Tuesday, November 29, 2011

"Menghayati hari terakhir di Kuantan"

Bak kata seorang kawan aku ni...

"hayati hari terakhir di Kuantan...kenangan terindah.."

Ok. Meh aku cerita macam mana aku menghayati hari terakhir aku di Kuantan. This is awesome memory yg boleh aku teringat sampai bebila..hukhuk.

seram x? :@


Jumaat, 25 nov 2011...satu persatu member2 separas mula mengosongkan bilik memasing. Petang tu aku ke bandar dengan seorang kawan, dia pun akan meninggalkan kamsis malam ni. Kafe pun dah mula tutup sejak dua hari lepas. Kebulur kalau aku terperap je dalam bilik. Kat luar pagar polisas pun selalu ada gerai2 jual makanan, tapi sejak 4-5 hari ni tak nampak bayang dah. Koperasi pun dah tutup. Menahan lapar dari pagi, mengemas2 barang. Settlekan urusan praktikal buat kali terakhir. Tengahari tu blok aku dah jadi macam tempat pelupusan sampah je bila budak2 ni tinggalkan sampah2 diorang semua kat luar bilik, sah sah berpuluh ekor monyet datang serbu blok aku lagi. Kali ni sangat dasyat. Dekat sejam diorang menyelongkar dan berlari2 kat atas atap tu. Lima enam kali jugak binatang2 ni menjengah kepala ke bilik aku. Nampak macam dah tak tahu takut dah...lagi galak dibuatnya bila dihalau. Tension aku. Buka je pintu tengok sampah2 dah penuh di sepanjang koridor. Sampai aku nak berjalan ke toilet pun susah. Erghhh....sampai ke toilet monyet tu dok mengekor aku. Dahlah kena kejar dengan 'diorang' tadi kat tangga. Masing2 dah tunjuk taring tu buat aku hilang pertimbangan. Tak pernah lagi aku kena serbu banyak2 camtu depan2...arghh. Kurang asam! Aku nak balik rumah! Aku dah kena tinggal sorang2 kat blok ni! :(





#Besi2 yg tersedia di bilik utk menghalau monyet

Maghrib, lepas jumpa member aku yg nak balik ni...aku bawak barang2 keperluan dgn laptop aku ke blok membe aku sorang lagi ni. Nasib ada lagi membe yg tak balik lagi, tapi duduk kat blok lain. Td dia call, dia still tak balik dari bandar lagi. Alahai. Aku nak naik blok aku semula pun dah tak berani, dah tak ada orang rasanya. Sunyi sepi jangan cakaplah. Lama jugaklah aku tunggu kat blok membe aku ni, sorang2...dalam pukul 7.20pm sampai lah pukul 7.50pm. Seram tak seram jangan cakaplah, macam2 jgk aku bayangkan. Kat situ mmg dah tak ada orang, bunyi pape dh tak dengar dah. Tp aku buat2 cool je, dgn penuh kesabaran aku menanti. Tengok blok lain, koop, kafe, blkang blok...arghh semua dah gelap! Macam ada aku sorang2 je kat sini! errrgh. 


Esoknya, dalam pukul 9.30pagi aku balik semula ke blok aku. Hujan turun renyai2, baru nak masuk blok tiba2 ada pulakk sekor monyet besar ni kat depan bilik dobi sambil mengunyah kerepek pisang ditangan. Sebungkus besar. Baru aku perasan, kerepek tu yang aku buang kat tong sampah besar semalam tu sbb dah lemau...ceyhhh. Selamba dia mengunyah sambil pandang2 aku kat tepi tu dgn muka tak bersalah, ohohoii. Aku tgk jela tunggu dia pergi, tapi dia terus mengunyah dan mengunyah~~ kalau aku tunggu dia habis kerepek sebungkus besar tu, mahu aku basah lencun kat sini. Apa lagi, carik batu carik batu~macam biasalah~heroin dah tak ada senjata lain dah time2 terdesak ni.haha. Aku acah2 nak baling, dia nampak je teruss lari naik blok. Ciss~~ingat nak lari masuk hutan balik td~grr..


Lepas siap kemas2 barang, tertidur, dalam pukul 1.50pm baru family call kata dah nk sampai. Lepas angkat barang2 semua cam haru penat gils!
ni baru half~


Ouh tak lupa komen2 yg aku dengar pasal bangunan kamsis yg aku duduki ni. Dr family2 member, kawan2 member, dan family2 aku sendiri...hehh..

katanya,,,

"bangunan apa ni??"

"macam rumah hantu je..."

"kau duduk kat sini ke?"

" tempat apa ni?"

"sedihnyaa tempat ni..."

"macam mana lah bole tahan hidup kat tempat camni? Dah berapa lama duduk? 5 bulan? Haihh duduk 5 minit pun tak sanggup..."

hukhukhuk. #tersedak.



#Aku hanya mampu tersenyum. Ye, yang buruk, yang jelik, yang teruk...disinilah aku menginap. Demi utk menuntut ilmu, aku bertahan. Aku mengadu, aku meluahkan tak puas hati itu semata utk aku terus betah bertahan disini, utk mndapatkan semangat yang kadangnya hampir hilang. Nasib aku masih kuat mempertahankan benteng kesabaran didada. Tak hairanlah sesiapapun selalu mengadu nak balik rumah.  Takpelah, ni kan tempat orang...kita belajar hidup kat tempat orang...dan tak semestinya semua tempat tu best seperti yg kita impikan..:)


"ya....aku menghayati hari terakhirku di Kuantan..."

#selamat tinggal...:')

2 comments:

ayie_sahaja said...

hahaha..hari2 terakhir di kuantan pun still kene kacau oleh meon2 yang hensem.. :p

syahrilhafiz said...

haha, bersama meon tersayang..hehehe