Wednesday, December 28, 2016

Rezeki Selepas Kahwin

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberi rezeki setiap makhluk dan tiada satu pun yang terlepas dariNya.


Sudah 4 bulan 2 minggu kami mendirikan rumahtangga, dengan pelbagai suka duka yang dilalui dalam tempoh yang singkat tapi penuh makna dalam melakar titik demi titik sebuah kehidupan berumahtangga dan disemadikan dalam memori ingatan selamanya.

Betullah orang kata, rezeki selepas kahwin tu makin luas dan melimpah tanpa kita sangka. Dulu, sebelum kahwin, ramai juga yang kurang bersetuju sebab kami baru sahaja menamatkan pelajaran, konvo pun belum lagi. Suami pulak baru sahaja 2 minggu menamatkan latihan industri (waktu tu) dan belum mempunyai apa-apa pekerjaan mahupun bisnes. Aku pun baru sebulan lebih bekerja. Mengharapkan sedikit simpanan gaji, simpanan bisnes kuih raya sewaktu bulan puasa dan simpanan biasiswa yang aku simpan untuk belanja keperluan majlis kahwin. Tidaklah banyak. Tapi Allah permudahkan niat baik itu. Family banyak tolong mana yang kurang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Di awal perkahwinan, aku sibuk mencari rumah untuk disewa dan membuat kira-kira untuk membeli kereta. Tapi mak abah suruh duduk dulu di rumah family. Abah macam tak nak susahkan kami untuk sewa rumah lain. Bukan kami tak nak pindah, tetapi sewa rumah yang menggila mahal membuatkan kami berfikir-fikir dahulu pada masa yang lebih sesuai dgn bajet yang sepadan. Beberapa bulan sebelum kahwinpun abah buat 1 bilik tambahan kat rumah untuk kami duduk lepas kahwin. Dalam usaha untuk membeli kereta, kami hanya menggunakan motor 2nd hand suami untuk berulang alik ke tempat kerja. Abah seakan faham, kehidupan selepas kahwin itu bukan mudah. Untuk memulakan sesuatu yang baru, kewangan juga harus stabil. Abah bagi pinjam kereta manual miliknya yang agak baru sahaja dibeli lebih kurang 2 tahun utk kegunaan kami jika hendak berjalan jauh. Kereta yang dipinjamkan itulah banyak berbakti kepada kami. Terima kasih Abah!

Lagi beberapa hari lagi untuk masuk ke tahun 2017, hujung minggu ni nak pergi tengok rumah sewa. Alhamdulillah loan keretapun dah lulus, setelah berbagai dugaan yang dilalui untuk membeli kereta sendiri. Insyaallah, ini hadiah untuk baby dalam perut ibu yang menginjak usia kandungan 14 minggu ( 3bulan setengah) 👶. Semoga baby dalam kandungan ibu sihat-sihat selalu. Ayah paling tak sabar tunggu baby besar 😃.

Sampai sini sahaja coretan yang terbuku. Ada masa Insyaallah update lagi. Assalamualaikum 😘.

Image may contain: 11 people, people smiling, wedding and child

No comments: