Sunday, October 9, 2011

Filem Melayu paling seram 2011 : Al-Hijab arahan Pierre Andre

Aku tak rasa rugi bila tengok cerita2 seram kat wayang. Sebab mostly aku pergi wayang,mesti aku akan pilih cerita seram2 dulu, baru feeling kalau tengok kat wayang cite camni. Kalau setakat drama biasa ke baik download tengok depan laptop je kan.hehe

So hari ni aku berpeluang pergi tengok cerita Al-hijab ni kat wayang. Aku tak tahu pun ni cerita apa, tp membe aku cakap best cerita hantu ni. Arahan Pierre Andre yg suka sangat wat cerita2 seram. So aku mmg excited laaa kalau dapat tengok cerita2 hantu ni. Ok,poyoo sangat.  Haha. Rugi wehhh kalau tak tengok! Sumpah! ahahhh. Meh aku story sket cerita dia camne....~~

Starting dia pasal sepasang suami isteri ni nak balik kampung, si suami ni drive ikot jalan shortcut tapi dah dekat 2jam tak jumpa jalan keluar. Jam dah menunjukkan jam hampir 4 pagi. Si isteri dia ni mula marah2 sbb suami dia taknak ikut cakap dia suruh ikot jalan biasa. Masa dalam perjalanan tu, ada beberapa orang lelaki yang menahan kereta diorang ni nk mintak pertolongan. Dia pun berhentikan kereta, nk tahu apa yg berlaku wlpun isteri dia marah tak bagi keluar dari kereta. Beberapa org lelaki td dtg kt diorang, n bgtao yg diorang dah 4jam pusing kawasan ni tapi still lalu kat jalan yg sama n tak jumpa jalan keluar. Semua dah takut gila. Tiba2 salah sorang dr mamat tu cerita benda sbnar yg berlaku. Diorang lalu kt kwasan tu sbb tgh bawak tunang slh sorg kwn dia tu utk pergi berubat, sbb dh kena rasuk. Tunang dia tu ada dlm kereta kt depan tu. Berselubung dgn kain kuning. Tiba2 diorang terdengar suara perempuan menjerit di hujung jalan, semua lelaki2 td tmasuk suami td pun berlari ke tempat tu. Tinggallah isteri dia sorang2 kt dalam kereta. Paling ngeri, kat kereta depan tu ada perempuan yg kena rasuk tu dlm kereta, duduk kat seat blkang smbil berselubung. Fuh! Cuba bayangkan. Time dah senyap sunyi, tinggal si isteri tu sorang2,tiba2 kereta kat depan tu boleh bergerak2 dan lampu2 kereta tu semua tbuka n ttutup. Pintu kereta perempuan yg kena rasuk tu tiba2 terbukak! Perempuan tu terus menari, tiba2 hilang! Si isteri ni takut n pejamkan mata, tiba2 perempuan yg berselubung ni ketuk2 pintu dia nk bukak n masuk dlm kereta tu! Serammm dow yg ni! Tiba2 semua senyap. Tgk2 prempuan bselubung tu dh ada kt dlm kereta dia dh! fuh~~time suami dia nk pergi ke kereta dia balik, tgk isteri dia dah hilang dh dibawa lari. Ok,CUT! (ni skrip jalan mati arahan pngarah khir & aziz m.othman dlm cerita tu)

Babak kedua, pengarah khir n aziz ni tengah nk cari plakon utk hero watak cerita seram td; 'jalan mati'. So lepas tgk audition tape yg lpas, so diorang pilih Rafael( Pierre Andre) sbgai watak utama cerita 'jalan mati' tu.

Rafael ni happy n excited gila bila dipanggil memegang watak utama cerita hantu tu. Tapi malang dia jenis yang tak ada perasaan, dan tak takut serta tak percaya dengan hantu. Padahal pngarah filem tu mgharap sgt dia dpt bg yg terbaik n menjiwai watak lkonan tu dengan baca n tengok cerita2 hantu. tapi Still takda feeling. So awek dia ada suggest satu tempat berhantu ni utk tengok sendiri hantu2 kat situ bagi menjiwai watak yg nak dibawa. Tapi tak jugak dia nampak apa2. At last~ awek dia ada tny mak dia pasal boleh bukak 'hijab' kalau nk betul2 nampak hantu. Mak awek dia ni cerita lah pasal kat kampung dia dlu ada org yg buka 'hijab' dan dia boleh nampak 'macam2' kt sekeliling dia.

Satu hari tu, si Rafael ni ada dapat satu msg arahan utk dia pergi ke satu tmpat ni. Petanda tu adalah utk dia berjumpa dgn seorang makcik ni (dukun) utk menunaikan hajatnya tu. Malam tu dia pergi ke rumah makcik ni, tp still rasa pelik sbb macam mana makcik ni boleh tahu apa hasrat dia. So malam tu, makcik tu bwak rafaek ni masuk ke dalam hutan dan pergi ke satu tmpat utk mbuka hijab..

Selepas menjampi, hijabnya dibuka........bermula malam tu....


Rafael boleh nampak macam2 benda dekat sekeliling dia. Excited, gembira bercampur takut dalam perasaannya. Sbb excited dapat tgk hantu2 kat situ so die mntak kt makcik tu utk bg peluang sampai esok pagi bila makcik tu ckp nak tutup semula hijab Rafael tu, sbb bahaya. Makcik tu bg peluang sampai esok pagi je, lepas tu kena datang jumpa dia balik untuk tutup hajab tu sbb just dia je yg boleh tutupkan hijab tu smula, org laen tak boleh.

Start dari malam tu, macam2 benda jadi dari otw balik ke rumah, sampai lah dia kat rumah. Sbb ada benda yg menumpang n ikut dia balik rumah sekali. Paling seram time awek dia datang rumah malam2, sampai awek dia masuk dalam mimpi dia ingatkan benda tu dah berakhir, tapi rupanya mimpi. Scene buat aku tutup mata kejap, time benda tu masuk ke bilik dengan lajuuu gila. Haha. Tiba2 je muncul depan screen. Fuh!

Banyak lg benda yg berlaku, tak best pulak kalau aku cerita sampai ending. So, tak rugi kalau tengok. Cerita ni maybe leh jadi box office n antara filem seram yang terlaris. Sape yang jenis lemah semangat tak digalakkan tengok wokey! Ada berani? Jom tengok! :O

Gua pun berani berani takut je tgk cite ni!haha

No comments: