Tuesday, November 22, 2011

Nutrition Vs Bola (fuhhh....)

Aku malam tadi tak tahu la kenapa overexcited sgt dengan bola. Tak tenang rasanya tak dapat tahu kesudahan cerita indon n malaysia malam td...haha. Blok sebelah dah bising bising dok sorak sorak. Yolah, blok sebelah je ada provide Tv. Kalau blok aku ada provide tv mesti aku dah turun bawah tak study langsung nampaknya dok ngadap tv je..hahaha. Start game aku update lg...smpai dah kul 1-0, aku da off. Then time dah nak habis, aku dengar budak ni jerit2...kuat sangat kuat. Belum aku tahu kesudahan cerita dan drama tersebut, daripada situ pun aku dah dapat agak kemenangan berpihak kepada MALAYSIA! HARIMAU MALAYA dah ngap garuda wehh!!! (tak logik pulak garuda boleh ngap harimau kan? haha.
Berderauu darah rasanya time tu...naik bulu roma!! Ceyh, macam aku plak ada kat stadium...haha. Tapi memang secara tak langsung, aku update game2 malam td...dr page fb n budak2 blok...teruss on fb, memang penuh la pasal BOLA. Dan dengan tak semenanya, serta semangat bola (sbb fight dgn indon yg ...tettt) tu yg macam semangat nk tgk bola. Syukur Alhamdulillah malaysia menang! Macam mane org2 yg lain tu rasa, same here la...sbb aku juga penyokong malaysia, anak jati malaysia! oke poyo. kalau org yg tak ada perasaan tu aku tak tahulah. haha. Bkn over, tetapi ni sokong negara sendiri drp indon yg byk sgt kontroversi n cacian2 yg diberi kt malaysia selama ni, malam ni penentu nasib antara 2 negara ni! Wuff!

Maka aku tak tau kenapa malam tadi setiap 10-15 minit aku update status, gila tak gila tak penah penah lagi aku berperangai sedemikian...haha. Mesti penuh wall2 membe2 aku dgn status aku je malam td...kehhkehkeh. Sori Sori, malam tadi je aku buat camtu...lain hari tak buat dah!! :P (tgk dlu camne)


Ni antara status dan benda2 yg seangkatan dgn bola yg aku share...gahaha. Semangattt weh!! :D








Lepas tu, dr pukul 11 lebih kot aku online, sampai ke 1 lebih...baru aku sambung study nutrition! haha. Mood time tu mmg dah MERACAU gila, tak da mood dah oii. Tapi bila pikir ni last paper, last exam utk last sem ni...aku terpaksa rajinkan jugak.! malasnya tuhan saja tahu, bola dah abes...sekarang ko ngadap lah buku sampai lebam pulak ye! Tp Alhamdulillah, berkat kesabarn....dpt gak aku jwb n habiskan exam pagi tadi :)
Itu last exam aku di Kuantan, insyaAllah....

Sunday, November 20, 2011

Minggu2 terakhir di Kuantan (part3)

Semalam pergi Jalan Air Putih Kuantan untuk jilid buku final projek. Mulanya nak pergi kelmarin, tapi lepas tunggu 4-5 van, semuanya menghampakan. Masing2 tak boleh bawak ke situ sebab tengah ambil ramai budak2 yang nak balik kampung, tambah2 kat situ jam kot. Padahal jln Air putih bukanlah jauh sangat pun dengan poli. Takpelah, tak ada rezeki nk sampai sana kelmarin...ktorang usaha lagi pergi petang semalam. Dah call pemandu van tu siap2 3 jam awal. Tapi tak sampai lagi. Call untuk kali kedua, katanya van masih di bandar. Sbb just van ni je yg selalu bawak n tahu jalan nk pergi kedai tu. Lepas sejam menunggu, at last sampai jgk ke kedai tu. kecik je...tak besar mana. Kat sini penduduknya dimonopoli oleh kaum cina. Kiri kanan semua cina yang duduk.

My first impression.........orang2 di jalan Air Putih ni sangat sangat baik. Orang cina kat sini layan kami ni macam dah lama kenal. So touchable..:') Time masuk dr kedai lagi uncle cina ni dah layan baik n siap borak2 n buat lawak lagi. Mungkin sebab tempat ni mmg dh jadi 1st choice dak2 poli dr dulu lagi jilid buku tambah2 lg, dia sendiripun adalah student dr Polisas..:)
Lpas tu dia bagi ktorang brochure iklan kedai dia, dia cakap suruh bagi kat budak2 poli yang nak jilid buku final projek. Pastu dia bagi discount utk kami tanpa diminta..hee..rezeki..

Time nak balik tu, tunggu van kat tepi jalanraya....sebelah tu pulak ada uncle cina yang jual air soya n tau fu fah.  Mungkin kesian tengok kitorang berdiri tunggu van tak sampai2 lagi, dia terus offer kerusi2 kat situ and suruh duduk. Baru je duduk, dia dah mula berborak n tanya macam2. Sesi perkenalan bermula dgn uncle soyabean. Ahah. Loghat kelantan dia mmg tak nampak langsung yg dia ni org cina. Pekat dgn bahasa kelantan-terengganu je. berborak macam dah lama kenal, buat lawak n memang tak kering gusi tengok pakcik ni..hehe..

Menunggu van lg...
Tiba2 dtg seorang uncle lagi, mungkin dia lagi muda dari uncle2 td....berhenti motor kat sebelah van soyabena ni n terus tegur ktorang. Kira ramah semacam walaupun tak pernah kenal. Nak dibandingkan dengan orang2 melayu yg selalu aku jumpa, bukan setakat ringan mulut, nak senyum pun susah....masing2 buat hal sendiri je. Tak gitu? mungkin tak semua, tapi mostly.


lepas sorang, sorang lagi....semuanya ramah n ringan mulut bertegur and anggap kitorang ni macam anak2 diorang je...kalau lah orang2 kat Polisas tu macam ni....1 hari pun aku akan rasa bahagia.


Dah lebih setengah jam menunggu van tak sampai2, tiba2 uncle tempat jilid buku td keluar dari kedai n tegur kitorang. Dia nak pergi ke poli utk hantar buku2 yg dah siap jilid kt lecturer. So dia ajak lah kami ni tumpang naik dengan dia sekali. Pekerja dia pun ada sorang ikut. Berkali juga lah dia dok mengajak n menunggu kat tepi tu, kitorang pun naik seganlah...dah la td dpt cut price, pastu balik siap naik van diorang ag...haha. Dalam segan, dalam hati kata mahu...sapa tak nak, jimat sikit duit tambang...nak tunggu van pun tak sampai2 lagi. So rezeki ada depan mata, jangan ditolak...tak gitu? he..he..

Papepun, tinggal lagi seminggu kat sini....aku mesti akan rindukan bandar ni...


bandar Kuantan....

Thursday, November 17, 2011

Mingu2 terakihir di Kuantan (part 2)

Aku dah mulakan keluarkan sweater dari locker, sejuk gila dua tiga hari ni....tidur dgn selimut tebal pun tetap sejuk sampai selsema, rasa mcm dlm aircond jek! Sampai duduk kat bilik tak bukak kipas langsung kadang2 tu.hoho.. Nak kata hujan...tak pulak....tapi angin Kuantan sejak akhir2 ni semacam kuat bertiup setiap malam....sejukk..

Sejak seminggu lebih balik ke poli ni entah kenapa cara pemakanan aku betul tak betul je..
Sarapan dengan roti 2 keping, milo secawan. Malam pulak makan nestum dengan secawan white coffee. Besok paginya dgn roti lagi lepas habis kelas terus tak makan sampai malam. Bancuh white coffee, mkn biskut dgn benda2 merapu je yg ada dlm locker tu...ngee~ Pastu mula kena gastrik, baru reti nak cari nasi. Tu pun lama duduk kat kafe tu tengok makanan utk dimakan, satu pun aku tak ada selera sbnarnya. So aku amek jgklah, gastrik tu sakit gilaa weh, mcm nk pecah perut rasanya. Aku makan jgk la nasi separuh ngan kuah sardin, letak sambal kentang...nah, rm1.70... sampai bilik, tidur dulu...sedar2 dah petang. So dekat magrib jgk la baru nak makan, tu pun sambil menahan gastrik! huhu.

Esok nya memang taubat aku dari tak makan, lambat sket makan je perut dah mula sakit. Aku makan la burger...tak sampai 2 jam camtu cam nak kena gastrik balik. Tahan je lah, aku tidur. Petang baru makan nasi.lala.

Sampai satu hari ni, seharian tak makan. Nak study dah shaking n lemah gila. Rasa macam nak pitam pun ada...cepat2 pergi kafe. Nasi goreng kosong pun jadilah, cam lahap aku makan. Lapar gilaa! Bersyukur ada makanan, nasi goreng kosong yg masak main2 tu pun aku boleh habiskan sbb tersangat lapar dan lemah..huh. dah makan tu baru ada energy sket nak sambung study sampai 2 malam tak tidur~

Semalam pagi2 exam, jamah sebungkus roti coklat. Petang makan mee goreng je. Mee goreng kosong, tetap sedap.... Tiba2 teringat makanan kat umah~ :(

Hari ni lg lah.....nk tahu aku mkn apa?

macam biasa....

Milo secawan
(breakfast)


Secawan Horlick (dinner-10pm)

Sebungkus ikan bilis bun (dinner)


Ok tu je..:)
Belajar nutrition & food health, tapi healthy life mcm ni...hee...sihat kan..~
Ok lah ni dari tak makan langsung.
Ada sebab kenapa cara pemakanan aku sejak akhir2 ni camni,
tapi sila jgn tanya kenapa :)
okbai.
Wasalam.


Wednesday, November 16, 2011

Exam week-day 2

Paper mikrob industri dh lepas, alhamdulillah blh jawab dgn baik! Poyo tak abeh2!!(kasi lempang sekali budak ni!)

Esok mengadap paper intrument, cam waras tak waras jugak la menjawab set2 soalan sem2 lepas~fuhhh. Menduga kesabaran aku nak cari jawapan sendiri kt goggle, tu pun tak jumpa.!

Malam ni semua aku tgk macam betul tak betul, hidup tak hidup je sbb takot cuak resah gelisah nak jawab paper Instrument besok, ouh killer subject! Mungkin sbb lecturer master yg baru tiba2 tahun ni dia buat soalan, test n quiz dlm kelas pun dah macam soalan2 org amek degree, master! nganga je aku tgk soalan2 tu td dr seorang membe ni.

Tapi takpelah! Malas nak pkir sgt soalan esok susah senang payah easy difficult ke....sebab aku dah tak kesah, yg penting nak cepat habis semua paper! HAHA. (lempangan utk kali kedua!) 

Yang penting mind set kena positive, jgn psycho otak sdiri! Benda yg susah pun boleh jadi senang kalau kita tak psycho otak n boleh fikir positive. Tu pasal aku relaks skett la...gahaha. Yelatuuu~ Kang aku stress2 lagi tak masuk haper aku baca....aaaa nyesal je dok bertelaah sepanjang malam..huhu.


Okaylah, doa mak sentiasa ada dgnku....usaha dah, doa dah, kita tawakal je la yekk! Redha...redha..... :D

Saturday, November 12, 2011

Examination Time table Nov 2011 (food tech Department-sem 5)

Tues 15/11 (8.30am-10.30am) - Industrial Food Microbiology
Wed 16/11 (8.30am-10.30am) - Instrumentation and Food Analysis
Fri 18/11 (8.30am-10.30am) - Fats and Oils Technology
Mon 21/11 (2.30pm-4.30pm) - Sanitation and Food Regulation
Tues 22/11 (8.30am-10.30am) - Nutrition and Food Health


Saturday 26/11- HOME :)


~Goodbye Polisas ...

Thursday, November 10, 2011

Masak-masak :D

Ouh,benda yg paling aku excited bila ada kat rumah ialah buka chiller,buka freezer, tgk ada apa yg boleh dimasak, buka almari dapur, cari bahan2, ambil kuali, potong2 bahan, semua bahan dah ada, baru terfikir nak masak apa. Kadang2 bahan semua dah prepare siap, kuali dah panas, mak pergi dapur and tanya..'nak masak apa tu?' , aku blur2 jawab, 'ntah, xtahulah nak masak apa...xtahu lagi.' hehe. Boleh pulak kan...
Oke, kat sini aku saja nak share menu yang aku masak time cuti 3-4hari kat umah baru2 ni...ni firtst trying taw...





1st n 2nd picture- char kuew teow penang, xberapa nak jadi. Tips nak masak char kuew teow ni salunya kena masak siket2,or sepinggan2, lepas kali ke 3 masak, baru menjadi, basah2. Kalau tak, memang macam kuew teow goreng biasa, sbb kuah2 dia cepat je serap dlm kuew teow tu.huh.

3rd picture- Bukan nak tunjuk aku masak tempeh grg or sayur kacang botol tu, haha...tapi yg kat depan tu, siapa yg biasa makan, mungkin tahu apa. jantung pisang masak lemak cili padi,hee. Ni lah antara sayur yang murah, sebiji rm1 je tau beli kat pasar. Tapi mungkin org jarang nak masak sebab sebelum masak tu kena rebuihh dulu kasi lembut, tambah2 jantung pisang ni bergetah. Mak cakap aku masak pedasss, erkk. Selera nogori nih..heh. tapi selalunya org perak yg suka makan masak lemak ni. Mungkin tak banyak yg tahu, byk kebaikan terselindung disebalik jantung pisang ni, antaranya....ouh,pernah aku share kat entry2 yg lepas. Good for women especially, for hormone, reduce menstruation pain and as a lactating agent. Also high in vitamin A and C..:) 


Nantikan menu2 lain selepas ni yekk,byk menu2 yg aku main cuba2 je, tapi xsempat nk snap picture pulak ;)

Wednesday, November 9, 2011

Ouh, ruanganku! :)

Tiba2 teringat kat seseorang, terasa nak on myspace, ahah taksangka dapat buka setelah sekian lama~
Ni lah myspace yg dah lama aku tinggalkan, sama jgk org2 yg kt dalam tu sejak dah ada fb...
Ada lagi ke yg maen myspace? :)