Tuesday, May 31, 2011

Pilihlah Jagung, Citarasa Teragung!

Haha tiba2 cam tertarik nak wat entry pasal election perisa terbaru Dutch Lady .
Bagi meraikan Hari Susu Sedunia ke-4, Dutch Lady buat julung kalinya telah melancarkan Pilihanraya Susu dan paling special, rakyat Malaysia dibenarkan mengundi untuk memilih perisa susu terbaru bermula 6 mei hingga 28 mei!

Ikon Dutch Lady- Ziana Zain, Faizal Tahir, Amber Chia, & Aidil Zafuan 


Mula-mula aku mengundi Caramel Tofee sbb perisa dia mcm sedap je, lepastu aku tukar undi Jagung pulak sbb ikon dia Faizal Tahir.hahaha ;P

Ni antara promote lagu untuk perisa terbaru Dutch Lady. Comel gila lagu.

Kacang Merah- Pilhan ramai sejak dahulu lagi

 


Moo Melon- Gerenti Berkhasiat, menjadikan dunia Sihat!



Jagunglah cita rasa Teragung! 



Karamel Toffee- Aroma Memikat Hati Tertambat!



Haha aku tertarik ngan lagu moo melon, comel kot macam lagu kanak2 cte katon ape eh? ouh, Chibi maruko chan kot.hahah ;P

Karamel toffee lebih kepada rap, jagung rock on bestttt, kacang merah dgn rasa sayang hei. weehee. :D

Keputusan telahpun diumumkan kat One Utama pada 29 hb mei baru2 ni.
So keputusan bagi memilih perisa baru telahpun dibuat...

And The Winner is.............





JAGUNG!!!

Aku rasa perisa ni menang bukan sebab Jagung, tapi sebab Faizal Tahir :P


Aku ada terbaca komen-komen di FB Dutch Lady n ada org yg komen cakap
Perisa karamel, jagung & tembikai susu dah ada kat pasaran tapi Kacang merah tak pernah ada lagi, so Kacang merah patut menang!
Pengaruh Ziana Zain mungkin tak berapa kuat untuk bagi Kacang Merah menang kot~ :)

Lawak 6

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, 

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Lawak 5

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata,

"mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja 'alhamdulillah...' Bila mau berhenti, ucaplah 'aaamiiiiinnn'.

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan

"alhamdulillahhhh..."

Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan

"alhamdulillah"

berkali-kali dengan nadayang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan. Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan

"Amin! Amin!Amin! "

berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan

"alhamdulillahhhhhhh......."

Lawak 4

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata 
" its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..

tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".

si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"....

Lawak 3

Suatu hari Mutu disuruh oleh bosnya untuk mengecat garisan putih di tengah jalan raya. Hari pertama, Mutu mengecat sejauh lima kilometer. Tapi hari esoknya dan hari-hari berikutnya, bos mutu menjadi pelik sebab jaraknya semakin pendek. Hari kedua, mutu cat sejauh tiga kilometer. Hari ketiga-satu kilometer. hari keempat-setengah kilometer sahaja! Mutu dipanggil ke pejabat dan bos bertanya," Dei, Tambi! apa pasal makin hari makin sikit lu cat itu jalan?" "Susahlah bos...sebab makin lama saya makin jauhlah dari itu tong cat."...

Sunday, May 29, 2011

Lawak 2

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan...

Lawak 1

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?"Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,"Ok gak ler".Kemudian suara tu bertanya lagi,"Kau nak gi mana ni??"Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas,"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi,"Bila kau nak gerak ni??".Aku selamba jer kata,"Lepas aku sudah ni,habis beli aku chow la".Suara itu bertanya lagi,"Ko nak ikut aku ronda-ronda KL tak?"Aku terus membalas,"Aduhai aku nak terus balik rumah ko pergilah ronda sorang-sorang"Suara itu seperti merungut,"Takpelah aku belanja ko makan nak tak?"Aku serba salah, tapi aku jawab juga,"Tak payahla susah-susah, simpan je duit aku nak balik..."Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanyasoalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap. 

by nicklan89.blogspot.com (cerita lawak & isu semasa)