Sunday, May 29, 2011

Lawak 1

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?"Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,"Ok gak ler".Kemudian suara tu bertanya lagi,"Kau nak gi mana ni??"Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas,"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi,"Bila kau nak gerak ni??".Aku selamba jer kata,"Lepas aku sudah ni,habis beli aku chow la".Suara itu bertanya lagi,"Ko nak ikut aku ronda-ronda KL tak?"Aku terus membalas,"Aduhai aku nak terus balik rumah ko pergilah ronda sorang-sorang"Suara itu seperti merungut,"Takpelah aku belanja ko makan nak tak?"Aku serba salah, tapi aku jawab juga,"Tak payahla susah-susah, simpan je duit aku nak balik..."Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanyasoalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap. 

by nicklan89.blogspot.com (cerita lawak & isu semasa)

2 comments:

wannurakmal said...

ni lagi sengal ! sengal sengal !!

Ziera Johari said...

hahahahah