Thursday, August 25, 2011

Hari yg menguji kesabaran!!!!!Grrr

Semalam lepas stay rumah membe kat BTS, hari ni pagi2 lagi dlm pkul 11, ktorang dah keluar pergi ke Masjid Jamek, shopping raya. Tak sah lah tempat ni kalau hari2 tak sesak dgn kelibat manusia. Aku sempat rembat sepasang kurung n shawl kat sini. Murah2. Belikan sekali dodol utk mak n kain pelikat tenun utk abah. Lepas tu kitorang pergi ke sogo pulak,mula2 tu sesat jugak la tapi lepas tanya org kat sana at last sampai jgk, dlm pkul 2ptg. Lepas jalan2,solat, aku dah takde menda nak beli kat sogo ni. Sale belambak giler, tapi xde satu pun yg berkenan di hati. Orang2 kt sana semua dah berkerumun dari tingkat bawah smpai la atas.

Abah dah pesan awal2, nnt nak balik make sure before asar, or pukul 5ptg mesti dah sampai kat ktm ukm tu. Aku tak dapat nak bajet masa sebab keluar dengan mmbe2 n adik mmbe ni. Aku dah cakap awal2 yg aku mmg kena balik awal, dah abah suruh. Last2 diorang shopping sampai kul 4ptg, memilih kasut sepasang, sampai aku hampir je tertido kat kerusi yg ada kt situ. Penat gila rasanya. Penat berjlan seharian harini n paling penat menunggu. Kaki n perut aku dari tadi menahan sakit. Diorang tak habis2 lagi. Last2, dlm pukul 4.05pm tu baru selesai. Terus ke lrt, n sampai ke bts semula dalam jam 4.30pm. Berjalan dr lrt bts ke simpang jejantas pulak jauhh jugak sampai kering tekak sume,tapi sabar jelah. Dgn bawak beg berat2, adik mmbe aku yg lg sorg ni dah siap2 bawakkan beg aku dr umah tunggu kat tepi jejantas tu. Lepas menyeberang, aku kena patah balik,n diorang pun balik la rumah. Aku tengok dah pukul 5pm. Mampos~~ abah dah msg2, call, bising2 tanya kat mana. Aku cakap tengah tunggu ktm lg.

Aku rasa macam nak menangis je bila tunggu ktm dah sejam lebih tak sampai2, lepas tu orang dah semakin ramai berduyun-duyun gerabaknya, lepas tu announcement ckp kelewatan berlaku sbb tren rosak la pulak, alahai macam2 lah kan. Jam dah 6.15pm, abah dah call n marah2 laa sbb tak balik mcm yg disuruh. Aku pulak time tu tgh penat gilaa, tak larat lagi, kena tinggal ktm pulak sampai 3x sebab penuh nak mampos tahap sesak sampai mati, lepas tu bawak brg berat2, kaki dah kebas, hari dah nak maghrib, dh nak berbuka, aku still terpacak kt depan tren menunggu nasib kat sini.....tensionn gilaaa babeng rasanya!!! Sumpah seranah aku tak nak naik ktm lagi time2 camni, tambah2 bulan puasa~ Ya Allah hai, tahap kesabaran aku hampir hilang batasnya. Nak menagis je rasa.!hmm.

Dlm pukul 630pm, tren kali ke 4 dtg lagi, time ni memang sesak gila...tapi aku dah tak peduli, aku dah tertinggal byk kali...kalau aku tunggu lagi, konfem2 aku berbuka kat sini,tak nak aku!! Aku masuk selamba dlm tren tu sesak2, nseb kiri kanan aku sume pompan...aku sabar je. Muka dah habis berkerut, lantak lah apa org nk ckp, aku mmg tengah panas hati betul ni,serabutt!grrr

Dlm pukul 6.45pm, abg aku dtg ambil kt ktm ukm...at last~~~aku menjejakkan kaki kt bangi~huhu. Sadis betul nak sampai ke bangi ye!! Sampai2 rumah, salam2 mak sume, terus mandi sume, n mak ckp dah masuk bebrbuka dah, jom makan! ALhamdulillah, sempat juga berbuka di rumah! Mak masak rendang dinding, msak lmak pucuk mnis, n ikn grg. Sahur nnt mak ckp baru nak msakkan yg aku suruh tu, nasi goreng ngn ayam kmpung grg! Terima kasih mak! :D

1 comment:

ayie_sahaja said...

haha..tu lah g shopping kt kl xnk ajak kan..kalau tak boleh laa orang tolong angkat kan brg dye..hehe..pape pun sabar separuh daripada iman keyh.. :)