Aku: Salam. encik...susahnya bljar kt upm...~
En. S.: Salam, memang susah untuk kita senang kemudian..
Aku: Encik ade tips tak...
En. S.: Awak kena rapat dengan senior.... masa sy dulu kebykan senior stay di kolej 12 & 14. Kedai kat flat yg dkt Fakulti Tek Makanan pun ada jual nota tp kena tgk juga takut tak update! Berkwn dgn student matrik coz mereka rajin. Sy dulu ada 8 org besfrenz n 7 matrix, 1 uitm. Mrk byk tlg sy. Wujudkan besfrenz awak... kirim slm pd lab staff (microb,biokimia) mrk call sy KARIM. Good luck.
Aku: Sy tak dapat food tech. sy ambil food study,kena bljar basic akaun,ekonomi,marketing,management...tu payah sikit utk catch up benda baru, sbb takde basic semua tu. sy dduk kolej 15. sy selalu cari nota2 kt flat ikan (area fak.alam sekitar n food tech) tu jgk...kdg2 dowload dr LMS. budak2 polisas yg dpt food tech ada lbih kurang 9 org, food study pun ade dlm 8 org. sy byk kwn dgn budak2 polisas je. budak matrik 3-4 org, budak asasi 2 org n budak2 cina stpm 3 org. lecturer ajar sgt laju, bdak2 dip kat sini salunya dpndang lemah oleh lecturer2..hmm. encik knal x prof madya dr. Shahrim abdul karim & prof dr. Nazamid Saari?
En. S.: Dr. nazamid sy kenal sgt coz PA n penyelia final projek sy.jgn kwn dgn bdk polisas sj coz cr study x sm. peringkat skrg awak dh d beri peluang n usahakan yg terbaik. kalau tentang bdk dip d pandang lemah! ms sy sm juga tp sy buktikan habis sj final exam sy dgn member sy 1st dpt keje n yg lain menggangu lg.dan skrg pun dr nazamid pun surprise bila mana sy jd lecturer.x yah peduli org ckp @ pandang coz bila dia penat dia akan berhenti cakap.semester 1 tumpu pd study, bila naik sem 2 atau ke atas baru boleh nak outdoor..sy ada juga nota kalau awak nak?
Aku: Hari prtama pjumpaan dgn PA, sy dpt dgn en.dzulkiefli (ketua lab halal), tp xdpt bjumpa dia sekali pn sbb dia selalu sibuk. so hari tu, sy join jmpa PA org lain; dr Nazamid...dia kata die knal bbrapa lecturer polisas n sy ada sebut nama encik...dia ada la cerita sikit2 psal encik masa kt upm ni.hehe.. sy tak aktif sgt sem ni, belum kukuh lagi nk join2 outdoor. skrg mmg tumpu bljar, jadual final exam pun dh 2 minggu dpt. kbnyakan budak2 poli ada msalah dgn subjek CHM(kimia), bak kata pkerja bhgian akademik. mmg nk lulus test 1 subjek ni pn sgt ssh wlpun selalu study awal2. encik ada nota sbjek apa, food study ni lebih kpda bljar bsnes,akaun,food industry,manage industry. sem ni sy ambil 17 kredit je (kimia organik, prinsip perakaunan, asas industri makanan, kenegaraan, pertanian). start sem 3 baru lebih kpada food.
~bersambung~~
Sunday, October 28, 2012
Wednesday, September 12, 2012
Tiupkan semangat, aku boleh!
“Jangan
Fikirkan Masalah, Tapi Fikir Cara Untuk Selesaikan Masalah!”
Aku diingatkan sebelum masuk kesini, aku harus kuat. Kuat
semangat. Dalam segala benda semuanya sudah berbeza hampir 99.9%. Mungkin yang
sama itu tujuan datang kesini, iaitu untuk menuntut ilmu. Segala benda yg kita
nk dapat kita kena usaha! Setiap benda yg kita buat, buat dgn
bersungguh-sungguh! Nak buat assignment, buat sungguh2! Nak amek kuiz &
test, study sungguh2! Nak basuh baju pun, basuh sungguh2! Jangan sambil lewa,
jangan separuh jalan. Nak cakap dgn siapa2, kena confident, jangan lembik2,
kena agresif!
Dua benda yg penting dkat sini, pertama, kena selalu
jumpa dengan lecturer, bila tak paham apa yg diajar, terus tanya, terus
persoalkan… Bila takde yg bertanya, tak semestinya semua faham, walhal mereka2
tu pun takut untuk bertanya dan dgn adanya kita yg berani bersuara, kita boleh
buat ramai lagi budak2 lain yg tak faham, jadi faham. Kedua kena jadi seorang
yg rajin berusaha, rajin cari ilmu…
Dari mana pun asal kita, kita tetap pegang 1 tujuan dan
matlamat yg sama bila datang kesini…. Dan semua orang berhak untuk Berjaya, berhak
maju kedepan, dan mengubah cara hidup jika ada usaha! Tak semestinya budak yg
blatar belakangkan peljar2 cemerlang, akan terus cemerlang…dan tak semestinya
yang lemah akan terus lemah.. Kita yg tentukan nasib kita. Kalau kita nak
berubah, kita yg kena mulakan sendiri!
Kena sentiasa sematkan dlm diri, tak semua yg ada kat
sini orang hebat2…masing2 ada kelemahan, tapi tersorok, tak nampak…. Kitapun
mampu menjadi orang yg hebat dan mungkin lebih hebat dari mereka2…yang penting,
kekalkan yang baik, jauhkan yg buruk… Elakkan terus dari berkawan dgn org2 yg
boleh menghanyutkan kita…
Kalau kau tak pandai, kau tak ada kat sini! Kau ada pada
tahap ni pun atas usaha kau selama ni.
Bila dah mulakan, kenapa perlu berhenti? Teruskanlah apa yang dah
dimulakan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!
Alang-alang dah mulakan, biar sampai ke pengakhirannya!
Kita pemangkin dan penyambung generasi akan2 datang. Kata
seorang professor ni, “budak diploma ni lemah! Kalau awak pandai, msti awak
dulu ambil asasi, bukan diploma!” Berapa result SPM awak? Haa? Tgk? Lambat
jawab! Mesti lemah punya! Berapa pointer diploma awak? 3.6?3.7? Tapi tengoklah
nanti baru 1st sem, pointer awak akan jadi 2.5, 2.8, bawah 3.0 tu
mmg tak mustahil!! Senior2 lepas semuanya hancur! Gagal! Ramai yang kecundang!
Kemungkinan kalau terus teruk begini, mungkin kemasukan akan2 datang university
tak kan terima lagi pelajar2 diploma. So yang ada ni kenalah bangun! Buka mata!
Buka minda! Ubah persepsi ni, selamatkan yang lain, awak penyambung generasi2
yg akan datang. Jangan lemah! Bangun!! Jangan malas! Pelajar melayu ni tak
ramai. Kat dunia ni ada dua jenis je, sama ada pandai atau bodoh! Syurga atau
neraka! Baik atau jahat! Pilih mana awak nak! Saya ni pun tak lama lagi akan
masuk kubur, so you all lah yg akan gantikan tempat2 kami kat sini. Tapi kalau
awak lemah macam ni, habislah!”
Kena marah dgn lecturer tu perkara biasa, kena tahan,
lama2 akan jadi lali. Kalau kita tak belajar untuk hidup susah, hidup dalam
tekanan, sampai bila pun kita tak kan mampu kedepan, tak mampu selesaikan
masalah yg mendatang.. tak kan naik, sentiasa ada pada tahap yg bawah. Bila
kita dah terbiasa dgn masalah, Insyaallah, kita dicampakkan kemana sekalipun,
kita mampu hidup! Gah untuk terus berdiri!
Belajar untuk survive, walaupun berseorangan…kawan2 tak
akan sentiasa ada kat sebelah. Satu masa nanti kita akan berseorangan jgk,
pergi kelas sorang2, makan sorang2, balik bilik sorang2, pergi aktiviti
sorang2, jadikan semua tu perkara biasa. Kena berdikari, belajar untuk survive
tnpa mgharapkan bantuan orang lain. Jangan cengeng! Jangan manja sangat! Jangan
cepat melatah! Jangan cepat patah semangat! Orang yg putus asa tanpa berusaha
keras, pasti akan mudah kecundang dan akhirnya gagal dipertengahan jalan sebab
tak kuat.
Sampai satu masa nanti kau akan rasa untuk menangis
semahu-mahunya kerana tekanan sekeliling, kerana terlalu stress….. menangislah,
sebab menagis tu dapat mengumpul kekuatan kau semula…. Dan di pengkahirannya,
segala penat lelah kau selama ni terbalas bila kau dapat mengenggam segulung
ijazah di pentas pengiktirafan ….bersorakan tepukan rakan2 dan kaum keluarga
kerana kau mampu bertahan hingga kepenghujungnya….sedang yang lain ramai
kecundang dek semangat yang tipis. Segala penat dan lelah pastinya terbalas dgn
segulung kejayaan yang kau bawa pulang….yang banyak ertinya, hanya engkau yang
tahu… <3
Tuesday, August 28, 2012
A few words with same meaning
Penat. Serabut. Stress. Tension. Eh, apalagi yg boleh digambarkan saat ini eh? :(
Saturday, August 18, 2012
Petikan cerita pendek
"Buku. Butang baju. Ubat nyamuk. Bam serai. Makanan."
Hari tu dia ada mengadu nak halau nyamuk, jadi alang-alang ke kedai aku belikan ubat nyamuk utk dia. Sekali dgn bam serai utk disapu pada gigitan nyamuk tu. Ternampak pulak butang baju lelaki, aku amek satu. Buku pula aku nak pinjamkan pada dia, belek-belek semalam ada ilmu-ilmu agama yg aku nak dia baca dan tahu dari buku tu. Tambah pula aku mmg nak transfer ilmu agama yg aku ada kt dia sikit-sikit, selagi mampu tolong dia dan selagi boleh berkongsi. Dia sendiri kata dia suka aku nak ubah dia. Aku teruskan niat.
Sepatutnya hari ni dia nak datang jumpa aku seperti yg dijanjikan. Aku dah janji nak bagi makanan kat dia. Petang itu aku tak kemana, takut pula dia datang aku tiada di rumah. Penantian berlarutan hingga ke malam. Aku mesej tanyakan janjinya itu. Hampa... segala yang tersedia itu masih tak berusik. Alasannya dia terlalu sibuk membuat kerja dan tak sempat untuk datang. Dia janji untuk datang esok. Aku tak pegang sangat janji tu, sekadar mengiyakan. Tapi mengharap dia datang itu tetap ada.
Petang itu seperti yg dijanjikan, aku menuggu lagi. Masih tiada kelibat. Mesej masuk. Katanya mahu meneman emak keluar dan tak sempat untuk berjumpa dengan aku. Bertubi hampa dari semalam bercampur hari ni. Aku biarkan saja. Marah tidak. Merajuk tidak. Apalagi cakap yg bukan-bukan. Aku sekadar terima dan bersabar, fahamkan dia. Tak apalah, untuk mak dia lagipun.
Barang-barang yang hendak diberi masih tersimpan elok. Selang beberapa hari aku tanya lagi, mungkin ini yang terakhir. Bertanya sama ada dia mahu datang lagi atau tidak. Jawapannya masih sama....dan membuatkan aku sedikit kecewa.. "Mungkin tak datang kot...."
Baiklah. Dia terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya. Untuk aku pinjam 1 jam masanya pun aku tak dapat. Aku faham. Dia banyak kerja.
Hari makin hari aku dapat rasa kita dah tak rapat macam dulu. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Bukan aku tak nak ambil tahu, cuma engkau yg buat macam tu. Aku masih sama...yang berbeza ialah layanan kau pada aku, yg mbuatkan aku berubah.
Aku dapat tahu yg kau suka melayan perempuan. Semua perempuan. Kau nak tackle. Kau jadi miang semacam. Entah apa perasaan yang patut aku keluarkan, cuma aku nak tahu....terdesak sgt ke kau ni? Dengan semua perempuan kau nak test? Aku cuba jauhkan diri.
Maafkan aku. Kesalahan terbesar yg aku buat, aku stalk segala laman sosial kau. Aku minta maaf. Aku buat ni sebab nak tahu perangai sebenar kau dan nak tahu keikhlasan kau bkwan dgn aku.
