Monday, May 16, 2011

Result? Alhamdulillah.


Akhirnya segala keresahan dan kegelisahan yang aku alami dr malam tadi yang mbuatkan aku tidur xlena berakhir dengan kegembiraan. Result dah keluar. Tepat jam 10.15 pg tadi aku terus masuk ke laman web polisas. Lagi lama aku tunggu semakin tak menentu jadinya. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun sebab tak dapat tidur lena. Ntah kenapa kali ni aku rasa cuak semacam. Padahal sebelum-sebelum ni tak pernah lak aku rasa camni. Biasa n takda perasaan pun kalau keluar result even mmbe2 laen dah kecoh2 cakap  cuak gile nak tunggu result. Saat ni baru aku terasa betapa cuaknya nak tunggu result,ahh macam result SPM lak rasanya.! Selalunya aku akan cek result membe2 aku dulu,n bila aku rasa okay,baru aku cek aku punya.haha. Kali ni takde dah.~ Aku terus masuk kan no. ic n kad matrik aku. Excited semacam. 

Alhamdulillah Ya Allah. Tak pernah sesangka ini aku akan dapat keputusan macam ni. Terkejut bila tengok semua subjek aku A Cuma ada 2 subjek je dapat A- menjadikan pointer aku sem ni 3.93. n CGPA 3.78. Alhamdulillah aku bersyukur. Hasil dan usaha aku disaat aku ditimpa banyak sangat masalah sem ni. Ditambah msalah paling besar pernah aku rasakan sem ni, disaat tengah final exam. Satu persatu ujian datang sampaikan aku  terpikir untuk give up. Aku dah malas nak belajar. Keseluruhan mood aku dah hilang. Hilang! Sedih teramat yang tak pernah aku rasa sesedih itu! Memang sem ni paling menduga aku. Tapi dalam saat aku hampir jatuh, masih ada hamba Allah yang datang membantu, pinjamkan semangat dan kekuatan serta pertolongan daripadaNya sehinggakan aku mendapat kekuatan semula dan berjaya habiskan final exam tu dengan baik. Walaupun ade 1 2 subjek yang aku rasakan sangat stress dan bermasalah time exam sebab tengah ada masalah n buatkan aku tak dapat focus langsung! 

Aku terkilan,bila aku bahagia, tp ada kawan2 aku yang kecewa. Orang yang selalu nasihatkan aku, tersangkut 1 paper n terpaksa carry paper,walaupun dah sem last. Paling terkilan bila ada yang terpaksa repeat sampai 4-5 paper! Plg sedihnye dia dah sem 5-6. Sepatutnya dah habis belajar, terpaksa tambah sem. Aku tak tahu mana silapnya. Sampaikan diorang terpikir tak nak sambung belajar, dah give up dan sampaikan yang bgtahu tak nak hidup lagi.haih.
Aku tahu macam mana rasa sedihnya…dan aku percaya. Segala hasil yang kita dapat adlah atas usaha yang berterusan,serta rezeki yang tuhan bagi. Bukan senang nak terima kenyataan. Tapi kita pun tak boleh sangkalkan kenyataan dan apa yang dah tertulis dan telah ditentukan. Saat kita jatuh, cuba pikir balik mana salah dan silap kita. Mana buruk dan celanya kita. Betulkan salah tu, bukan biarkan je. Orang yang dapat bangun dari kegagalan ialah orang yang berjaya. Sebelum Berjaya, kita memang akan gagal terlebih dahulu…dan sebaik-baik orang yang berjaya ialah dia belajar dari kegagalan tu. 

Kita tak kan berjaya dengan mudah tanpa rsa sakit. jatuh, gagal dan tersungkur, itu ujian biasa sebelum kita berjaya.  Dan daripada rasa sakit dan terjatuh itu, kita akan belajar sesuatu. Setiap ujian yang menimpa, pasti akan datang satu Kekuatan baru dalam diri kita Percayalah! Sebab aku dah alami saat aku bangun dan terjatuh…saat aku dihina…dibuang..dicela dan dimaki hamun…tapi atas kesabaran aku terima semuanya, dan aku baiki kelemahan aku dan akhirnya, aku berjaya sampai ke tahap ini! Alhamdulillah. Semuanya dengan takdir dan keredhaannya. Allah dah tunjukkan kebesarannya.

Jika Dia memberi kesenangan, maknanya itu ujian untik kita bersyukur. Dan jika kita ditimpa dengan dugaan, itu juga kerana Dia sayangkan hambanya dan member ujian spya kita lebih bersyukur dan belajar nikmat hidup. Belajar untuk lihat orang dibawah kita,iaitu orang yang lebih susah daripada kita. Percayalah, semua yang berlaku ada hikmahnya yang telah tertulis untuk hamba-hambanya. Belajarlah untuk bersyukur atas nikmatnya, Alhamdulillah.

4 comments:

SyUe SaUfi said...

congrates ziera ;-)

wannurakmal said...

wauu!!!!! sangat cantek woo result anda. tahniah tahniah ~ hoo yeah! anda berjaya. :D

♥Lady Ainaa♥ said...

tahniah!!! hehehe

Ziera Johari said...

thanks :)