Friday, March 9, 2012

Aku Diduga lagi.......

        
Bekerja sebagai Pembantu Perunding (asst. Consultants) bukanlah mudah. Walaupun hanya sebagai latihan industri dan bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan kelulusan DIPLOMA, dah aku rasakan seperti memikul tanggungjawab yg sebenar di realiti alam pekerjaan. 



Mungkin pengalaman bekerja selepas SPM sebelum ni belum cukup luas, belum betul2 mencampak aku ke dunia pekerjaan yang sebenar untuk aku rasa dan laluinya sendiri. Tapi di latihan industri, aku belajar masuk ke syarikat yang besar, berjumpa dgn org2 besar dan tepengaruh. Belajar utk berkomunikasi dgn ramai org, btanggungjawab dgn kerja2 yg diberi, paling penting kena jadi seorang yang BERANI. Aku tak cukup berani, dan itu terangan kelemahan aku yang membuatkan banyak hasrat dan kerja aku terkandas dan mati. Aku pemalu, aku takut, aku lemah. Tapi aku tak gentar bersuara kala kerja aku disalahertikan.

Borang2 bertaburan di meja. Documentation haccp n gmp perlu disiapkan dgn kadar yg segera. Banyak benda yang perlu diisi, dan disiapkan. Kalau tak nanti pastinya dimarahi,   "Buat kerja lambat!". Aku terima dan aku ambil ia sebagai cabaran.

Setiap hari menjadi rutin untuk memeriksa kebersihan setiap ruang di kilang termasuklah pintu,dinding,lantai,peralatan,tingkap dan sebagainya.. Bukan hanya bahagian2 di kilang, tapi kebersihan pekerja, suhu bilik sejuk & sejukbeku, cek lori yg membawa/membekalkan barang, bersih ke tidak, ade sijil ke tidak, ada brg yg rosak ke tidak, supply barang apa, buat borang utk setiap supplier, borang pelawat, borang aduan, borang produk reject, borang keluar masuk produk,khursu2 yg diorang pernah terlibat, borang maintenance machine2, buat pemeriksaan pnyimpanan produk dan bahan mentah, pest control yg digunakan kt kilang, specification raw mate & packaging, list detail of supplier, detect every single problem n kesalahan kt kilang n so on.......terlalu banyak dan rumit utk diberitahu satu2, hurmm.


Argh, hari2 bos masuk kilang. Mula aku rasa tak senang duduk. Nak buat kerja pun tak senang, tambah2 bila depan laptop. Maaf kalau hati aku sakit dan benci bila tengok muka diorang. Aku tak tahu camna nk buang perasaan ni. Mungkin bila dh habis l.i kat sini, dah xjumpa diorang, baru tak akan ada lagi dah perasaan2 tu kot.

Kalau orang layan baik kat kita, bila kita isi borang kebersihan tu..yang kotor pun rasa macam nk tanda 'bersih' je, yg buruk semua rasa macam nk tutup, 'semuanya jd baik'. Tapi kalau dah buruk layanannya, kalau dah buat kerja semua katanya tak betul, bilik yang bersih tu semua rasa macam nak bagi 'pangkah' je banyak2, semua kotor, semua failed utk dapatkan sijil GMP & HACCP ni! arghh.


Mungkin aku yang tak mesra alam atau mereka yang tak suka dengan aku. Kadang kerja yg dibuat, ada je yg xkena. Ada je salah yg dicari oleh bos ni. Siap terjah laptop aku time tgh buat kerja, takut aku tak buat kerja. Lepas tu, tanya kenapa duduk dalam ofis memanjang.

Makcik, awk bayar utk dapatkan consultants, then bila aku dihantar kat sini utk collect data n buat borang2 utk korang, tapi awk salahkan kita ni tak buat kerja, tak ada function, tak boleh buat kerja ni. Then, tak payah panggil consultants laa makcik. Makcik jela layak jadi consultants.Zzz! Dah kerja aku buat borang, isi borang, key in data2 yg dicollect, then haruslah aku berada kat depan laptop ye makcik...

Pakcik pun sama, aku tak boleh lupa ayat dia hentam aku bila masuk ofis sbb nak minta di isikan borang yg dah hampir seminggu aku bagi..

"Pekerja sy tak ada yg pergi training. Awk ada pergi training tak?"
"Awk tak pergi khursus then awak nak handle benda2 ni? Camna??"
"Awak tak boleh buat kerja ni semua, awak tak mampu pun. tak boleh! "
"Apa yg awak buat sebenarnya?? Saya tak nampak apa2."
"tu je awak buat? tu je?? kalau itu, saya pun dah ada. buat apa lagi awak buat!"
"sy pernah ambil budak melayu kerja sini, tapi baru kerja dah baut silap! Sy buang lah....
Orang2 yg ada qualified ni salunya sombong, padahal tak tahu apa. Better sy amek org2 yg takde qualified ni, sekurangnya diorang nk belajar, tak kisah belajar dr bawah. Bukan mcm org yg ada qualified ni, besar kepala"

Amboi pakcikk, ni dah lebih. Seolah2 macam kutuk aku, dan pandang org yg ade qualified ni semuanya buruk,teruk, besar kepala. Aku baru 2mggu lbeh kat sini (masa tu), dan jangan assume kerja aku seperti aku goyang kaki duduk sini. tak semua org ada qualified camtu, aku mengaku aku lembap, tapi aku tak kisah kalau kena mula belajar dr bawah dgn gaji yg sikit. Aku boleh amek cabaran tu, jadi jangan la tuduh melulu nk kata semua org melayu or org ade qualified camtu. Tak kenal maka tak tahu! Aku sentap dgn tohmahan beliau.

Takpe, aku amek lagi ianya sbgai pembakar utk aku terus berusaha dan belajar...... Aku tak kuat mana. Tapi selemah aku, akan ada kekuatan lain yg terselindung.

Tapi kalau rasa aku mmg tak boleh buat kerja dan anggap kerja aku tak jalan pun, macam takde function dduk sini, sila lah buat report kat UKM. sbb UKM yg hantar aku kat sini, diorang yg bayar elaun aku n amek aku praktikal. kalau dah pkir aku tak buat kerja....oke fine, lebih baik aku jd sperti yg ko pkirkan tu...teruss main fb, layan lagu. goyang kaki, kan senang!

Tapi aku pkir tanggunjwab,ilmu yang aku dapat, kebaikan masa depan dan keberkatan elaun yg aku dpt....aku teruskan jgk seikhlas hati. Aku bertahan sbb aku kat sini sekadar title 'budak praktikal' dan aku ikhlaskan hati kerana Allah lillahi taala setiap kerjaku. Ada kebaikan yang menanti di hadapan, jadi bersabarlah jalan terbaik....

Pekerja maki n halau dari kereta sebab aku sekadar 'penumpang asing', aku sabar.....
Bos maki2, marah2, aku tak lawan...cuma mempertahankan kerja aku.....aku bersabar lagi...
Duit byk habis, tmbah2 kos hidup kt sini tinggi...xpe,sabar...tahan selagi mampu.... (sebab elaun habis l.i baru dpt)
Aku kena ulang alik bangi-shah alam sebab praktikal 2 tempat, sabar...tu pngalaman yg tak terbeli....
Pekerja2 mungkin ada yg xsuka, yg bermasam muka, sombong, takpelah...sabar lagi, selagi kau tak kacau aku, tak ada masalah pun bg aku.....
Berjalan ke stesen bas setiap pagi dan petang (pergi dan balik kerja) dengan sekelilingnya bangla dan indon di jalanan, kne kacau, wallet hampir kena songlap, aku sabar.....aku pergi kerja mcm biasa.


Saat aku diduga, aku tahu aku semakin kuat.......
Maka, tambahkan imanku, kuatkan semangatku, permudahkan susur jalanku dihadapan...ya Allah. Amin.......

2 comments:

SyUe SaUfi said...

agak2 laa..aiyoo ! geram plak syue. hoho. again.. i want to say.. bersabarlah ziera.. :) i know u can face it !

wannurakmal said...

kalau itu pakcik depan haku, memang jelingan sinis ku bagi pada dia. kerek pulak mentang2 dah keje lama. respect yg tua, bimbing yg muda. kang jadi, bimbing yg tua, respect yg muda jugak kang. haih