Sunday, July 22, 2012

Asst. Invigilator - Part 2 : Intro Si Kacak & Si Santek

Entry kali ni aku nak kenalkan dengan jejaka-jejaka kachak dan gadis-gadis santek yg bertugas sbagai penjaga exam bsama-sama dgn aku selama 3 mggu haritu bermula 11jun-29jun dan juga merangkap kawan terbaik di sana :)) * Lambat gilee aku update, cerita cam da nk basi da, malas pnya psal...hee...tp jgn risau korg xpena basi, tetap segar dlm ingatan ni.wee~ :D loveyouloveyou*




1. Muhammad Nasrullah Mohd Saleh
 (a.k.a Nas@Nash@Kak N :P)



Nas ni selaku ketua dewan tmpat ktorang jaga exam. Tapi lebih mesra dipanggil Nash oleh Kak Jah kelas kau, haha. First time tgk mamat ni time dtg interview tak silap, dgn badan keremping, tinggi lampai, rambut belah tengah ala-ala budak sekolah, aku pn ckp dlm hati 'ni mesti budak lepas SPM ni'...hehe. Second time terserempak time naik life bsama dgn bestfriend die, Syahmi Hassan...oke kejap lagi intro pasal Syahmi pulak. 


Tiga hari pertama di DTAMS, aku agak mamat ni senyap je orgnya, pemalu, pendiam, wahh kelas kau acting ye Jah...haha. Ktorang suka cakap die ni anak Kak Jah, Kak jah ni Ketua Pengawas kat Dtams...dah macam mak-mak ktorang je taw, suwit gitu.hehe. Kalau kami anak kak Jah, Nas ni lah abanglong nya...anak kesayangan taw...ahahah.


Hari kedua kat Dtams xsilap, dari imej rambut belah tengah dah betukar botak. Kelas! Nampak matang gitu Nas, xde lah aku nampak kau mcm budak2 sekolah kan, kau stay botak je la weh...hensem & smart, tak tipu!! :D hehehheh.

Dah seminggu dua kat Dtams, nmpak laa prngai mamat ni yg sebenar tp jelas tak jelas sgt...haha..antara penceria kt Dtams terutama bile digabungkan bsama si mamat 2 org lagi tu, Syahmi Hassan & Azrin Nasir. Terutama aksi2 ala2 manja kalian yg ketandusan wanita sebaya kat sini...hahaha. Kesian~

Ok lastly, mamat ni baru 19 tahun sbenaranya, study di Unikl Mimet, Lumut. Budak Marine Engineering ni beb, sape nak angkat tangan! :)) kalau nak, pegi jumpa ngan Kak Jah~ :P




2. Syahmi Hassan
(a.k.a Syamimi@Syamim@Syima)




Kawan kacip ngan si orang kat atas tadi, kehulu kehilir bersama walaupun pergi ke toilet tetap bsama, opss :/ ok tipu je. hehe. Nama Syamimi ni dapat daripada si Nurliyana Khalil, boleh dikatakan 'kakak2 kami' kat Dtams ni,eheh. Hari ketiga start keje je dah macam2 nama si Yana ni kasi, sume nama nak kelas2 je, mmg boleh lama diingati dan lekat dlm otak lah, kata sapa? Kata kau! Kelas~~ hahaha.


Syahmi ni orgnya takde cover-cover, selamba ikot kepala dia je die nak buat apa. Nampak mula-mula dulu cam sopan je orgnya, pendiam, baguslah~~ Tapi bila dah lama2 kenal baru lah nampak Gilanyaa! Tak pernah serious. Bila serious pun rasa cam lawak gila muka dia. Tp gila-gila gini setia orgnya, ececeyh~~ Good good :)) Our photographer gittew~


Dalam ramai2 kat sini, klau tgk kan, die ni lah paling alim, kira baguslah dibuat calon menantu mak-mak kat luar sana~~ Eh beranganlah, dia dah pon ade buah hati sendiri....yg nama pon lebih kurang cam die, muke pon hampir sama, Syahmina~ Waa Insyaallah jodoh bpanjangan, amin amin :)) Buat kenduri nasi minyak besar2an, jgn lupaa jemput kami-kami nii~hehe.


Jujurnya, best laa lepak dgn mamat ni...ade je benda yg nk dicerita, potpet jgk, ceria, suka buat lawak, boleh la jadi rakan gosip...haha. Kalau dok bersembang kat dewan tak sedar exam dah nak abes dok potpet2 dgr cerita dia, ahah syokk woi. Tambah kalau berjiran sebelah ngn umah den ni, mmg ari2 dok bergosip kat lua pagar ni nampaknyaa..ahahaha.


Satu kelas, satu sekolah, satu kolej dan satu kuliah dgn Nas tadi, umur 19 tahun jugak. Budak marine engineering di Unikl Mimet. Tinggal di Saujana Impian, dan samalah berdekatan dgn si Nas tu...patut la kacip benor~ :)

Ayat famous yg selalu keluar dari dia ni,


"Siew Ling betul!~~" 


"Kau GILA keee??!!"



3. Syafiq Shukri
(a.k.a Syafiqah@kechik@mike)




First time terperasan si Syafiq ni masa datang interview, dengan pakai baju kemeja kotak-kotak "Alahai kecik je budak ni (berbanding dgn budak2 laki lain kat situ), hehe. Ok dah dapat agak ni mesti budak lepas SPM kan kan kan, he..he. Baru 18 thun n pengawas peperiksaan yang paling muda diantara kami-kami. Tu lah mula keluar panggilan 'Adik' terutamanya dari Nadheera Sukarno...hehe..

Murah dengan senyumannnn.. Murah dan sangat-sangat...haha. Sampai terkeluar lah dialog ni masa awal2 keje dulu...

Ayin: Kau jgn pandang dia, jgn pandang......
Aku: Kenapa? Oo..ok ok aku faham! haha. Nanti bila pandang mesti tersengeh2 kan...
Syahmi: Baguslah tu korang ni dia suka senyum, sedekah!
Aku: Tapi sudah terlalu banyak sedekah yg aku dpt dari dia hari ni, takpelah esok2 pulak..simpan2 sikit~haha.


hahaha ampun Syafiq kalau kau bace, sekadar gurauan ~~ wee~ :D hehehe!

Ok lah 1 yg aku tabik spring kat dia, walaupun die kechik, tapi die rajin buat keje, rajin kedepan kebelakang dewan bila student mntak kertas, berani, n tak terasa tercabar pun bhadapan dgn org2 sekeliling yg lbih tua dari dia tmasuk la student2 kat situ...bagus bagus, bdan kecik tapi berjiwa besar :)) keep it up!

Jangan main-main, kecik kecik cili api. Sambil menyelam minum air. Sambil berjalan dapat rezeki. Sambil bekerja dapat rezeki terpijak. Hah!  peribahasa2 yg sesuai utk dia..haha. Dalam 3 minggu jaga exam kat Dtam, dah mampu berkenalan dgn seorang awek gojes dan santek dikalangan student UKM...amboi! kemain kau leha! Minggu terakhir jage exam dah mula la tgk perubahannya, kesana sini dgn BB die duk berBBM, rancak! Abg-abg pngawas lain yg dok usha2 awek pon lom dpt2 lg taw, tp kau dpt dulu~~ahahaha. Kasi tips sikit?
Tipsnya: Kena sentiasa tersengeh dgn semua org, tapi lebihkan kpada si awek2. Tak cun takpe, janji awek. Jalan depan diorang haruslah jalan berdada mcm malek noor, penuh gaya mcm aaron aziz, penuh keyakinan mcm mustapa kamal agar nampak lebih macho bak kamal adli~ gittew...   



4. Mohd Azrin Nasir
(a.k.a Ayin@gomok@Erin@Azrina@kak Rin)






Amboi! paling banyak gelaran, dan paling byk nama yg boleh dimanipulasikan drp nama asal 'Mohd Azrin'. Bak kata Yana, "nasib ada 'Mohd' kalau tak mesti org ingat perempuan..." hehe..

Rezeki diserap balik masuk selepas ditolak time interview, mmg 1 peluang yg tak disangka-sangka gittew.. Alasan ditolak masa interview: Sebab time masuk ke bilik utk diinterview buat ptama kali dah senyum2, macam tak serious...'nak jaga student kena ada muka yg serious'. Eh, gituu pon boleh...haha. Cerita ketua pengawas kt mamat ni. Lepas tu terlalu jujur punca kedua ditolak, sbb mengaku smoking..hehe. Ayin cakap..... " Disebabkan aku jujur mngaku merokok time diinterview la aku aku kena reject.." Alahai. haha. Tapi takpe, jujur kau tu Allah nampak, ade rezeki utk kau n at last dipanggil semula utk mulakan kerja. kalau tak? Tak bersualah kita..hehe..

Macam biasalah, awal-awal masuk semua tak reti tunjuk taring lagi. Malu2, diam2, sopan je, tak reti buat bising sangat....tak reti nak bersembang sangat...hahaha... time awal2 die ni rapat dgn si Syafiq, makan sntiasa bsama gitu...hehehe...

Tapi...selepas beberapa hari bekerja.....terserlahlah~ disini segalanya bermulaa.....~~

Dia ni lah pnjaga exam yg paling Hiperaktif! Motif sgt! Bak kata aku, terlebih makan gula! hehe...sori ayin jgn marah :P
Paling tak boleh duduk diam! Paling banyak cakap! Paling selamba dia je nak buat apa! Menyanyi, menari, tergedik2, meracau2, terloncat2, terJelly2, semua aksi dan watak pass je kat dia...sesuai jadi pelakon terbaik neh...hehe. Selamba yg selamba gilaaa, 1 st time jumpa org camni sebenarnya...hahaha...dia tak rasa kekok,malu, bila dgn budak2 Dtam sume... Mmg kalau lebih 10 jam dlm dewan tu, asal dpt bkumpul, dewan bising dgn gelak2 mesti pasal mamat ni! Tak reti dduk diam! haha :P Ada je benda yg dia nak buat, ok la dari situ aku suka bkwan dgn dia, tak bosan, syokk oii gelak je 24 jam tgk prangai die.hehe..

Bila dah terserlah prangai sebenar, dia pn mula rapat dgn Nas, lepak makan dgn den, bahan2 si Mia, kenekan Syafiq, bperang mulut dan saling berbahan dgn 'kakak kesayangan beliau', Yana...heheheh. Asal bertemu, mulaaa lahh semua keluarkan perisai "risau terkena percikan air liur" melihat dorang ni bgaduh bemanja...hahaha. Ok, drama je lebih.   Gurau!  :P
Takpe, marah2 tanda peduli, gaduh2 tanda sayang~~ awww. Suwit ngat u olss! HAHA.puihh :P

Tinggal dekat Beranang, umur pn sama je diorang ni, 19 thn, ada band sendiri oo, suara power, hobi main gitar, menyanyi dan paling penting rajin tolong mak kat dapur........Kelas!! Nak buat menantu? Ok, contact no tepon ni, 013312.....tettt~~ Pm n ask me how! Hahah! :P ;)

Ayat famous dia & jadi ikutan budak2 Dtams,

"Kelas kau.........Jah!!"

Lagu famous budak2 Dtams yg dibawak oleh mamat ni,

Mojo-Andai Ku bercinta lagi..

Amboi!! hehe..


5. Amirah Rajion
(a.k.a Mira@Mia@Myra)



Ok lepas dapat tau si Amira ni (panggilan mula2 kenal) jage sama 1 dewan time bekenal-kenalan sebelum start keje, 1st antara tiga-tiga perempuan kat situ, dia ni lah paling tak banyak bukak mulut. 1 tanya, 1 jawabnya...even aku, Dira, Yana dok borak2 rancak, dia kat sebelah dgr dan hayati je apa yg diborak, ntah tgh berangan sorang2 ke taktahulah, lepas tu murah dgn senyuman, suka gelak...haa ceriaa orgnya ok :D

Antara babak bila 1 st time ktorang berempat bersembang:

Dira: Sy dulu praktikal dgn bahagian bendahari ukm tu je...bla3...study kat poli...bla3
Aku: Ouh Ukm ke...bla3...kita pon kt ukm....eh samela budah poli, poli mane?
Dira: Kita poli dkat Kulim sana...amek kos....bla3
Yana: Kita tak praktikal lg..bla3, bljar kat Kuis...
Aku: Eh ni, Amira, senyap je...bljar katne?
Mira: Sama. Poli jgak.. (senyum)
Aku: Poli mana? 
Mira: Dekat Penang sana..
Aku: Ouh jauh gak..dh praktikal?
Mira: Dah...sama praktikal kt Ukm jgk ritu..
Aku: Laa yeke, Fakulti mana?
Mira: Pusat Teknologi Maklumat (snyum).

See? 1 tnya, 1 jawabnya...hahahha... Dialog ni aku main tulis atas dasar ingatan aku jela, keh3...tapi lebih krg bgitulah situasinya...hehehe. Sori Mira :P

Minggu pertama kenal mmg seorang yg pndiam je, tapi bila ada 3-4 org mamat tu buat lawak, mmg tak bhenti gelak...aku suka tgk dia gelak, kdg2 mamat2 tu xbuat lawak pon dia gelak...haaa..pelik..hehe.

Ok intro si Mira dan mula dipanggil Mia sejak add kat FB yg menggunakan nama @Myra Mia ni, berusia 20 thun, sedang menuntut di Politeknik Seberang Perai dlm Diploma Networking System di semester 5. Bab-bab komputer, networking, boleh la tanyaa dia...handal neh ! kata dah praktikal kat fakulti teknologi maklumat di Ukm lebih kurang 5 bulan..hehe..

Bak kata 2-3 org mamat tu (takleh sebut nama :P) Mia ni ada muka yg sgt classic, buat lelaki suka pandang...wah, Kelass kauu nyah! hahaha :P

3 benda yg aku dpt baca drp perangai si Mia ni; orgnya..
1-Ceria, pemurah dgn senyuman
2-Pendiam, tapi sebenarnya lbih suka meluahkan dkt org yg betul2 concern n blh dpercayai
3-Rajin, ok dia mmg rajin buat kerja kat dewan.

Ni randomly, suka-suka je :D hewhew.

Ayat famous si Mia bila budak2 lelaki bahan dia... "Nak makan kaki?" Amboi, ganahh mungg. haaha.


6. Siti Nadheera Sukarno
(a.k.a Dira)




Cantik nama secantik orangnya...hehe.. Seusia dengan aku, 21 tahun. Study Diploma Perakaunan di Politeknik Kulim, Kedah... Tinggi, santek, n haruslah dah ada buah hati kesayangan :P OK tiba2..haha..

Dira ni dulu sempat praktikal 1 ofis dengan ayah aku, Unit Bendahari so ayah aku pun mmg kenal dia ni. Tapi tu cerita setahun lepas.. Sekarang merupakan lepasan diploma, dah habis belajar...dengar cerita sekarang tengah sibuk dengan exam Muet, hoho All the best...especially for speaking and listening test...haha. Tapi no worries, bdasarkan pemerhatian (suka-suka je aku), dia ni nampak berani, ada pendirian, boleh jadi good leader, pandai orangnya, rajin study, klau tak, takdelah pakai speak tebal2...eh eh, haha. Jokes~ :P

Dulu aku ingat dia ni sombong. Sbb 1 st time jumpa kat toilet aku tegur dia dapat dewan Dtams ke? Dia cam nak tak nak je layan, terasa makk taw nyah...sobss.hahaha.guraw je... Tapi bila dah start borak lepas briefing hari tu, amboi bukan main rancak bercerita gitew...haha. Dia tak sombong la, tak kedekut jgk, suka kongsi cerita, suka mendengar :)

Ada seorang lagi adik yg wajah hampir seiras dgn dia, Siti Najiehah yg muda 2 tahun dr dia tak sillap tapi bertugas kat dewan lain. Dua-dua ceria orangnya, tapi adik dia bpewatakan lebih selamba..kakak dia ayu2 sikit...hehe. Awal2 kerja dulu, aku dgn dia la org yg paling lambat balik, so lepak sama-sama kat luar sembang-sembang hampir maghrib, tggu parents datang.. :)

Seingat aku, dia je satu2nya yg selalu bahasakan diri dia 'akak' dengan budak2 lelaki lain yg semuanya pangkat 'adik2', hehe. Sebab yg perempuan semua lebih 'senior' dari bdak2 lelaki kat dtams ni..wee~ Walaupun gitew, ktorang tetap nmpak macam tingkatan 5 ok. Maintain santek katanya, kelasss! hahaha.


7. Nurliyana Khalil
(a.k.a Yana@Dibah)



Disebabkan nama2 yg diberi percuma kpd budak2 lelaki dtams oleh Yana ni, makan terkeluarlah nickname spesel jgk buat Yana, iaitu 'Dibah', ni punca gaduhan manja dgn 'adek kesayangan' beliau, Ayin..tetttt~~ :P

Antara 4 perempuan2 kat Dtams, si Yana ni lah yg paling havoc orangnya! Mana dia ada, mesti meriah je dgn suara dia, gelak diaa...haaa... Peramah dgn semua orang, terutamanya dgn staf2 bhgian akademik, ape taknya, 1st time berborak dgn dia lepas briefing haritu, macam2 benda dia cerita..psal kelas, lecturer, subjek die bljar...haaa...klau jadi roomate sah2 24 jam tak sempat tidur dgar si Yana ni bercerita, hehehe.

Kaki bisnes orangnya, sbb tu peramah kata Cik Lin selaku Ketua kami kat Dtams...hehe. Apa taknya, sambil menyelam minum air...sambil dtg ke dewan jage exam, sempat cari rezeki dgn bisnes tudung2 nya dan budak2 lelaki Dtams ni lah smngat nak jadi modelnya....auchh dasat u olls...hahaha. 

aaa konfiuss x? model tudung ariani, sila jgn tersalah pilih~~

Jap nak buat iklan, si Yana ni mrupakan anak tokei bisnes D'Langat katering, katering yg agak famous dan selalu jgk la dengar bila ada majlis kawen2. Belajar kat Kuis pulak amek Diploma Business Study, alahai setakat bisnes2 ni, tarik2 customer, ada softskill, pandai bercakap, memang sepadan benorlah dgn orangnya....dasat taw u olls...haha. (Tlg angkat bakul). Serious ni woi! Lepas ni kalau nak kawen, korang panggil je si Yana ni, dengan siap tempahan katering, pastu pelamin, make up, baju kawen, weeding planner, haa sume 123 complete!  Takde calon? Ok, takpe, calon isteri pon kami dah siap sediakan. Nak? Pikir apa lagi!! Sekarang lah!! Kau gilaaa keee?? (Ayat Syahmi) hahaha. 

Lagi2 si Yana ni pandai bersantek2, berMekap2, bergaya, berpesyen2, freelance model lagik!! Siap org konpius bila tgk Yana, terbayang Marsha. Amboi!! ada kelass!! heheheh. Yg tgh baca ni mesti tgh berkenan nak buat calon bini kan, xpun calon akak-akak ipar psal nnt sng, siap dpt package perkahwinan half price lagi...hahahaha mandai-mandai je aku....ampun Yana! :P Saja Iklan komersial kejap, wee~ :D jgn marah, bergurau je...hehehe. Promote D'Langat sat kot2 pasni ramai yg dtg buat tempahan psal nk kenal ngn cik Yana ni, haaaa . Untung-untung je perniagaan semakin laris di hari raya nnt, hahahaha...tiba2. Btw, make sure I dtg nnt dpt discount yek psal da tlg promote, kehkehkeh.

Last intro psal Yana ni, dia paling 'senior' antara ktorang semua yg jaga exam kat sini, berusia 22 thun, tp psal apa aku x panggil 'kakak', psal dia cakap toksah nak 'berakak-akak' sgt, Yana je. Datin Sri Yana fonnn volehh! (Gurau lagi~~) huhu. Dari budak Maahad Johor, dan sekarang masih belajar di Kuis..ok, nice background :)) Berasal dari Kajang, sgt mesra alam dan tak sombong orangnya :))


8. Hazirah Johari
(a.ka. ziera)


Silalah buat story sendiri psal aku dlm hati sbb aku takde story nak cerita psal diri sendiri, haha..pasal apaaa pulak weh?!! Dah ni belog aku tak kan nk cite psal diri sdri,  nnt korang nyampah pulak tkot2 aku terangakt bakul sendiri mahupun tersalah angkat bakul...:/ hehe. Saja aku nk memenuhkan ruang ni dgn msuk gmbar sdri bg memenuhi kuota budak2 dtams 8 org bak kata siapaaaa? Bak kata Yana! hehe. Okbai!



*Ok lah, rasanya dah banyak sangat rasanya aku melalut ke laut. Sekian sajalah perkenalan panjang lebar bersama budak2 Dtams yg mcm2 perangai dan kerenahnya. Sekadar berkongsi cerita, gelak tawa, dan secebis rasa.... Maaf andai terasa, gurau senda yg tak kena, sesungguhnya entry kali ni adalah sekadar suka-suka pengubat rindu lara....amboiii ayat!! Ampunn sekali lagi *(sambil salam cium tangan).. 

Semoga Ukhwah Fillah ini tetap terjalin selamanya :))
Uhibbukafillah !   


~Ich liebe dich alle~
(means= I <3 U all!)





2 comments:

Myra Mia said...

si santeknyer mane?? x sabar daa nak bace nie... hehehe

abbedaggs said...

Casino near me - MapyRO
Find casinos near me 제천 출장샵 in St. Louis. 대구광역 출장안마 Search by GPS coordinates, get map coordinates and read reviews 천안 출장안마 of casinos near 충청북도 출장안마 me. 1 Casino Point Drive St Louis, MO 18702, 경상남도 출장샵