Sunday, February 26, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia

Mungkin aku orang yang paling lambat menggunakan voucher setelah dekat 2 bulan dah dapat voucher ni. Padahal budak2 lain dah lama menghabiskan voucher2 diorang dengan novel2, alat tulis dan tak kurang yang membeli peralatan komputer. Mungkin akulah orang yang paling excited bila dapat BB1M rm 200 tu, bermacam buku aku teringin nak beli mungkin sebab membaca adalah salah satu minat aku. Tapi, tak ada peluang untuk keluar dan membeli menjadi punca voucher tu terus disimpan di dalam laci. Hehh. Minggu lepas baru dapat peluang untuk pergi Alamanda dengan kawan-kawan terapat dan singgah ke MPH, alang-alang voucher pun dah ada dalam wallet.

Rm135 diawal penggunaan voucher tersebut, tetapi disebabkan tidak dapat menggenapkannya menjadi rm150, maka aku menolak sebuah buku dan akhirnya menjadikannya rm118. Rm100 dah pun aku gunakan untuk membeli buku semata dengan penambahan duit cash rm18 sendiri.

Musim penukaran voucher di kedai-kedai buku yang terlibat menyebabkan harga-harga alat tulis dan banyak barang-barang yang dijual telah dinaikkan harga. Contohnya, pen warna yang sebelumnya mungkin dalam lingkungan rm20-30, tetapi telah menjadi rm48 (utk 8 batang pen). Pen sebatang yang berharga rm2++ telah punmenjadi rm5++. Betapa tingginya harga tersebut membuatkan aku memilih untuk membeli buku je lah. Harga tetap dan tidak bertukar.

Nak beli map tak boleh, nak beli buku resepi memasak tak jumpa yang best, nak beli buku food tech tak kelihatan....so ini jelah buku yang sempat dirembat menggunakan rm100 voucher tersebut.

beserta terjemahan Al-Quran Karim (tiada dlm gambar).

Best dapat shopping buku :D 
Member-member siap tanya, rajinnya kau nak baca buku-buku ni...sempat ke?
Er..er...mungkin aku akan adakan masa untuk membaca buku-buku ni semua sebab aku berminat, its interesting...sure, aku akan habiskan Insyaallah. Mungkin more to islamic, ye..aku sentiasa inginkan perubahan seperti orang lain dan motivasi sampingan... Im trying to be a perfect muslimah, Insyaallah...little by little.. AMin, Amin....:) Aku nak mendalami lebih lagi ilmu ukhrawi yang terkadang aku terleka dan lalai. 

Thankyou, BB1M :D

1 comment:

ayie_sahaja said...

bagus-2 ,semoga tercapai yea ape yang anda ingin ubahkan zj..InsyaAllah..Amin. :)