Saturday, April 16, 2011

Opss..final examm dah?:O errrr.....

Lebam mata aku lebamm!! haha cam panda la kan 2 minggu ni. Tak payah nak risau-risau, memang ginilah cara belajar aku dari skolah menengah sampai la skang ni...kalau selagi subjek tu aku tak paham, tak habis study lagi  n tak ready nak jawab exam lagi, mula lah amek cafein secawan (nescafe) ni je lah cara utk aku bersengkang mata mengadap buku sepanjang malam. Tapi tak lah mengadap buku je sepanjang malam. Juling plak kang.haa.. Kalau aku penat, aku akan buat stretching sket n dengar2 lagu dulu, layan perasaan pun best jugak utk hilangkan tension2 nihh..haha.

Arini pun aku tak tidur lagi. Seronok plak study organic chemistry ni....feveret subjekk!! Subjek ni je aku konfiden nak masuk dewan nanti! haha. Subjek harapan ni! Kalau tak skor tak tahu lah teman nak kabor camne~~haha.. :D

Tadi baru abes dinner Kelab kembara. Sampai bilik dah pukul 1, terus mnum nescafe n stay up sampai sakrang dah dekat kul 9 pagi. Sekarang still tak mengantok2 lagi. Hebat kan nescafe ni? Memang berkesan sebab aku jarang minum nescafe. Just waktu exam sahaja taw! Nescafe ni kalau dah selalu sangat minum memang tak bagi kesan dah kat kita. Sebab tu aku just minum nescafe time time exam camni je. Tapi takdelah setiap malam..-_-

Sem ni aku tak pasti result aku camne. Tapi sama macam setiap sem, lepas tau markah pb, aku just target 3.5 ke atas. Kalau boleh memang la nak result meningkat dari sem lepas. Sebab sem lepas pointer aku menurunn!! argh. Tak sukaa -___-
Abah selalu bagi nasihat sebelum exam suh belajar betul2, jaga kesihatan, kena minat dengan kos yang kita ambil ni n jaga pointerrr.ok?

Dari sem 1 sememangnya aku cuba utk menjaga pointer aku setiap sem. Sebab nya impian aku untuk sambung degree tu tsangatlah kuat. Aku nak dapat CGPA yang layak utk aku sambung belajar ke U yang aku minat and nak sangat2 masukk untuk sambung kos berkaitan food tech. Doa kan aku :)

Tapi sejak dah nak2 abes sem ni memang tersangat lah malas nak belajar kan? Rasa tak apa yang aku rasa?-_-? Memang semangatnya takkan sama macam masa sem 1 2 dulu. Boleh bezakan bertapa aku struggle gila masa sem 1 n 2 sampaikan esok ada kuisss jee pun, tapi malam tu tak tidur sebok menghafal bagai nak rakk...padahal soalan keluar cammm Haremm...senang gila cam tak yah baca pun takpe.!haha. Tapi takpelah, at least aku dah study n prepare awal2 sebelum final exam. Tak ada yang rugipun :) Dibandingkan dengan sem 3 4 ni, Ya Allah hai pemalasnya budak...yela,dah ada broadband,laju plak,haihh ngadap depan laptop jela kan. Sampai esok ada test n kuis pon, selamba malam tu tak baca n boleh tidur dengan amannya tak bersalah langsung. Pastu sok pagi bangun dah lambat pastu baru nak bukak buku! halamak hamek kau nak jawab ape kat kertas tu nanti? Relax je. Pastu mulalah cakap, "takpe...aku redho je...ni je yang termampu...kalau ada rezeki adalah.." haha.sengal. Belajo memain, suh main pun memain.aishh.



Tapi......semalas-malas aku, even 24 jam aku online or asek2 online fb muke aku je kan?tapi tak pernah lagi la aku tak hantar kerja. Tak pernah lagi aku tak amek test n kuis. Takde lagi kena marah ngan lecturer sebab tak buat kerja or yg bukan. Rekod bersih weh! haha. Percaya x? :D
Even dalam kelas aku tak paham benda apalah lecturer ni dok mengarut dan mencarut, haaha..aku akan immediately jumpa lecturer n tanya utk pahamkan aku. Tak pun kalau tak sempat, aku suruh je membe2 ajar. Diorang pun pandai2, boleh kite back up~~~heh..he

Kita tak dilahirkan semulajadi menjadi orang yang bijak pandai, tapi siapa kita hari ini adalah atas apa yang kita usahakan dan lihatlah....inilah hasilnya...
Percayalah pada rezeki Allah jika kita telah pun berusaha, so tak perlu risau, apa saje yg tuhan dah bagi, yang penting kita tahu utk 'bersyukur' :) Alhamdulillah.


Erm untuk sem ni, aku ambil 5 paper utk final iaitu; organic chemistry, basic food engineering, food science statistics, food quality assurance and post harvest technology.

Setakat ni aku target subjek organic chemistry, post harvest and quality assurance- A. Target je lah! harapnya usaha aku kearah itu. Dapat or tak dapat tak tahu lah. Yang penting target kena jauh.hehe. Utk subjek yang lagi dua tu memang aku perlukan masa yang lebih banyak lagi utk study, sebab bukan subjek feveret n aku bukan otak math.haa senang cite.hhaha. Alasan! -_-

Btw gudluck utk mereka-mereka yang nak amek exam jugak. Cepat habis cepat boleh balik rumah! haha. All the best :D Chaiyok3!!




p/s: rindu plak t dekat senior2 yg dah nak abes semm...hurmm :(

No comments: