Monday, April 11, 2011

Kerja oh kerja!

Sempena cuti sem yg akan tiba 3 minggu lagi, maka aku ingat nak cari kerja part time la kan. Dari duduk rumah menambah lemak yang tersedia banyak, apa lah salahnya membuat benda-benda yang berfaedah dan mendatangkan hasil sikit utk dibuat. Eceyh. haha.

Membe2 lain ada yang nak buat short sem, ada yang nak kerja kedai makan la, kedai cenderamata kat Tioman lah, ada yang nak duduk rumah je. It's up to ur heart! Dan aku juga memilih untuk cari makan sendiri memandangkan kehidupan ku yang makin sengkek! ah nak jugak ada duit boleh jalan2 shopping (haa bab menabung memang lah kau tak reti kan!). Keje ngabeh duet jo ekau ni lah! aish. Bila nafsu menguasai gini lah jadinyo! HAHA. Baler-baler.!

Sebelum ni cuti sem 3 minggu aku sempat lagi kerja part time seminggu kat Pusanika, UKM. Kerja aku just key in data kat salah satu kedai koperasi kat situ (UMART). Tak sampai sehari duduk rumah, esoknya membe aku dah bagi offer kerja situ sebab bos dia tengah cari pekerja. Kalau pikir penat baru je merasa duduk rumah terus kerja, mungkin aku tak terima offer tu. Tapi maybe salah satu sebabnya aku suka mencari pengalaman bekerja, so aku terima. Not bad, even seminggu aku kerja kat situ dah dilayan macam 1 family. Even kerjanya hari2 key in data barang2 kat kedai tu, dah macam kerani plak, penat menaip dari 8pg-5ptg! Aku kutipnya sebagai pengalaman hidup.

Teringat time baru lepas habis Spm, sempat aku cari pengalaman kerja kat tadika. Pengalaman yg paling manis rasanya bila kena melayan pelbagai kerenah budak-budak kat situ. But it just a sweet memories that will never forgotten. Ditambah aku yang sukakan budak2, yep aku enjoy dapat layan diorang, buatkan susu, basuh kencing berak dorang,mandikan n sampailah diorang tidur. Kebetulan tadika ni dekat je dengan rumah, so mak pun tak kesah aku kerja kat sini. dengan gaji yang berapa lah sangat nak diikutkan, tapi sebab nak merasa pengalaman, aku terima je lah.

Tipulah kalau aku cakap kerja ni tak penat. Sebab ni bukan setakat tadika yang boleh kerja separuh hari, tapi sekali dengan taska lah kiranya. Dari bukak tadika, aku kena masuk kerja kul 7 pagi utk bukak tadika n kemas2, and sebab ada budak yang parents dia terpaksa hantar anak diorang seawal 7.15 pagi sebab nak pergi kerja, and ditambah dengan overtime sebab parents yang ambil anak diorang lambat, so fulltime kerja 7 pagi-7 petang! Balik-balik rumah memang macam nak pengsan lah kannn!

Memang penat. Dari pagi kena kemas2 tadika,sapu sampah semua. Then cikgu tadika (owner tadika) belikan roti,kuih or mee goreng utk aku prepare sarapan diorang. Then, sementara budak2 yang laen tgh belajar, aku kena lah jaga budak2 umur 3-4tahun ni dlm 3 orang. tapi perangai dia bukan main! Dah macam 10 orang. Hari-hari lah kan hobinya bergaduh berebut mainan tu. Aku lah yang jadi mangsa kena pujuk sorang2. Haa...sabor jelah kan! haha. Dengan macam-macam kerenah nak pasang dvd ni lah,cerita tu lah, cerita ni lah, aku pun ikot je lah. Tak ikot kang menangis plak anak orang tu, aku lagi yang kena pujuk. Baler-baler. Haha.

Nasib ada partner aku sorang ni, boleh lah ringan kan sikit beban yang ada. Tapi time buat susu,memang dah jadi rutin aku setiap hari. Bila tengahari plak aku jugak yang kena masak nasi, buat air utk budak-budak ni. Nasib tak disuruhnya aku masak lauk-pauk sekali..haa Tak ke haruu namanya! haha.

Lepas makan,half tu dah balik rumah n half lagi still stay kat tadika. Kena mandikan budak2 kecik ni sorang2. Bukan tak nak diorang mandikan sendiri. Pernah jugak suruh diorang mandi sendiri..tapi bukan main lama lagi...siap rendam dalam baldi dengan mandi air sabun bagai. Hamboi hamboi hamboi dah macam swimming pool yek?seronok? haha sabor jelahhh hai...

Aktiviti tak habis lagi. Lepas mandi, kena buat kan susu n suruh sorang2 tidur. Bab ni paling payah. Alahai susahnya la nak paksa diorang tidur kalau jenis yang lincah tak menentu and susah nak tidur tu. Hadoi. Sementara diorang tidur tu ade chance la aku tengok tv layan cerita indon kan..haha. Tu je la time rest aku kejap.hmm. Lepas dh tidur, dalam pukul 3 petang kena plak kejut sorang-sorang bangun untuk kelas mengaji. Habis mengaji,minum petang plak n jam 5 is time to go home!

Ini antara gambar-gambar yang masih aku simpan semasa kerja kat Tadika Multimedia, Bangi.


 






Happy sebenarnya dikelilingi bidadari-bidadari kecil kat sini setiap hari. Tapi memang penat, tak cukup rest. Cukup sebulan, aku mintak berhenti and try kerja lain plak. Sampai hari ni, aku masih rindukan tadika n budak-budak  kat situ!

Then aku pun dapat offer kerja lain..iatu sebagai asisstant invigilator kat UIA, Nilai. Seronok dapat ramai kawan baru, yang sama2 wat job ni. Kerja ikut shift jaga dewan and kelas. Yang best, rasa gah bila diorang respect kitorang cam orang yg lebih tua padahal diorang semua senior2 kitorang sedangkan kitorang baru je lepasan SPM!hihi. Ada jugak terjumpa senior2 dari sekolah aku n diorang of course terkejut. Ada 1 gambar je yang aku simpan dlm laptop ni, byk dulu gambar2 kat myspace adelah.

Lepas UIA, aku dapat offer lagi jadi packager kat Jusco Balakong. Semua kerja sekejap-sekejap je. Buat part time. Lagipun aku cepat boring kalau kerja kat sesuatu tempat dengan sangat lama. Packager ni penat gila. Berdiri sebelah casher sehari suntuk.makk aihh. Memang patah kaki,tak tahan!
Lepastu duduk rumah kejap, lepas result Spm keluar, dapat offer lagi kerja kerani kat skolah rendah aku dulu, SKJ3. Kerani tu pun dia nak pakai dalam beberapa hari je. Ada lagi, kerja ngan abah key in data office then abah bayar untuk setiap kertas yang aku key in tu.hihi. Tiba-tiba dapat tawaran semula untuk kerja kat UIA lagi. Sebab dulu pernah pesan,kalau nak pakai orang boleh contact2 sementara tengah free ni. Seminggu je, jaga exam budak2 yang carry paper! Tu jelah pengalaman2 bekerja aku setakat ni.hurmm.

Dah menyimpang jauh rasanya dari topik awal. Haha. Ingat cuti sem 2 bulan ni nak try mintak kerja part time kat kedai gift shop. Before ni ada usha2 memang tengah nak pakai orang. Fulltime rm800. Tapi skarang taktahu lah dia nak pakai orang lagi ke tak. Sebenarnya dari lepas SPM lg nak mintak kerja kat sini tapi tak kesampaian sebab masalah transport. So, kalau ada rezeki..i will try to get dis job this time ~ :)

 ehh bukan living cabin tempat yang aku dok usha2 nak kerja tu, tapi tempat lain. Dah lupa plak nama kedai tu.ngee. Ni sekadar gambar hiasan je :)

No comments: