Monday, March 26, 2012

Kuatkah aku.......

Masuk sahaja di bilik meeting, aku sudah menjadi sasaran pertanyaan. Katanya data2 kilang yang ada, aku tak beri dan tunjukkan pada consultants Unipeq. Erh..salah aku? Data apa pulak ni? Kena ambil ke? Tak disuruh pun? Argh sudah. Permulaan dah tak baik, kecoh pasal ni. Nama aku dipanggil. Baru aku ingat balik, data2 tu dah diambil oleh pekerja lain dr Unipeq, tapi dia lupa dah letak kat mana. Sedangkan semua data tu aku tak sempat tengok betul2 pun lagi, mana laa aku nak tao data apa...dah amek ke belum......
Salah aku lagi? ok...aku lagi....
"I already gave to ur trainee..." (sambil ramai2 pandang aku seperti psycho)
"err...yg mana ek, saya tak amek pn.." (selamba jwb dlm dlm bhsa mlayu....err. aku betul2 lupa data tu sebenarnya ada kt Unipeq, diambil masa hari kedua bkerja kt kilang ni, 2bulan lepas! tp bkn dkat aku la, kt staff Unipeq!)


Pagi tu mmg tak ada senyuman lgsung, hanya mood serious yg dpt digmbarkan diwajah aku. Takut jgk bila fikirkan dalam 2hari ni,pasti aku akan dipersoal dan berdebat dgn bos kilang ni sebab dah cari kesalahan2 kt kilang tu.

Nasib baik, CEO Unipeq byk back up balik. Dipertengahan meeting, masing2 masih berdebat mulut. Owner kilang masih mempertahankan kilangnya mcm biasa, dia betul, semua salah. Sampai tak bagi peluang orang lain nak bercakap, kalau boleh dia nak conquer semua. Asek potong org nk cakap. Time org lain mntak aku explain kan minor problem yg aku jmpa, tapi dia sendiri yg explain kan...cakap...cakap...cakap...nyampuk....sampai tak bagi aku cakap. Aku hanya menggelengkan kepala je, last2 ceo suh aku terangkan jgk...aku explain kat semua apa yg aku nampak,apa yg aku cek hari2, apa kesalahannya, tapi the owner still ckp aku salah. GERAM aku!! puihhh..

Katanyaaaa......
dialah supervisor yg dtg cek kilang 5-6kali setiap hari so dia sure pekerja dia xkan buat salah.. (ooo yeke? aku tgk 2-3kali je sehari. Kdg2 xde langsung)

Aku pernah tegur n tanya dia sebelum ni kat ofis, kenapa longkang kt luar kilang ni tak dipasang penutup,lgpun sgt kotor.
Dia tanya aku balik...." do u think it's necessary?''
"yes, sure its necessary....sbb longkang tu kotor, kena lah psang pnutup, lgpun longkang yg xde penutup akan bagi effect dkat raw material yg smpai, boleh mnyebabkan contamination..." jwab aku.
Dia balas... "no, i dont think its necessary" (smbil senyum2 pndang aku dgn wajah psycho) erk.
smbung dia lg... " time audit, diorang takde masalah lgsung psal ni. Tak ada sebut pun psal kt luar ni"
"erk?auditor ckp? dah aku ni tegur bdasarkan logic n apa yg aku bljar. Apa mslahnya kalau kita elakkan n amek jela lgkah bjaga utk cover longkang tu. Susah sgt ke?? (dalam hati)." ngee

Lepas tu time meeting semalam, consultants n ceo, mention balik psal longkang tu. Argh mmg sah2 owner tu kena balik. Gua dah cakap baik2, taknak amek nasihat ni. Last2 kena ceramah gak ngn ceo. Amek...



Aku benci la perasaan ni. Aku cuba nak ada perasaan simpati,suka, sayang dekat pakcik ni, sbb dia dah tua, dah mcm seorang ayah bg aku. Tapi kenapa... semakin dicuba utk berbaik, bermanis, tetapi kesudahannya amat susah utk merapatkan jurang ni.....kenapa tak boleh nak ngam langsung, kenapa setiap kerja yg aku buat tak pernah memuaskan hati dia.....

Kdg2 ceo cuba nak memeriahkan suasana ngn buat lawak2 selamba beliau, suasana ok sekejap. Lepas tu kecoh kembali. Hangat. Aku tahu semua wakil2 dari Unipeq tu mesti dah panas hati n tak tahan lagi dengan pakcik ni.....aku hanya memahami kedaan, aku dengar bait-bait perkataan yg diorang bincangkan. Take notes. I am sure this an experiences that I have never get it before. Then I should grab It! Dan aku anggap ini sebagai 'pengalaman' yg tak terbeli. Walaupun penuh dgn pahit dr manisnya. 'Sbb pengalaman itu diambil semuanya, tak boleh dipilih.'

Masak lah aku....masaklah...bila owner ni buat keputusan untuk teruskan rundingan dan cadangan yg Unipeq ni bagi. Ini bermakna, tempoh aku di kilang ni akan semakin panjang utk buat documentation n mnghadap dia hari-hari.......Ya Allah. Aku dah penat........

Selesai meeting yg berjalan selama kurang 3 jam, staff unipeq bawak pergi makan dgn ceo di Kopitiam Hailam. Then diorang hantar aku balik, sampai depan rumah. Alhamdulillah. Isnin aku dapat cuti sbb da datang kerja hari sabtu.

Hari ni, ahad,  aku baru balik jumpa doktor sbb sakit kepala aku berhari-hari tak ok walaupun dah makan ubat. Doktor cakap ni mungkin sebab masalah tekanan. I admit it. Sekarang aku dh dapat ubat baru, dh makan, but still not respond at all. Masih sakit ! ergh. Apa lg ubatnya, ye?

Aku sangat-sangat nak 53 hari ni berlalu dgn pantas...rasa mcm dah tak kuat, rasa mcm nak rehat yg panjang...... Harapan,hmm...aku ada sebulan setengah lagi utk habiskan praktikal..... Tlg jgn ckp ianya tak lama. 1 hari melalui hari kt sana pun sudah aku rasakan terlalu lamaaa......  :(

Sabar... Allah with you....... Berdoalah, diperkuatkan.... Itu je yang aku mampu niatkan dalam hati. Ya Allah tabahkan lagi hati ini, menjadi hamba yg kuat dan teguh imannya......tak lemah bila disakiti, dan tak gentar bila diuji!

2 comments:

ayie_sahaja said...

Lihatlah di sekeliling anda dan teguhkan pendirian anda sepanjang hidup dan usia anda,jangan mudah berputus harapan, senyum yang anda berikan dan air mata yang anda titiskan,simpan..jadikan tauladan segala yang anda pandang dan dengar,simpan…buat pedoman okay...saya selalu sokong anda dari jauh.. (^_^)Y

SyUe SaUfi said...

smpai macam tuu ziera.? pape pun..takecare k :) jgn lupe mkn ubat. moga cpat tamat LI. n don't forget that, every single thing happened have their own reasons that we don't know.. Allah know everything and the best for us :) bsabarlah.byk kan berdoa..