Thursday, December 1, 2011

Udara di Telok Chempedak

Kebanyakan entry aku memang tak reti nak masuk secara formal kan, main terjah je tiba tiba bukak cerita...he..he...sorry..


OK, macam biasa...kali ni nak cerita pasal tempat yg family aku bawak sebelum kami meninggalakan Kuantan...:)
Mana?
"Telok Chempedak (TC)"
Aku tahu TC ni dah jadi tempat yg sinonim dan biasa dikunjungi budak2 Polisas, asal weekend ke cuti am ke cuti cuti ke mesti lepak sini dengan makwe pakwe kawan kawan rumate classmate mahupun housemate.
Cuba tanya aku pernah pergi tak sebelum ni?
Hee...
Malu aku nak jawab.

Aku pernah sekali menjejakkan kaki di TC, tu pun ada senior aku ni bawak g makan mcD kat sini...pastu balik.
Nak menghayati laut laut ombak ombak mahupun sekeliling tu tidaklah. Aku nampak mcD, burger, french fries, pepsi...then masuk kereta, balik!
Ok lah tu, sempat jugak berpijak kat sini.
Kadang2 naik bosan jgk aku dengar, sikit2 pergi lepak TC, sikit2 lepak TC...apa ada wei?

Hurmm...26.11.2011, scara tak sengaja kereta ayah aku masuk kat kawasan sini...then at last kami cari hotel terdekat utk stay sini 1 malam..sbb tak tahu nak stay mana lagi dah, tak biasa sgt dgn jalan2 kt sini katanya.
Kat sini memang tak susah nak cari makan. Sekeliling penuh dgn tempat makan. Asal ada duet je. Lepas zohor, kami sekeluarga sempat lunch dekat restoran terdekat then jalan2 dekat booth cenderamata....dan mengahayati keindahan laut sekitar jam 5 petang sampai lah ke maghrib...:)























Lepas menghirup udara yg tenang di TC, kami menikmati Sunday cone kat tepi mcD..nyumm..Vanilla my feveret ;)
Esok dah nak balik dah, so hayatinya puas2....malam lepas menikmati dinner ikan bakar dan ikan 3 rasa yg sgt sedap dan murah kt sana, then sempat jalan2 lagi, beli cenderahati buat kenangan...aku pun ada hadiahkan something kt mak n abah..tapi tak sempat nak snap..:)

Ok lah, semoga ketemu lagi....segala memori2 terakhir di Kuantan....kan ku semat di dada sbagai ingatan dan bingkisan kenangan abadi...<3

2 comments:

Amin Abu Baka said...

nice, TC tempat lepak aku dulu2.
tp skrg da kurang..
gambar2 kt TC tu menarik!!

Ziera Johari said...

mekaseh amin! :)