Wednesday, September 12, 2012

Tiupkan semangat, aku boleh!


“Jangan Fikirkan Masalah, Tapi Fikir Cara Untuk Selesaikan Masalah!”

Aku diingatkan sebelum masuk kesini, aku harus kuat. Kuat semangat. Dalam segala benda semuanya sudah berbeza hampir 99.9%. Mungkin yang sama itu tujuan datang kesini, iaitu untuk menuntut ilmu. Segala benda yg kita nk dapat kita kena usaha! Setiap benda yg kita buat, buat dgn bersungguh-sungguh! Nak buat assignment, buat sungguh2! Nak amek kuiz & test, study sungguh2! Nak basuh baju pun, basuh sungguh2! Jangan sambil lewa, jangan separuh jalan. Nak cakap dgn siapa2, kena confident, jangan lembik2, kena agresif!

Dua benda yg penting dkat sini, pertama, kena selalu jumpa dengan lecturer, bila tak paham apa yg diajar, terus tanya, terus persoalkan… Bila takde yg bertanya, tak semestinya semua faham, walhal mereka2 tu pun takut untuk bertanya dan dgn adanya kita yg berani bersuara, kita boleh buat ramai lagi budak2 lain yg tak faham, jadi faham. Kedua kena jadi seorang yg rajin berusaha, rajin cari ilmu…

Dari mana pun asal kita, kita tetap pegang 1 tujuan dan matlamat yg sama bila datang kesini…. Dan semua orang berhak untuk Berjaya, berhak maju kedepan, dan mengubah cara hidup jika ada usaha! Tak semestinya budak yg blatar belakangkan peljar2 cemerlang, akan terus cemerlang…dan tak semestinya yang lemah akan terus lemah.. Kita yg tentukan nasib kita. Kalau kita nak berubah, kita yg kena mulakan sendiri!

Kena sentiasa sematkan dlm diri, tak semua yg ada kat sini orang hebat2…masing2 ada kelemahan, tapi tersorok, tak nampak…. Kitapun mampu menjadi orang yg hebat dan mungkin lebih hebat dari mereka2…yang penting, kekalkan yang baik, jauhkan yg buruk… Elakkan terus dari berkawan dgn org2 yg boleh menghanyutkan kita…
Kalau kau tak pandai, kau tak ada kat sini! Kau ada pada tahap ni pun atas usaha kau selama ni.  Bila dah mulakan, kenapa perlu berhenti? Teruskanlah apa yang dah dimulakan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! Alang-alang dah mulakan, biar sampai ke pengakhirannya!

Kita pemangkin dan penyambung generasi akan2 datang. Kata seorang professor ni, “budak diploma ni lemah! Kalau awak pandai, msti awak dulu ambil asasi, bukan diploma!” Berapa result SPM awak? Haa? Tgk? Lambat jawab! Mesti lemah punya! Berapa pointer diploma awak? 3.6?3.7? Tapi tengoklah nanti baru 1st sem, pointer awak akan jadi 2.5, 2.8, bawah 3.0 tu mmg tak mustahil!! Senior2 lepas semuanya hancur! Gagal! Ramai yang kecundang! Kemungkinan kalau terus teruk begini, mungkin kemasukan akan2 datang university tak kan terima lagi pelajar2 diploma. So yang ada ni kenalah bangun! Buka mata! Buka minda! Ubah persepsi ni, selamatkan yang lain, awak penyambung generasi2 yg akan datang. Jangan lemah! Bangun!! Jangan malas! Pelajar melayu ni tak ramai. Kat dunia ni ada dua jenis je, sama ada pandai atau bodoh! Syurga atau neraka! Baik atau jahat! Pilih mana awak nak! Saya ni pun tak lama lagi akan masuk kubur, so you all lah yg akan gantikan tempat2 kami kat sini. Tapi kalau awak lemah macam ni, habislah!”

Kena marah dgn lecturer tu perkara biasa, kena tahan, lama2 akan jadi lali. Kalau kita tak belajar untuk hidup susah, hidup dalam tekanan, sampai bila pun kita tak kan mampu kedepan, tak mampu selesaikan masalah yg mendatang.. tak kan naik, sentiasa ada pada tahap yg bawah. Bila kita dah terbiasa dgn masalah, Insyaallah, kita dicampakkan kemana sekalipun, kita mampu hidup! Gah untuk terus berdiri!

Belajar untuk survive, walaupun berseorangan…kawan2 tak akan sentiasa ada kat sebelah. Satu masa nanti kita akan berseorangan jgk, pergi kelas sorang2, makan sorang2, balik bilik sorang2, pergi aktiviti sorang2, jadikan semua tu perkara biasa. Kena berdikari, belajar untuk survive tnpa mgharapkan bantuan orang lain. Jangan cengeng! Jangan manja sangat! Jangan cepat melatah! Jangan cepat patah semangat! Orang yg putus asa tanpa berusaha keras, pasti akan mudah kecundang dan akhirnya gagal dipertengahan jalan sebab tak kuat.

Sampai satu masa nanti kau akan rasa untuk menangis semahu-mahunya kerana tekanan sekeliling, kerana terlalu stress….. menangislah, sebab menagis tu dapat mengumpul kekuatan kau semula…. Dan di pengkahirannya, segala penat lelah kau selama ni terbalas bila kau dapat mengenggam segulung ijazah di pentas pengiktirafan ….bersorakan tepukan rakan2 dan kaum keluarga kerana kau mampu bertahan hingga kepenghujungnya….sedang yang lain ramai kecundang dek semangat yang tipis. Segala penat dan lelah pastinya terbalas dgn segulung kejayaan yang kau bawa pulang….yang banyak ertinya, hanya engkau yang tahu… <3

Tuesday, August 28, 2012

A few words with same meaning

Penat. Serabut. Stress. Tension. Eh, apalagi yg boleh digambarkan saat ini eh? :(

Saturday, August 18, 2012

Petikan cerita pendek

"Buku. Butang baju. Ubat nyamuk. Bam serai. Makanan."

Hari tu dia ada mengadu nak halau nyamuk, jadi alang-alang ke kedai aku belikan ubat nyamuk utk dia. Sekali dgn bam serai utk disapu pada gigitan nyamuk tu. Ternampak pulak butang baju lelaki, aku amek satu. Buku pula aku nak pinjamkan pada dia, belek-belek semalam ada ilmu-ilmu agama yg aku nak dia baca dan tahu dari buku tu. Tambah pula aku mmg nak transfer ilmu agama yg aku ada kt dia sikit-sikit, selagi mampu tolong dia dan selagi boleh berkongsi. Dia sendiri kata dia suka aku nak ubah dia. Aku teruskan niat.

Sepatutnya hari ni dia nak datang jumpa aku seperti yg dijanjikan. Aku dah janji nak bagi makanan kat dia. Petang itu aku tak kemana, takut pula dia datang aku tiada di rumah. Penantian berlarutan hingga ke malam. Aku mesej tanyakan janjinya itu. Hampa... segala yang tersedia itu masih tak berusik. Alasannya dia terlalu sibuk membuat kerja dan tak sempat untuk datang. Dia janji untuk datang esok. Aku tak pegang sangat janji tu, sekadar mengiyakan. Tapi mengharap dia datang itu tetap ada.

Petang itu seperti yg dijanjikan, aku menuggu lagi. Masih tiada kelibat. Mesej masuk. Katanya mahu meneman emak keluar dan tak sempat untuk berjumpa dengan aku. Bertubi hampa dari semalam bercampur hari ni. Aku biarkan saja. Marah tidak. Merajuk tidak. Apalagi cakap yg bukan-bukan. Aku sekadar terima dan bersabar, fahamkan dia. Tak apalah, untuk mak dia lagipun.

Barang-barang yang hendak diberi masih tersimpan elok. Selang beberapa hari aku tanya lagi, mungkin ini yang terakhir. Bertanya sama ada dia mahu datang lagi atau tidak. Jawapannya masih sama....dan membuatkan aku sedikit kecewa.. "Mungkin tak datang kot...."

Baiklah. Dia terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya. Untuk aku pinjam 1 jam masanya pun aku tak dapat. Aku faham. Dia banyak kerja.


Hari makin hari aku dapat rasa kita dah tak rapat macam dulu. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Bukan aku tak nak ambil tahu, cuma engkau yg buat macam tu. Aku masih sama...yang berbeza ialah layanan kau pada aku, yg mbuatkan aku berubah.

Aku dapat tahu yg kau suka melayan perempuan. Semua perempuan. Kau nak tackle. Kau jadi miang semacam. Entah apa perasaan yang patut aku keluarkan, cuma aku nak tahu....terdesak sgt ke kau ni? Dengan semua perempuan kau nak test? Aku cuba jauhkan diri.

Maafkan aku. Kesalahan terbesar yg aku buat, aku stalk segala laman sosial kau. Aku minta maaf. Aku buat ni sebab nak tahu perangai sebenar kau dan nak tahu keikhlasan kau bkwan dgn aku.

Pagi tu aku terbaca, dia ada ceritakan sesuatu pasal aku kat seorang kwan perempuan yg baru dia kenal ni. Wlaupun baru kenal, kata-kata manja dan sebagainya dah berani dikeluarkan dan ada respon baik oleh perempuan tu. Dia cerita kat perempuan tu yg aku cemburu dgn dia. Dah lama tak contact aku dan x mesej dgn aku. Dia kata aku suka perli-perli dia.

Aku teringat lagi. Time tu 1 hari aku mesej dia, tapi tak berbalas. Esoknya dh nak malam dia dgn selamba mesej bagi salam macam tak ada apa2 berlaku. Siap mengadu lapar. Bila aku bad mood dgn dia, tak ditanya kenapa. Tiba-tiba cakap selamat tinggal macam tu je. Siapa tak angin. Bila dua2 mcm x ok dan hampir gaduh, aku rendahkan ego aku...aku minta maaf kat dia. Tapi dia? perli aku. Aku bersabar lagi. Niat dihati nak betulkan keadaan. Perli-perli, aku telan.

Tapi apa yang aku dapat?
~~Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuat ku rasa kosong, kosong, kosong..~

Takpelah, macam dia cakap....buat apa2 semua yg penting ikhlas~ :)

#petikan daripada cerita pendek CintaTukarGanti.

Assalamualaikum.

Tuesday, August 7, 2012

8 Cara utk meredhakan masalah yg sering dipraktikkan...



1. Mengaji, solat
-Sungguh ini menenangkan.

2. Tidur
- Bila ada masalah, kdg2 ssah nk tidur. Tapi kalau dpt tidur, sekurangnya bila bangun tekanan msalah tu dah berkurang sikit.

3. Cari padang/bukit
- Berlari sepuas hati 2-3 round padang bola yg besar2 utk hlgkan tekanan yg menggunung. jerit sepuas hati, seperti melepaskan segala batu yg terbeban di atas kepala.
-Buat aktiviti2 riadah, bersukan.

4.Cari kawan
-Lepak dgn kwan2 yg boleh buat kita rasa happy, mmg ini selalu penawarnya. Sekaligus keceriaan diorang tu terserap sdikit kat kita....tp nnt bila bersendirian balik, tersedih balik pulak :(

5. Cari kerja
-Buat lah apa2 kerja yg membolehkan kita rasa sibuk sampai tak ada masa untuk fikirkan kesedihan yg boleh buat kita down....ini membantu.

6. Layan lagu
-Jgn layan lagu jiwang atau lagu2 sedih yg boleh mnambahkan kesedihan. Sebaliknya layan lagu yg brentak hard rock, catchy, ataupun yg boleh naikkan smngat kita balik.

7. Bermain dgn budak2, atau binantang peliharaan
-Mungkin kt rumah aku ni takde budak2 utk main. Tp tips ni aku guna time putus cinta utk 1st couple dlu, org yg ssh aku nk lupakan....time tu aku bela kucing, aku byk meluahkan kat kucing dr org sbb bila kita ckp kt org, xsemua yg fham kita dan x semua boleh mberi respond yg kte hrap. so kucing ni la tmpat aku bmanja dan mngadu...akuu sygg gila kt kucing aku ni, sbb bila aku bcerita, dia just pndang dan semacam faham dan lg mnja dgn aku...:(

8. Benda terakhir yg mungkin tak sepatutnya digalakkan buat bila tgh ada masalah ialah OFF HP! Tapi inilah yg aku buat. bila aku sakit hati dan marah dgn ssorang, aku tahan dr marah, elak dari bgaduh pnjang dgn bebalas msg, lebih baik aku off hp, cabut bateri, masuk dlm laci!! Puas hati aku...huhu. Jgn slh faham, ni bkn cara utk melarikan diri dr msalah, tp dgn cara ni, sekurangnya aku xbuat kputusan time aku mrah, aku bia redakan dlu, bru aku on blik...hmm..

Tuesday, July 24, 2012

DTAMS versi Kenduri kawen :D

3 minggu jage exam kat Ukm, dgn mood exam, tiba2 bberapa minggu lepas kerja dah habis, dapat pulak invitation kenduri kawen kat situ mmg terasaaa lain benorlah gamaknya.... Padahal sebelum dpt kerja tu berbelas kali dtg makan kenduri kawen kat situ mcm biasa je, tak ada feeling... 


2minggu lepas dh tak keje (16 julai), kwn ayah buat kenduri kawen kat situ, bila dgar 'Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh' ahhh mmg aku nk pergi sgt la...wlpun sblum ni mcm malas je nk pergi klau ada kenduri kawen...hehehe..

Start dari luar, aku dah mulaa rindu...
terbayang jaga pintu dewan nak exam...
terbayang tahan budak sebelum masuk...

Seusai masuk dewan, mood exam dah bertukar jadi mood kawen...
Aaa yela kate g kenduri kawen...haha

Adoiii rindunyaa, teringat2 korang sorang2 yg sma2 btugas kat sini, dgn macam2 hal..
teringat hari terakhir lpas habis exam, 29jun, kita lepak dekat dlm dewan ni dr pkul 10pg (habis exam) sampailah lepas budak2 lelaki habis solat jumaat (3ptg)...
Bukak lagu kuat2, main bingo kat depan dewan, gelak2, makan mcD Cik Lin belanja sama2, amek gmbar ramai2, hoiiii gilaa tak rindu....

Pasal rindu, terus lepas makan, mesej sorang2 budak dtams...hmm :')

Ok lah, rindu punya pasal, ni je gmbar yg sempat di snap smasa hari kejadian, tp versi yg dh berubah wajah..










Monday, July 23, 2012

Hang out (with Dtams members) - 16th july 2012

Lepas dah benti keje di Ukm aritu, masing2 dah bawak haluan masing2, so nak set masa semula utk berjumpa dan keluar bsama amatlah susah...... 2x planning tak menjadi sbb masing2 ada hal...dan kali ketiga ni, Alhamdulillah dpt jgk jumpa oi!

Tapi kurang bestnya, masih tak cukup utk berkumpul semua sekali, kelapan2 org...hilang 2 entah kemana dibawa lari :( hehe. Actually hanya Nas, Syahmi, Ayin, Yana, Dira n aku je yg dpt follow... Mira still kat Penang, meneruskan tanggungjawabnya sbgai pelajar kat sana yg baru je  bukak sem baru...while Syafiq, lost contact dari sehari sebelum nak keluar tu, entah mane die campak henpon dia, call tak berangkat, msg tak berbalas..:( Ok at last baru tahu yg dia ada kt kampung. So dpt keluar berEnam saja~  Sori Mia, Sori Syafiq.....:'(

Ktorang decide ke Alamanda, dgn CRV besar si Syahmi dah terpacak kat Ktm Ukm pukul 11 pagi. Dira paling awal, jam 10.30am dah sampai dulu. Ayin sampai rumah aku, jam 10.25am sbb nak parkir moto kat rumah then tggu ayah aku pick up dari tmpat keje, amek kami dan gerak ke Ukm... Nas dtg dgn Syahmi...while Datin Yana, kami jemput beliau depan ofisnya di Taman Tenaga, D'Langat katering, wah! hahaha. Sebenarnya psal Yana takde transport nak gerak, so alang-alang dah dekat ambil lh sekali :))

Jalan2 pusing kedai2 kt dalam alamanda, dorang ajak main bowling, sbb tak nak tgk wayang. Sebelum jam 3 dah kena balik sbb Syahmi nak amek ayah di kat KL balik kerja. So should be rushing. Sempat main 2 game bowling, solat, pergi makan di Burger King (tempat makan feveret si Syahmi), lepas tu dah nak pukul 3 gerak keluar Alamanda. Nasib baik ayah Syahmi call suruh amek kt KL dlm pukul 5, sbb waktu balik kerja beliau adalah pda pukul 5.30pm...apa lagi? SYok la, boleh extends lepak lama lagi. (Pacu laju-laju, sambil naik CRV, kita lari dari realiti~) Ok, time tu Syahmi dah kemane-mane ntah nak bawak kitorang, tempat dituju Bangi, tapi dah salah jalan nak bawak kami balik Saujana Impian...haaa... Ok la waktu tu baru pukul 3lebih, pergi jalan reko, Karaoke pulak sejam!! :DD

Ni antara gambar2 yg sempat di snap, jom usha sat...:))





















OK lah nanti kita plan keluar lagi, make sure cukup complete semua 8 org okengg! :D
  

UPM, My Dream Comes True InsyaAllah

"Sesiapa yang berani untuk bermimpi, pasti akan berjaya...dan mimpi serta impian haruslah disertakan dgn usaha yg setimpal."


                                                 

Seiingat aku, lepas SPM aku teringin sangat nak masuk belajar ke Universiti2 tempatan yg ada...sumpah aku berharap sgt utk dapat dulu... Tapi lepas permohonan UPU aku ditolak, dan rayuanpun diendahkan, hancur rasanya hati ni oi utk sambung belajar. Tapi kata org, 1 jalan tertutup, pasti akan ada jalan2 lain yg terbuka. Rezeki Allah tu luas, cuma usaha pada kita je utk cari dan terus mencari :))

Dulu sebelum SPM, aku minat gila nursing. Tapi lepas dah dapat keputusan, dah dgr mcm2 bidang utk peluang kerjaya, aku dah mulaa berminat dgn bidang lain. Tapi tetap dgn aliran sains sbb minat kearah tu wlpun tak pandai mana belajar dulu...huhu. Dgn bawa result spm, 6A 4C (bi n sciences subject sume C oi mmg xdpt lah msuk U)..huh.

Aku diterima masuk Politeknik, Kuantan Pahang. Itupun kawan aku yg tolong belikan no.pin sume. Aku isi main2 je (patah hati psal tak diterima msuk U utk diploma...sobs2). Kebanyakan kos kat poli ni lebih kepada kejuruteraan, akaun, n only kos 'Food Technology' je yg ada belajar sains2. So time tu aku mmg pilih kos ni jela...sama ada sijil or diploma, n at last dpt Diploma, pergi je.

Start sem 2, ada seorang lecturer ktorang ni suka tanya....siapa antara ktorang ramai2 ni yg bminat nak smbung bljar lg lepas habis diploma. Maka ada lah separuh kelas yg angkat dgn smngat. Lect tu ckp; "Saya pasti klau awak di semester 2, seramai ni bminat nk smbung bljar lagi, nnt bila ditanya sekali lagi di akhir sem, mesti jumlah ni dh semakin bkurang, dan mngkin akhirnya ramai yg bminat & mmilih utk bekerja dr belajar.."

Ternyata betul. Bila aku dah sem 6 (sem last), aku tnya budak2 kelas aku nak smbung bljar mana, ramai yg mcm pilih utk kerja, cari duit dari cari ilmu. Ok lah, takpe setiap org ada jalan dan pilihan hdiup masing2. Tapi dari awal lagi aku tetap dgn kputusan aku, selagi boleh kutip ilmu, aku nak kutip ilmu. Target aku nak dptkan master, tapi andaikata xmampu, xbkesempatan, sekurangnya aku nak smbung ijazah. Kata org, target biar lebih tinggi dari kmampuan.

Aku ingat lagi, ramai yg psycho aku suruh kerja lepas habis belajar. Aku ingat lagi, sem 6 tak habis lagi, budak2 kelas aku dah hantar resume diorang kehulu kehilir, rata-rata cari keje...tapi bila ditanya aku? 1 resume dan interview pon aku xhantar, xpergi, apalagi nk dipanggil. Dh xmintak mana2. Aku cuma usaha cari keje part time (sementara) utk hilang bosan duk umah n utk dpt side income dr tak wat pape. Mintak keje tetap? SPA? Kerajaan? Kilang? Lab? Sambung kt tmpat praktikal? Semuaa aku tak nah...sombong gila,huhu.

Bkn sombong, hakikatnya aku taknak merumitkan keadaan. Aku mcm yakin aku dpt smbung bljar lagi. So aku tkut kalau2 time tgh keje best, sekali dipanggil utk smbung bljar, aku risau aku tak dapat buat pilihan. Dari terhimpit dgn kdaan cmtu, lebih baik aku relaks2 dlu, rehat2 tngkan fkiran dlu lpas 3thn perah otak.

Ada seorang classmate aku ni, dr awal2 sem 6 lg dh tnya2 aku nak keje mana lepas abes bljar ni, dah mntak keje mane, resume siap ke blom. Nasihat aku suh keje dlu, cari pngalaman, klau takde pnglaman nnt ade degree pon tak laku, skill takde. Dia tnya lagi, kalau xdpt smbung bljar camne, haa psycho aku je kejenyaa.

Aku ada sebab2 kukuh yg tersendiri utk difense diri aku & akan tetap dgn pndirian aku dr dulu smpai lah ke laa ni! :)) hehe..


Ini antara reason2 yg pernah aku bg time senior aku mntak pendapat, dan hasil perkongsian bsama hampir 10 rakan lain, terjawablah...dan reason ni lh yg aku pegang utk kuatkan smngat mnuntut ilmu lg...

Ø  Orang yakin die akan pilih smbung stdy at last. Sebab ape? Byk baiknya sambung dr kerja. Kalau kerja setakat dip ni, xdpt pergi jauh mane….nnt bile ade org baru, graduan lain yg mohon keje, yg kelulusannya sume yg ade dgree…so agk2 kita ni org pndg x?mgkin lah pndg kalau dh krja lama, tp mgkin jgk silap2 kita kena tolak tepi…stkat dip…mgkin kena keje keras sket…bebanding ade dgree,mgkin post kite n gaji lebih tggi….oke tu 1.

     Ø  Kedua, kalau die kerja 2-3thn, lpas tu agk2 dh pgang duet byk, dh seronok ade gaji,duet msuk stiap bln, tgk org laen pn sume da abes stdy….die agk2 ade smngt nk smbg stdy lg? time tu mgkin kalau ade smngt yg kuat je kte still plih nk smbg, tp kalau dh mlas, otak pn dh lama x kene push, xmsuk bljar lama dah…mesti kte pn cm mlas. N at last,kte teruskan kerja dgn ada dip je.

      Ø  Ketiga, tak semua org ade pluang utk smbg bljr kn? Ssh btul nk dpt msuk u, ape lg dpt UPM tu hrapan n impian sume org including me. Lgpun kn die pun mmg mnat nk smbg bljar n bljr kt ctu..rugi kalau die tolak.

     Ø  Ke4, mak ayh die pn da stuju, n da  korban byk bnda kn utk die smbg stdy. Tmsuk la sggup byr kereta, sggup uruskan sume bnda nk smbg bljar nnt. So diorang msti nk tgk ank diorg pgang sgulung ijazah kn at least. Dlu pn die mmg nk sgt msuk u kn. Buktikan kt org2 2 yg die pn blh brjaya jgk even ada org yg pndang rendah dkt kita selama ni.

