Tuesday, September 27, 2011

Matured and maturity


Seawal usia 20an aku sebenarnya sudah tua dahulu drp usia.
Banyak tak banyak, mungkin sebab aku dah pun melalui hari-hari yang sukar kat sini,
atau mungkin sebelum ini lagi.
Aku berjumpa dengan macam2 drama manusia sekeliling.
Ada kalanya mengajar aku untuk jadi lebih kuat,
supaya aku lebih bersedia menghadap benda2 yang lebih dasyat kat depan sana nanti.
So aku tak boleh menyesal atau mengeluh
dengan mana-mana jalan takdir aku sebelum ini.
Mungkin ada atau pernah aku terfikir, kenapa jalan hidup aku macam ni...
Kenapalah aku kena berjumpa dengan dia..
dan kenapalah nasib aku macam ni, tak sebaik orang lain.....

Rupanya salah kalau aku berfikiran macam ni, dah semacam aku melawan takdir yang dh pun ditetapakan utk aku berjumpa dgn orang sekian sekian....

Sekarang aku sentiasa ingatkan diri aku..
Dalam apa pun keputusan, or jalan hidup yang aku pilih, mahupun dgn siapapun aku berjumpa...jangan menyesal! Sebabnya semuanya telah disusun atur olehNya, kita cuma mampu berusaha ke arah yang kita nak dan berdoa semoga pilihan yang kita pilih tu ada kebaikannya. Walaupun tak nampak sekarang, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. So, keep believe!

Dalam berkawan, sebenarnya banyak benda kita kena bersabar, bertolak ansur dan paling penting jgn ego.
Aku pantang bila orang memberi, dia mengungkit-ungkit balik terutama bila kita ada buat salah.
Dan sebab tu aku dah malas dah nak layan bila ada seorang kawan ni yang suka perli2, ungkit apa yang dia dah bagi dekat semua orang dekat status facebook dia. Mungkin kalau mula-mula dulu aku akan tanya, kenapa. Tapi rasanya bila dah selalu sangat dia memperli2 orang, dan rasa diri dia lebih bagus,tak pernah buat salah. Im just ignored. Tak perlu rasanya aku nak melayan kerenah2 orang yang macam ni. Dan even lemparan dan kutukan tu kena pada aku, why not u just asking directly to me. Aku boleh terima dengan terbuka...insyaallah, kalau benda tu mmg salah aku.

Ok, lagi satu aku bukan jenis yang cepat nak marah2, nak merajuk2, dan aku jenis cepat sejuk. So aku rasa dari melayan benda2 yang tak mendatangkan faedah utk aku pun, adalah lebih baik aku buat hal sendiri. Biar orang lain nak cakap aku takda life, or aku hidup sendiri ke...yang penting aku tak kacau orang dan aku tak menyusahkan korang, okay? :)

Dan soal hati, aku serahkan takdir dan jodoh aku kat Dia.
Aku tak suka bila orang cakap, kau ni kenapa tak ada bf?
'ada masalah ke kalau tak ada'
tak ada masalah pun, saja ja tanya. Itulah jual mahal sangat, lepas tu memilih.
'Kalau jual murah, mesti aku dah menggatal dengan semua lelaki. Takpun setiap bulan tukar kapel lain. Memilih? kalau aku tak memilih, main sambar je la sapa2...mungkin aku punya bf tu mat rempit ke, mat ganja ke, mat bangla, or mungkin aku kutip je mana-mana yg nk jadi bf aku'

Heh..
Aku ada pendirian, dan aku tahu siapa yang akan aku pilih.
Im not desperate to having a bf..:)
Bila masanya dah sampai, akan ada jugak yang menjadi peganti.
Bagi aku skrg, masa perkenalan dan kenal hati budi masing2 tu lbih penting taw!
Sebab aku dah ada pengalaman yg sebelum ni mengajar aku utk lebih berhati2 dlm memilih.
Bukan yg sempurna, atau terbaik.
Cukup ada apa yang sepatutnya.
Bak lirik lagu kurik kendi yang dinyanyikan oleh siti ni,

'Luar napok come, Jange dale habih kuca lembe'

Heheh...
Ok lah, sampai sini saja..maaf kalau ada yg terasa dgn statement aku kali ni...
assalamualaikum..;)



1 comment:

ayie_sahaja said...

hidup kat dunia nie banyak dugaan n pilihan..so kite kena cari sendiri jalan camne nak settlekan masalah yang datang sambil pikir habis masak pilihan seterusnya yang kite nak buat tanpa menyusahkan manusia lain serta diri sendiri..heee.. :)
waalaikumsalam.

-ayie sahaja-
(freshcut blogger)