Pagi tu aku terbaca, dia ada ceritakan sesuatu pasal aku kat seorang kwan perempuan yg baru dia kenal ni. Wlaupun baru kenal, kata-kata manja dan sebagainya dah berani dikeluarkan dan ada respon baik oleh perempuan tu. Dia cerita kat perempuan tu yg aku cemburu dgn dia. Dah lama tak contact aku dan x mesej dgn aku. Dia kata aku suka perli-perli dia.
Aku teringat lagi. Time tu 1 hari aku mesej dia, tapi tak berbalas. Esoknya dh nak malam dia dgn selamba mesej bagi salam macam tak ada apa2 berlaku. Siap mengadu lapar. Bila aku bad mood dgn dia, tak ditanya kenapa. Tiba-tiba cakap selamat tinggal macam tu je. Siapa tak angin. Bila dua2 mcm x ok dan hampir gaduh, aku rendahkan ego aku...aku minta maaf kat dia. Tapi dia? perli aku. Aku bersabar lagi. Niat dihati nak betulkan keadaan. Perli-perli, aku telan.
Tapi apa yang aku dapat?
~~Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuat ku rasa kosong, kosong, kosong..~
Takpelah, macam dia cakap....buat apa2 semua yg penting ikhlas~ :)
#petikan daripada cerita pendek CintaTukarGanti.
Assalamualaikum.

Tuesday, August 7, 2012
8 Cara utk meredhakan masalah yg sering dipraktikkan...
1. Mengaji, solat
-Sungguh ini menenangkan.
2. Tidur
- Bila ada masalah, kdg2 ssah nk tidur. Tapi kalau dpt tidur, sekurangnya bila bangun tekanan msalah tu dah berkurang sikit.
3. Cari padang/bukit
- Berlari sepuas hati 2-3 round padang bola yg besar2 utk hlgkan tekanan yg menggunung. jerit sepuas hati, seperti melepaskan segala batu yg terbeban di atas kepala.
-Buat aktiviti2 riadah, bersukan.
4.Cari kawan
-Lepak dgn kwan2 yg boleh buat kita rasa happy, mmg ini selalu penawarnya. Sekaligus keceriaan diorang tu terserap sdikit kat kita....tp nnt bila bersendirian balik, tersedih balik pulak :(
5. Cari kerja
-Buat lah apa2 kerja yg membolehkan kita rasa sibuk sampai tak ada masa untuk fikirkan kesedihan yg boleh buat kita down....ini membantu.
6. Layan lagu
-Jgn layan lagu jiwang atau lagu2 sedih yg boleh mnambahkan kesedihan. Sebaliknya layan lagu yg brentak hard rock, catchy, ataupun yg boleh naikkan smngat kita balik.
7. Bermain dgn budak2, atau binantang peliharaan
-Mungkin kt rumah aku ni takde budak2 utk main. Tp tips ni aku guna time putus cinta utk 1st couple dlu, org yg ssh aku nk lupakan....time tu aku bela kucing, aku byk meluahkan kat kucing dr org sbb bila kita ckp kt org, xsemua yg fham kita dan x semua boleh mberi respond yg kte hrap. so kucing ni la tmpat aku bmanja dan mngadu...akuu sygg gila kt kucing aku ni, sbb bila aku bcerita, dia just pndang dan semacam faham dan lg mnja dgn aku...:(
8. Benda terakhir yg mungkin tak sepatutnya digalakkan buat bila tgh ada masalah ialah OFF HP! Tapi inilah yg aku buat. bila aku sakit hati dan marah dgn ssorang, aku tahan dr marah, elak dari bgaduh pnjang dgn bebalas msg, lebih baik aku off hp, cabut bateri, masuk dlm laci!! Puas hati aku...huhu. Jgn slh faham, ni bkn cara utk melarikan diri dr msalah, tp dgn cara ni, sekurangnya aku xbuat kputusan time aku mrah, aku bia redakan dlu, bru aku on blik...hmm..
Tuesday, July 24, 2012
DTAMS versi Kenduri kawen :D
3 minggu jage exam kat Ukm, dgn mood exam, tiba2 bberapa minggu lepas kerja dah habis, dapat pulak invitation kenduri kawen kat situ mmg terasaaa lain benorlah gamaknya.... Padahal sebelum dpt kerja tu berbelas kali dtg makan kenduri kawen kat situ mcm biasa je, tak ada feeling...
2minggu lepas dh tak keje (16 julai), kwn ayah buat kenduri kawen kat situ, bila dgar 'Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh' ahhh mmg aku nk pergi sgt la...wlpun sblum ni mcm malas je nk pergi klau ada kenduri kawen...hehehe..
Start dari luar, aku dah mulaa rindu...
terbayang jaga pintu dewan nak exam...
terbayang tahan budak sebelum masuk...
Seusai masuk dewan, mood exam dah bertukar jadi mood kawen...
Aaa yela kate g kenduri kawen...haha
Adoiii rindunyaa, teringat2 korang sorang2 yg sma2 btugas kat sini, dgn macam2 hal..
teringat hari terakhir lpas habis exam, 29jun, kita lepak dekat dlm dewan ni dr pkul 10pg (habis exam) sampailah lepas budak2 lelaki habis solat jumaat (3ptg)...
Bukak lagu kuat2, main bingo kat depan dewan, gelak2, makan mcD Cik Lin belanja sama2, amek gmbar ramai2, hoiiii gilaa tak rindu....
Pasal rindu, terus lepas makan, mesej sorang2 budak dtams...hmm :')
Ok lah, rindu punya pasal, ni je gmbar yg sempat di snap smasa hari kejadian, tp versi yg dh berubah wajah..

Monday, July 23, 2012
Hang out (with Dtams members) - 16th july 2012
Lepas dah benti keje di Ukm aritu, masing2 dah bawak haluan masing2, so nak set masa semula utk berjumpa dan keluar bsama amatlah susah...... 2x planning tak menjadi sbb masing2 ada hal...dan kali ketiga ni, Alhamdulillah dpt jgk jumpa oi!
Tapi kurang bestnya, masih tak cukup utk berkumpul semua sekali, kelapan2 org...hilang 2 entah kemana dibawa lari :( hehe. Actually hanya Nas, Syahmi, Ayin, Yana, Dira n aku je yg dpt follow... Mira still kat Penang, meneruskan tanggungjawabnya sbgai pelajar kat sana yg baru je bukak sem baru...while Syafiq, lost contact dari sehari sebelum nak keluar tu, entah mane die campak henpon dia, call tak berangkat, msg tak berbalas..:( Ok at last baru tahu yg dia ada kt kampung. So dpt keluar berEnam saja~ Sori Mia, Sori Syafiq.....:'(
Ktorang decide ke Alamanda, dgn CRV besar si Syahmi dah terpacak kat Ktm Ukm pukul 11 pagi. Dira paling awal, jam 10.30am dah sampai dulu. Ayin sampai rumah aku, jam 10.25am sbb nak parkir moto kat rumah then tggu ayah aku pick up dari tmpat keje, amek kami dan gerak ke Ukm... Nas dtg dgn Syahmi...while Datin Yana, kami jemput beliau depan ofisnya di Taman Tenaga, D'Langat katering, wah! hahaha. Sebenarnya psal Yana takde transport nak gerak, so alang-alang dah dekat ambil lh sekali :))
Jalan2 pusing kedai2 kt dalam alamanda, dorang ajak main bowling, sbb tak nak tgk wayang. Sebelum jam 3 dah kena balik sbb Syahmi nak amek ayah di kat KL balik kerja. So should be rushing. Sempat main 2 game bowling, solat, pergi makan di Burger King (tempat makan feveret si Syahmi), lepas tu dah nak pukul 3 gerak keluar Alamanda. Nasib baik ayah Syahmi call suruh amek kt KL dlm pukul 5, sbb waktu balik kerja beliau adalah pda pukul 5.30pm...apa lagi? SYok la, boleh extends lepak lama lagi. (Pacu laju-laju, sambil naik CRV, kita lari dari realiti~) Ok, time tu Syahmi dah kemane-mane ntah nak bawak kitorang, tempat dituju Bangi, tapi dah salah jalan nak bawak kami balik Saujana Impian...haaa... Ok la waktu tu baru pukul 3lebih, pergi jalan reko, Karaoke pulak sejam!! :DD
Ni antara gambar2 yg sempat di snap, jom usha sat...:))

OK lah nanti kita plan keluar lagi, make sure cukup complete semua 8 org okengg! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)