     Ø  Ke5-ramai org ckp, selagi boleh smbg stdy time muda2 ni, better smbung dlu. Nnt usia pn dh mngkat, dh cpt pnt sume, nk pkir mcm2 lg,so selagi ade peluang…amek je pluang tu. Takut bkerja kt ssuatu tmpat dlu dlm jgka msa yg lama,kte pn akn cpt bosan.

    Ø  Ke6-pluang keje foodtech tu bykk~mane2 pn org sekeliling sy akn ckp,foodtech ni byk pluang keje n sng nk dpt.die pn tao kan. Yela cume nk dpt gov tu la cm ssh sket. Tp xpe la,kalau die dh ade dgree nnt, pcaya pada rezeki…mmg lh akn ade byk saingan nnt…tp compare than dip, fr sure most company akn prefer bdak2 dgree dlu kn. Mcm yg bos die ckp tu, klau lpas dh abes blajar nnt, kalau nk smbg keje ctu blek pon boleh kn….so xde msalah la kn nk smbung blaja pn, then kalau ade rezeki,apply ctu blek. Dapat or xdpt tu rezeki msing2. Yg pnting,kite da usaha. Mgkin rezeki kte kt tmpat lain n lbih baik,mane tao kan. Then, klau dh dpt dgree,result pn ok,xde sbb company lama nk tolak keje ctu blk,dh ade advantage,pnglaman keje ctu pn dh ade.

Aku pernah mntak pendapat dari makcik aku, sama ada patut kerja dulu atau smbung blajar? Mak cik aku ckp, better sambung bljar di usia muda ni...biar jelah org nk ckp apa, xde pengalaman tak laku ke, kot2 mane tahu 3-4thun lagi nanti org cari kerja, nak pakai ramai budak2 ijazah...sebab sekarang diploma pun dh jadi basic, blambak. Dunia bergerak kedepan dan semakin kedepan. Betul jgk katanya~ Berguna utk aku. Ok! dh ada defense..hehe.

Jujurnya, dari sem 1, aku target dan jaga pointer aku utk setiap sem. Aku nak kekalkan cgpa sekurang2nya 3.70... Aku usaha kearah tu. Dan dgn izin Allah Alhamdulillah melebihi drp target...3.75, start dari situ aku semacam yakin utk dpt smbung ijazah. Alhamdulillah klau niat baik terutamanya nak mnuntut ilmu, Allah sentiasa permudahkan. Kan kalau mati dlm kdaan mnuntut ilmu tu kan dkira mati syahid, hebatnya :)

Daripada seratus lebih pelajar budak batch aku kt poli, ada dalam lebih kurang 20 org pelajar yg dpt sambung (batch aku), iaitu dlm 12%. Aku tahu ramai yg kecewa dan putus smngat nk bljar bila ape yg diharapkan xdpt...hmm. Sekarang masing2 tgh tggu rayuan, aku harap kwan2 aku yg btul2 nk bljar tu dpt pluang ni! UPM satu2nya Universtiti yg menjadi impian semua budak2 poli aku, sbb most lecturer yg mngajar kami pon ex student UPM, then kos2 yg disediakan di UPM berkaitan food ada byk. Selain UPM, kos bkaitan makanan ada juga di UKM, UMT, UMS, Unisza, USM, dan UiTm. 


"Dimana ada Kemahuan, Di situ Ada jalan! Pilihlah yg terbaik utk masa depan yg pnjang.."

"Carilah ilmu hingga ke liang lahad.."


Maksudnya tiada batas utk cari ilmu Allah ni, semakin kita cari ilmu semakin kita jahil...sbb apa? sbb rupanya  byk benda lg benda yg kita tak tahu sebelum ni sama ada hal2 duniawi mahupun ukhrawi..maka carilah! 

Man Jadda wa Jadda! Sesungguhnya sesiapa yg berusaha, dia akan berjaya.. Amin! ya Rabbal Alamin!