Wednesday, November 30, 2011

Ouhh Latihan Industri

Orang cakap kalau nak buat praktikal tu jangan demand nak pilih tempat yang gaji memahal.

Orang cakap kalau nak pilih tempat praktikal tu pilih la yang swasta, banyak pengalaman, elaun pun masuk.

Orang cakap kalau nak pilih tempat praktikal tu pilih la kerajaan, mana tahu ada rezeki boleh diserap kerja kerajaan.

Orang cakap kalau nak pilih tempat praktikal tu pilih yang dekat2 dgn rumah je, senang, duit pun tak banyak keluar.

~~Tapi yang orang cakap tu la tak satu pun yg aku ikot...
Dari cuti sem lepas lagi, kawan2 aku dok ajak kerja kilang yg best2...income masyuk, tempat2 yg famous, sah sah aku terpengaruh~
Mula2, Beryl choclate, Serdang....tapii...
"maaf, kami tak ambil budak praktikal kat sini.."

Lepas tu....Sime darby Serdang...
"sorry..i think your course are not related with this.."

#Aku kecewa. Kaji punya kaji, kilang dia sebenarnya related sangatlah dgn kos aku, sbb ada research pasal microbiology n oils. Sbb aku belajar tu aku berani mintak, tapi dah takde rezeki tu tetap aje takde rezeki wess~~

Terus mencuba..., Minyak masak Alif, Seremban..
"dah full..."

Then....Dewina food industries, Bangi...
"maaflah, kami tak ambil budak praktikal..."

Okay okay. Sabar lagi~~

Seterusnya resume and application letter di fax ke Permanis, Bangi.
Tunggu berminggu2, call berhari2...last2...ni jawapan HR manager nya...
"ada dapat panggilan tak?kalau tak dapat panggilan dari kami tu maksudnya tak dapat lah..."
~oke memang tak dapat panggilan, aku je yang asek panggil dia. last2...
"takpelah, saya call ni sebab nak cancel pmohonan tu je..."
HR: ok2 boleh...
Aku: Huh? cpt je jawapan dia~ #letak gagang.

Next...aku dah penat....dah nak habis sem dah ni.....kenapa semua orang sekali mintak je teruihh dapat, aku ni....:( Takpelah, semua orang cakap suruh sabar weh....sabar...cuba lagi...

Ok...kawan aku tlg suggest kat Inst. Penyelidikan Sains dan Tek. Pertahanan (STRIDE), Kajang...sbb ayah dia supplier kat situ. OK tunggu punya tunggu, at last kawan aku ni cakap insyaallah boleh dapat sebab orang tu cakap dia akan pos surat tu kerumah dan ke poli. Jangan risau!
Aku mmg dah confident la bila dengar berita camtu. Ada gak harapan aku nak buat l.i kan...
So lepas ni kalau ada orang tanya, jawapan selamat...cakap je  'insyaallah dah dapat kat Kajang' sbb aku pun dah penat bila beribu2 pertanyaan yg selalu aku dengar...
"eh buat praktikal ktne?"
"ko apply ktne?"
"dapat da tempat l.i?"
"camne dgn tempat l.i?
"apa jawapan yg ko apply aritu? dapat x?"

Balik2 jawapan aku, 'belum lg..tengah tunggu..."

Satu persatu khabar gembira yang aku dengar dari budak2 kelas yg diorang masing2 dah tahu tempat praktikal. Ouh, khabar gembira utk diorang lah...aku ni hentahh la bilaa...belum rezeki....

Beberapa minggu selepas tu, tiba2 si kawan aku ni cakap...
"weh...tempat praktikal kita tu nak berpindah tempat ke Perak la. So dah reject..."

~~Patah seribu hati ku~~
...give up...

lagi dua minggu dah nak habis sem.
Perjumpaan terakhir budak2 yg akn buat praktikal sem dpan, pastinya nama aku dipanggil sbb still tak dapat tempat lagi. Lect aku pun dah tanya2 kt mana aku dapat. Rasanya aku sorang je dalam kelas ni yang tak dapat tempat lagi!!

Alhamdulillah, my dad confidentkan aku utk buat praktikal di Unipeq, UKM...mungkin ni last choice aku.
Aku cuma serahkan resume dan segala surat2 berkaitan kat ayah aku. Aku macam dah takde mood dah bila fikir pasal tempat praktikal. Bila sape2 cakap pasal l.i mesti aku jadi takde mood n senyap je...huh. Kawan2 still lagi tanya macam mana dgn tempat praktikal aku, aku dah tak tahu nak bagi jawapan ape selain masih menunggu.

MInggu terakhir di poli, aku still lagi tak dapat jawapan. Hampir hari2 ayah aku call n email orang atasan utk tahu jawapan. Tapi....jawapannya...kadang2 buat aku resah. Tak tenang rasanya minggu exam aku sbb lagi beberapa hari dah nak habis praktikal, aku masih belum dapat jawapan. Tp ayah aku still yakinkan aku, tunggu...mesti boleh tu....

Dua hari sebelum family aku dtg jemput, ayah aku cakap...unipeq dah luluskan...n akan fax esok atau lusa. Hari terakhir di poli, aku pergi ke unit L.I, alhamdulillah.....aku dah konfem dapat tempat praktikal!!
Mungkin semua ni berkat dari orang tuaku, dan juga keyakinan dan kesabaran yg aku dapat....tambah2 dekat dgn rumah, mmg ni yg parents aku nak sgt2...mungkin sebelum ni aku mntak jauh2. Tapi akhirnya, yg paling dekat ni jgklah aku dapat...

Bukan aku taknak kat apply situ sebelum ni. Cuma aku nak buat l.i kat kilang, aku tak minat bekerja kat lab. Tapi dah rezeki aku disini. Pergi balik kerja ayah aku hantar (sbb ayh aku kerja sini), balik rumah makanan dah tersedia. Tak payah susah2 sewa rumah or bilik, duduk bilik sendiri je. So kiranya duit ptptn aku nnt tak usik sangatpun lah....buat shopping jela kot...kih3.

UNIPEQ: I hope u will give the best performance during this practical session.

#Maka dgn rasminya aku dah dapat membuat Latihan Industri di Bahagian Food Analysis, Unipeq UKM bermula 19 dis 2011-18mei 2012.


ALHAMDULILLAH!

TQ: Abah, TQ Unipeq :D
http://www.ukmholdings.ukm.my/unipeq/

6 comments:

syahrilhafiz said...

aikk? barryl coco tu ke kat serdang?membe dapat kat port klang..huhu
btw selamat menjalani latihan industri ye :)

Ziera Johari said...

eh bukan..yg kat port klang tu barry choclate xsilap...yg kt sedang ni...beryl's..nme hmpir same..hee

Anonymous said...

skg kejee kt mane ?

Usahawan Muslimah said...

masa LI ptptn masuk tak sis?

ZJ said...

masuk je sis..maaf lama xbukak blog

Raihana abdul rahman said...

assalam sis, boleh kongsi scope tugasan kt unipeq masa LI? tq :)