Sunday, December 4, 2011

Novelis and Idea

Assalamualaikum...
Aku sekarang tengah fikir macam mana ye menjadi seorang novelis yang dapat mengarang novel dengan beratus-ratus helai, berpuluh-puluh bab dan pelbagai scene.
Pening aku pening..hehh. Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk menyiapkan karya2 tersebut ek. Sebab sekarang ni aku tengah siapkan satu novel (kalau tak berapa nak panjang mungkin dipanggil cerpen), mengambil masa yang lama untuk aku mengolah cerita daripada jalan cerita yang telah diplot. Plot dah ada, cuma nak susun dan memanjangkan cerita supaya jalannya lebih sedap dan menarik untuk dibaca. See? Nak tulis ni pun kena berfikir jugak kan. Buat masa ni, baru 12 page aku siapkan. 1 2 page pun dah ambil masa yang lama taw. Sebab nak susun, jalan cerita mana yang patut keluar dulu. Dialog apa yang sesuai untuk watak sekian-sekian. Ehem ehem....aku harap aku akan ada lebih masa untuk mengarang bila dah ada kat rumah ni. Dah mula sambung hobi lama ni balik. Aku nak sangat ianya siap dalam masa yang terdekat. Harap2 menjadi lah. Plz do support me..:)

Buat masa ni, aku nak settlekan cerita 'Mungkinkah Dia' dahulu.
Then kalau ada masa, sambil2 tu cerpen 'satu mana cukup' baru half aku siapkan.
Kalau idea banyak, aku nak sambung plot cerita 'Kharil Ziqri'.
Tapi sekarang aku tengah banyak idea nak mengarang cerita seram pulak, hentah menjadi ke tak. Agak-agak cam tak jadi aku senyap2 jelah kot..he..he.

Orite, nak sambung menulis....Happy Sunday peeps :)

No comments: