Thursday, November 10, 2011

Masak-masak :D

Ouh,benda yg paling aku excited bila ada kat rumah ialah buka chiller,buka freezer, tgk ada apa yg boleh dimasak, buka almari dapur, cari bahan2, ambil kuali, potong2 bahan, semua bahan dah ada, baru terfikir nak masak apa. Kadang2 bahan semua dah prepare siap, kuali dah panas, mak pergi dapur and tanya..'nak masak apa tu?' , aku blur2 jawab, 'ntah, xtahulah nak masak apa...xtahu lagi.' hehe. Boleh pulak kan...
Oke, kat sini aku saja nak share menu yang aku masak time cuti 3-4hari kat umah baru2 ni...ni firtst trying taw...





1st n 2nd picture- char kuew teow penang, xberapa nak jadi. Tips nak masak char kuew teow ni salunya kena masak siket2,or sepinggan2, lepas kali ke 3 masak, baru menjadi, basah2. Kalau tak, memang macam kuew teow goreng biasa, sbb kuah2 dia cepat je serap dlm kuew teow tu.huh.

3rd picture- Bukan nak tunjuk aku masak tempeh grg or sayur kacang botol tu, haha...tapi yg kat depan tu, siapa yg biasa makan, mungkin tahu apa. jantung pisang masak lemak cili padi,hee. Ni lah antara sayur yang murah, sebiji rm1 je tau beli kat pasar. Tapi mungkin org jarang nak masak sebab sebelum masak tu kena rebuihh dulu kasi lembut, tambah2 jantung pisang ni bergetah. Mak cakap aku masak pedasss, erkk. Selera nogori nih..heh. tapi selalunya org perak yg suka makan masak lemak ni. Mungkin tak banyak yg tahu, byk kebaikan terselindung disebalik jantung pisang ni, antaranya....ouh,pernah aku share kat entry2 yg lepas. Good for women especially, for hormone, reduce menstruation pain and as a lactating agent. Also high in vitamin A and C..:) 


Nantikan menu2 lain selepas ni yekk,byk menu2 yg aku main cuba2 je, tapi xsempat nk snap picture pulak ;)

No comments: