Sunday, November 20, 2011

Minggu2 terakhir di Kuantan (part3)

Semalam pergi Jalan Air Putih Kuantan untuk jilid buku final projek. Mulanya nak pergi kelmarin, tapi lepas tunggu 4-5 van, semuanya menghampakan. Masing2 tak boleh bawak ke situ sebab tengah ambil ramai budak2 yang nak balik kampung, tambah2 kat situ jam kot. Padahal jln Air putih bukanlah jauh sangat pun dengan poli. Takpelah, tak ada rezeki nk sampai sana kelmarin...ktorang usaha lagi pergi petang semalam. Dah call pemandu van tu siap2 3 jam awal. Tapi tak sampai lagi. Call untuk kali kedua, katanya van masih di bandar. Sbb just van ni je yg selalu bawak n tahu jalan nk pergi kedai tu. Lepas sejam menunggu, at last sampai jgk ke kedai tu. kecik je...tak besar mana. Kat sini penduduknya dimonopoli oleh kaum cina. Kiri kanan semua cina yang duduk.

My first impression.........orang2 di jalan Air Putih ni sangat sangat baik. Orang cina kat sini layan kami ni macam dah lama kenal. So touchable..:') Time masuk dr kedai lagi uncle cina ni dah layan baik n siap borak2 n buat lawak lagi. Mungkin sebab tempat ni mmg dh jadi 1st choice dak2 poli dr dulu lagi jilid buku tambah2 lg, dia sendiripun adalah student dr Polisas..:)
Lpas tu dia bagi ktorang brochure iklan kedai dia, dia cakap suruh bagi kat budak2 poli yang nak jilid buku final projek. Pastu dia bagi discount utk kami tanpa diminta..hee..rezeki..

Time nak balik tu, tunggu van kat tepi jalanraya....sebelah tu pulak ada uncle cina yang jual air soya n tau fu fah.  Mungkin kesian tengok kitorang berdiri tunggu van tak sampai2 lagi, dia terus offer kerusi2 kat situ and suruh duduk. Baru je duduk, dia dah mula berborak n tanya macam2. Sesi perkenalan bermula dgn uncle soyabean. Ahah. Loghat kelantan dia mmg tak nampak langsung yg dia ni org cina. Pekat dgn bahasa kelantan-terengganu je. berborak macam dah lama kenal, buat lawak n memang tak kering gusi tengok pakcik ni..hehe..

Menunggu van lg...
Tiba2 dtg seorang uncle lagi, mungkin dia lagi muda dari uncle2 td....berhenti motor kat sebelah van soyabena ni n terus tegur ktorang. Kira ramah semacam walaupun tak pernah kenal. Nak dibandingkan dengan orang2 melayu yg selalu aku jumpa, bukan setakat ringan mulut, nak senyum pun susah....masing2 buat hal sendiri je. Tak gitu? mungkin tak semua, tapi mostly.


lepas sorang, sorang lagi....semuanya ramah n ringan mulut bertegur and anggap kitorang ni macam anak2 diorang je...kalau lah orang2 kat Polisas tu macam ni....1 hari pun aku akan rasa bahagia.


Dah lebih setengah jam menunggu van tak sampai2, tiba2 uncle tempat jilid buku td keluar dari kedai n tegur kitorang. Dia nak pergi ke poli utk hantar buku2 yg dah siap jilid kt lecturer. So dia ajak lah kami ni tumpang naik dengan dia sekali. Pekerja dia pun ada sorang ikut. Berkali juga lah dia dok mengajak n menunggu kat tepi tu, kitorang pun naik seganlah...dah la td dpt cut price, pastu balik siap naik van diorang ag...haha. Dalam segan, dalam hati kata mahu...sapa tak nak, jimat sikit duit tambang...nak tunggu van pun tak sampai2 lagi. So rezeki ada depan mata, jangan ditolak...tak gitu? he..he..

Papepun, tinggal lagi seminggu kat sini....aku mesti akan rindukan bandar ni...


bandar Kuantan....

4 comments:

Me and Only said...

kat air putih tuu ye ?

Anonymous said...

ape name kedai tuh ye..?

ZJ said...

kawa sejati. http://www.facebook.com/pages/Jilid-buku/271847969518039

Sulaman Solehah said...

As salam, sy tertarik utk bind cover tesis di sini. Blh sy tau harganya?