Wednesday, September 12, 2012

Tiupkan semangat, aku boleh!


“Jangan Fikirkan Masalah, Tapi Fikir Cara Untuk Selesaikan Masalah!”

Aku diingatkan sebelum masuk kesini, aku harus kuat. Kuat semangat. Dalam segala benda semuanya sudah berbeza hampir 99.9%. Mungkin yang sama itu tujuan datang kesini, iaitu untuk menuntut ilmu. Segala benda yg kita nk dapat kita kena usaha! Setiap benda yg kita buat, buat dgn bersungguh-sungguh! Nak buat assignment, buat sungguh2! Nak amek kuiz & test, study sungguh2! Nak basuh baju pun, basuh sungguh2! Jangan sambil lewa, jangan separuh jalan. Nak cakap dgn siapa2, kena confident, jangan lembik2, kena agresif!

Dua benda yg penting dkat sini, pertama, kena selalu jumpa dengan lecturer, bila tak paham apa yg diajar, terus tanya, terus persoalkan… Bila takde yg bertanya, tak semestinya semua faham, walhal mereka2 tu pun takut untuk bertanya dan dgn adanya kita yg berani bersuara, kita boleh buat ramai lagi budak2 lain yg tak faham, jadi faham. Kedua kena jadi seorang yg rajin berusaha, rajin cari ilmu…

Dari mana pun asal kita, kita tetap pegang 1 tujuan dan matlamat yg sama bila datang kesini…. Dan semua orang berhak untuk Berjaya, berhak maju kedepan, dan mengubah cara hidup jika ada usaha! Tak semestinya budak yg blatar belakangkan peljar2 cemerlang, akan terus cemerlang…dan tak semestinya yang lemah akan terus lemah.. Kita yg tentukan nasib kita. Kalau kita nak berubah, kita yg kena mulakan sendiri!

Kena sentiasa sematkan dlm diri, tak semua yg ada kat sini orang hebat2…masing2 ada kelemahan, tapi tersorok, tak nampak…. Kitapun mampu menjadi orang yg hebat dan mungkin lebih hebat dari mereka2…yang penting, kekalkan yang baik, jauhkan yg buruk… Elakkan terus dari berkawan dgn org2 yg boleh menghanyutkan kita…
Kalau kau tak pandai, kau tak ada kat sini! Kau ada pada tahap ni pun atas usaha kau selama ni.  Bila dah mulakan, kenapa perlu berhenti? Teruskanlah apa yang dah dimulakan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! Alang-alang dah mulakan, biar sampai ke pengakhirannya!

Kita pemangkin dan penyambung generasi akan2 datang. Kata seorang professor ni, “budak diploma ni lemah! Kalau awak pandai, msti awak dulu ambil asasi, bukan diploma!” Berapa result SPM awak? Haa? Tgk? Lambat jawab! Mesti lemah punya! Berapa pointer diploma awak? 3.6?3.7? Tapi tengoklah nanti baru 1st sem, pointer awak akan jadi 2.5, 2.8, bawah 3.0 tu mmg tak mustahil!! Senior2 lepas semuanya hancur! Gagal! Ramai yang kecundang! Kemungkinan kalau terus teruk begini, mungkin kemasukan akan2 datang university tak kan terima lagi pelajar2 diploma. So yang ada ni kenalah bangun! Buka mata! Buka minda! Ubah persepsi ni, selamatkan yang lain, awak penyambung generasi2 yg akan datang. Jangan lemah! Bangun!! Jangan malas! Pelajar melayu ni tak ramai. Kat dunia ni ada dua jenis je, sama ada pandai atau bodoh! Syurga atau neraka! Baik atau jahat! Pilih mana awak nak! Saya ni pun tak lama lagi akan masuk kubur, so you all lah yg akan gantikan tempat2 kami kat sini. Tapi kalau awak lemah macam ni, habislah!”

Kena marah dgn lecturer tu perkara biasa, kena tahan, lama2 akan jadi lali. Kalau kita tak belajar untuk hidup susah, hidup dalam tekanan, sampai bila pun kita tak kan mampu kedepan, tak mampu selesaikan masalah yg mendatang.. tak kan naik, sentiasa ada pada tahap yg bawah. Bila kita dah terbiasa dgn masalah, Insyaallah, kita dicampakkan kemana sekalipun, kita mampu hidup! Gah untuk terus berdiri!

Belajar untuk survive, walaupun berseorangan…kawan2 tak akan sentiasa ada kat sebelah. Satu masa nanti kita akan berseorangan jgk, pergi kelas sorang2, makan sorang2, balik bilik sorang2, pergi aktiviti sorang2, jadikan semua tu perkara biasa. Kena berdikari, belajar untuk survive tnpa mgharapkan bantuan orang lain. Jangan cengeng! Jangan manja sangat! Jangan cepat melatah! Jangan cepat patah semangat! Orang yg putus asa tanpa berusaha keras, pasti akan mudah kecundang dan akhirnya gagal dipertengahan jalan sebab tak kuat.

Sampai satu masa nanti kau akan rasa untuk menangis semahu-mahunya kerana tekanan sekeliling, kerana terlalu stress….. menangislah, sebab menagis tu dapat mengumpul kekuatan kau semula…. Dan di pengkahirannya, segala penat lelah kau selama ni terbalas bila kau dapat mengenggam segulung ijazah di pentas pengiktirafan ….bersorakan tepukan rakan2 dan kaum keluarga kerana kau mampu bertahan hingga kepenghujungnya….sedang yang lain ramai kecundang dek semangat yang tipis. Segala penat dan lelah pastinya terbalas dgn segulung kejayaan yang kau bawa pulang….yang banyak ertinya, hanya engkau yang tahu… <3

No comments: