Sunday, August 21, 2011

Andai ku tahu....bila tiba masaku...

Dalam minggu ni dah berapa kali aku mimpi yang pelik2,semuanya berkaitan mati.
Hm..tambah pulak hari tu masa bebuka puasa tiba2 kwn aku sorang ni menangis...bila ditanya kenapa..katanya terbayang nak balik kampung nanti dia mungkin sampai ke rumah dalam dua keadaan...."keadaan apa?" tny aku. Katanya...satu mungkin dalam keadaan kemalangan. Kedua...mungkin dah meninggal.
Ya Allah, kenapa kesitu dipikirnya? Kwan2 yg lain dh marah sbb budak ni ckp macam tu. Aku pun senyap je n tak bagi dia pkir macam tu lagi. Semalam pulak aku dapat berita yg kawan lama aku, satu kelas masa sekolah agama n 1 sekolah masa sekolah rendah n menengah dulu dah pun meninggal dunia jam 4am, sebab menderita kanser usus peringkat ketiga. Ya Allah, cepatnya kau ambil nyawanya...tanpa mengira siapa orangnya. Sedih sebab dulu aku selalu jugak borak2 ngan arwah, dia baik, pandai n cakap pun lemah lembut je. Tapi Allah lebih sayangkan dia kan...
Malam tu mungkin sebab aku terasa dgn pemergian arwah, aku mimpi lagi....kali ni kawan baik aku sendiri dah pergi buat selamanya. Yg selalu dgr masalah aku, yg tak pernah bosan n selalu ingatkan aku. Mahu aje aku menangis. Alhamdulillah,aku tersedar dr mimpi.....cuma mimpi! Bersyukur aku masih lg ada dia..:')

Terkadang aku teringat mcm mana lah aku bila dlm kubur nnt,kt akhirat nnt.....trlalu byk dosa aku kt dunia ni.....

'dan orang yang paling rugi ialah orang yg tidak mengingati mati'

Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkong (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.


“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)


Jom sesama buat solat taubat sebelum terlambat...:)



Lafaz niat: Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.


Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. (Surah Al-Kafirun).

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
(Surah Al-Ihklas).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),





Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar berikut:



~"Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


1 comment:

ayie_sahaja said...

hmm..same-2 lah kite mengingati mati ngan banyakkan beristighfar ye ziera..moge-2 kite dalam kalangan orang yang beriman jika kita dipanggil kelak..Amin.. :)