Monday, March 28, 2016

Intern dah habis, jom cari kerja!

Salam. Selamat petang isnin. Hari ni tak monday blues macam selalu..hehe. Alhamdulillah tamat sudah latihan industri aku selama 2 bulan. Jumaat minggu lepas last intern. Bermakna tamat sudah menjadi pelajar UPM dan menunggu untuk konvo bulan november tahun ni insyaAllah.

Walaupun dah habis praktikal, tapi disebabkan projek yang SV aku suruh jalankan tak settle lagi, so Dr offer untuk aku sambung projek tu dan akan dibayar gaji. Bermakna aku still kena pergi kerja macam biasa sbb dah terima jadi Research Assistant (RA) kat sini. Alhamdulillah dapat la aku kumpul duit sikit untuk majlis :)
Sekejap je 2 bulan praktikal berlalu~
Majlis aku pn lebih kurang 4 bulan lagi. Tup2 kejap je tu 4 bulan. Tengok2 kot esok dah majlis.hehe.

Sekarang dalam usaha aku untuk pergi interview kerja seberapa banyak yang boleh sbb aku memang memerlukan kerja dan duit especially..hehe. Kelmarin, sempat pergi job fair kat Maeps, Serdang. Tapi kecewa sikit sebab tak banyak pun company yang related dgn kos aku. Cuma 4-5 je, just drop resume. 1 tempat tu dia terus interview, and dia ada tanya bila available. Mula2 aku terus cakap as soon as possible. Pastu terpikir balik aku baru je dpat keje RA tu tak kan nak cepat sgt nk tukar kerja..haha. Since RA ni sebenarnya tak lama pn projek ni, maybe 2-3 bulan kata Dr. So pas abes projek means aku pun dah tak ada kerja. Sebab tu la kena jugak cari kerja tetap yang lain. InsyaAllah aku harap ada rezeki kat mana-mana. Allah dah tetapkan :)

Ok lah setakat tu je buat masa ni. Nak sambung koje. Bubye!

No comments: