Monday, December 19, 2011

My 1st day Practical~

Salam. Sekarang dah pukul 9 malam, tapi aku dah mengantukk tahap dewa ok. Selalunya pukul 7pagi baru nak tidur, sekarang baru ku tahu menghargai nikmat tidur yg sebenar...sobs sobs..betapa nikmatnyaaaaa..

Ni tiba2 tidur awal ni buang tebiat ke..huh. Erm sebenarnya aku baru je start buat praktikal hari ni di bhgian makmal kualiti makanan, Unipeq Ukm (under ukm holdings-commercial/private).
Hmm..td lepas abah hantar kat depan bangunan MDTC-unipeq dgn Fatin n ayah dia, yg sama2 buat praktikal dgn aku....lepas tunggu dekat 2jam utk pendaftaran, akhirnya muncul jgk Dr Siti iaitu staf yg akan incharge briefing kami pagi tu. Speaking die berabuk~laju gila. Terkedu aku nk membalas balik..hahaha. Lepas ice breaking kejap, so dia bagi briefing n intro pasal tempat keje n apa2 yg berkaitan.

Selain kami dua orang, ada sorang lagi budak praktikal yg dtg dr Poli Merlimau, kos akaun...Yana. Aku sempat bertanya macam2 kt Dr tu sebelum start keje, tapi bab elaun tak terbukak mulut pulak nk tny~duhh. Katanya Unipeq ni ambil sampel2 dr mcm2 kilang n product utk jlnkan analisis, tmasuk la mcD, adabi, brahim's, n beberapa lain lagi. beroperasi bermula 9 mei 2004, unipeq terus kukuh dibawah ukm holdings, membuat research sambil bisnes.

Lepas briefing, Kak Fateha yg incharge kami utk tunjukkan lab2 yg ada kat situ n introduce ktorang dgn semua staf2 yg ada. Tapi hari ni, ramai staf yang pergi khursus termasuk lah penyelia lab yang sepatutnya handle n instruct ktorang.

Mula2 masuk lab, kitorang just usha2 instrumen n tgk lab2 assistant yg baru nk mulakan kerja. Lama jgk la mcm tak tahu nak buat apa bila akak yg kena incharge kami tu masuk lab microbe n buat kerja dia, tinggalkan kitorang camtu je~huu.

Nasib ada abg Rochi, abg Luqman, abg Taufiq yg start bersembang2 dan ajar kitorang seba sedikit. Kak Liza (ex polisas) pn ada kenalkan diri, tp ktorang tak berapa nk kenal plak..huu. Tmbah2 td dia bkn kt kt bhgian lab so tak dapat bersembang banyak~

Sambil skodeng lab2 assistant ni buat kerja tiba2 abg taufiq yg nampak cam plg tua kt situ, dlm 30an~ mnghulurkan lab manual HPLCC suh baca. Ingat suh baca je, sekali abg Rochi ni suh ktorang prepare lak~adehh. Gila tak blur, bahan, peralatan mmg xsemua sama cam kita belajar kt poli dulu. Tp bila tgk kitorang blur2, die pun tolong2~ Abg Rochi n abg Luqman ni umur dlm 20 lebih je kot~muda je nengok.

Lepas prepare hplc, Kak Fateha plak ajak prepare analisis mineral sama2, guna microwave digestion. Pastu sambil tu, tengok abg Luqman buat analisis determine fat guna soxhlete method, sampel umbuk kelapa...ada 12 sampel, byk woo~

Lunch dekat kafe yg takde orang! sobss. sebab sume org ade kereta, g makan kt luar lettew~ape kes mkn kt kafe. Kafe pulak kt bhgian luar bngunan, kecik je~oke la, nasib ada kafe. Kalau tak kebulur kitorang~huh. Solat zohor di cabin belakang lab dgn sorang makcik yg keje bhgian pmbersihan alatan kt dlm lab td, sbb plg dekat. Lepas solat, makcik tu boleh lak pelawa kitorang tidur smbil mnghulurkan bntal~~aiyaak, makcik!

Menolak pelawaan tersebut, then kitorang masuk lab balik kul 2, lepas rehat dr kul 1ptg td. Tgk dlm lab sudah kuduga takde org pun lagi, so kitorrang tggu jela depan lab tu, dlm kul 2.30 baru diorang masuk.

Sambung semula, abg Rochi kata ada buat apa2 tak petang ni? kalau tak ada dia nak ajak kitorang buat ashing method. So kitorang disuruh menimbang 6 sampel, duplicate. Antara sampel yg aku ingat, minyak kelapa dara asli, minyak kelapa dara+habbatus sauda, habbatus sauda asli, sos cili, mnyak msak alif dan beberapa sampel lain. Lepas ashing, diikuti dgn analisis tentukan moisture sample.

Tgk2 jam dah pukul 5.15pm, kerja pun dah selesai. Disebabkan belum 5.30pm lg wktu ktorang balik, so bace n kenal2 la instrumen2 kat situ sambil baca laporan praktikal yg ada kat atas meja, ouh rupanya tu buku laporan praktikal abg Taufiq pnya, patut berdiri baik je kat sebelah tu usha2 kitorang pnjam buku dia~
"dh lama dah buku tu....." katanya...
ouh baru perasan, tahun 2005.....mmg dah lama pun.
Abg taufiq ni kira senior kat sini, yg incharge bhgian instrumentation-hplc. Dulu dia pun bekas budak praktikal kat sini. ouh~

Hmm...tapi ada satu berita yg buat aku terkedu kejap masa briefing oleh Dr. Siti tadi. Katanya, kami hanya akan stay kat situ sampai end of this year je. So ada 2 minggu jela nak belajar apa2 kat sini. Starting january, we will be move to Shah Alam. Kena conduct bahagian Consultancy kat sana...so kena tahu psal HACCP, Food hygiene and safety, GMP, sanition n mcm2 lagi yang berkaitan dgn module yang kami ambil dulu, Quality assurance, Sanitation and Food Hygiene. Subjek yg kadang2 aku suka tidur dalam kelas, huhu. Sebab banyak teori. Hmm...katanya kitorang akan incharge kilang kat sana, kena jaga n tgk pekerja2 kilang tu sama ada mnggunakan prinsip yg betul atau tak..kiranya jd QA kat sana nanti.

Aku sempat tanya, macam mana dgn transport n tempat tinggal?
Katanya tmpat tinggal will be provided, trnsport pun dia akan sediakan or ada bas nnt kat sana. Tmpat tinggal tu nnt dekat jela dgn kilang tu. Selama jan-april, then awal bulan mei smpai 18mei (tarikh akhir praktikal), kitorang akan balik ke ukm dan bekerja semula kat sana. So 4 bulan lah ktorang kena tinggal n praktikal kat Shah Alam tu...

Aku tak rasa apa2 sgt, aku rasa ada hikmahnya nnt.
Mungkin dulu aku beriya nak buat praktikal kat S.Alam, Serdang, Klang or tempat yang jauh2, tapi at last aku dpt Ukm bangi, yg dekat je dgn rumah. Lepas dah kerja kt ukm, kena pindah ke S.alam pulak. So, Allah adil kan, akhirnya aku dapat dua2 peluang ni....:)

Mata dah mengantuk sgt2, aku kena edit2 buku laporan,tapi sebelum tu nak solat isyak, gosok baju..then lpas siap edit...kita tidur.......hee
Gudnite...
Semoga esok praktikal dipermudahkan n tak ada masalah
:)
Amin.......

2 comments:

ayie_sahaja said...

Amin..praktikal buat leklok yea..byk bende baru nak kene belajar tu..hehe.. (^_^)v

SyUe SaUfi said...

best kann.. blajar mcm2. same goes to me :) akan belajar mcm2 pnye.bdwy,
gdluck ziera, all d best ;)