Monday, May 2, 2011

Hantu di bilik hadapan kuh!

(seram x?)
(sila jangan baca jika anda tak kuat semangat)

hehe..

Meh aku nak cerita sikit pasal dua ekor hantu yang menginap di depan bilik aku selama satu semester ni.

Citanya camni...ada dua ekor hantu...berasal dari Terengganu. Hantu ni dari awal sem tersangatlah kerek dan sombong gila,tahu?Sombong cmna?meh aku story sket..

Dari awal sem, aku cuba nak bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran2 yg duduk berhampiran dengan aras aku. Apatah lagi duduk depan bilik aku. Yela dah macam berjiran,kena lah berbaik2,senang lah sket nanti apa2 hal. Tp pelik dengan dua ekor minah ni (memang layak aku panggil dua ekor hantu je). Aku pndang je stiap kali terserempak, yelah dengan niat nak senyum2,knal2 ke,tapi perghh....! siket pnya sombong! bukan sket dh, banyak sangat ni!

Aku bersabo je lah kan. Tapi bila dah hari2 camtu...ah malas lak aku nak senyum dah. Sebab salunya bila aku senyum, rasanya macam senyum kat dinding sorang2 je. So lebih baik aku simpan je snyuman aku ni bg kt orang lain...kan ke lagi bagus?

Hurm. Xpe lah, orang nak sombong,apa boleh buat? Tapi yang paling aku 'panas' sekali dari awal sem smpai lah dah nak abes sem, mulut minah dua ekor tu memang tak reti nak stop! Wah3, kau pikir kamsis ni nenek kau yang punya ke minah?? Argh kalau nenek kau punya sekalipun, bukan hak kau untuk bising setiap hari dan tak jaga langsung ketenteraman dan hak orang lain!! Ada paham? Argh memang kau tak pernah paham pun~~buang masa je aku cakap kat orang cam kau ni!

Bising bukan sekejap2, ni pagi,petang dah tengah2 malam pun,bising lagi dengan bukak lagu kuat2, bukak movie pun kuat2, ape lagi siap karaoke lak dalam bilik!! siutttt! Aku nak study, sok ada test n kuis pun aku terpaksa baca banyak2 kali, berulang2 kali sebab tak masuk...bising sangat! Tension aku!! Sabor jelah!! Suara dah lah sengau,pastu ada hati nyanyi lagu siti kuat2!! cam hampeh lah kau ni!! elak aku mencarut je!! haha.

Selama satu sem aku bersabar je. Nak pergi kelas diorang bising, balek pun bising lagi~~ pastu study pun kuat2, cakap kuat2, woi best student sangat ke kau ni? Kau rasa kau bagus sangat ke haperr? Tak paham aku! Argh.

Sampai satu masa bila aku dah tak tahan sangat, masa minggu final exam, die masih lagi bising even dah jam 4 5 6 pagi! hurm. Esok malamnya aku terus ambil no telefon salah sorang minah yang bising tu kat pintu bilik dia. Tp aku guna la no yang aku tak letak kt pintu bilik aku. Aku pun hantar mesej kat budak tu...ayat aku berbunyi cmni...

"SALAM. NAK MINTAK TLG SENYAP SKET BLH X? ORG LAEN PN NK STUDY JGK. TQ SBB BG KRJASAMA."

Woi,agak2 ayat aku ni kurang hajor sgt ke? Kira habis sopan dah ni? Ke nak aku bersayang2 tegur kau...? "sayang2...i nak mintak u all tolong slow ur voice sket leh x?pliss3!! tlg lh k!! i need to study laa~! tlg eh?" cmni? Ehh.......cam haram jadah lahhh!!! HAHAHA. Kira baek laa aku tak maki2, just tegur elok2 je taw! Tapi laen yg aku mintak n harapkan, lain lak yang aku dapat! Lepas je hantar mesej tu terus budak bising ni keluar dari bilik dia n cakap kuat2... "Aku pun nak study jgk lh!!" Eh...sewel apa? Haih..xpaham2. Ada lagi tu, esok pagi2 nak g kelas, diorang berdua siap menganjing aku lagi..."jangan bisng lah...ada orang nak study..!!(dengan suara yg kuat). Time aku keluar je bilik...aku nampak ada note tertampal kat depan bilik dia. Pergh, ada no fon aku besar2! Semalam aku dengar membe aku cakap dak ni pergi cek satu2 bilik...nak cari nombor yang hantar msg kat die tu. Tp tak jumpa~ Sbb tu terus keluar memo cmtu kat pintu dia. Nombor aku die tulis besar2, then ada memo satu lagi... die tulis camni...

"CIKGU BALA... CANTIK NO. NI...MESTI TUANNYA PUN CANTIK DAN SOPAN KN..."

Hamboi kau minah, main BALA-BALA lak!! Xpe, tungu3!
Aku mula2 baca gelak2 je. Yela,malas nak amek kesah sangat. Pagi ni ada paper, kang dipikir xleh concentrate lak. Aku biar je. Esoknya dalam jam 3 pagi, aku keluar dari bilik nak g toilet, aku nampak memo tu dh beralih ditampal ke dinding sebelah. Time tu aku memang tengah ade problem lain ngan membe2 aku, bertambah 'panas' lh aku. Terus aku masuk bilik, ambil marker pen n kertas n balas balik. Tp esoknya baru aku tampal. Aku  balas cmni..

"CIKGU GOPAL... 014*******... MARAH NAMPAK!!! Rajinnya tulis besar2 ek..... Tak kan tak dapat terima teguran orang lain lngsung??? GUdluck exam!"

Halamak,kan dah kena Gopal! Main bala2, aku balas lah Gopal! Ada aku kesah?? hmm. Kira ayat aku belum nak cari gaduh lagi ni...masih boleh dikawal.

Diorang dah tentu tak puas hati, aku dengar bising2 kat bilik diorang petang tu. Dan petang tu jugak diorang tampal memo baru.

"Hahahaa.. Hahahaa.. Lucunya... Ada orang rupanya... Hahahaha.. Hahahaha..."

Eh,itu je kau boleh buat?hehh. Podahhh. Aku simpan je dulu semua perasaan yang ada. Aku nak balas, tp sok ada dua paper. Bia je lah dulu, nak study pun tak sempat, apa lagi nak tulis2 benda2 tak berfaedah tu. So esok lepas habis paper, aku terus membalas. Aku tak nak benda kecik macam ni berpanjangan berhari2..macam budak tak matang je lah nak gaduh2 utk hal2 kecik camni! Haihh.
Then aku pun copy paste je lh ayat die!! Amacam, bengang tak? HAHA. Aku rasa kalau kena kat aku mesti rasa bengang gila kan ayat kena copy paste! Time diorang sampai je depan bilik aku dah dapat dengan suara gergasi2 tu mengamuk! Diorang marah kat aku. Then sorang membe die ni cakap..."Jom Face to face lh!"

Haha...tengok...tengok..tengok? Hal2 kecik camni pun nak gaduh2, nak face to face tu nak ajak aku bertumbuk tumbuk bertarik rambut la tu. Hehh. Aku malas je, kang satgi ade lak kes bunuh lak kang.haha. bukan leh ni gaduh ngan gergasi2 yg panas baran ni! Bahaya! haha. So jalan selamat, adalah lebih baik aku biarkan je!! haha. Lepas memo tu, aku dah tak dapat dah memo baru. Tapi selama 4 hari diorang menganjing aku. "jangan bising2...ada orang nak study". Dari nak pergi kelas,balek kelas, malam2...hahh...menganjing je lh kerjanya hantu dua ekor ni! Sabor jelah!!

Aku hantar mesej mulanya nak berdamai, rasa aman sket, tapi semakin kecoh dan huru-hara jadinya! Tegur sket pun tak dapat nak terima. Camne ni jadi manusia? Adoii. Bukan aku marah2 pun time tegur tu, cakap elok2 je...tapi dah takpuas hati sampai cmni sekali. Macam2 lah perangai hai!!

Tapi Alhamdulillah.....sekarang dh 4 hari aku kat rumah. Cuti sem dah tamat. Ini bermakna takda lah aku dengar lagi suara2 gergasi@dua ekor hantu kat depan bilik aku tu. SYUKUR!! Kini hidup aku lebih aman dan sentosa! Terima Kasih! -___-

2 comments:

ZJ said...

@hey hantu jahat, nyah kau dari sini!!

Unknown said...

serious kelakar!! adoyai.sakit usus..