Tuesday, December 27, 2011

8 Ciri-ciri Lelaki yang Hensem

1. Lelaki yang Dapat Mengawal Kemarahan


~Orang yang bijak ialah apabila dia dapat mengawal kemarahannya pada orang lain. Mesti sejuk hati kita tengok lelaki yang tak cepat memarah, tak mudah panas baran dan reti mengawal kemarahannya.
Marah tu bisikan syaitan terutama bila marah tu tak bertempat. Suka bila tengok lelaki yang dapat m'cool down kan dirinya dengan kata-kata yang baik.  Aww...cool~

2. Bertolak Ansur dan Tidak Ego


~Setiap orang pasti punya keegoan tapi lelaki nampak lebih 'hensem' bila dia tidak terlalu ego melayan perempuan atau sesiapa saja. Bertolak ansur dengan semua orang, berbaik cara dan percakapannya....hensemnya mamat ni....


3. Penyayang


~Lumrah biasa apabila kita tengok perempuan mempunyai sifat kasih sayang, sukakan budak2 dan bersifat keibuan...tapi lebih hebat jika kita jumpa lelaki yang bersifat kebapaan, pengasih dengan kanak2...mahupun penyayang dengan haiwan....cairrr....terusik rasanya hati ni.....heh.


4. Menjaga solat


~Lelaki yang hebat bermula dengan penjagaan solatnya. Nak tengok akhlak lelaki yang paling baik ialah lelaki yang dapat menjaga setiap solatnya, bila solatnya dijaga apalagi tingkah laku dan tutur katanya pasti hebat. Ditambah dengan amalan lain seperti mengaji dan solat sunat. Perempuan yang jumpa lelaki macam ni pastinya akan terus cair hati dan tertarik sebab lelaki macam ni adalah lelaki yang boleh menjaga dan membimbing dirinya serta warisnya kelak. I'Allah.


5. Mengutamakan Keluarga dan Ibu Bapa Lebih Daripada Orang Lain.


~How sweet bila lelaki yang menjaga, mengambil berat tentang keluarga diorang. Terutama hal2 kebajikan dan pembelajaran adik2 diorang yg masih belajar. Berusaha untuk mengubah hidup keluarga dan berusaha mencari pendapatan untuk membahagiakan ibu bapa dan tak nak tengok adik beradik mereka susah macam yang dia pernah lalui. Hmm...:)


6. Boleh Dibawa Berbincang & Memahami Wanita 


~Lelaki yang boleh dibawa berbincang dalam apa jua masalah pastinya dapat menambat hati wanita. Lelaki jenis ini pastinya menyenangkan sesiapa sahaja dan kurang berlaku pertelingkahan dalam perhubungan yang dijalinkan. Lelaki yang memahami wanita juga adalah selalunya menjadi pilihan dan bisa melembutkan hati wanita.


7. Tidak Suka Mendesak


~Pantang rasanya apabila berdepan dengan lelaki yang suka mendesak dan memaksa terutama apabila menyuruh melakukan sesuatu yang kita tak suka. Kadang-kadang boleh jadi sampai benci. Bagi aku, lelaki yang dapat menghormati wanita dan tidak memaksa-maksa tu adalah lebih baik dan selesa berkawan dengannya. 


8. Hatinya Cepat Tersentuh Melihat Orang Lain Dalam Kesusahan


~Hatinya cepat tersentuh apabila melihat orang lain dalam kesusahan, melihat anak2 yatim atau orang-orang tua yang terbiar. Mendengar berita2 kurang baik dari orang lain, hatinya mula terusik....Lelaki seperti ini pastinya seorang yang lembut hatinya, memahami dan pengasih orangnya.




* Ini antara 8 ciri-ciri lelaki yang dapat disenaraikan daripada pandangan sy sendiri....setiap orang punya pandangan masing-masing..:) 


Monday, December 26, 2011

I keeps all the memories with them in this heart...:)

Assalamualaikum.....
Hye everyone, Alhamdulillah kita diberi kesempatan utk bersua lagi...sekali lg...
Alhamdulillah dipanjangkan umur sehingga hari ni...:)
Today nak recall the memories with those r always beside me through happy or sad...
Only Allah can repay them, Thanks.....Alhamdulillah again for given.
(saya mmg seorang yg sentimental :P)

On 25th dec 2011,
Maybe this is a last time we have a chance to go outing together for this year....2011...
Taman Desa Warisan Pertanian & Wawasan Bridge Putrajaya...








I'm recall back the day we are seat and eating together at Metropoint Kajang on 4th July 2011...



Taman Putra Perdana, Putrajaya on 22nd June 2011......




A sweetest picnic at Taman Botani, Putrajaya on 5th Feb 2011...









Outing together at Alamanda, Putrajaya....
This pictures were snap last year on 18th Dec 2010...
 




And the last one...
all the memories start with...
Love them..:)))

Hope 2012 will be more more greatest and sweetest memories for us....
Happy New Year...
With Love <3
:)
Wassalam.


Monday, December 19, 2011

My 1st day Practical~

Salam. Sekarang dah pukul 9 malam, tapi aku dah mengantukk tahap dewa ok. Selalunya pukul 7pagi baru nak tidur, sekarang baru ku tahu menghargai nikmat tidur yg sebenar...sobs sobs..betapa nikmatnyaaaaa..

Ni tiba2 tidur awal ni buang tebiat ke..huh. Erm sebenarnya aku baru je start buat praktikal hari ni di bhgian makmal kualiti makanan, Unipeq Ukm (under ukm holdings-commercial/private).
Hmm..td lepas abah hantar kat depan bangunan MDTC-unipeq dgn Fatin n ayah dia, yg sama2 buat praktikal dgn aku....lepas tunggu dekat 2jam utk pendaftaran, akhirnya muncul jgk Dr Siti iaitu staf yg akan incharge briefing kami pagi tu. Speaking die berabuk~laju gila. Terkedu aku nk membalas balik..hahaha. Lepas ice breaking kejap, so dia bagi briefing n intro pasal tempat keje n apa2 yg berkaitan.

Selain kami dua orang, ada sorang lagi budak praktikal yg dtg dr Poli Merlimau, kos akaun...Yana. Aku sempat bertanya macam2 kt Dr tu sebelum start keje, tapi bab elaun tak terbukak mulut pulak nk tny~duhh. Katanya Unipeq ni ambil sampel2 dr mcm2 kilang n product utk jlnkan analisis, tmasuk la mcD, adabi, brahim's, n beberapa lain lagi. beroperasi bermula 9 mei 2004, unipeq terus kukuh dibawah ukm holdings, membuat research sambil bisnes.

Lepas briefing, Kak Fateha yg incharge kami utk tunjukkan lab2 yg ada kat situ n introduce ktorang dgn semua staf2 yg ada. Tapi hari ni, ramai staf yang pergi khursus termasuk lah penyelia lab yang sepatutnya handle n instruct ktorang.

Mula2 masuk lab, kitorang just usha2 instrumen n tgk lab2 assistant yg baru nk mulakan kerja. Lama jgk la mcm tak tahu nak buat apa bila akak yg kena incharge kami tu masuk lab microbe n buat kerja dia, tinggalkan kitorang camtu je~huu.

Nasib ada abg Rochi, abg Luqman, abg Taufiq yg start bersembang2 dan ajar kitorang seba sedikit. Kak Liza (ex polisas) pn ada kenalkan diri, tp ktorang tak berapa nk kenal plak..huu. Tmbah2 td dia bkn kt kt bhgian lab so tak dapat bersembang banyak~

Sambil skodeng lab2 assistant ni buat kerja tiba2 abg taufiq yg nampak cam plg tua kt situ, dlm 30an~ mnghulurkan lab manual HPLCC suh baca. Ingat suh baca je, sekali abg Rochi ni suh ktorang prepare lak~adehh. Gila tak blur, bahan, peralatan mmg xsemua sama cam kita belajar kt poli dulu. Tp bila tgk kitorang blur2, die pun tolong2~ Abg Rochi n abg Luqman ni umur dlm 20 lebih je kot~muda je nengok.

Lepas prepare hplc, Kak Fateha plak ajak prepare analisis mineral sama2, guna microwave digestion. Pastu sambil tu, tengok abg Luqman buat analisis determine fat guna soxhlete method, sampel umbuk kelapa...ada 12 sampel, byk woo~

Lunch dekat kafe yg takde orang! sobss. sebab sume org ade kereta, g makan kt luar lettew~ape kes mkn kt kafe. Kafe pulak kt bhgian luar bngunan, kecik je~oke la, nasib ada kafe. Kalau tak kebulur kitorang~huh. Solat zohor di cabin belakang lab dgn sorang makcik yg keje bhgian pmbersihan alatan kt dlm lab td, sbb plg dekat. Lepas solat, makcik tu boleh lak pelawa kitorang tidur smbil mnghulurkan bntal~~aiyaak, makcik!

Menolak pelawaan tersebut, then kitorang masuk lab balik kul 2, lepas rehat dr kul 1ptg td. Tgk dlm lab sudah kuduga takde org pun lagi, so kitorrang tggu jela depan lab tu, dlm kul 2.30 baru diorang masuk.

Sambung semula, abg Rochi kata ada buat apa2 tak petang ni? kalau tak ada dia nak ajak kitorang buat ashing method. So kitorang disuruh menimbang 6 sampel, duplicate. Antara sampel yg aku ingat, minyak kelapa dara asli, minyak kelapa dara+habbatus sauda, habbatus sauda asli, sos cili, mnyak msak alif dan beberapa sampel lain. Lepas ashing, diikuti dgn analisis tentukan moisture sample.

Tgk2 jam dah pukul 5.15pm, kerja pun dah selesai. Disebabkan belum 5.30pm lg wktu ktorang balik, so bace n kenal2 la instrumen2 kat situ sambil baca laporan praktikal yg ada kat atas meja, ouh rupanya tu buku laporan praktikal abg Taufiq pnya, patut berdiri baik je kat sebelah tu usha2 kitorang pnjam buku dia~
"dh lama dah buku tu....." katanya...
ouh baru perasan, tahun 2005.....mmg dah lama pun.
Abg taufiq ni kira senior kat sini, yg incharge bhgian instrumentation-hplc. Dulu dia pun bekas budak praktikal kat sini. ouh~

Hmm...tapi ada satu berita yg buat aku terkedu kejap masa briefing oleh Dr. Siti tadi. Katanya, kami hanya akan stay kat situ sampai end of this year je. So ada 2 minggu jela nak belajar apa2 kat sini. Starting january, we will be move to Shah Alam. Kena conduct bahagian Consultancy kat sana...so kena tahu psal HACCP, Food hygiene and safety, GMP, sanition n mcm2 lagi yang berkaitan dgn module yang kami ambil dulu, Quality assurance, Sanitation and Food Hygiene. Subjek yg kadang2 aku suka tidur dalam kelas, huhu. Sebab banyak teori. Hmm...katanya kitorang akan incharge kilang kat sana, kena jaga n tgk pekerja2 kilang tu sama ada mnggunakan prinsip yg betul atau tak..kiranya jd QA kat sana nanti.

Aku sempat tanya, macam mana dgn transport n tempat tinggal?
Katanya tmpat tinggal will be provided, trnsport pun dia akan sediakan or ada bas nnt kat sana. Tmpat tinggal tu nnt dekat jela dgn kilang tu. Selama jan-april, then awal bulan mei smpai 18mei (tarikh akhir praktikal), kitorang akan balik ke ukm dan bekerja semula kat sana. So 4 bulan lah ktorang kena tinggal n praktikal kat Shah Alam tu...

Aku tak rasa apa2 sgt, aku rasa ada hikmahnya nnt.
Mungkin dulu aku beriya nak buat praktikal kat S.Alam, Serdang, Klang or tempat yang jauh2, tapi at last aku dpt Ukm bangi, yg dekat je dgn rumah. Lepas dah kerja kt ukm, kena pindah ke S.alam pulak. So, Allah adil kan, akhirnya aku dapat dua2 peluang ni....:)

Mata dah mengantuk sgt2, aku kena edit2 buku laporan,tapi sebelum tu nak solat isyak, gosok baju..then lpas siap edit...kita tidur.......hee
Gudnite...
Semoga esok praktikal dipermudahkan n tak ada masalah
:)
Amin.......

Friday, December 16, 2011

Fakta pasal lelaki tentang masak dan memasak

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak... basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk… 


• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.


• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…


• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.


• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…


• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu 
dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor
satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

•Antara sebab sebab lelaki memasak:
>>> Malas nak pegi kedai
>>> Hampir hampir pokai
>>> Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired

>>> Mental theraphy
>>> Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
>>> Buang tebiat… 



Betul ke begitu?ahakss...

Walaupun begitu, chef-chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..peace! 





Jgn mrh ye kaum lelaki~ sekadar gurauan :D

Wednesday, December 14, 2011

Result terakhir utk Semester terakhir

*12-12-2011  adalah tarikh keputusan peperiksaan terakhir aku di polisas keluar. Perasaan cuak tu tetap ada setiap kali nak cek result, rasanya semua orang sama je. Tapi sejak minggu lepas bebudak kelas aku ni asek mention pasal result je. Time tu aku boleh relaks je lagi, tapi bila dah esoknya nak keluar result mulalahh gelabah tak memasal tak boleh tidur..hoho. Sem ni aku lebih takut sebab kalau ada paper yang sangkut, maka aku pn akan sangkut dari pegi praktikal. Heik? Betapa payahnya aku nak dapatkan praktikal sekali kena carry paper n balik poli semula, dok kamsis semua, tak ke HARU namanya??!  Tu yang ceq dok ketaq semacam. Dari tak boleh bangun awal, teruih dok bangun awal esoknya. Pukul 9.30 pagi dah ada depan laptop. Padahal result salu kua kul 10-10.30pg. Tu semangat namanya~~


Papehal berita, mestilah facebook adalah news feed terpantas. Maka, aku check out kat facebook dulu tgk pape berita. Sah-sah diorang cakap result tak keluar lagi. Tunggu sampai 10pg, masuk web poli..katanya...

#gmbar curik, hehe
                             

Erk! Dan dan la kan setiap kali nak cek je, tetiap sem mesti punyalah ada masalah teknikal lah ape lah.
Tapi kalau macam dah desperate sgt nak tahu result gempak korang tu, boleh lah terus tepon unit peperiksaan utk tanya result memasing. Aku nak call? Alahai aku kalau boleh lagi lambat tahu result lagi bagus. Aku tengok kat fb, ada gak yang bagitahu result memasing kul 10 lebih tu...ouh, advance! Sbb diorang awai2 lagi dah pergi call polisas nak tahu result. Err...aku pulak? Result tak kua ag ek? Ok. #Sambung tido balik...zzzzzzz!

Rasanya lepas semua orang dah cek, lepas zohor dalam pukul 3 petang tu baru aku mesej membe aku ni, *result dah boleh cek blum?*
* Dah lama dah.....*
Ooo...boleh dah eih....okok. Pegi depan laptop cecepat, bukak fb, bkn bukak lamanweb poli. Errr...
Laa semua dah pos status pasal result ni....aku je ketinggalan...berjam lebih dah diorang cek. Aku bukak pun lom lagi. Okok. Nak cek sekarang ke lepas asar je? Ke malam ni jelah? Ok, off fb. Rasa macam nak cek sekarang jgk~tak memasal.

Klik klik Laman web polisas>e-result>jun 2011>no pendaftaran>no. ic>Result keluar...
* tengok satu persatu subjek dulu, sambil tangan tutup kat skrin kasi suspens...keh3. Alahaiiiiii. #kecewasiket.

Ouh, pointer aku jatuh sem ni. Sudah ku jangkakan, tapi jatuhnya agak banyak dari yang ku targetkan..huhu. Ada beberapa subjek yang aku sasar utk dapat A tapi tak berapa nak dapat.
Aku target pointer sem ni lepas kira2 sebelum start final exam ritu ialah 3.75.
Tapi gpa yg aku dapat utk sem ni 3.61.  Menurun 0.32 dari sem lepas~~ :@
Tapi pointer utk cgpa ialah sama macam yang aku target, aku berdoa dapat 3.75 keatas dari dulu lagi sebab aku nak apply degree, org ckp kena jage cgpa. So Alhamdulillah total n keseluruhan, cgpa aku utk diploma ni ialah 3.75 tetepat...:')

Alhamdulillah aku masih dapat mengekalkan AKJ dari sem 1-5, now kena usaha lebih untuk dapat high mark time practical. How? Buku laporan harian, amali lab, interview, buku laporan akhir dan beberapa aspek lagi yang diambil kira, tu semua kena jaga untuk melayakkan aku sambung degree tahun depan. Lagi cepat, lagi bagus. Org kata diusia muda ni lah kita nak kejar apa pun, time ni lah utk cari ilmu byk2. Menuntut ilmu hingga sampai ke liang lahad.

So, ayuh berjuang!


 Ini baru permulaannya :')

Wednesday, December 7, 2011

Romantik, kan...? :)

                              
~Jarum jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.
Isteri: Abang, bangun, dah pukul 4.30 pagi ni.
Suami: Haaaa… (Sambil malas-malas). Ada apa ni sayang?
Isteri: Dah pukul 4.30 pagi. Hujung minggu ni, jomlah kita buat qiamullail..
Suami: Haa.. Ok… (Masih belum bangun dari tempat tidur)
Isteri beredar dan kembali seminit kemudian.
Suami: Eh, kenapa main renjis-renjis air ni, sejuk laa… (Si suami membuka mata sambil melihat wajah isteri ketawa keanak-anakan)
Si isteri tersenyum melihat suaminya kesejukan, lantas menarik tangan suaminya dan membangunkan suaminya dari tidur. Mereka bersama-sama melakukan qiamullail pada malam tersebut, sama seperti malam-malam hujung minggu sebelumnya.

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya.” (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad, via Iluvislam.com)




#sumber: http://affanruslan.com/romantiknya/

Sunday, December 4, 2011

Novelis and Idea

Assalamualaikum...
Aku sekarang tengah fikir macam mana ye menjadi seorang novelis yang dapat mengarang novel dengan beratus-ratus helai, berpuluh-puluh bab dan pelbagai scene.
Pening aku pening..hehh. Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk menyiapkan karya2 tersebut ek. Sebab sekarang ni aku tengah siapkan satu novel (kalau tak berapa nak panjang mungkin dipanggil cerpen), mengambil masa yang lama untuk aku mengolah cerita daripada jalan cerita yang telah diplot. Plot dah ada, cuma nak susun dan memanjangkan cerita supaya jalannya lebih sedap dan menarik untuk dibaca. See? Nak tulis ni pun kena berfikir jugak kan. Buat masa ni, baru 12 page aku siapkan. 1 2 page pun dah ambil masa yang lama taw. Sebab nak susun, jalan cerita mana yang patut keluar dulu. Dialog apa yang sesuai untuk watak sekian-sekian. Ehem ehem....aku harap aku akan ada lebih masa untuk mengarang bila dah ada kat rumah ni. Dah mula sambung hobi lama ni balik. Aku nak sangat ianya siap dalam masa yang terdekat. Harap2 menjadi lah. Plz do support me..:)

Buat masa ni, aku nak settlekan cerita 'Mungkinkah Dia' dahulu.
Then kalau ada masa, sambil2 tu cerpen 'satu mana cukup' baru half aku siapkan.
Kalau idea banyak, aku nak sambung plot cerita 'Kharil Ziqri'.
Tapi sekarang aku tengah banyak idea nak mengarang cerita seram pulak, hentah menjadi ke tak. Agak-agak cam tak jadi aku senyap2 jelah kot..he..he.

Orite, nak sambung menulis....Happy Sunday peeps :)

Thursday, December 1, 2011

Udara di Telok Chempedak

Kebanyakan entry aku memang tak reti nak masuk secara formal kan, main terjah je tiba tiba bukak cerita...he..he...sorry..


OK, macam biasa...kali ni nak cerita pasal tempat yg family aku bawak sebelum kami meninggalakan Kuantan...:)
Mana?
"Telok Chempedak (TC)"
Aku tahu TC ni dah jadi tempat yg sinonim dan biasa dikunjungi budak2 Polisas, asal weekend ke cuti am ke cuti cuti ke mesti lepak sini dengan makwe pakwe kawan kawan rumate classmate mahupun housemate.
Cuba tanya aku pernah pergi tak sebelum ni?
Hee...
Malu aku nak jawab.

Aku pernah sekali menjejakkan kaki di TC, tu pun ada senior aku ni bawak g makan mcD kat sini...pastu balik.
Nak menghayati laut laut ombak ombak mahupun sekeliling tu tidaklah. Aku nampak mcD, burger, french fries, pepsi...then masuk kereta, balik!
Ok lah tu, sempat jugak berpijak kat sini.
Kadang2 naik bosan jgk aku dengar, sikit2 pergi lepak TC, sikit2 lepak TC...apa ada wei?

Hurmm...26.11.2011, scara tak sengaja kereta ayah aku masuk kat kawasan sini...then at last kami cari hotel terdekat utk stay sini 1 malam..sbb tak tahu nak stay mana lagi dah, tak biasa sgt dgn jalan2 kt sini katanya.
Kat sini memang tak susah nak cari makan. Sekeliling penuh dgn tempat makan. Asal ada duet je. Lepas zohor, kami sekeluarga sempat lunch dekat restoran terdekat then jalan2 dekat booth cenderamata....dan mengahayati keindahan laut sekitar jam 5 petang sampai lah ke maghrib...:)























Lepas menghirup udara yg tenang di TC, kami menikmati Sunday cone kat tepi mcD..nyumm..Vanilla my feveret ;)
Esok dah nak balik dah, so hayatinya puas2....malam lepas menikmati dinner ikan bakar dan ikan 3 rasa yg sgt sedap dan murah kt sana, then sempat jalan2 lagi, beli cenderahati buat kenangan...aku pun ada hadiahkan something kt mak n abah..tapi tak sempat nak snap..:)

Ok lah, semoga ketemu lagi....segala memori2 terakhir di Kuantan....kan ku semat di dada sbagai ingatan dan bingkisan kenangan abadi...<3