Sunday, April 10, 2011

Alhamdullilah aku masih hidup..

Kejadian yg tak disangka2 berlaku pada 9 april 2011, iaitu semalam.
Sabtu,tengahari ni aku pergi ke kafe sorang2 je sebab membe2 lain tak nak makan, sebab petang ni plan nk pergi pasar so nk pulun beli makanan sedap2 kat pasar. Dah lama tak pergi pasar malam kat bandar Kuantan ni. Aku pun dah lama tak keluar bandar,ni baru tiba-tiba semangat nak keluar. Maybe sebab pkir dapat tengok makanan sedap2 kat pasar tu kot.hihi. Dalam bas ontheway ke pasar malam, dok berangan nak makan macam2. Nak beli burger oblong,kentang goreng,ayam rangka,cndawan goreng (ptot la gemok,mknan sume tggi kolesterol!),wahhh sedapnyeee! da lama duduk sini tak makan sedap2 taw, kecuali kalau keluar g pasar ni.huhu.

Bas dh sampai ke terminal. So kitorang pun berjalan ke pasar malam. Ouh byk jalanraya kena lintas ni!.Dh lepas 1 jalanraya,ada lg 1..time ni la bnda yg xdisangka2 terjadi. Kalau dah nak jadi tu,jadi jugak kn. Time ni lampu isyarat tgh merah,maybe kereta tgh ready nak jalan kot. So sementara kereta berhenti,ktorg pun pandang kiri n terus jalan. Lagi dua langkah nak sampai ke tepi, tiba2 macam sekelip mata je aku nampak moto warna hijau no plat W**** datang dari belah kiri and nak langgar kitorang.Cam pelesit je bawak! ciss. laju gila. Aku jadi blur.

Disebabkan dia berhenti mengejut,so moto dia terseret kejalanraya dengan laju dan langgar betis aku. Pergh! Sekelip mata aku terus jatuh tersungkur ke tanah. Kira macam sujud syukur aku kat tepi jalanraya tu.haha. Aku dapat rasakan kepala aku terhentak kuat dekat batu divider tepi tu. Muka aku dah sakit sangat. Kepala aku lagilah sakit tuhan je yang tahu. Aku rasa macam tak sedarkan diri. Tapi aku kuatkan semangat jugak. Aku tak tahan sakit,terbaring kat tepi jalanraya tu..tak dapat nak gerak dah time tu. Then aku dengar orang ramai2 datang, mmbe2 dah panggil2 aku. Kepala aku sakit! Aku cuba bangun sambil pegang kepala dan muka. Membe aku, Hasanah terjatuh kat tepi n luka2 kat kaki sikit,sbb mengelak dari kena langgar,and aku jalan kat blakang die yg kena teruk. Dorang ramai2 suruh aku bangun and tanya samada aku okay ke tak. Alhamdulillah aku masih hidup. Time tu aku cuma pikir nyawa aku dan assigment je tahu x! HAHA. Yela,kalau jadi pape kat aku,ade dua assignment lg xsiap ni. Final exam pun lagi berapa hari je. Ya Allah, nasib aku takde pape.

Diorang papah aku,suruh duduk takut aku pitam. Aku masih lagi pegang kepala. Pastu tanya2 aku okay ke x, MasyaAllah memang trang tangtang aku tak okay masa tu. Aku tengok org yg bwak motor tu dah kena interview dengan orang ramai...famous lh dia. Muka dia memang muka bersalah habis,tangan dia dah mengigil2, takut la sebab dah langgar anak orang. Dia pun ada luka2 kat tangan n kaki jugak. Tapi tu la...orang ramai je sibuk2 tanya pasal aku. Tp yang langgar tu? sikit pun tak cakap pape kt kitorang. Suruh g klinik ke apa ke.Hish. Time dh kena langgar n takleh bangun tu aku pkir ada la org yg nak tolong bawak aku g klinik. At least! Lgpun klinik depan tu je. tapi takde pun. Time sakit2 tu,diorang suruh aku bangun n pergi klinik. Aku tahan je sakit ni. Ada 1 brader ni baek sket,die suh ktorang g klinik n tanya ktorang ada duet ke tak.

Dengan kepala yang teramat sakit,aku pun berjalan ke klinik. padahal tak tahu sangat klinik kat mana,tapi dah brader tu tunjuk kat depan sana. Gah kan jugak berjalan dan mencari. Tengok2 klinik tutup. Then ktorang berjalan ke depan lagi n masuk ke satu klinik cina ni. Lepas daftar,lama plak kena tunggu. Darah kat dagu dah menitik2. Lepas doc panggil masuk, doc suruh aku duduk,dia tanya kenapa,then aku cerita2,dia ambil kapas suruh tekap luka n terus suruh ktorang pergi hospital. Dia kata luka ni besar,kena jahit n kepala kena buat xray. Dia pun tak dapat buat apa2. Utk safety,better pergi hospital n cek sbb dalaman ni tak tahu camna. Aku takut apa2 jadi je kat kepala aku ni. Membe aku lak cakap,rahang aku macam dah senget. Pergh. Cuak je.

Time doc cakap kena pergi hospital skarang jugak..time tu aku tak tau nak pergi camne. Blur. Aku terus call Syafiq (senior aku) sbb dia yang selalu tolong aku kalau ade problem. Tapi disebabkan die baru je sampai rumah n take time nak ambil aku g hospital,doc suruh amek cab je.  Aku jalan pun dah tak betul ni. Nasib ada cab dpan klinik tu,then terus naek. Dlm kereta sempat lagi dorang borak2 dengan driver tu sementara jalan kat depan pun tengan jam.hmm.

Sebenarnya aku tak nak menangis,tapi termenangis bila membe aku cakap dia lapar. Yela,baru aku terpikir,dorg dengan tak makan lagi, ingt keluar ni nak cari makanan then kena hantar aku ke hospital. Aku ni,berharap dapat makan sedap2 tapi last2 makan jalanraya je lah.

Sampai2 kat hospital, aku diberi kad hijau. So tu bermaksud aku bukan kes kecemasan. So kena tunggu lama kt situ. Sakit weh sakit! Tiba2, eman zakwan pun datang..sbb tadi aku msg die ckp aku eksiden. Tak sangka pulak dia datang.aishh. Tak pasal2 dah libatkan orang lain. Muka dia risau je...(hehehe..suka tgk muka dia risau :p). Apalah aku ni. Lepas tu aku perasan die pergi kaunter kot?ntah.tiba2 aku dapat masuk awal. Tp nurse je yang cek aku. Dia suruh bukak tudung sbb nak tengok kepala aku ada luka or tak. Alhamdulillah takda pape. Tapi tak pasal2 aku dpat injection kancing gigi plak dahh! Aduhh,sakitnya injection ni! huaa. Sabar sabar. Nurse tu suruh tunggu doc plak panggil. Dah sejam gitulah, baru doc panggil n check. Terseksa ya amat lah time menunggu di ruang pesakit tu. Tp xpelah,beginilah hospital kerajaan kn.

Doc tu pegang rahang2 n tulang2 kat setiap muka aku nk check samada sakit or tak. Then dia cek kt kepala lagi. Tak ada apa2 luka. Dia tanya macam2. Then suruh buat xray kepala. Tunggu buat xray plak 1 hal! Lamanya Ya Allah! Sabar Sabar. Dugaan ni. Lepas dah xray, jumpa doc blek.

Keputusan yang baik. Alhamdulillah lepas dah cek,doc cakap takda pape insyaAllah. Aku tanya,kena jahit ke dagu ni? (takut aku kalau kena jahit..huh). Dia cakap takyah,nanti dia bagi ubat sapu. Fuhhh.Alhamdulillah. Nasib, kalau tak habis muka aku berparut dengan jahitan. Jatuh mas kawen!! haha. Joke :P

Diorang yang tolong ambilkan ubat2 aku. Aduh,ubat lagi? Ubat yang allergic teruk 2 mggu lpas pun tak habis lagi,ni dapat lagi.huhu.

Tapi aku terharu dan salute kat membe2 aku yang sanggup teman aku setiap kali aku jmpe doc (Saherah & Hasanah), yang sanggup drive even penat2 sehari tak tidur n baru blek khursus n drive hantar ktorang blek ke kamsis..thanks tak terhinggaa utk abg Syafiq. And tak lupa, yang always support aku, n belikan banyak makanan utk kitorang..Eman Zakwan. Thank you so much sebab dah jadi family kedua aku kat sini. Kalau tak,aku tak tahulah sapa lagi yang baikhati nak buat semua ni utk aku. Saudara mara pun tak pernah wujud kat Kuantan ni. So ada diorang2 ni dah cukup buat aku bersukur. Alhamdulillah. Terima Kasih. Camne lagi nak aku ucap ye? Aku Sayang korang semua! :)  hihi.

Dalam pukul 10 lebih, ktorang sampai kamsis. Aku masih teringat membe2 aku bercerita tadi, yang diorang rasa nak menangis, terkejut dan taktahu nak buat apa bila tengok aku dah terbaring kat jalanraya n tak gerak2. Lepas berapa lama, baru aku gerak dan cuba bangun. Aku dapat rasa apa yang diorang rasa. Mesti Shock gila tengok membe sendiri dah tersungkur kat jalanraya n takgerak2. Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku dan masih beri aku kesempatan utk hidup lagi. Syukur. Dan terharu, ada yang ambil berat pasal aku dan sayangkan aku.hehe. :D


Ouh tak lupa, ada someone yang bagi saya ni time saya sakit...rasa macam dah masuk wad plak dah. Haha. Abg syafiq ckp..'kalau macam ni kena langgar banyak kali pun takpe' :P






Hee.bytheway,thankyou so much :D
Suka sangat. Tak pernah dapat macam ni time sakit.
Even dah masuk hospital banyak kali dari kecik, tapi ni first time dapat layanan n hadiah camni. HAHA.
Terharu seriously terharu :(

No comments: