Tuesday, May 3, 2011

Dugaan itu kekuatan baru!

Disebabkan aku bertuah, aku terpilih untuk menerima segala dugaan ini.

Selama aku berada di Kuantan, dah banyak benda yang menyakitkan aku terpaksa hadapi.

Sakit! Pedih! Perit! Argh,,,aku dah penat..satu persatu datang...


Kadang2 setiap masalah yg datang ni membuatkan aku lemah dan hampir jatuh.

Hilang segala kekuatan yang aku bina selama ni...lemah...putus asa..dan tak berdaya untuk menghadapi masalah yang datang.

Sekali tangisan dan jeritan yang aku luahkan pun belum dapat menghilangkan segala beban dan peritnya rasa di dada.

Sakitnya Ya Allah..! Ingin aku menangis sekuat hati, membuang segala lelah di dada.

Berlari sekuat hati andai ianya dapat menghilangkan segala rasa yang tersimpan dan dengan berlari itu dapat aku jauh dari masalah.

Lemah lah aku jika lari dari masalah yang tak henti-henti datang tanpa selesaikannya! 

Tak pernah aku rasa sesakit ini. Kenapa aku begitu lemah? Mana pergi semangat aku? Mana pergi sumber kekuatan aku?


Jatuh jika aku sendiri. Di saat masalah2 itu datang, kawan2 terapat pula tinggalkan.

Aku sendiri mengubat hati. Tak boleh terus begini. Aku tak boleh lemah!

Cakap-cakap belakang itu semua aku dah dengar. Memang mereka mengutuk dan mengata aku. Kenapa tidak mereka jelaskan sendiri apa yang mereka rasa? Kenapa perlu menyampaikan keburukan aku pada yang lain?

Sedangkan aku tak pernah membuka cerita keburukan tentang mereka. Mana pergi persahabatan kita?

Mana pergi rasa sayang dan hormat kawanku...


Sedih...tapi semuanya dah terjadi...terjadi depan mata aku.
Perit...perit untuk aku lalui..
Masalah yang datang bertimpa-timpa hingga aku tak mampu untuk hadapi...dan aku memerlukan kekuatan dan sokongan rakan2 terdekatku...tetapi disaat aku memerlukannya, mereka pula yang tinggalkan aku.

Sampainya hati..

Tak ada apa yang hendak ditangis...semuanya sia-sia..

Hanya tuhan tempat aku mengadu dan bercerita betapa sakitnya apa yang aku rasa..

Sehingga membuatkan aku terpikir untuk mengaku kalah dan berhenti setakat ini saja..

Aku nak lari dari sini...aku nak lari dari masalah...

Tapi aku tahu itu tak kan dapat selesaikan apa-apa..

Dan disaat aku mula jatuh...tiba-tiba ada yang datang membangkitkan semangat baru...beri aku kekuatan...untuk aku gagah bangun semula..

Masih ada yang bertanya dan mengambil tahu.

Tetapi hakikatnya tidaklah diketahui keseluruhannya apa yang aku rasa.

Tetapi aku tetap bersyukur...cukuplah sekadar ada yang datang membantu...

Aku mula sedar. Kenapa aku perlu mengaku kalah dengan semua ini? Tak begitu mudah untuk aku biarkan masalah sebegini menjadi penghalang untuk aku mencapai impian dan masa depan aku.

Wahai gadis Leo...bukankah kau mempunyai sifat semangat juang yang luar biasa? sifat berani dan tidak tahu takut? dan cepat sembuh apabila ditimpa penyakit? (rahsia kelahiran oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah)

Mana pergi semua tu? Jangan jadi lemah disebabkan hal-hal dunia yang cuba menjatuhkan. Disebabkan manusia-manusia gangguan dan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Wahai gadis Leo....betullah katanya...belajar untuk bertenang.. Berfikirlah dengan berdikari. Fikirkan kebaikan masa akan datang. Jangan cepat mengalah...jangan cepat merungut dengan hal-hal kecil sebegini..

Ini ujian. Ujian dari Allah untuk hamba-hambanya. Allah tak kan turunkan ujian kepada hamba-hambanya yang tak mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Maka aku dapat ujian ini adalah kerana aku mampu untun menyelesaikannya. Be matured.

Aku bertuah. Setiap ujian yang datang, kadang-kadang membuatkan aku hampir jatuh...tetapi aku mampu bangun semula dan beri satu semangat baru! Kekuatan baru. Iaitu menjadikan aku lebih kuat...kuat menghadapi ujian-ujian yang akan datang. Ujian diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan menjadikan kita yang lebih baik! Jika ujian tidak diberi, aku tetap menjadi aku yang dulu dan tak bangun-bangun,tak sedar tentang kesilapan, sentiasa berada di landasan yang selesa dan lemah bila terkena sekali dugaan.

Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah.

Terima Kasih menyedarkan aku.

Aku mula berfikiran seperti orang-orang matang.

Apa yang tuhan telah berikan, pasti ada baik dari buruknya.

Aku mencabar diri aku, untuk membaiki kesilapan dan keburukan lalu yang mereka perkatakan...menjadi bahan kutukan.

Sampai waktunya, tengoklah apa yang mampu aku lakukan. Jangan hina dengan satu kesalahan yang pernah aku buat dan menutup segala kebaikan yang aku berikan. Itulah manusia. Buruk orang semuanya nampak, tetapi mereka tak sedar kebaikan yang banyak pernah diberikan...seolah tak nampak.

Tetapi percayalah, Allah dah janjikan yang terbaik untuk hambanya yang bersabar dengan segala dugannya. Amin.. 

No comments: