Tuesday, December 27, 2011

8 Ciri-ciri Lelaki yang Hensem

1. Lelaki yang Dapat Mengawal Kemarahan


~Orang yang bijak ialah apabila dia dapat mengawal kemarahannya pada orang lain. Mesti sejuk hati kita tengok lelaki yang tak cepat memarah, tak mudah panas baran dan reti mengawal kemarahannya.
Marah tu bisikan syaitan terutama bila marah tu tak bertempat. Suka bila tengok lelaki yang dapat m'cool down kan dirinya dengan kata-kata yang baik.  Aww...cool~

2. Bertolak Ansur dan Tidak Ego


~Setiap orang pasti punya keegoan tapi lelaki nampak lebih 'hensem' bila dia tidak terlalu ego melayan perempuan atau sesiapa saja. Bertolak ansur dengan semua orang, berbaik cara dan percakapannya....hensemnya mamat ni....


3. Penyayang


~Lumrah biasa apabila kita tengok perempuan mempunyai sifat kasih sayang, sukakan budak2 dan bersifat keibuan...tapi lebih hebat jika kita jumpa lelaki yang bersifat kebapaan, pengasih dengan kanak2...mahupun penyayang dengan haiwan....cairrr....terusik rasanya hati ni.....heh.


4. Menjaga solat


~Lelaki yang hebat bermula dengan penjagaan solatnya. Nak tengok akhlak lelaki yang paling baik ialah lelaki yang dapat menjaga setiap solatnya, bila solatnya dijaga apalagi tingkah laku dan tutur katanya pasti hebat. Ditambah dengan amalan lain seperti mengaji dan solat sunat. Perempuan yang jumpa lelaki macam ni pastinya akan terus cair hati dan tertarik sebab lelaki macam ni adalah lelaki yang boleh menjaga dan membimbing dirinya serta warisnya kelak. I'Allah.


5. Mengutamakan Keluarga dan Ibu Bapa Lebih Daripada Orang Lain.


~How sweet bila lelaki yang menjaga, mengambil berat tentang keluarga diorang. Terutama hal2 kebajikan dan pembelajaran adik2 diorang yg masih belajar. Berusaha untuk mengubah hidup keluarga dan berusaha mencari pendapatan untuk membahagiakan ibu bapa dan tak nak tengok adik beradik mereka susah macam yang dia pernah lalui. Hmm...:)


6. Boleh Dibawa Berbincang & Memahami Wanita 


~Lelaki yang boleh dibawa berbincang dalam apa jua masalah pastinya dapat menambat hati wanita. Lelaki jenis ini pastinya menyenangkan sesiapa sahaja dan kurang berlaku pertelingkahan dalam perhubungan yang dijalinkan. Lelaki yang memahami wanita juga adalah selalunya menjadi pilihan dan bisa melembutkan hati wanita.


7. Tidak Suka Mendesak


~Pantang rasanya apabila berdepan dengan lelaki yang suka mendesak dan memaksa terutama apabila menyuruh melakukan sesuatu yang kita tak suka. Kadang-kadang boleh jadi sampai benci. Bagi aku, lelaki yang dapat menghormati wanita dan tidak memaksa-maksa tu adalah lebih baik dan selesa berkawan dengannya. 


8. Hatinya Cepat Tersentuh Melihat Orang Lain Dalam Kesusahan


~Hatinya cepat tersentuh apabila melihat orang lain dalam kesusahan, melihat anak2 yatim atau orang-orang tua yang terbiar. Mendengar berita2 kurang baik dari orang lain, hatinya mula terusik....Lelaki seperti ini pastinya seorang yang lembut hatinya, memahami dan pengasih orangnya.




* Ini antara 8 ciri-ciri lelaki yang dapat disenaraikan daripada pandangan sy sendiri....setiap orang punya pandangan masing-masing..:) 


No comments: