Monday, July 4, 2011

Introduction: 10/11-penulisan pertama "Bukan Cinta Paksa"


Cuaca pagi ini agak cerah, pelajar berpusu-pusu keluar daripada hostel untuk ke kelas seperti biasa. Kebiasaannya Qaseh akan menunggu di depan bilik rakannya, Ismah atau Sufini untuk pergi ke kelas bersama mereka. Qaseh tampak cantik berbaju kurung putih berbunga merah, bertudung putih, dengan sedikit bedak dan secalit gincu dibibirnya.  

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 8.00 pagi tetapi mereka bertiga masih lagi di depan hostel. Sudah terkenal dengan pelajar yang paling lambat masuk ke kelas, mereka sudah biasa jika datang ke kelas lambat setiap haripun. Dalam perjalan ke kelas, tiba-tiba secara tidak sengaja seorang lelaki yang sedang berlari merempuh Qaseh dari belakang menyebabkan buku-buku yang dibawanya jatuh. Lelaki tersebut pusing ke belakang dan mengangkat buku-buku tersebut. “Sorry”, dan berlalu pergi.  

 “Siapa lelaki itu? Hishh kabut betul” bentak Ismah. “Peduli lah, kita dah lambat ni. Dah lah pagi ni kelas Puan Aida, habis kita kena denda nanti kalau tak lari macam budak tu tadi” balas Qaseh. Puan Aida pensyarah kejuruteraan matematik, yang agak terkenal dikalangan pelajar kerana sifatnya yang tegas dan sedikit bengis.

Petang itu seperti biasa mereka bertiga akan berjogging di taman berdekatan. Sambil berjogging dapat juga hilangkan sedikit tekanan dan penat belajar seharian. “Oi, aku tengok kita ni hari-hari jogging pun tak kurus-kurus jugakpun” peril  Sufini. “Engkau je lah tak kurus, kita orang kurus dah..” gurau Qaseh selamba.

“Dah lah, jom kita balik. Kejap lagi nak bersiap-siap. Kan ada majlis pembukaan malam ni. Ha,lupa lah tu.”

“Pembukaan apa eh?”

“Pembukaan kelab kita lah. Jangan lupa, 8.30 malam ni. Siap cepat sikit. Jangan buat aku tunggu lama, kau fikir kau orang tu mak datin apa nak melawa berjam-jam.”

“Ala nak melawa sikit pun tak boleh. Patut lah tak ada boyfriend.”

“Sapa tak ada boyfriend,cakap sikit?”

“Kau lah Qaseh! Hahaha”

“Biarlah. Sibuk. Jejaka idaman aku belum sampai lagilah. Dah sampai nanti tahulah korang, keliling kampung aku tayang tahu.” 
Kata-kata Qaseh itu disambut dengan gelak tawa kedua kawannya yang lain. Geli hati mendengar gurauan gadis yang sentiasa saling membalas diantara mereka hingga keadan menjadi senyap semula.

5 comments:

Shifaq said...

Waaaaah pandai2! :D Not bad, nak comment eh. Nak critic menyakitkan hati keeee nak kritikan membina? lol :P

Ehem.

Dari hasil pembacaan saya.. saya dapati cik ni memang ada bakat dalam bidang menulis, tulisan tidak mendatar atau membosankan para pembaca. Cik berjaya membuatkan watak2 tampak 'hidup'. Point di situ ya ;)
Saya juga sukakan nama watak utama iaitu Qaseh, which is very classical yet, nice.

Hehhee. tu je la kot comment kita, kalau nk critic, tak tau lagi. Tak nampak pape yg boleh dikritik pun, so kena bagi kita baca sambungan diaaa weee :D

Anonymous said...

Kene bce next story lah..setakat nie ok lah..huhu..aiyoooo~~~xreti bg komen nie..huhu..maap22...

ZJ said...

kritikan membina opkos.sbb nk baiki klmahan.he..he..

ouh...hidup eh?itu yg sy mahukan.sbb bila nmpk hidup,so pmbca xdela boring sgt nk ikuti crita yg seterusnya.lgpun bila ade byk dailog tu nmpk mcm xmndatar sgt kot...ke cmne? :)
qaseh tu idea dr ssorg..interesting name tu sbb ade byk mksud...hehe..classical?tq^^

btw,tu just intro sepatah dua kata je....cite die mmg pnjg lg...byk lg bnda2 nk cite...skrg tgh pnjgkan plot cerita...tggu scene2 kt kolej,pergi bcuti,hspital,kafe,klas,tmn,kt tmpt krja...n byk lg watak2 sbnrnye...hehehe....so brape lama lg bole siap tu xpasti...ikot masa lapang yg ade....btw tq fr comment yea mydear :D

@fana: haha its oke laahhh....next story?mksudnye smbungn die lh eh? hehee..tgguu publish :P thankss sudi bace^^

SyUe SaUfi said...

ziera minat mnulis upe nye.?
br kite tauu..
hehe

ok la ur story nie..
utk permulaan mmg ok.
bg kite la ea..utk next kann.. cube buat cte yg buat pembace tertanya-tanye "whats next".cm pembace more excited nak tau la..n follow ur story.utk lepasnie .. utk permulaan nie ok jee =)

ZJ said...

idea yg bernas...! betul tu syueee....thankss eaaa :)