tp ada lecturer yg kesiankan ktorg n dptkan 2 jntung pisang.
Tp terlalu muda, akibatnya keropok jadi pahit n terpaksa buang!
Paling sedih, bberapa hari sebelum launching, ktorang buat 9 batang keropok
then disebabkan ada problem dgn bahan n lecturer suruh buang je sbb membahayakan pengguna.
Buang lagi!
Pakat berduka beramai-ramai time ni.
Launching nak dekat, tapi produk kitorang tak de.
Seminggu sebelum launching, kitorang berhempas pulas, dah tak kisah dah pasal penat
semua tu, hari-hari kat lab.
At last,segala penat lelah membuahkan hasil.
Time launching, hampir semua yg makan, sukakan produk ktorang.
Termasuk lah pengunjung2 luar seperti usahawan2,pelajar2 sekolah, lecturer2, student2,
n plg best, wakil dr FAMA (Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) berminat dgn produk ktorang.
Tapi judges kata, jantung pisang ssh utk dapat di pasaran,
so tu antara penyebab produk ktorang xboleh menang......:(
P.A kitorang pelik dgn alasan yg diberikan judges tu.
Bg aku, mmg btul, jantung pisang susah nak dapat kat pasaran.
Tapi bila kita fikirkan soal susah@senang nk dptkan bhn mentah,
so semua produk yg berkhasiat xkan ada la kt pasaran?
Cthnya ada semester yg lepas2 buat teh drp akar lempuyang.
Mgkin ada yg tak pernah dgr,kn?
Lempuyang ni boleh didapati di beberapa negeri je.
Tak semua negeri ada.
So,mksudnya pokok ni susah nk dapat la kan?
Tapi akar lempuyang sgt berkhasiat walaupun rasa dia pahit gila.
At last, produk ni mndapat naib johan.
So bg aku, tak adil bila judges ckp, bhn mentah utk produk ktorang ssh nk dpt.
And disebabkan itu, produk ni tak diterima.
Apa yang orang tak tahu, KHASIAT disebalik jantung pisang ni ialah..
ianya merupakan sumber vitamin A & C dan menjadi agen penghasilan susu. Juga boleh mengurangkan kesakitan semasa dtg bulan. So jantung pisang memang baik utk perempuan terutamanya. Bkn tu je, jantung pisang membantu meningkatkan hormon progesterone (hormon pd perempuan) berfungsi terutama untuk menetapkan keadaan lapisan dalam (endometrium) rahim.
Mengurangkan pendarahan, meningkatkan tenaga & membantu membersihkan organ2 dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang.
Byk kn?
So kiranya, produk yg kitorang hasilkan ni memang berkhasiat, dan paling penting, tak ada penambahan bahan2 pengawet dan MSG.
Nak try? ;)
Chelsea Olivia yg comel!
Ramai mengenali Chelsea Olivia ni melalui cerita Cinta Melody yg ditayangkan di astro ria jam 6.30ptg, dgn heronya Randi Pangalia. Tapi c Chelsea ni dah lama dah famous dgn sinetron2 kt indonesia..tapi karier asalnya adalah seorang model. Lebih daripada 10 iklan dan 18 sinetron yang telah dilakonkan. Pergh. Banyak, tapi tak pernah nampak lagi dalam sinetron2 yg ditayangkan kt Malaysia selain cinta melody ni.
Erk si cantik Chelsea Olivia ni rupanya baru je berusia 19thn -__- Tapi perwatakan tak macam 19thn pun. Ingat dh 24-25 thn kot...aishh..Muda lagi~
Apa yang comel kat Chelsea ni sebenarnya sebab ada 2batang gigi arnab kt depan,haha. Bertambah comel bila berambut pendek ala-ala kanak2 tadika 5-6thn :I
Melepaslah sume jejaka-jejaka kt luar sana,hehe. :P
Thursday, May 26, 2011
4 SuperPower 'Wonderful Dreams'
1. Kuasa Invisible
Pergh best giler kalau boleh invisible ni kan. Boleh pergi rumah sape2,mengendap org yg kita suke ke,konfem tak kena halau sbb dh invisible!hehe.. Plg best, bila kena tangkap buat jahat, time ni la nk gunakan kuasa invisible utk hilangkan diri..haha..konon takde suspek ditempat kejadian. Pastu naik ktm ke lrt takyah bayar, nk usha mamat hensem pun line clear je..yela, xde yg perasan pun kn~~jhiahaha2. Kuasa yg boleh baca fikiran org lain
Ahah...bila ada kuasa camni kita boleh la tahu sapa2 yg nk buat jahat kt kita...pastu boleh baca fikiran org yg dengki n tak ikhlas langsung berkawan ngan kita..or lelaki yg nak main2 kan kita, tak jujur n asek nak menipu jee,blakon baik.haha.kesitu plak~~ 3. Kuasa Terbang
Kalau ada kuasa ni sah2 kereta,lrt,kapal terbang n segala jenis kenderaan langsung tak pandang dah.haha. Nak pergi mana2 boleh fly je. Waa...jimat duuuit. So nak balik rumah-kolej pun tak yah susah2 pikir duit nk beli tiket or kes lambat balik tiket habis. Anytime nak balik, get ready utk fly je~gahaha~ Tapi kalau ada pintu doraemon lagi best!! Cakap je nak pergi mana, bukak pintu terus sampai. So kalau bukak2 pintu terus sampai rumah Kim Bum or Nazim othman, boleh x?HAHA4. Kuasa 'Time Traveler'
Dengan kuasa ni aku dapat pergi ke masa lampau. Lepas tu boleh la betulkan kesilapan2 yg tak sepatutnya aku buat...cam ponteng skolah ke, mlawan ckp ke, blajar maen2 masa spm ke, xpun kesilapan aku mngenali seseorang tu~haa~ mmg best berangan ni kn~hahahahahaha.err..kalau korang pulak, Kuasa apa yg korang nak...?rasa cam best jekkk kalau ada en~hehe
Tuesday, May 24, 2011
5 Ciri-ciri Lelaki 'Wonderful dream'........
1. Tak merokok
Yeahh..aku sangat tak suka pada lelaki yg merokok dan dan dan tak boleh dibuat calon pilihan….sebab aku dah reject awal2! Orang cakap lelaki merokok tu macho?erk. Celah mana? Bagi aku, taklangsung! Haih..duduk bersama org yg merokok ni buat nyawa aku semakin pndek je. Sesak nafas!!
2. Ada pengetahuan agama & tak tinggal solat
Ini paling penting. Sejuk rasa dan terjaga sikit duniawi dan ukhrawi bila ada orang yg menjaga agama dan mementingkan hal2 macam ni. Muka pn mesti nampak bersih suci ngan air wuduk je…sejuk mata memandang! Bila ada lelaki camni, mesti akan adanya nasihat-menasihati kearah kbaikan. Saling bantu-membantu diri dan melengkapi keduanya. Dan paling penting dia tak berpura2, alim2 kucing!
3. Tak mungkir janji
Memang dari azali aku cukup tak berkenan bila sesorang tu berjanji macam2 tp takda 1 pun yg dia tunaikan…dan aku pantang mdengar janji. Terutama dr lelaki. Sebab berdasarkan pengalaman, beribu2 janji manis yang aku dengar, tapi kesudahannya semua mungkiri janji tu. So aku rasa kalau tak confident boleh buat, adalah lebih baik tak payah diungkapkan…sbb ianya menyakitkan hati. Ada paham?
4. Sedap mata memandang
Tak payah nak hensem sangat. Cukup sedap mata memandang, dia senyum ‘sweet’ n suka kita tengok, badan sedang2, dah ok dah!
5. Tak panas baran
Terang-terang kalau ada perangai camni susah nak kukuhkan perhubungan. Bila sorang tu panas baran, sorang lagi mesti tak tahan kalau asyik kena marah. Lama-lama fed up beb! So cool-cool suam-suam kuku pun dah okay, santai je :)Monday, May 16, 2011
Result? Alhamdulillah.
Akhirnya segala keresahan dan kegelisahan yang aku alami dr malam tadi yang mbuatkan aku tidur xlena berakhir dengan kegembiraan. Result dah keluar. Tepat jam 10.15 pg tadi aku terus masuk ke laman web polisas. Lagi lama aku tunggu semakin tak menentu jadinya. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun sebab tak dapat tidur lena. Ntah kenapa kali ni aku rasa cuak semacam. Padahal sebelum-sebelum ni tak pernah lak aku rasa camni. Biasa n takda perasaan pun kalau keluar result even mmbe2 laen dah kecoh2 cakap cuak gile nak tunggu result. Saat ni baru aku terasa betapa cuaknya nak tunggu result,ahh macam result SPM lak rasanya.! Selalunya aku akan cek result membe2 aku dulu,n bila aku rasa okay,baru aku cek aku punya.haha. Kali ni takde dah.~ Aku terus masuk kan no. ic n kad matrik aku. Excited semacam.
Alhamdulillah Ya Allah. Tak pernah sesangka ini aku akan dapat keputusan macam ni. Terkejut bila tengok semua subjek aku A Cuma ada 2 subjek je dapat A- menjadikan pointer aku sem ni 3.93. n CGPA 3.78. Alhamdulillah aku bersyukur. Hasil dan usaha aku disaat aku ditimpa banyak sangat masalah sem ni. Ditambah msalah paling besar pernah aku rasakan sem ni, disaat tengah final exam. Satu persatu ujian datang sampaikan aku terpikir untuk give up. Aku dah malas nak belajar. Keseluruhan mood aku dah hilang. Hilang! Sedih teramat yang tak pernah aku rasa sesedih itu! Memang sem ni paling menduga aku. Tapi dalam saat aku hampir jatuh, masih ada hamba Allah yang datang membantu, pinjamkan semangat dan kekuatan serta pertolongan daripadaNya sehinggakan aku mendapat kekuatan semula dan berjaya habiskan final exam tu dengan baik. Walaupun ade 1 2 subjek yang aku rasakan sangat stress dan bermasalah time exam sebab tengah ada masalah n buatkan aku tak dapat focus langsung!
Aku terkilan,bila aku bahagia, tp ada kawan2 aku yang kecewa. Orang yang selalu nasihatkan aku, tersangkut 1 paper n terpaksa carry paper,walaupun dah sem last. Paling terkilan bila ada yang terpaksa repeat sampai 4-5 paper! Plg sedihnye dia dah sem 5-6. Sepatutnya dah habis belajar, terpaksa tambah sem. Aku tak tahu mana silapnya. Sampaikan diorang terpikir tak nak sambung belajar, dah give up dan sampaikan yang bgtahu tak nak hidup lagi.haih.
Aku tahu macam mana rasa sedihnya…dan aku percaya. Segala hasil yang kita dapat adlah atas usaha yang berterusan,serta rezeki yang tuhan bagi. Bukan senang nak terima kenyataan. Tapi kita pun tak boleh sangkalkan kenyataan dan apa yang dah tertulis dan telah ditentukan. Saat kita jatuh, cuba pikir balik mana salah dan silap kita. Mana buruk dan celanya kita. Betulkan salah tu, bukan biarkan je. Orang yang dapat bangun dari kegagalan ialah orang yang berjaya. Sebelum Berjaya, kita memang akan gagal terlebih dahulu…dan sebaik-baik orang yang berjaya ialah dia belajar dari kegagalan tu.
Kita tak kan berjaya dengan mudah tanpa rsa sakit. jatuh, gagal dan tersungkur, itu ujian biasa sebelum kita berjaya. Dan daripada rasa sakit dan terjatuh itu, kita akan belajar sesuatu. Setiap ujian yang menimpa, pasti akan datang satu Kekuatan baru dalam diri kita Percayalah! Sebab aku dah alami saat aku bangun dan terjatuh…saat aku dihina…dibuang..dicela dan dimaki hamun…tapi atas kesabaran aku terima semuanya, dan aku baiki kelemahan aku dan akhirnya, aku berjaya sampai ke tahap ini! Alhamdulillah. Semuanya dengan takdir dan keredhaannya. Allah dah tunjukkan kebesarannya.
Jika Dia memberi kesenangan, maknanya itu ujian untik kita bersyukur. Dan jika kita ditimpa dengan dugaan, itu juga kerana Dia sayangkan hambanya dan member ujian spya kita lebih bersyukur dan belajar nikmat hidup. Belajar untuk lihat orang dibawah kita,iaitu orang yang lebih susah daripada kita. Percayalah, semua yang berlaku ada hikmahnya yang telah tertulis untuk hamba-hambanya. Belajarlah untuk bersyukur atas nikmatnya, Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


