Friday, September 2, 2011

Days before Raya! :)

Rabu 24/07-sebelum balik cuti beraya masing2 da excited terlebih kat dalam kelas. Tak cukup countdown hari bermula sebulan lepas, hari ni countdown jam pulak utk naik bas. Dalam kelas tadi bersambung2 masing2 dengan ringtone raya time lecturer tgh mengjar. Paling tak tahan, lecturer sbjek fat n oil ktorang pun sibuk suruh transfer lagu2 raya, nak amek mood raya katanya. Habis ringtone n bunyi msg disapu lagu raya.haha.

Hari ni ada gak lecturer mengamuk sbb ponteng kelas dia, gara2 ada 2 org student ni nak balik awal. Fuhh...dasat gilerr time dia marah kali ni. Mmg marah gila2 ow. Nasib aku tak ponteng klas sem ni...hee. Dah taubat beb. Tak macam cuti raya tahun lepas, siap pergi ganti masuk kelas lain awal2, gara2 nak balik raya awal. Tak kesah da, siap jumpa lecturer lagi bgtao tak dapat dtg klas sbb tiket da beli.huhu. So ponteng jgk lerr 2 klas time ni. Aku n geng2 aku mmg suka buat kerja camni, tak kesah dah even budak2 kelas yg dah beli tket lambat sume tak puashati ngn ktorang sbb ganti kelas awal2 msuk kelas lain n dpt balik awal. Siapp bergaduh bermasam muka,haha sampai camtu sekali kan dorg tak puas hati? heh. Tapi sem ni ktorang dah taubat dah tak ponteng kelas dah (kot)...dah sem last dah, attendance biar kasi penuh la cantik sket...hihi.
Sampai lecturer2 dah kenal sangat ni muka2 nak balik rumah awal. Xpe,ktorang tak buat jahat pun...kan...heee :P

Khamis 25/07- Shopping2 raya di Jalan Tar n Sogo. Ferghhh berduyun orang. Penat gilaa berjalan..........sambil tunggu membe pilih kasut pun aku bole nak tertido. Ouh nasihat utk lelaki, jgn ikot pompan pergi shopping! hihi. Kesian aku tengok suami2, boifren2, abang2,adik2 laki yg menunggu kat tepi kerusi or tangga semata2 sebab pompan gila bila tgk SALE,so kenalah tunggu berejam gamaknyaaa~hehe.

Jumaat 26/07- Merasa jugak masakan mak sedap2 sejak dah sampai rumah ni.hee.. Bahagia tak terkiraa..:D

Sabtu 27/07- Hari ni sepatutnya planning nak keluar jenjalan ngn membe2 bangi, tapi sebab masing2 nak keluar ngan family, so cancel. Then sbb bosan duk kat umah, terpikir ada iftar ngan dak2 5d 08 hari ni. So dr tak wat pape kat rumah, baek berbuka kt luar hari ni...bole jgk jumpa membe2 lama. Hehe. Aku pergi ni pun sbb ada sorg classmate aku ni dok tanya2 pergi ke tak iftar, then at last dia yg siap dtg jemput depan rumah dgn Gen 2. Drebar pree aku ni!! hahah. So hari ni berbuka di D'Arab Cafe, Putrajaya. Kedai ni own by our classmate jgk, naeem ramlan..:)


So menu hari ni, opkos Nasi Arab........besarrr punyaaaa.....:D

Tiramisu Cake-rm 75~fuuu









9pm: Time to go home~ :)


 Malam tu lepas sampai rumah, ada membe2 taman 4/3 pulak nk buat makan2 kat jalan mati. Makan kek sempena burfday n wish aku yg kempunan sesangat nk cheesecake!hahah. Btw,alang2 ramai dak2 4/3 ni yg lahir bulan ogos, so kitorang sambut la sesama. so sweet~ hahaha. Mekaseh beb sebab belanja aku n tunaikan hajat aku ni!! hihihi. (gambar akan menyusul kemudian).

Btw, ni hari-hari sebelum raya. Lepas raya punya will be update soon. Setakat sini saja hari ni, daaa. Bebai! :D

Friday, August 26, 2011

my mom's dishes

Baru lepas bebuka puasa dgn family. Hari ni mak masak my favourite dishes, ketam masak lemak cili padi, ikan keli goreng, sup tulang n sayur kobis goreng. Air tebu. Nyum2 :D

~selingan~


by ZieraJohari :)

Thursday, August 25, 2011

Hari yg menguji kesabaran!!!!!Grrr

Semalam lepas stay rumah membe kat BTS, hari ni pagi2 lagi dlm pkul 11, ktorang dah keluar pergi ke Masjid Jamek, shopping raya. Tak sah lah tempat ni kalau hari2 tak sesak dgn kelibat manusia. Aku sempat rembat sepasang kurung n shawl kat sini. Murah2. Belikan sekali dodol utk mak n kain pelikat tenun utk abah. Lepas tu kitorang pergi ke sogo pulak,mula2 tu sesat jugak la tapi lepas tanya org kat sana at last sampai jgk, dlm pkul 2ptg. Lepas jalan2,solat, aku dah takde menda nak beli kat sogo ni. Sale belambak giler, tapi xde satu pun yg berkenan di hati. Orang2 kt sana semua dah berkerumun dari tingkat bawah smpai la atas.

Abah dah pesan awal2, nnt nak balik make sure before asar, or pukul 5ptg mesti dah sampai kat ktm ukm tu. Aku tak dapat nak bajet masa sebab keluar dengan mmbe2 n adik mmbe ni. Aku dah cakap awal2 yg aku mmg kena balik awal, dah abah suruh. Last2 diorang shopping sampai kul 4ptg, memilih kasut sepasang, sampai aku hampir je tertido kat kerusi yg ada kt situ. Penat gila rasanya. Penat berjlan seharian harini n paling penat menunggu. Kaki n perut aku dari tadi menahan sakit. Diorang tak habis2 lagi. Last2, dlm pukul 4.05pm tu baru selesai. Terus ke lrt, n sampai ke bts semula dalam jam 4.30pm. Berjalan dr lrt bts ke simpang jejantas pulak jauhh jugak sampai kering tekak sume,tapi sabar jelah. Dgn bawak beg berat2, adik mmbe aku yg lg sorg ni dah siap2 bawakkan beg aku dr umah tunggu kat tepi jejantas tu. Lepas menyeberang, aku kena patah balik,n diorang pun balik la rumah. Aku tengok dah pukul 5pm. Mampos~~ abah dah msg2, call, bising2 tanya kat mana. Aku cakap tengah tunggu ktm lg.

Aku rasa macam nak menangis je bila tunggu ktm dah sejam lebih tak sampai2, lepas tu orang dah semakin ramai berduyun-duyun gerabaknya, lepas tu announcement ckp kelewatan berlaku sbb tren rosak la pulak, alahai macam2 lah kan. Jam dah 6.15pm, abah dah call n marah2 laa sbb tak balik mcm yg disuruh. Aku pulak time tu tgh penat gilaa, tak larat lagi, kena tinggal ktm pulak sampai 3x sebab penuh nak mampos tahap sesak sampai mati, lepas tu bawak brg berat2, kaki dah kebas, hari dah nak maghrib, dh nak berbuka, aku still terpacak kt depan tren menunggu nasib kat sini.....tensionn gilaaa babeng rasanya!!! Sumpah seranah aku tak nak naik ktm lagi time2 camni, tambah2 bulan puasa~ Ya Allah hai, tahap kesabaran aku hampir hilang batasnya. Nak menagis je rasa.!hmm.

Dlm pukul 630pm, tren kali ke 4 dtg lagi, time ni memang sesak gila...tapi aku dah tak peduli, aku dah tertinggal byk kali...kalau aku tunggu lagi, konfem2 aku berbuka kat sini,tak nak aku!! Aku masuk selamba dlm tren tu sesak2, nseb kiri kanan aku sume pompan...aku sabar je. Muka dah habis berkerut, lantak lah apa org nk ckp, aku mmg tengah panas hati betul ni,serabutt!grrr

Dlm pukul 6.45pm, abg aku dtg ambil kt ktm ukm...at last~~~aku menjejakkan kaki kt bangi~huhu. Sadis betul nak sampai ke bangi ye!! Sampai2 rumah, salam2 mak sume, terus mandi sume, n mak ckp dah masuk bebrbuka dah, jom makan! ALhamdulillah, sempat juga berbuka di rumah! Mak masak rendang dinding, msak lmak pucuk mnis, n ikn grg. Sahur nnt mak ckp baru nak msakkan yg aku suruh tu, nasi goreng ngn ayam kmpung grg! Terima kasih mak! :D

Wednesday, August 24, 2011

Iftar di Padang Mpk, Kuantan (with DTM5B) :D

Sabtu lepas, satu majlis berbuka puasa bersama-sama dengan budak2 kelas dtm5b...sbnarnya planning utk minggu lepas, tp disebabkan ada aktiviti kamsis yang tak dapat dielakkan, maka tarikhnya tertunda pada minggu ni..... Kitorang pergi dalam 3 petang n jalan2 sekitar Malay town Kuantan utk usha2 sale dah nk dekat2 raya ni mmg brlambak!beselah perempuan kn~
Lpas dah penat berjalan, lepas asar tu ke pasaraya hari-hari pulak,then berjalan ke Bazaar yg berdekatan dgn Kuantan Parade. Sapa yg dah biasa dduk sini mesti tahu tempat ni. Berbuka di padang Mpk ni adalah tempat yg pertama dan paling ramai orang berbuka disini, dan menjadi pilihan semua orang. percaya x? hehe. Tnya lah mana2, kalau nak berbuka mesti nak di padang mpk...terutamanya remaja2 kt cni lah =) 

Meriah time nak berbuka ni, diorang dok maen bunga api n mercun kat padang ni. Bunga api yg time nk sambut New year gituu~haha.




Meriahhh! <3

syila,wani,ziera,nor,fatin.

with budak2 Kelab Kembara :)
Lepas bebuka puasa,solat magrib di masjid besar Kuantan, then terjumpa dgn budak2 kembara ni. Jalan2 kt ekspo2 ni n paling best......maen bunga api n mercun~! kah3:P
Dlm pukul 10mlm, bas Che'D sampai n ktorang pun balik ke kamsis masing2.
Btw, tq fr sweet moment even for a while :)

Tuesday, August 23, 2011

Planning for lawatan industri (at last)~~ :)

Semalam baru aku dpt settle kan masalah minggu lepas. At last keputusan telah dibuat n akhirnya utk lawatan industri sem ni kitorang akan pergi ke Mardi serdang, Beryl's Choclate wonderland, serdang, kilang high 5 shah alam, lab halal upm (in progress) n akan menginap di rumahtamu UKM bangi. Semalam aku dah pergi admin, hep utk fax kan surat2 lawatan industri tu n booking bas....skrang tgh nk tunggu feedback. Sbnarnya camna boleh jadi nak pergi selangor ni sbb our leader class ckp, Usm penang jauh n mkn masa. Ow at last u realize~lepas da gaduh2 aritu. lgpun...usm time tarikh kitorang nak pergi tu tengah ada konvokesyen~ so mmg ada halangan xdapat pergi lah~bagus jgk tu. hmm.

Antara planning tambahan, kitorang akan jalan2 di sekitar Shah alam n KL.

Semua tu masih dlm planning n xdpt betul2 kata putus, n tgh tunggu feedback. Btw, setakat ni aku dah puashati. Berbaloi usaha aku selama ni wlpun tak banyak, Alhamdulillah.

:)

Sunday, August 21, 2011

Done my assignment and prepare to go home~

Berbaloi jugak aku tak tidur lepas sahur tadi..
Bila pkirkan assgment ada lagi dua kena hantar minggu depan, budak2 kelas pulak kalau berjumpa,beborak,mesti nak tanya dah siap ke belum assgment...
So aku ambil kesempatan siapkan 2 asgment dr kul 8.30am td sampailah ke petang....then kul 6.20pm tidur kejap...mengantuk gila...kumpul tenaga semula utk siapkan lab report pulak malam ni...sbb kena hantar besok..

Asgment tu dua2 kena hantar lusa, tp sebab pkir nak balik rumah,semangat tiba2 datang nk siapkan cepat2,so takdelah pkir2 asgment lg pasni..hehe. First time lah aku rerajin cmni nak siapkan asgment cepat2! Salunya esok kena hantar, malam tu baru habis siapkan...takpun paling teruk, kelas kul 8am,kul 7.30am baru nk print...haha.

So lagi tiga hari nak balik ke rumah, tak menyabarrr gila tahu~ apa yg paling aku tak sabar sebenarnya ofkos la nk jumpa family kt umah,lepas tu nak makan sesedap yg mak masak! Dah tak lalu dah nak makan kt kafe ni ari2 sama je, sahur pulak ngan air coffee n roti je.....huhu. Kelmarin siap mimpi bersahur kat umah dah....sebab teringin sangat nak makan nasi goreng ngn aym grg panas2 cam mak selalu masak time sahur. Sedapnya! Mak, nk balik! :(

Now kerja hampir settle,so tinggal nak kemas2 baju n angkat kaki balik ke rumah!
Rabu ni habis kelas dalam pukul 4 or 5pm, then bas aku Bulan Restu Kuantan-Pekeliling jam 7.30am...sampai dlm 11pm ke pekeliling,n kalau sempat aku balik naek lrt n ktm terus ke bangi. Kalau x sempat, maybe aku stay rumah membe je kat Bandar Tasik Selatan ni n balik pagi esoknya. Yg penting selamat sampai ke rumah...:)