Sunday, May 29, 2011

Product Launching (food technology) : Khasiat Jantung Pisang yg Tak Ramai org tahu..

Product Launching yg diadakan pda akhir mac thn ni adlh utk mempromosikan dan melancarkan produk baru utk pelajar2 Diploma Teknologi Makanan, semester 4. Terdapat 38 booth (iaitu 38 jenis produk baru) yang dilancarkan iaitu menjadi perkara wajib bagi pelajar semester 4 mencipta produk baru berasaskan tema yang diberi. Seperti tahun lepas, tema buah-buahan telah dipilih. Manakala semester ini; Sayuran dan bijirin menjadi tema utk produk yg dihasilkan. Drp sayur, apa je lah yg boleh dibuat? erk. Perah otak dari awal semester, drp 70-100 produk yg dicadangkan,akhirnya menjadi 15-20. Seterusnya 5 produk, dan akhirnya 1 produk yg terbaik dipilih.

Ni antara gmbar semasa launching produk kitorang;

Booth ala-ala kampung.haha. Bersesuaian dgn produk ktorang. (muka penat gile~lyan tetamu2)

Baju limited edition ow. Mahal gile tempah 4 baju je.huhu.kayap.

Pelbagai masalah dan dugaan yang terpaksa kitorang lalui sepanjang membuat produk ni!huhhuh. Namun,kesabaran dan ketabahan yg mnjadikan kekuatan hgga berjaya sampai ke sini.hehe

Banana Blossom Cracker... Byk org baca, selamba je ckp, kerepek pisang?!
Ceyh. Sesuka je kerepek pisang~
Produk kitorang yg sbenarnya ialah Keropok Jantung Pisang..


Mungkin ada yg gelak dr awal lagi bila ktorang nk buat produk ni.
Termasuk la tak dapat support dr penyelaras sendiri.
Kena hina ngan lab assistant lg...dia ckp apa?
"Menyusahkan je korang buat ni...kalau akak,msuk tong sampah jek" 
Cisssssss. (at last, yg kau suruh msuk tong sampah ni jgklah kau makan n ckp sedap.)
Yela sbb buat dia memerlukan kesabaran yg tinggi! Bukan setakat potong2, pastu jemur bawah matahari.
Hari-hari kat lab muka kitorang je.
Forming, steam, freezing, drying, slicing, frying.
Semua tu memerlukan masa yg lama.
Paling masalah sekali ialah mesin slicing~
Dahla tumpul, pastu mata pisau yg beralih mnjadikan ktebalan xsekata.
Nak basuh mesin plg makan masa~
Sbb ktorang guna tepung yg tggi kanji, so melekat2 mmg ssh gle nak bsuh.
Msalah lain, nak dapatkan jantung pisang.
Kadang-kadang order, sampai 2minggu xdapat.
Kdang2 dpt, tapi rosak or muda sgt.
So effect kat produk.
Last2 buang je.
Ada jgk lab assistant lain yg gelak n ckp lucu je produk ni.
(ouh yeke? ade aku kesah?)
Tapi masih ada lecturer yg baik hati n support kitorang pnya produk dr awal pmbuatan, setiap kali ktorang kat lab dia dtg n tnya. And ada 2 je lab assistant yg baik hati n tlg ktrg spnjang buat produk ni. 



Minggu pertama, produk menjadi, xde mslah sgt.
Minggu kedua, kali ni buat byk-9 dulang.
Tp termasin...pergh,9dulang buang dlm tong sampah je~
Sedih je aku time ni!
Dah la nk buat susah~
Minggu ketiga,keempat,kelima menjadi.
Time ni diorang rasa, baru nak puji.
Kalau xsedap td,mesti dah kena kutuk n gelak lg!
Minggu keenam jntung pisang xelok spenuhnya
Minggu ketujuh jantung pisang tak dapat,
tp ada lecturer yg kesiankan ktorg n dptkan 2 jntung pisang.
Tp terlalu muda, akibatnya keropok jadi pahit n terpaksa buang!
Paling sedih, bberapa hari sebelum launching, ktorang buat 9 batang keropok
then disebabkan ada problem dgn bahan n lecturer suruh buang je sbb membahayakan pengguna.
Buang lagi!
Pakat berduka beramai-ramai time ni.
Launching nak dekat, tapi produk kitorang tak de.
Seminggu sebelum launching, kitorang berhempas pulas, dah tak kisah dah pasal penat
semua tu, hari-hari kat lab.

At last,segala penat lelah membuahkan hasil.
Time launching, hampir semua yg makan, sukakan produk ktorang.
Termasuk lah pengunjung2 luar seperti usahawan2,pelajar2 sekolah, lecturer2, student2, 
n plg best, wakil dr FAMA (Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) berminat dgn produk ktorang.
Tapi judges kata, jantung pisang ssh utk dapat di pasaran,
so tu antara penyebab produk ktorang xboleh menang......:(

P.A kitorang pelik dgn alasan yg diberikan judges tu.
Bg aku, mmg btul, jantung pisang susah nak dapat kat pasaran.
Tapi bila kita fikirkan soal susah@senang nk dptkan bhn mentah,
so semua produk yg berkhasiat xkan ada la kt pasaran?
Cthnya ada semester yg lepas2 buat teh drp akar lempuyang.
Mgkin ada yg tak pernah dgr,kn?
Lempuyang ni boleh didapati di beberapa negeri je.
Tak semua negeri ada.
So,mksudnya pokok ni susah nk dapat la kan?
Tapi akar lempuyang sgt berkhasiat walaupun rasa dia pahit gila.
At last, produk ni mndapat naib johan.

So bg aku, tak adil bila judges ckp, bhn mentah utk produk ktorang ssh nk dpt.
And disebabkan itu, produk ni tak diterima.

Apa yang orang tak tahu, KHASIAT disebalik jantung pisang ni ialah..
ianya merupakan sumber vitamin A & C dan menjadi agen penghasilan susu. Juga boleh mengurangkan kesakitan semasa dtg bulan. So jantung pisang memang baik utk perempuan terutamanya. Bkn tu je, jantung pisang membantu meningkatkan hormon progesterone (hormon pd perempuan) berfungsi terutama untuk menetapkan keadaan lapisan dalam (endometrium) rahim.
Mengurangkan pendarahan, meningkatkan tenaga & membantu membersihkan organ2 dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang.
Byk kn?

So kiranya, produk yg kitorang hasilkan ni memang berkhasiat, dan paling penting, tak ada penambahan bahan2 pengawet dan MSG.

Nak try? ;)

2 comments:

Unknown said...

wah.mcm2 korg kene ek. seb baek jadik lastly. tp betol la.seriously, jarang produk ni.xpenah dgr lg pon sbnarnye. buat kt rumah xboleh ke? kene gune mesin jgk ek ? serious nk cube rase. xde rezeki jgk la jwbnye.
buta a technician2 lab tu.serious kerek.bg tampo je.ingt hebat aa tu. haha

ZJ said...

ade lg kot keropok ni kt umah..hehe.. Tu la..mana pegi tah budi bhsa...huhu..tension jekk org2 cmtu..